Coway, syarikat Best Life Solution semalam telah berjaya menghimpun lebih 10,000 peserta dalam acara larian tahunannya, Coway Run. Bertemakan “Enter Our World“, Coway mengalu-alukan orang ramai untuk melangkah ke Coway’s World untuk merasai pengalaman yang menakjubkan dari perspektif Coway. Coway Run merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia bagi membuktikan komitmen syarikat dengan cogan kata “Change Your Life” serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang merupakan salah satu lokasi paling bersejarah di Malaysia, Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi pelepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.
Foto (dari kiri): Kyle Choi (Pengarah Urusan Coway Malaysia), Mira Filzah, Ryan Jung (Ketua Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Coway Malaysia).
Acara Baharu, Larian 21km Separuh Maraton
“2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik,” kata Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi .
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini (larian 21km separuh maraton) meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.
Ads
“Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” tambahnya.
Aktiviti Menarik Selain Berlari
Larian 5km mesra keluarga tahun ini menampilkan halangan seperti terowong kabus, terowong penggelek dan labirin tilam yang diilhamkan daripada produk terkini Coway seperti Penyaman Udara Coway, Kerusi Urut Coway dan siri tilam premium.
Ads
Terowong pemercik air dan terowong angin yang mewakili penulen air serta udara Coway membantu menyejukkan badan para peserta dan membawakan pengalaman berlari yang menyeronokkan untuk para peserta. Produk-produk Coway bersaiz besar, Water Café, gerai permainan interaktif disediakan untuk memeriahkan suasana.
Ads
Lari Sambil Beramal
Coway Run 2023 juga menyediakan ruang kepada peserta untuk memberikan impak positif kerana RM10 daripada hasil jualan setiap tiket akan didermakan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway. Coway sentiasa komited untuk mewujudkan sebuah dunia dimana manusia dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni.
Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru mendaftar jadi ahli gym? Inilah masanya untuk anda bina badan. Tetapi hati-hati gais, jangan lakukan kesilapan-kesilapan ini…
Di sini MASKULIN bawakan 6 kesalahan yang sering dilakukan bila berada di gym!
1. Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
2. Warm Up Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut. Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
3. Tak Tahu Kelemahan Diri
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
4. Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
5. Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
6. Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat lelaki, tipulah kalau anda kata anda tak pernah menahan berak samada di pejabat atau ketika di luar rumah!
Kalau tahan sebab terpaksa kerana tiada tandas berdekatan, masih boleh dimaafkan. Tetapi, kalau saja-saja disebabkan tidu tak cukup atau ‘air paip tak laju,’ itu memang sangaja
cari masalah. Buat lelaki, tahu tak kekerapan menahan berak boleh membahayakan kesihatan anda?
Apabila anda tahan berak, najis akan mengeras. Bila keras, ia menyebabkan pengeluarannya dari tubuh menjadi tidak lancar dan boleh mengakibatkan usus anda tersumbat. Di samping itu, akan timbul risiko-risiko lain akibat kekerapan menahan berak seperti masalah jantung atau kekejangan.
Menurut laman kesihatan Prevention.com, jangan sesekali tahan untuk berak apabila keadaan ‘mendesak.’ Seorang pakar kesihatan dari Boston, Amerika Kyle Staller menjelaskan manusia normal perlu buang air besar sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Seminggu tiga kali. Ini ada yang 4-5 hari tak berak-berak. Kalau korang termasuk dalam golongan ini, kena hati-hati tu!
Sumber: www.prevention.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
(Hernia) ialah kes yang sangat kerap ditemui oleh doktor bedah. Ia secara relatifnya bukan keadaan yang sangat serius dan boleh dirawat dengan baik jika tidak berlaku sebarang komplikasi.
Secara asasnya, 2 faktor yang menyebabkan angin pasang ialah:
Lapisan abdomen lemah berpunca daripada genetik atau luka (pembedahan).
Tekanan tinggi di dalam abdomen disebabkan batuk kronik, sembelit, organ membesar, atau kerap mengangkat barang berat.
Berhati-hati ketika mengangkat objek berat
Sukan rintangan seperti mengangkat berat semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Sama ada untuk tujuan kesihatan atau kosmetik (bentuk badan yang cantik), sukan ini adalah sangat baik untuk kesihatan. Ia mengurangkan kadar lemak dan kolesterol serta merendahkan risiko penyakit jantung.
Walau bagaimanpun, berterusan mengangkat objek berat meningkatkan tekanan di dalam abdomen yang berisiko menyebabkan organ membonjol ke luar sehingga berlaku hernia. Hernia yang berpunca daripada sukan seperti ini turut dinamakan sebagai hernia sukan (sport hernia). Risiko juga meningkatkan disebabkan kecederaan yang dialami oleh otot abdomen semasa bersukan.
Jabatan Pembedahan Am Hospital Singapura ada berkongsi kaedah untuk mengelakkan hernia ketika mengangkat berat:
Panaskan badan sebelum memulakan aktiviti.
Angkat objek dengan berat yang sesuai mengikut kemampuan anda.
Sentiasa membongkokkan badan melalui lutut, bukan pinggang atau perut.
Jangan terlalu gopoh dan lakukan dengan perlahan.
Berhenti jika mengalami kesakitan.
Sesetengah pekerjaan meningkatkan risiko angin pasang
Selain bersukan, terdapat juga pekerjaan yang meningkatkan risiko angin pasang seperti pekerja buruh dan mereka yang mengangkat kotak di pasaraya atau beg dan bagasi di lapangan terbang. Golongan ini mungkin tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan sumber kewangan.
Pihak majikan seharusnya lebih peka dan menjaga kebajikan serta keselamatan pekerja. Pastikan beban barang yang diangkat tidak melebihi kemampuan pekerja sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Jika berlaku sebarang masalah kesihatan dalam kalangan pekerja disebabkan oleh pekerjaan tersebut, rawatan perlu diberikan. Ini adalah selari dengan Seksyen 16 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.