Acara larian pada waktu malam merupakan aktiviti kecergasan yang cukup menarik. Salam satu penganjuran larian malam yang cukup dinantikan ialah program larian waktu malam yang dianjurkan oleh jenama jam ICE Watch.
Penantian peminat larian tersebut kini berakhir apabila Ice-Watch Malaysia mengumumkan kembalinya larian malam yang sangat ditunggu-tunggu.
Dan kali ini ia dikenali sebagai “Colour Up the Night Run 2023”, yang dianjurkan secara eksklusif oleh JomRun. Acara tahun ini menjanjikan lebih banyak kegembiraan dengan penambahan baru dan inovatif kepada perayaan – jam pintar Ice-Watch ICE smart one.
Dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2023 di Plaza Shah Alam, “Colour Up the Night Run 2023” adalah perayaan kesihatan, kecergasan, dan perpaduan, yang membawa bersama peserta dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk malam yang tidak akan dilupakan penuh dengan keseronokan dan kecergasan.
Ads
Seiring matahari terbenam dan pemandangan bandar berubah menjadi kaleidoskop warna, pelari dan penonton akan mengalami perjalanan yang mempesonakan dan bercahaya melalui jantung Shah Alam.
“Colour Up the Night Run 2023” adalah pengalaman seumur hidup. Seiring matahari terbenam dan bintang-bintang keluar bermain, pelari dan penonton akan memulakan perjalanan penuh tenaga tanpa batas, visual yang menakjubkan, dan rasa perpaduan yang hanya Ice-Watch boleh aturkan.
Ads
“Colour Up the Night Run 2023 lebih daripada sekadar maraton; ia adalah perayaan kehidupan dan kecergasan,” kata Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer, .
“Kami bersemangat untuk mengumpulkan komuniti peserta yang pelbagai untuk mengalami keajaiban acara unik ini,” tambahnya lagi.
Ads
Sementara itu, Ice-Watch ICE smart one merupakan inovasi terbaharu daripada jenama mereka dengan mengaplikasikan teknologi pintar terkini sesuai dengan evolusi Ice Watch yang bersemangat dan berimaginasi selari dengan visi pengasanya, Jean-Pierre Lutgen.
Buat anda yang berminat untuk sertai larian yang cukup menarik ini boleh mendaftar di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?
Sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet. Sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda. Namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya. Jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini.
1. Salad Caesar
1 porsi sayur dalam salad caesar mengandungi 382 kalori. Ia memang menyihatkan tetapi tetapi pastikan anda tidak menambahkan keju dan heavy dressing ke dalam menu ini kerana dibimbangi akan merosakkan diet dan kalori yang sedia ada.
2. Salad Greek
Kandungan nutrisi yang terkandung dalam sayur salad, tomato, timun, bawang bombay dan lain-lain memang menyihatkan. 1 porsi salad Greek mengandungi kira-kira 313 kalori (tanpa tambahan dressing dan keju). Namun, jika anda menambahkan ia dengan minyak zaitun, keju dan dressing lain secara berlebihan, besar kemungkinan salad anda mengandungi lebih tinggi kalorinya seterusnya ia pasti akan membuatkan diet anda gagal.
3. Salad Coleslaw
Salad ini merupakan antara salad popular dan lebih digemari lebih-lebih lagi kalau digandingkan bersama kentang goreng atau kentang putar. Wah, feeling makan set kfc peulak ye sampai tak toleh kiri kanan. Namun begitu, apa yang menyebabkan anda perlu menjauhi salad coleslaw ini adalah kerana penggunaan mayonis yang menjadi pelengkap dan penyedapnya. Jika ingin menjamahnya tidak salah tetapi jangan berlebih-lebihan atau jadikannya amalan kerana 1 mangkuk kecil salad coleslaw (dengan mayonis) mengandungi kalori yang tinggi, iaitu hampir 450 kalori.
4. Salad Pasta
Ramai tak kat sini peminat pasta? Pasta mudah didapati dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara masakan termasuklah dibuat salad. Namun begitu, mengapa anda perlu mengurangkan atau menghindari makanan ini adalah kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi. Jika anda sedang menjalani diet karbo, elakkan makanan ini ya.
5. Salad Russian
Satu perkataan yang boleh digambarkan bila melihat salad ini…’Creamy!’Seperti salad coleslaw, salad ini dilimpahi dengan sos krimnya yang pasti menyelerakan. Tetapi ambil peringatan ya.1 porsi salad Russian mengandungi 579 kalori, berbanding jika anda memakan sayurnya sahaja, nilai kalorinya sekitar 118 kalori. Jadi, cuba bayangkan berapa kalori yang terkandung dalam krimnya sahaja.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skill bola adalah antara satu sebab mengapa kita menonton perlawanan bola sepak selain kita meminati kelab atau pemainnya. Kebolehan pemain ‘menari’ dengan bola di kaki adalah satu kemahiran yang sangat berguna untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1v1. Terdapat beberapa pemain yang sangat berbakat sehingga mampu mencipta skill mereka sendiri (signature skill). Oleh itu, kami kumpulkan 10 pemain yang mempunyai signature skill mereka sendiri.
The Maradona Turn/Roullette
The Maradona Turn adalah sesuatu yang ramai kanak-kanak praktikkan kerana ia sangat berguna ketika sedang bermain di waktu lapang. Tidak banyak peluang atau kesempatan yang ada untuk melakukan aksi ini dalam sesebuah perlawanan, tetapi ia mewakili satu daripada banyak tipu helah yang terkenal dalam bola sepak.
