The TCS New York City Marathon 2024, yang berlangsung pada 3 November, mencipta sejarah sebagai maraton terbesar di dunia dengan 55,646 pelari berjaya menamatkan perlumbaan.
Acara edisi ke-53 ini terus mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu perlumbaan paling berprestij dalam World Marathon Majors. Perlumbaan sepanjang 26.2 batu ini menyaksikan dominasi luar biasa pelari Kenya dalam kategori wanita apabila Sheila Chepkirui merangkul gelaran juara dengan kejayaan sapu bersih podium oleh rakan senegaranya.
Sementara itu, Abdi Nageeye mencipta detik bersejarah dengan menjadi pelari Belanda pertama memenangi kategori lelaki, membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa.
Maraton ini dianjurkan oleh New York Road Runners, sebuah organisasi bukan keuntungan yang berperanan besar dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui larian.
Menariknya, edisi TCS New York City Marathon 2024 turut disertai oleh lima pelari dari New Balance Running Club Malaysia, yang membawa semangat dan keazaman tinggi untuk menakluki laluan sejauh 26.2 batu (42.2km) di kota metropolitan New York.
BAWA NAMA MALAYSIA
MASKULIN berpeluang menemu bual secara eksklusif Mohd Adzale dan Danial Hazeeq, yang berkongsi cabaran, pengalaman, serta detik inspirasi sepanjang perlumbaan.
Bagi Danial Hazeeq, larian di New York bukan sekadar perlumbaan biasa tetapi satu pencapaian peribadi yang penuh bermakna.
“Saya mahu mencabar diri untuk berlari dalam salah satu maraton paling ikonik di dunia. Tenaga luar biasa yang ada di sepanjang laluan New York City membuatkan saya semakin bersemangat.
Ads
“Pengalaman pertama ini memang tak akan saya lupakan—sangat mencabar tetapi begitu memuaskan!” katanya.
Danial Hazeeq
Dari segi persediaan, Danial menggabungkan latihan larian jarak jauh, latihan kelajuan, dan kekuatan otot. Selain itu, dia juga memberi fokus kepada kekuatan mental.
“Saya banyak menggunakan teknik visualisasi dan positive self-talk supaya saya kekal fokus dan yakin,” tambahnya.
Namun, cabaran utama bukan hanya pada persiapan, tetapi juga ketika perlumbaan itu sendiri. “Salah satu kesukaran terbesar adalah menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk. Ketika masuk kilometer ke-30, otot saya mula mengalami kekejangan. Saat itu benar-benar menguji ketahanan diri,” katanya.
Walaupun menghadapi kesukaran, sorakan dari penonton di sepanjang laluan membantu Danial untuk terus bertahan.
Ads
“Sokongan mereka luar biasa, terutamanya di Brooklyn dan First Avenue. Sorakan mereka memang memberi saya tenaga tambahan ketika keletihan mula terasa,” jelasnya lagi.
STRATEGI DAN PERSEDIAAN
Sementara itu, Mohd Adzale berkongsi bahawa strategi pemakanan dan hidrasi memainkan peranan penting dalam memastikan dia kekal bertenaga sepanjang perlumbaan.
“Saya mengambil satu energy gel setiap 30-35 minit serta meneguk air atau minuman isotonik pada selang dua water station. Saya set peringatan pada jam tangan supaya tidak terlepas,” katanya.
Walaupun begitu, dia tetap berdepan cabaran dari segi fizikal. “Sekitar kilometer ke-24, betis saya mula mengalami kekejangan.
Mohd Adzale
“Saya terpaksa mengawal rentak, bergilir antara berlari dan berjalan untuk mengelakkan kecederaan lebih serius. Paling penting, saya memastikan badan sentiasa terhidrasi,” jelasnya.
Ads
Dalam perlumbaan ini, teknologi juga menjadi alat penting bagi Adzale. “Saya gunakan jam sukan untuk memantau prestasi kerana saya memang jenis yang suka analisis data.
“Dengan data yang direkodkan, saya boleh lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki untuk menjadi pelari lebih baik”.
Pemilihan kasut juga memainkan peranan besar dalam prestasi lariannya. “Saya memakai New Balance FuelCell SC Elite v4 NYC Marathon Edition.
“Saya sukakan PEBAX FuelCell compound dengan full-length carbon fiber plate, yang memberikan tolakan kuat dan sokongan bawah kaki tanpa mengorbankan keselesaan untuk larian jarak jauh. Ditambah lagi dengan rekaannya yang unik edisi NYCM, ia memang pilihan yang tepat untuk saya!” katanya dengan penuh teruja.
Kisah kejayaan Danial Hazeeq dan Mohd Adzale ini membuktikan bahawa cabaran maraton bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga mental dan strategi. TCS New York City Marathon 2024 bukan hanya medan perlumbaan, tetapi satu pengalaman seumur hidup yang menjadi inspirasi buat pelari dari seluruh dunia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara anggota badan yang sering menjadi perhatian para lelaki ialah peha. Silap amalkan senaman bahagian atas sahaja lain pula jadinya.
Maka muncullah istilah chicken leg! Sebenarnya jika anda amalkan senaman yang seimbang ia boleh dielakkan.
Walaupun semakin ramai lebih lebih fokus kepada senaman untuk mendapatkan tegap tapi masih ramai yang mengabaikan otot. Ini kerana ada antara anda beranggapan bahawa otot tangan dan perut lebih penting untuk dibesarkan.
Jom luangkan sedikit masa anda dan ikuti 5 langkah senaman di bawah bagi mendapatkan paha yang pejal dan kuat.
HIGH KNEES
Angkat lutut kiri separas dengan dengan pinggang dan tahan selama 3 saat. Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
Ulang untuk kaki yang berlawanan dan lakukan selama 2 minit.
TURNING KICKS
Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri. Badan dicondongkan sedikit kekiri. Lutut kanan diangkat hingga ke paras pinggang. Tangan kanan pula dibengkokkan dihadapan dada.
Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
Ulang semula untuk kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 10 tendangan.
Pertama sekali selamat menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa.
Bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia. Inilah tempoh di mana kita lebih mendekatkan diri dengan aktiviti kerohaniah dengan lebih kerap.
Dan inilah tempoh untuk kita ‘perlahankan’ sedikit segala perkara yang mungkin tidak berapa mendatangkan faedah atau yang cenderung kepada lagha.
Tapi dalam masa itu tidak salah juga untuk kita terus menjaga kecergasan diri. Cuma mungkin bentuk senaman atau cara melakukannya perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian dalam kita sedang berpuasa.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat tapi dalam masa yang sama cukup mesra untuk ‘timbulkan’ six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh lutut
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan ulangan ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada bahagian otot perut dan fokuskan kepada otot tubuh dari beban tubuh
Tahan sehingga beberapa minit
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda masih baru dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat maka disarankan untuk lakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal.
Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Semoga dengan melakukan teknik senaman di atas dapat membantu anda terus mengekalkan kecergasan dan juga bentuk badan. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe YouTube dan Facebook MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik.
Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
LANGKAH 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.