Pada masa kini, kopi tidak lagi dinaggap sebagai sekadar sejenis minuman untuk menghilangkan rasa rasa haus atau untuk mengelakkan diri rasa mengantuk semata. Ia telah perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang diambil secara rutin.
Lihat sahaja lambakan pelbagai jenis cafe atau jenama dari dalam dan luar negara yang terdapat di setiap pelosok negara. Malah jika ada pertemuan sama ada santai atau profesional, di situlah akan sentiasa menjadi sasaran.
Bagi golongan yang bekerja pula meminum kopi boleh menjadi pemangkin ‘pembuka selera’ untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.
Tapi ramai yang kadang-kadang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Dengan kesan kafein inilah yang boleh membuat anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala berdebar-debar. Tapi jika diambil berlebihan ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.
Jika anda alami beberapa gejala seperti MASKULIN kongsi di bawah, itu petanda anda harus kurangkan pengambilannya dengan segera.
SELALU SAKIT PERUT
Selepas minum kopi sahaja anda mula sakit perut yang memulas. Ia mungkin disebabkan berlakunya gangguan pada prosespencernaan. Kopi boleh menjadi punca kepada rfefluks gastroesofageal. Jadi kurangkan minum kopi buat sementara waktu.
IKLAN
MUDAH CEMAS
Individu yang terlalu banyak minum kopi didapati akan muda berasa cemas. Selain itu mereka juga berdepan masalah kurang tidur dan sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik.
Jika mula rasa jantung semakin pantas berdegup, itu petanda besar bahawa anda perlu kurangkan minum kopi. Kandungan kafein mencetuskan denyutan jantung yang pantas lalu boleh menyebabkan anda juga berasa sakit kepala.
IKLAN
SUKAR TIDUR
Inilah antara sebab mengapa ramaia meminum kopi iaitu untuk mengelak rasa mengantuk. Namun jika diambil dengan banyak atau tidak kena pada waktunya; sebagai contoh waktu malam, maka ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tindur. Apabila tidur tidak cukup, keeesokannya ada meminum lagi kopi untuk elak rasa mengantuk di pejabat. Ini lagi memburukkan keadaan.
SAKIT KEPALA
Bagi penggemar kopi minuman ini mampu meredakan rasa tekanan mereka. Namun dalam satu kajian yang dijalan oleh Universiti Johns Hopkins mendapati individu yang minum lebih 5 cawan kopi akan berdepan sakit kepala.
Buat peminat peranti audio khususnya fon telinga pastinya sudah tidak asing dengan ‘line’ Samsung Buds yang saban tahun memperkenalkan model terbarunya.
Diperkenalkan bersama-sama barisan peranti lain pada beberapa minggu lalu, Galaxy Buds2 Pro turut mencuri perhatian apabila diuar-uarkan bakal tampil dengan pembaharuan yang cukup signifikan.
Pengenalan model terbaru pada tahun ini memperlihatkan satu peningkatan kualiti dan juga rekaan yang ditampilkan menerusi Samsung Galaxy Buds2 Pro.
Lebih menarik, ramai melihat pengenalan Galaxy Buds2 Pro merupakan satu penambahbaikan yang cukup agresif daripada model terdahulunya. Setelah menggunakan sendiri peranti audio terbaru dari Samsung, ini yang apa yang kami boleh rumuskan.
KESELESAAN MANTAP
Selesa dan tidak merumitkan. Itulah yang boleh MASKULIN nyatakan secara kasar apabila menggunakan sendiri Galaxy Buds2 Pro. Selain faktor sambungan yang cukup mudah serta pantas, Galaxy Buds2 Pro menepati ramalan apabila mampu membekalkan kualiti audio tahap high-end atau premium.
Malah tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa Galaxy Buds2 Pro merupakan antara earbud paling selesa pernah MASKULIN guna. Dalam pakej kotaknya disertakan dengan tip besar dan kecil untuk kesesuaian anda. Selain itu, pengecasannya pula menggunakan kabel USB-C kepada USB-C bagi memberikan kualiti pengecasan pantas terbaik.