Zinadine Zidane juga antara lagenda yang kerap menggunakan teknik ini untuk melepasi kawalan pihak lawan.
Saksikan aksi-aksi Maradona di bawah.
The Cruyff Turn
Ini yang dikatakan kebijaksanaan yang asli. Mungkin bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama akan gagal dan terjatuh. Itu adalah perkara biasa. Agak sukar untuk melakukan teknik ini tanpa kemahiran yang tinggi namun dengan latihan yang berterusan ia mampu menjadi sesuatu yang praktikal dalam sesebuah perlawanan.
The Ronaldinho Gaucho Snake
The Snake atau Elastico adalah satu teknik yang rumit untuk dihasilkan. Mungkin ia juga adalah teknik yang paling sukar dalam bola sepak.
Beberapa pemain pernah melakukan teknik ini selain Ronaldinho, seperti Rivelino dari Brazil yang dianggap pencipta sebenar gerakan yang unik ini namun The Magician, Ronaldinho adalah pemain yang telah mempopularkan gerakan pemusnah ini.
Buktinya jelas dapat disaksikan dalam video yang disediakan di bawah. Lihat sahaja bagaimana bintang Brazil ini menewaskan pihak lawan dengan sangat berkesan. Anda boleh mencuba melakukannya jika mampu.
The Ferenc Puskas Pullback
Teknik Ferenc Puskas sentiasa diangkat sebagai pemain Hungary terbaik dalam sukan bola sepak dan beliau telah mencipta satu teknik yang digelar “Pullback V” ketika zaman kegemilangannya.
Pada masa kini, teknik ini telah digunakan secara meluas dan adalah ‘aset’ yang perlu ada pada diri setiap pemain.
Video dibawah adalah bagi mengenang lagenda Real Madrid tersebut. Saksikan bagaimana beliau melakukan teknik ini.
The Juan Roman Riquelme Move
Teknik atau kemahiran ini jarang dapat anda saksikan. Kenapa ya? Kerana ia adalah sangat sukar untuk dilakukan dan hanya pemain yang sangat berbakat yang berani melakukannya dalam suatu perlawanan rasmi. Juan Roman Riquelme adalah salah seorang pemain yang sangat berbakat yang telah mewarnai permainan bola sepak dan beliau dianugerakan sepasang kaki yang hebat untuk menjayakan teknik ini.
Sangat menakjubkan bukan?
The Robinho Pullback
Satu lagi teknik yang sukar, tetapi Robinho menjadikannya kelihatan mudah.
Gerakan ini sangat berkesan dalam ruang yang sempit, jika anda memiliki keseimbangan dan ketangkasan yang baik.
The Scissor/Bicycle Kick
Siapakah pemain yang menciptanya? Pemain Peru, Chile, Brazil, Itali dan banyak lagi negara semuanya mengatakan mereka yang telah mencipta teknik ini. Namun Pele adalah pemain terkenal yang pernah menggunakannya dan membuatkan dunia mengenali teknik yang hebat ini. Ia adalah antara teknik yang sukar untuk dilakukan memandangkan anda mungkin akan hilang keseimbangan dan berada dalam keadaan terbalik.
Video dibawah menunjukkan antara gol-gol cantik yang dihasilkan melalui teknik Sciccors atau Bicycle Kick.
Jay-Jay Okocha – The Rainbow
Terdapat kesangsian tentang siapakah pencipta teknik The Rainbow ini, namun Jay-Jay Okocha telah menjadi pemain yang mempopularkan gerakan ini dalam perlawanan bola sepak yang kompetitif. Video yang disediakan menunjukkan bagaimana Okocha melakukan teknik The Rainbow. Beberapa teknik lain di dalam senarai ini juga telah dihasilkan lagenda Nigeria tersebut di dalam video ini. Anda tidak akan jemu menonton aksi beliau.
The Step-over
Siapa pula pencipta The Step-Over? Ramai pemain dari era terdahulu telah menampilkan teknik yang sangat efektif ini terutamanya pemain-pemain Brazil, seperti Ronaldo, Denilson, dan Amantino Mancini. Kemudian datang pula pemain seperti Robinho dan Ronaldinho yang dilihat berjaya mempraktikkan teknik ini dengan sempurna berbanding pemain-pemain lain. Pada hari ini, pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Riyad Mahrez, dan beberapa lagi pemain lain telah meneruskan teknik yang menghiburkan ini.
Saksikan video dibawah yang menyaksikan bagaimana pemain lawan yang tertipu dengan helah dan gerakan kaki yang pantas ini.
Kerlon – The Seal Dribble
Satu teknik yang jarang dipraktikkan, tetapi tetap sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan, iaitu Seal Dribble. Pemain yang tidak begitu terkenal namun terkenal dengan teknik ini adalah Kerlon, juga dari Brazil. Beliau mempu untuk lari dalam jarak yang agak jauh sambil mengimbang bola di kepalanya, dengan menanduk bola perlahan-lahan secara berulang kali.
Namun agak malang teknik ini sering kali menyebabkan beliau disiku dibahagian kepala oleh pihak lawan.
Saksikan aksi Kerlon dalam video dibawah.
Pada masa kini, terdapat banyak video yang mengajar kita semua bagaimana untuk melakukan teknik-teknik yang menarik ini. Anda juga mungkin boleh mempelajarinya dan mempraktikkannya. Semoga berjaya!
Rujukan: bleacherreport.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.