Di dalam buku Rich Dad Poor Dad turut menekankan konsep aset dan liabiliti serta memaksimumkan penggunaan aset kepada mesin jana wang yang berkesan sehingga mendapatkan pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini pula dijana tanpa pemilik aset tersebut berbuat apa-apa. Dengan ini, pemilik aset dapat bebas menjalankan kehidupan sendiri tanpa perlu risau mendapatkan wang kerana hidupnya telah ditaja oleh pendapatan dari aset yang menjana wang.
Dalam siri ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana seseorang yang boleh kaya walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Rich kid, poor dad. Anak kaya, bapa miskin.
Tidak dapat dinafikan mempunyai keluarga yang kaya adalah satu kelebihan dalam membina kekayaan.
Namun sebenarnya banyak jutawan hebat tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Kebanyakannya dari keluarga yang miskin atau sederhana. Tentunya ada rahsia yang menyebabkan mereka dapat mencapai kejayaan walaupun sebenarnya nasib tidak menyebelahi mereka pada awalnya.
Memahami nilai wang
Membesar dalam keluarga yang miskin menyebabkan anda memahami serta menghargai nilai duit. Untuk hidup, anda perlu wang, dan untuk mendapatkan wang, anda perlu bekerja atau berniaga. Jika terlalu banyak masa dan tenaga digunakan untuk mendapatkan wang, maka setiap wang hasil titik peluh lebih dihargai berbanding mereka yang mendapatkannya secara percuma atau senang.
Keinginan yang Tinggi
Disebabkan ada jurang yang besar di antara kehidupan susah dan kaya, mereka yang membesar dalam keadaan kekurangan pasti memiliki keinginan yang tinggi untuk merasai apa yang mereka tidak dapat rasa. Kanak-kanak yang tidak dapat makan di restoran mahal, mainan yang mahal dan mereka didedahkan dengan kawan-kawan di sekolah yang sentiasa cukup dan mempunyai kelengkapan yang mahal, pasti mewujudkan keinginan yang tinggi untuk melengkapkan jurang itu.
Ads
Hasilnya, mereka membina satu keinginan yang tinggi untuk mencapai dan memperbaiki kedudukan mereka.
Jurang yang besar ini penting kerana ia akan meningkatkan keazaman. Kita boleh lihat dalam perlumbaan, orang yang berada di belakang sedar akan jurang dan akan sentiasa merapatkan jurang dengan orang di hadapan. Orang yang berada di hadapan sekali walaupun dia mempunyai kelebihan, dia tidak boleh berasa selesa dan akan sentiasa memandang ke belakang. Dalam situasi ini, kebanyakan pelumba yang bagus tidak terburu buru ke hadapan, namun mengikuti dari belakang dengan jarak jurang yang dijaga.
Berusaha untuk mendapatkan sesuatu
Disebabkan keterbatasan sumber wang, seorang yang dilahirkan dalam keluarga susah perlu gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Seorang kanak-kanak yang terlalu ingin dibelikan mainan tetapi ibu bapa tidak dapat memenuhinya, akan mencari jalan yang lain untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Sering kali mereka akan mencari duit dengan berniaga kecil kecilan, bekerja secara separuh masa dan sebagainya. Dengan hasil penat lelah inilah mereka belajar berusaha gigih dan inilah modal utama untuk menjadi orang kaya dan berjaya di masa akan datang.
Ads
RICH KID, RICH DAD
Bagaimana pula anda sebagai ibu bapa mahu memastikan anak anda lebih kaya daripada anda? Jika anda bekerja makan gaji, anda perlu pastikan anak anda lebih tinggi pencapaian dan jawatan dari anda. Jika anda ada Diploma, pastikan anak anda ada Ijazah dan seterusnya.
Jadilah RICH DAD dahulu
Ads
Kunci membina generasi yang kaya terletak pada bapanya. Jadi si bapa perlu menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan dan bijak mengembangkan wang. Si bapa perlu merintis satu bisnes yang mana akhirnya akan disambung menjadi empayar yang besar oleh generasi seterusnya.
Kita boleh lihat contoh empayar perniagaan yang besar dipunyai oleh keluarga Rothchild (bank), Rockefeller (minyak mentah), Toyota (Automotif), Ford (Automotif), Quandt ( BMW Group) dan banyak lagi contoh contoh yang lain.