Selain itu, Galaxy Buds2 Pro mempunyai reka bentuk yang cukup mesra dengan ruang telinga. Rekaannya memang cukup padan dengan bentuk telinga manusia. Setelah menggunakannya atau meletakkannya di telinga selama beberapa jam tanpa henti ia langsung tidak memberikan rasa sakit atau tidak selesa.
Salah satu faktornya mungkin beratnya yang agak ringan iaitu hanya 5.5 gram sahaja.
KUALITI AUDIO
Sesuatu peranti yang membawa nama ‘Pro’ pastinya akan hadir dengan sesuatu yang lebih ‘gempak’ berbanding versi biasa. Begitu jugalah Galaxy Buds2 Pro.
Antara ciri yang paling menarik ialah quick pairing dan juga active noise cancellation (ANC) yang mampu menghalang sebarang bunyi kotor dari mengganggu pengalaaman anda menggunkan peranti ini.
Walaupun ciri-ciri ini telah dijangka ramai akan dimuatkan pada Galaxy Buds2 Pro namun ia cukup mengejutkan apabila menggunakannya sendiri. Sistem ANC yang dilengkapinya cukup hebat apabila mampu menghalang bunyi luaran termasuklah bunyi kibod komputer yang diketik mahupun bunyi angin dari penghawa dingin.
Mode ambiens pula membenarkan bunyi luaran memasuki sistem audio sesuai buat anda yang masih ingin berjaga-jaga dengan sebarang pengumuman seperti di lapangan terbang. Ia juga dilengkapi dengan ciri Voice Detect di mana ia mampu mengaktifkan mode ambient dan merendahkan volume peranti apabila mengesan anda sedang bercakap.
Ia seolah menjangkakan anda sedang berkomunikasi dengan seseorang lalu mengaktifkan fungsi tersebut secara otomatik. Selepas 10 saat kemudian ia kembali seperti mode sedia kala.
Samsung turut menambah ciri 360 Audio ke dalam Galaxy Buds2 Pro. Ia merupakan ciri yang lebih kurang sama dengan Spatial Audio keluaran Apple yang memberikan efek audio sekeliling ketika anda mendengar muzik atau menonton video.
Kedua-dua ciri ini iaitu Voice Detect dan 360 Audio harus diaktifkan secara manual dengan menggunakan Wearable app. Dari segi kualiti audio pula Samsung menambah sokongan audio sehingga 24-bit Hi-Fi. Namun ia hanya boleh dinikmati bersama audio atau penstriman yang menyokong format tersebut.
KUASA BATERI
Salah satu faktor yang cukup penting di kalangan pengguna ialah ketahanan bateri. Bagi Galaxy Buds2 Pro mampu bertahan sehingga lebih lima jam bagi penggunaan berterusan bersama pengaktifan ANC. Manakala penggunaan tapa ANC pula boleh mencecah sehingga lapan jam.
Wireless charging port pula mampu bertahan sehingga 18 hingga 29 jam bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Lebih menarik ia turut menyokong pengecasan Wireless Powershare dan serasi bersama peranti Galaxy yang lain.
Ia hadir dengan tiga variasi warna cukup menarik iaitu Bora Purple, Graphite dan White.
Secara keseluruhannya Galaxy Buds2 Pro merupakan antara peranti audio yang paling selesa di pasaran sekarang. Sesuai dengan namanya, Galaxy Buds2 Pro memang terbukti cukup ‘pro’ dalam segenap aspek.
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Buds2 Pro anda boleh layari laman sesawang Samsung di sini.
Minggu lalu, Samsung Electronics Co., Ltd. telah kemunculan telefon pintar mampu milik Samsung Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G. Ia diangkat sebagai salah satu pelengkap pakej inovasi Galaxy terkini. Kedua-dua telefon pintar ini dikatakan mampu menawarkan pengalaman mudah alih yang serba bersepadu pada nilai yang hebat.
Hadir dengan pemproses baharu, kamera AI khas Galaxy, paparan yang luas dan lancar serta bateri mampu bertahan selama dua hari, siri Galaxy A terkini juga menampilkan kebolehan rangkaian sambungan 5G.
