Masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi antara punca Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024.
Panggilan semula itu dibuat kerana tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan yang melibatkan sebanyak 3,722 buah kenderaan.
2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV mempunyai masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi
Ads
Sementara 65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), ‘traction control‘ dan meter had laju tidak tepat.
Difahamkan mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
Ads
Pemilik-pemilik kenderaan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan Perodua dan Boon Siew Honda berdekatan berhubung proses pemanggilan semula.
Tular di media sosial dua video berdurasi satu saat dan satu minit 10 saat memaparkan detik cemas berlaku letupan di stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas kereta Proton Saga miliknya meletup ketika berada di stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Kejadian berlaku sekitar jam 7 petang itu turut tular selepas beberapa video tersebar. Bagaimanapun hasil pemeriksaan pihak polis mendapati kejadian letupan itu disebabkan bateri kereta meletup.
Pemandu e-hailing terbabit sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Aeropolis untuk tindakan selanjutnya.
Sebenarnya apa yang menyebabkan bateri kereta meletup? Berikut dikongsikan fakta berkaitan isu ini.
Bateri kereta merupakan komponen penting dalam sistem elektrik sesebuah kenderaan. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan enjin dan menyokong operasi pelbagai sistem elektronik dalam kereta.
Walaupun jarang berlaku, terdapat kes di mana bateri kereta boleh meletup, dan kejadian ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu serta penumpang. Berikut dikongsikan sebab-sebab utama bateri kereta meletup, risiko yang terlibat, dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Salah satu sebab utama bateri kereta meletup ialah pengumpulan gas hidrogen di dalam atau sekitar bateri. Semasa proses pengecasan, bateri akan menghasilkan gas hidrogen yang sangat mudah terbakar. Jika pengudaraan tidak mencukupi atau terdapat percikan api berhampiran terminal bateri, gas ini boleh menyala dan menyebabkan letupan.
Litar pintas berlaku apabila terdapat sambungan yang tidak betul antara terminal positif dan negatif bateri. Keadaan ini boleh menyebabkan arus elektrik yang sangat tinggi, lalu menghasilkan haba yang berlebihan. Haba ini mampu memanaskan bateri secara mendadak sehingga menyebabkan letupan, terutamanya jika bateri sudah uzur atau rosak.
Pengecasan bateri secara berlebihan juga boleh menyebabkan letupan. Apabila bateri dicas melebihi had yang ditetapkan, ia akan memanas dan mengakibatkan tekanan dalaman meningkat. Ini seterusnya boleh menyebabkan bahan kimia di dalam bateri menjadi tidak stabil lalu meletup. Masalah ini lazimnya berlaku jika pengecas automatik tidak digunakan atau sistem pengecasan kereta mengalami kerosakan.
Bateri yang sudah lama digunakan atau telah rosak mempunyai risiko lebih tinggi untuk meletup. Ini kerana struktur dalaman bateri mungkin telah terjejas, menyebabkan ketidakstabilan kimia. Tambahan pula, bateri lama cenderung untuk mengalami kebocoran elektrolit, yang boleh menyebabkan kakisan pada terminal dan meningkatkan risiko percikan api.
Sambungan terminal yang longgar boleh menghasilkan percikan api kecil akibat arus tidak stabil. Percikan ini, walaupun kecil, boleh menyalakan gas hidrogen yang terperangkap dan seterusnya mencetuskan letupan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan sambungan bateri sentiasa kukuh dan bersih.
Pemeriksaan Berkala – Lakukan pemeriksaan rutin terhadap bateri termasuk tahap air (bagi bateri bukan jenis bebas penyelenggaraan), sambungan terminal, dan tanda-tanda kerosakan fizikal.
Elakkan Pengecasan Berlebihan – Gunakan pengecas yang mempunyai fungsi automatik untuk mengelakkan overcharging.
Pastikan Pengudaraan Baik – Elakkan mengecas bateri dalam ruang tertutup untuk mengelakkan pengumpulan gas hidrogen.
Guna Peralatan Berkualiti – Pastikan semua sambungan elektrik menggunakan kabel dan sambungan yang betul serta berkualiti tinggi.
Ganti Bateri Lama – Tukar bateri kereta setiap 2 hingga 3 tahun atau mengikut saranan pengeluar untuk mengelakkan risiko kegagalan.
Letupan bateri kereta bukanlah sesuatu yang lazim, namun ia boleh berlaku jika aspek keselamatan diabaikan. Dengan memahami punca-punca utama dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya, risiko letupan bateri dapat diminimumkan.