Didik anak dengan prinsip
Sekaya atau semiskin mana pun anda, pastikan didikan anda dengan prinsip hidup yang betul. Pastikan anak anak mengerti nilai wang, mempunyai cita-cita, tabah dan berusaha. Sebagai contoh John Gardner berkata kepada anaknya; Jika anda mahu, pergilah dapatkannya. Noktah. (If you want if, go get it. Period.)
POOR KID, RICH DAD
Akibat beberapa kesalahan fatal daripada ibu bapa dalam mendidik anak adalah memanjakan anak berlebihan dan tidak mengajar anak cara mengurus kehidupan, kewangan, dan bisnes dengan betul. Oleh sebab itu walaupun keluarga kaya, namun yang mewarisi kekayaan itu tidak berkualiti, maka harta akan habis juga akhirnya. Maka jadilah fenomena, anak miskin, bapa kaya.
Anda mahu situasi yang mana? Rich Kid Poor Dad, Rich Kid, Poor Kid, atau Poor Kid Rich Dad? Anda tentukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sindrom Nephrotic adalah gangguan buah pinggang bocor yang menyebabkan badan anda untuk mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing.
Sindrom Nephrotic biasanya disebabkan oleh kerosakan kepada kelompok di salur darah di dalam ginjal bahawa sisa penapis dan air yang berlebihan dari badan anda.
Sindrom Nephrotic menyebabkan bengkak (edema), terutamanya di kaki dan pergelangan kaki anda, dan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lain.
Rawatan untuk sindrom nefrotik termasuk merawat masalah asas yang menyebabkan ia dan mengambil ubat-ubatan.
Sindrom Nephrotic boleh meningkatkan risiko jangkitan dan darah beku.
Doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan dan perubahan diet untuk mengelakkan ini dan komplikasi lain sindrom nefrotik.
Oleh kerana protein dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan.
Inilah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.
5 TANDA-TANDA PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR
Badan lemah dan tak bermaya
Kencing berbuih
Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
Kembung, sakit perut & cirit birit
PUNCA BUAH PINGGANG BOCOR
Kanser
Penyakit seperti kencing manis & SLE
Gangguan genetik
Gangguan imun
Jangkitan seperti hepatitis
Kesan penggunaan dadah tertentu
KOMPLIKASI NEPHROTIC SINDROM
Dalam individu normal, protein turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah.
Bila terdapat kehilangan banyak protein, risiko pembekuan darah adalah tinggi.
Darah beku boleh menghalang pengaliran oksigen ke organ-organ dan mungkin boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
Selain itu, sistem pertahanan badan juga menjadi lemah kerana kehilangan immunoglobulins, iaitu protein yang terlibat dalam pertahanan badan.
Akibatnya seseorang senang diserang penyakit berjangkit termasuk jangkitan paru-paru, jangkitan kulit, jangkitan dalam perut dan jangkitan dalam otak.
Komplikasi-komplikasi lain ialah:
Hypothyroidism. Keadaan di mana kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon tiriod yang mencukupi untuk keperluan badan.
Anemia. Kekurangan protein menjadikan sel darah merah lebih kecil ataupun tidak normal. Ini menjadikan oksigen yang diangkut ke seluruh badan tidak mencukupi.
Penyakit arteri koronari. Terjadi apabila darah beku menyumbat saluran yang membekalkan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi. Apabila terdapat darah beku, darah perlu dipam dengan tekanan yang tinggi untuk memastikan keperluan badan mencukupi.
Kegagalan buah pinggang. Apabila terlalu banyak protein bocor, buah pinggang boleh rosak secara tiba-tiba dan jika tidak ditangani, boleh menyebabkan kerosakan kekal yang memerlukan hemodialisis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berita kedatangan band berpengaruh dari London ini telah membuatkan ramai peminat-peminat muzik terutamanya rock melonjak kegembiraan selepas kali terakhir menyaksikan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Namun dengan kontroversi yang melanda melibatkan sebuah festival muzik baru-baru ramai agak risau akan kebarangkalian ia boleh menjejaskan kemunculan MUSE secara ekslusif menerusi konser ‘MUSE Will of the People World Tour 2023’.