Selain itu ia lengkap dengan ciri-ciri keselamatan gred pertahanan, reka bentuk yang anggun, langsing dan mengutamakan kelestarian alam, serta pengalaman ketersambungan termaju. Kedua-dua peranti baharu ini turut menyokong pengemaskinian One UI, OS Android dan fungsi keselamatan secara berterusan untuk memberikan pengalaman mudah alih yang tiada bandingan bagi para pengguna.
“Kami percaya bahawa semua orang berhak menikmati kesan positif teknologi mudah alih dalam kehidupan mereka,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Selaras dengan itu, pelancaran siri Galaxy A terbaharu bertujuan menawarkan pengalaman mudah alih Galaxy yang canggih dan inovatif pada nilai wang yang hebat.”
PENGALAMAN KAMERA BAIK
Sama ada mencipta atau berkongsi kandungan Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G menawarkan pengalaman berkamera termaju daripada siri Galaxy S yang padat dengan banyak ciri premium. Sistem kuad-kamera Galaxy A53 5G menampilkan Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS yang mengambil gambar yang jelas dan mantap setiap masa. Sementara itu, kamera hadapan 32MP beresolusi tinggi memberikan swafoto yang hebat dan pengalaman panggilan video yang jelas.
Diperkasakan pemproses 5nm serba baharu, kamera berkuasa AI inovatif siri Galaxy A yang baharu menjadikan setiap imej kelihatan hebat – walaupun dalam keadaan pencahayaan malap. Mod ‘Improved Night’ akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik, untuk menghasilkan foto malam yang terang dan kurang hingar. Selain itu, kualiti rakaman video dalam suasana pencahayaan malap juga akan dipertingkatkan dengan kadar bingkai siri Galaxy A yang diselaraskan secara automatik untuk menghasilkan video yang terang dan jelas.
Mod Potret yang dipertingkatkan berupaya menangkap kedalaman dan siluet subjek dengan lebih tepat berkat kamera berkembar dan sokongan AI berkuasa. Selain itu, mod kamera ‘Fun’ cukup menghiburkan dengan filter dan efek penggambaran yang kini berfungsi dengan kanta Ultra lebar. Selain itu, Photo Remaster pula memberi nafas baharu kepada gambar yang berkualiti rendah manakala Objek Eraser membantu anda menghilangkan tunafoto di latar belakang gambar.
MULTIMEDIA MANTAP
Silau matahari yang terlampau secara kebiasaannya akan mengganggu pengalaman tontonan kandungan yang terpapar pada skrin telefon pintar. Oleh itu, siri Galaxy A baharu hadir dengan algoritma pintar yang memastikan kandungan paparan kelihatan dengan penuh jelas dan terperinci, tanpa mengira suasana pencahayaan.
Samsung Galaxy A53 5G
Paparan Super AMOLED 6.5-inci Galaxy A53 5G yang luas juga menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman yang mengasyikkan manakala Galaxy A33 5G menampilkan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz.
Selain itu, siri Galaxy A baharu kini dilengkapi dengan bateri berhayat sehingga dua hari dan fungsi Pengecasan Super Pantas 25W – dengan ini pengguna dapat menikmati tontonan kandungan, aktiviti penstriman dan banyak lagi untuk tempoh masa yang lebih lama.
LASAK & CANTIK
Samsung Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G juga terbina dengan Corning Gorilla Glass 5 dan ciri IP67 yang kalis air dan habuk, secara langsung menawarkan ketahanan lasak peranti dan ketenangan minda kepada pengguna. Mereka juga dilihat sentiasa mencabar had kebolehan teknologi dan akan terus membayangkan semula cara terbaik untuk menggunakan sumber planet ini.
Samsung Galaxy A33 5G
Selaras dengan komitmen kelestarian alam sekitar menerusi Galaxy for the Planet diumumkan pada Ogos 2021, Samsung bertekad menyampaikan inisiatif kelestarian alam sekitar untuk memelihara dan memulihara planet ini menjelang tahun 2025.
