Dalam dunia hiburan, persaingan adalah lumrah. Setiap tahun, wajah-wajah baharu muncul, membawa bakat dan keunikan tersendiri.
Ramai percaya, seorang pelakon lelaki hanya mampu bertahan lima tahun sebagai hero sebelum ditolak ke tepi oleh generasi baharu.
Namun, pelakon tersohor Datuk Remy Ishak membuktikan sebaliknya.
Lebih satu dekad berkecimpung dalam industri, Remy masih menjadi pilihan penerbit, pengarah dan penonton sebagai hero utama.
Apa rahsianya? Jawapannya sederhana iaitu fokus pada diri, bukan orang lain.
@maskulinmy Datuk Remy Ishak akui rahsianya kekal hero bukan kerana lawan orang lain, tapi fokus pada skrip dan watak yang diberi. Tak pernah bandingkan diri, hanya buat yang terbaik. Alhamdulillah, rezeki datang dengan karya berkualiti sebab itu dia masih relevan sampai hari ini. #maskulin#majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
“Kalau Kau Jadi Hero, 5 Tahun Habis…”
Remy mengimbas kembali satu nasihat daripada aktor senior, Rosyam Nor, yang pernah menegurnya tentang realiti sebagai hero di layar perak.
“Dia kata pada saya, kalau kau jadi hero, tak lama lah, lima tahun habislah. Saya dengar, tapi saya tak nak simpan benda tu. Sebab saya percaya pada law of attraction. Kalau kita set lima tahun, memang lima tahunlah kita dapat. Kalau kita set sepuluh tahun, sepuluh tahunlah,” cerita Remy.
Ads
Kata-kata itu menjadi turning point untuk Remy membentuk mentaliti berbeza.
Dia tidak mahu menghadkan rezekinya dengan pemikiran negatif.
Baginya, industri hiburan bukan tentang siapa cepat naik atau siapa paling lama bertahan tetapi siapa yang konsisten menjaga fokus dan kualiti.
Tak Sibuk Bandingkan Diri
Ramai pelakon mudah insecure bila melihat pelapis baharu muncul silih berganti.
Ads
Tetapi bagi Remy, itu bukan sesuatu yang perlu difikirkan setiap hari.
“Saya tak ada masa nak fikir orang. Saya pun kadang-kadang tak tahu pun siapa muka-muka baru. Bila orang sebut baru saya sedar. Sebab saya sibuk dengan skrip, sibuk dengan kerja marketing untuk filem lepas shoot, sibuk dengan jadi spokesperson. Jadi saya memang tak pernah fokus orang lain,” jelasnya.
Dalam perjalanan kariernya, Remy bersyukur kerana Allah sentiasa membuka ruang dengan skrip dan peluang yang baik.
Dia percaya, bila seseorang itu benar-benar fokus, rezeki akan datang tanpa perlu kejar orang lain.
Ads
“Alhamdulillah saya dikaburkan dengan skrip-skrip yang bagus. Itu yang buat saya tak sempat nak fikir benda-benda lain. Kerja saya banyak input, banyak cabaran. Jadi rezeki tu ada je, datang dengan cara yang tak disangka-sangka,” katanya lagi.
Bila ditanya apa yang membuatkan dia kekal tenang dalam menghadapi persaingan, Remy menjawab ringkas: jangan takut, jangan terganggu.
“Saya rasa benda itu saja yang membuatkan saya tak rasa insecure, tak rasa takut, tak rasa terganggu. Bila kita fokus pada diri, rezeki itu akan datang sendiri. Alhamdulillah saya masih hero sampai sekarang, syukur,” katanya sambil tersenyum.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Yeezy effect! Menjadikan figura terkenal Kanye West sebagai inspirasi utama dalam rekaan bomber jacket ini sememangnya kena dengan penggayaan yang lebih santai, urban dan hipster. Penggunaan tekstur yang berbeza memberi kepelbagaian dalam rekaan bomber jacket ini.
Bosan dengan rekaan yang serba kosong? Barangkali pereka antarabangsa seperti Raf Simmons, Bottega Veneta dan Junya Watanabe menghasilkan corak petak yang lebih moden serba kreatif menghilangkan rasa bosan untuk pentas fesyen lelaki. Lebih berinovasi dan unik dalam gaya fesyen lelaki hari ini. Meskipun dilihat sedikit klasik dan retro, namun ia masih memberi impak mewah dengan penggunaan corak checks, woolly tartans and crisp windowpane patterns. Sekali gus menghidupkan pentas fesyen lelaki kali ini.
