Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi. Bagi para pelajar yang menantikan keputusan ini, terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak keputusan tanpa perlu hadir ke sekolah.
Menerusi hebahan di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa kaedah menyemak keputusan SPM melalui atas talian, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), serta langkah-langkah yang boleh diambil jika tiada capaian internet.
Melalui Atas Talian
Cara paling mudah dan cepat untuk menyemak keputusan SPM adalah melalui atas talian. Anda boleh mengakses laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan myresultspm.moe.gov.my. Langkah-langkah untuk menyemak keputusan adalah seperti berikut:
Layari laman web myresultspm.moe.gov.my menggunakan pelayar internet di komputer atau telefon pintar anda.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
Klik butang “Semak” atau “Check” untuk mendapatkan keputusan anda.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat melihat keputusan SPM anda dengan cepat tanpa perlu beratur di sekolah.
Pautan ini hanya boleh digunakan pada tarikh pengumuman keputusan SPM bermula 10 pagi dan akan ditutup pada jam 6 petang 2 Jun 2024.
Ads
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet, keputusan SPM juga boleh disemak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara untuk menyemak keputusan melalui SMS:
Taipkan SPM <jarak> nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
Hantarkan mesej tersebut ke nombor 15888.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Contohnya, jika nombor kad pengenalan anda adalah 990101011234 dan angka giliran anda adalah ABC1234, maka anda perlu taip: SPM 990101011234 ABC1234 dan hantar ke 15888. Anda akan menerima mesej balasan yang mengandungi keputusan SPM anda.
Ads
Hadir Ke PPD, JPN, Sekolah Berdekatan
Jika anda tidak mempunyai capaian internet atau tidak dapat menggunakan SMS, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh diambil:
Hadir ke Sekolah Berdekatan: Anda boleh pergi ke mana-mana sekolah berdekatan untuk mendapatkan bantuan dalam menyemak keputusan SPM anda.
Hadir ke Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): Jika sekolah berdekatan tidak dapat membantu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Hadir ke Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN): Selain itu, cawangan Jabatan Pendidikan Negeri juga boleh membantu anda menyemak keputusan SPM anda.
Dengan menggunakan salah satu daripada alternatif ini, anda boleh mengakses laman web myresultspm.moe.gov.my dengan bantuan pihak sekolah, PPD, atau JPN untuk menyemak keputusan SPM anda.
Ads
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyemak keputusan SPM tanpa perlu hadir ke sekolah. Sama ada melalui atas talian, SMS, atau dengan bantuan pihak sekolah dan jabatan pendidikan, setiap pelajar mempunyai akses yang mudah dan cepat untuk mengetahui keputusan mereka.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM mereka dan dapat melangkah ke tahap seterusnya dalam pendidikan dengan yakin.
Ya, kita tahu semua orang kini sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga terutama sekali bila melangkah keluar rumah untuk melaksanakan perkara penting.
Penyebaran wabak COVID-19 seperti mana yang kita tahu masih lagi berlaku. Namun dengan langkah drastik yang diambil oleh kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan, penyebaran ini akan menurun dalam jangka masa terdekat.
Banyak telah diperkatakan tentang bagaimana COVID-19 tersebar. Fakta yang sahih daripada World Health Organization (WHO) mengatakan virus ini tersebar menerusi titisan air daripada individu postif kepada individu lain.
Titisan air ini boleh datang daripada seseorang itu batuk, bersin, bercakap dalam jarak dekat dan juga melekat di objek berdekatan dengannya.
CARA SEBARAN
Disebabkan itulah kerajaan menerusi pelbagai medium media menyarankan kita agar mengamalkan kebersihan diri yang lebih teliti. Mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat atau menggunakan pencuci tangan beralkohol mampu mebunuh virus tersebut.
Dan jika anda ada simptom seperti batuk sila tekap mulut dengan lengan atau menggunakan tisu.
Tapi sejauh manakah virus COVID-19 boleh tersebar melalui udara dan adakah ia merupakan penyakit sebaran udara?
Memperjelaskan tentang persoalan ini, WHO telah menegaskan sekali lagi semalam menerusi laman media rasmi Twitter mereka.
Menurut WHO wabak COVID-19 bukanlah penyakit sebaran udara. Malah menurut sebuah video animasi yang dikongsi, virus ini yang keluar dari mulut seseorang apabila batuk boleh menjangkau pada jarak kira-kira 1 meter.
Itulah sebabnya sangat penting untuk amalkan penjarakkan sosial sepanjang masa tidak kiralah walaupun di mana kita berada.
Selain itu elakkan memegang mulut, mata atau hidung kerana dikhuatiri tangan anda ada menyentuh sesuatu objek atau seseorang yang ada virus tersebut.
Jadi usah riasu jika anda terpaksa keluar ke pasara raya atau melakukan tugasan penting yang lain. Cuma harus ingat ambillahlangkah berjaga-jaga. Jika ada individu berada terlau dekat dengan anda usah segan untuk mengingatkan mereka untuk menjaga penjarakkan sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai lelaki diluar sana terpikir ciri-ciri yang bagaimana sepatutnya ada pada lelaki yang sering menjadi bualan dan dambaan wanita. Untuk menjadi calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan penting di era yang serba serbi mencabar ini. Zaman yang perlukan duit segala.
Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan maggi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.
Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, lelaki yang ada 7 ciri di bawah ini memang awesome… ! Antaranya,
1. Tidak Terlalu Agungkan Kereta
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Tak bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
2. Tidak Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama
Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
3. Tidak Merokok
Punya marah minyak naik harga tapi harga rokok naik tiap tahun senyap saja. Duk bakar duit dan senaman paru-paru manjang je. Habis duit beli rokok. Kesihatan pun terjejas.
4. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
5. Tidak Suka Lepak Kedai Hipster
Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.
. 6. Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan Dan Hartanah
Dia banyak baca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukannya duk baca buku Patah Amin dan Hafiz Hamidon je. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
7. Ada Simpanan & Pelaburan Terjamin
Punyai simpanan dan pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak la nanti paksa kau buat pinjaman peribadi sama-sama untuk kahwin nanti.
***
Kau kaum lelaki ada ciri ni tak?. Kalau ada baguslah. Kalau tak ada, boleh berubah ke arah kebaikan.
Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.
Menjadi calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang bersepah, macam mana tanggung anak orang oii.
Sumber : AmirSyahir
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panduan pemberian nafkah ini bukan hanya untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab anda sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan anda.
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
Diri sendiri
Isteri
Anak
Bapa
Ibu
Cucu
Datuk
Saudara
Ahli-ahli keluarga berikutnya
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46)
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah)
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Kredit : Umi Amirah Indra
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.