Keselamatan pengguna jalan raya harus sentiasa menjadi keutamaan, dan penyelenggaraan bateri yang betul adalah sebahagian daripadanya.
Mungkin anda pun sudah sedia maklum sejak kebelakangan ini pelbagai jenis barangan sudah mula naik harga. Keadaan ekonomi yang mungkin masih tidak menentu selepas pandemik yang melanda sepanjang dua tahun menampakkan impaknya.
Jadi sudah tentu pelbagai langkah penjimatan harus kita amalkan untuk meringankan beban perbelanjaan bulanan. Di antara perbelanjaan yang paling banyak kita keluarkan duit adalah minyak kereta.
Mungkin anda tertanya-tanya. Apakah caranya untuk elak kereta ‘makan’ minyak dengan banyak? Sebenarnya ada beberapa tip mudah yang anda boleh lakukan. Dan ya, ia tidak melibatkan sebarang modifikasi besar atau penggunaan sebarang kad ajaib atau minyak ajaib.
Berikut beberapa tip yang cukup mudah dan berkesan untuk anda amalkan dalam pemanduan harian agar dapat menjimatkan penggunaan minyak kereta.
Apa itu tayar eco? Tayar eco atau juga dikenali tayar dengan rintangan golekan rendah merupakan tayar yang perlukan daya lebih rendah untuk berpusing. Sesuai dengan dengan namanya, daya rintangan pada tayar ini lebih rendah apabila anda memusingkan tayar. Jadi secara tidak langsung boleh mengurangkan penggunaan petrol.
Boleh bawa penjimatan antara 10 hingga 20 peratus!
Penggunaan minyak enjin yang sesuai juga memainkan peranan. Jadi pilihlah minyak enjin yang mempunyai kadar kelikatan rendah. Antaranya ialah dari jenis 0W-20 atau 5W-30. Untuk tahu kesesuaiannya periksa buku panduan atau manual kereta anda untuk taghu spesifikasi minyak enjin paling sesuai.
Tidak dinafikan penggunaan aksesori yang besar boleh menyebabkan kereta ‘makan’ minyak lebih banyak. Aksesori seperti spoiler belakang yang besar, kotak bumbung, rim besar serta body kit yang mungkin agak berat. Jadi gunalah aksesori yang benar-benar anda perlukan sahaja.
Ini yang paling mudah. Terutamanya buat anda yang ingin memiliki atau menukar kereta baharu. Jadikan kereta hybrid sebagai pilihan utama. Mungkin kosnya agak tinggi namun penjimatan di masa akan datang akan membuatkan ia lebih berbaloi. Tahukah anda kereta hybrid seperti Honda HR-V hybrid hanya menggunakan 1 liter petrol untuk perjalanan sejauh 18.8 kilometer!
Kalau boleh seminggu sekali periksalah kondisi angin dalam tayar kereta anda. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
Suka memandu kereta dengan memecut ikut suka hati? Atau anda suka memandu laju dan suka membrek secara tiba-tiba? Itu merupakan antara tabiat yang oleh membuatkan kereta ‘makan’ minyak dengan banyak. Salah satu cara penjimatan minyak ialah tabiat memandu dengan kelajuan yang efisien. Jika memandu di lebih raya cukuplah sekadar anda memandu mengikut had laju yang dibenarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Yamaha Y125ZR merupakan model popular di Malaysia. Kapcai berkenaan berada di pasaran tempatan sejak 1999. Dan..ia merupakan model dua lejang yang masih digunakan sehingga kini.
Terbaru, model ‘panas’ itu didatangkan dengan Edisi Terhad MotoGP. Harga jualan model berkenaan ialah RM8,846.76 seunit. Namun begitu, sebaik tiba di pusat jualan pastinya harga Y125ZR akan meningkat kerana bilangannya yang terhad.
Apakah perbezaan yang terdapat pada model terhad ini?. Edisi Terhad MotoGP didatangkan dengan warna dan grafik Movistar bersama lencana bernombor pilihan sendiri.
Pada masa yang sama, Hong Leong Yamaha Motor turut menawarkan set kotak khas kepada pemilik baru edisi MotoGP berkenaan.
Sudahpun berada di pasaran, setiap pembelian Y125ZR itu akan menerima sijil tulen, t-shirt 125ZR, sarung lengan Yamaha dan poskad memorabilia.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.