Kesungguhan pihak penganjur Hello Universe berserta sokongan dari pelbagai pihak termasuk dari kerajaan telah menjadikan konset pada malam Sabtu lalu menjadi kenyataan. Menjejakkan kaki ke Stadium Nasional di Bukit Jalil, venue rata-rata dipenuhi peminat MUSE berbaju hitam.
Kredit: Shafiq Shahar
Tidak salah MASKULIN katakan bahawa majoriti yang hadir adalah dari lingkuangan usia 30 dan 40-an.
Segala aturan juga didapati berjalan dengan cukup lancar. Pentas pada malam tersebut dibuka oleh sebuah band tempatan, Kyoto Protocol yang cukup bepengaruh dalam scene tempatan.
Tahniah buat penganjur kerana memberikan anak tempatan platform sebesar ini untuk berkongsi karya mereka di pentas bersama band sebenar MUSE. Selepas tamat persembahan mereka terdapat selang masa kira-kira satu jam.
Menurut kenyataan media Hello Universe, kelewatan berpunca dari faktor ingin memastikan keselamatan peminat terjamin. Tambah mereka di antara jam 8.15 malam dan 8.45 malam terdapat kesesakan trafik yang menuju ke Bukit Jalil. Jadi pihak mereka memberikan masa lebih panjang untuk kemasukan yang lebih lancar.
Walaupun ada sedikit keresahan namun rata-rata penonton tetap setia dan tidak berganjak. Alunan lagu pertama, ‘Will of the People’ disambut dengan sorakan yang cukup bergemurah. Teriakan dari gitar vokalisnya, Matt Bellamy membangkitkan jiwa rock penonton yang sangat teruja.
Kredit: ECHOLALIA PICTURES
Persembahan kemudian diteruskan dengan seleksi lagu seperti Hysteria, Drill Sergeat, Won’t Stand Down dan Compliace. Lebih menarik beberpa buah lagu yang disampaikan turut disertakan dengan persembahan pyro atau api yang menyemarakkan lagi konsert pada malam itu.
Tenaga yang ditonjolkan oleh Matt Bellamy bersama pemain bass, Chris Wolstenholme dan pemain dram, Dominic Howard ternyata cukup luar biasa.
Kredit: ECHOLALIA PICTURES
Biarpun usia mereka bertiga sudah lebih 40 tahun namun stamina dan tahap persembahan mereka ternyata tidak kalah dengan band yang mungkin jauh lebih muda.
Matt juga dilihat beberapa kali mengucapkan ‘terima kasih’ kepada penonton kerana mungkin gembira melihat sambutan yang diberikan kepada mereka. Stadium tidaklah penuh namun gegaran sorakan yang diberikan oleh penonton cukup hebat sekali.
Kredit: ECHOLALIA PICTURES
Dia juga menyuarakan harapannya agar tidak lagi perlu sehingga 16 tahun untuk melihat MUSE di KualaLumpur lagi di masa akan datang.
Lebih istimewa, konsert MUSE di Kuala Lumpur merupakan satu-satunya destinasi kunjunga mereka di Asia, sekali gus menjadikan ia adalah sebuah konsert yang cukup eksklusif.
Kredit: ECHOLALIA PICTURES
Persembahan MUSE diteruskan dengan seleksi lagu-lagu seperti Interstitial Parkour, Bach Fungue, Halloween dan Madnes. Sorakan menjadi lebih bergemuruh apabila lagu hit mereka seperti Time Is Running Out, Plug In Baby dan Supermassice Black Hole dipersembahkan oleh MUSE.
Bagi penulis sendiri sedikit agak terkilan kerana lagu-lagu dari album hit terdahulu dari ‘Origin of Symmetry’ (kecuali Plug In Baby) dan ‘Showbiz’ tidak menjadi pilihan mereka untuk dipersembahkan. Namun, penulis faham mereka dalam rangka tour promosi album terbarunya, ‘Will of the People’.
Kredit: Shafiq Shahar
Akan tetapi ia tidak sedikit pun mengikis rasa kagum terhadap apa yang ditonjolkan sepanjang kira-kira dua jam oleh MUSE pada malam tersebut.
Secara keseluruhannya, MUSE membawa sebanyak 20 buah lagu dengan apa yang rata-rata penonton konsert ini nyatakan sebagai konsert terbaik tahun 2023.
Semoga bertemu lagi MUSE!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.