Antara hasil usaha kemapanan Samsung termasuk pengecualian palam pengecas dan pengurangan saiz pembungkusan untuk peranti siri Galaxy A . Bahan pembungkusan tersebut juga mengutamakan penggunaan kertas bersumber mampan, manakala peranti itu terbina dengan bahan kitar semula pasca pengguna (PCM) terutamanya pada bahagian butang sisi dan dulang kad SIM.
Selain daripada bahan keterbinaan, jangka hayat siri A baharu juga akan dilanjutkan berkat sokongan kemaskini One UI dan OS Android sehingga ke empat generasi berserta kemaskini sekuriti sehingga ke lima tahun. Sokongan ini membolehkan pengguna mengakses perisian dan ciri keselamatan yang terkini untuk melanjutkan kitaran hayat peranti.
Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G boleh didapati pada harga runcit disyorkan seperti dibawah:
Bantal adalah keperluan utama dalam bilik tidur terutamanya di katil anda. Lebih-lebih lagi jika anda sering dambakan waktu tidur yang berkualiti.
Namun begitu, pemilihan bantal yang tidak sesuai boleh menyebabkan leher anda berasa sakit-sakit sekali gus membuatkan anda tidak dapat tidur dengan lena.
Menerusi entri ini, Maskulin ingin kongsikan 4 tip pemilihan bantal yang betul
1. Material isian dalam bantal
Jika anda mengalami alahan, sila semak label bantal yang diambil untuk mengetahui jenis bantal tersebut. Kebanyakannya, bantal yang diperbuat daripada fiber poliester atau poliuretana adalah hipoalergenik. Mereka yang ada alahan dinasihatkan untuk menggunakan bantal daripada jenis busa (foam).
Isian material yang berbeza juga memberikan kesan empuk yang berbeza. Contohnya, jika anda suka bantal yang lembut, cuba dapatkan bantal jenis kekabu. Jika anda suka bantal yang lebih pejal, pilihlah bantal foam.
2. Pilih saiz yang sesuai
Bantal terdapat dalam pelbagai saiz. Kebiasaannya, saiz bantal terdiri daripada kecil (S), sederhana (M), besar/standard (L), saiz Queen ataupun saiz King. Walaupun ada antara kita yang memilih bantal berdasarkan saiz katil, ia adalah penting untuk mengambil kira saiz tubuh badan kita juga. Apakah panjang, lebar dan ketebalan bantal yang sesuai dengan tubuh kita.
3. Lihat struktur bantal
Leher kita secara semulajadinya melengkung ke depan untuk memberi sokongan kepada berat kepala. Oleh itu, lengkung (curve) yang sama juga perlu dikekalkan semasa kita berada dalam keadaan berbaring.
Bantal yang terlalu tinggi semasa kita mengiring ataupun terlentang boleh menyebabkan leher bengkok berlebihan, menyalahi kedudukannya yang normal. Akibatnya, kita akan mengalami kekejangan otot di bahagian leher dan bahu. Apabila bangun tidur, mula terasa lenguh dan sengal-sengal di bahagian tersebut.
4. Suhu
Walaupun ia belum dibuktikan secara saintifik, ramai pengguna bantal foam mengatakan bantal jenis ini menyerap suhu badan. Oleh itu, ia kurang selesa jika digunakan pada musim panas yang berpanjangan.
5. Posisi tidur
Jika anda gemar tidur secara terlentang, bantal yang sesuai untuk anda seharusnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu tinggi. Semasa tidur, leher anda perlu disokong, manakala kepala anda pula seharusnya selari dan sama tinggi dengan bahagian atas belakang (upper back) dan tulang belakang anda sendiri.
Jika anda suka tidur mengiring, bantal yang sesuai untuk anda perlu mesra dengan kontur (bentuk) leher anda. Kepala juga mesti tinggi sedikit, cukup untuk memastikan tulang belakang anda lurus.
Bagi mereka yang suka tidur meniarap pula, bantal yang lebih rata (atau tanpa bantal) boleh digunakan untuk mengalas kepala. Bantal rata tersebut juga boleh diletakkan di bawah pinggul.
Tak salah jika anda cerewet dalam pemilihan bantal. Malah boleh saja jika anda cuba-cuba dahulu bantal tersebut sebelum membelinya.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...