Mengapa masih mahu berada dalam kelompok yang sama? Penggunaan warna merah jambu dalam penggayaan lelaki semasa bukan dilihat sebagai mematahkan aura maskulinnya, malah ia lebih menyerlah dan memberi satu daya tarikan pada orang ramai. Dusty pink, mahupun dark pink mencetus fenomena dalam trend rangkaian koleksi lelaki untuk masa kini.
Perincian gold serta silver, penggunaan fabrik berstruktur berat seperti velvet mampu menghasilkan ciptaan rekaan yang serba mewah dan lebih agung. Mana tidaknya, padanan rekaan kot berlabuh panjang serta tambahan aksesori ala brocade menaikkan unsur Victoria pada era 60-an. Namun, dari segi silhouette masiih tampak moden dan eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gula adalah satu komponen penting dalam diet kita, sama ada kita mahu mengaku atau tidak, kerana ia tersembunyi dalam segala-galanya. Jadi, jika anda akhirnya bersedia untuk berhenti mengambil gula demi kesihatan anda yang lebih baik, kami cadangkan anda mula mengikuti pelan 30 hari kami bermula hari ini.
Dengan mengambil laluan ini, anda akan melihat banyak faedah untuk memastikan anda cukup bermotivasi untuk terus berada di jalan yang sihat ini.
Hidup Tanpa Gula (a.k.a Faedah Berhenti Gula)
Banyak respon diperolehi melaporkan perubahan sebaik sahaja mereka berhenti gula untuk kebaikan:
Memandangkan 30 hari mungkin kelihatan agak keterlaluan bagi sesetengah orang, kami telah pecahkan kepada empat minggu untuk memudahkan anda.
Mari kita lihat apa yang disediakan untuk anda:
Minggu 1: Pertama, Kita Tambah
Bagi tempoh tujuh hari akan datang, kami mahu anda masukkan tiga perkara berikut dalam rutin anda setiap hari.
1. Mulakan hari anda dengan segelas air hangat yang diperah lemon segar dan secubit cayenne
Kombinasi sihat ini akan mengaktifkan penghadaman, metabolisme, dan tenaga anda di permulaan hari.
2. Makan sarapan rendah karbohidrat yang tinggi lemak dan protein.
Jika anda biasa skip sarapan pagi, anda perlu untuk mengubah tabiat tersebut. Ketahui, karbohidrat lebih cenderung untuk membuat anda ketagih gula. Bila kita memulakan plan untuk berhenti mengambil gula ini, kita akan dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat kita juga.
Untuk sarapan haruslah yang dipenuhi dengan lemak yang sihat dan tanpa lemak, low-salt protein seperti: telur, avocado, ayam.
3. Meningkatkan pengambilan lemak yang sihat dengan menambah lebih banyak kacang mentah, minyak zaitun, keju penuh lemak (sebaik-baiknya swiss atau parmesan), dan avocado ke dalam diet anda.
Tetapi anda perlu berhati-hati untuk tidak mengambilnya secara berlebihan. Sebaik-baiknya, anda perlu memilih satu atau dua jenis pengambilan lemak sahaja dari senarai contoh tadi untuk diet pemakanan harian anda.
Matlamat untuk tempoh satu minggu adalah memulakan hari anda dengan pemakanan yang betul iaitu meminum air lemon dan mengambil sarapan tinggi protein, rendah karbohidrat. Secara semulajadi anda juga akan melawan keinginan untuk makan, ini kerana penambahan lemak yang sihat, akan memberi anda tenaga dan membuat perut anda penuh.
Minggu 2: Mula Mengurangkan
Apabila minggu pertama berakhir, anda akan mula perasan perbezaan yang ketara dalam mood, tahap tenaga, tidur, dan mungkin juga saiz pinggang anda! Kemajuan ini yang akan memberi motivasi kepada anda untuk terus bertahan memasuki minggu kedua.
1. Buang sebarang makanan di rumah anda yang mempunyai lebih daripada 5g gula untuk setiap hidangan. Ini boleh jadi apa saja bermula dari sos salad dan yogurt kepada apa sahaja makanan yang kelihatan sihat tetapi sebenarnya tidak.
2. Perhatikan sos dan perasa anda.
Ini salah satu situasi yang mana ramai orang tidak sedar ia adalah perangkap gula yang lengkap. Jika anda tidak percaya, boleh cuba sekarang, periksa label pada sos BBQ, sos tomato dan kicap anda. Kami cadangkan anda memilih mustard atau sos pedas untuk makanan seperti sandwic atau ayam dan gunakan lemon dan minyak zaitun untuk menggantikan sos salad.
Prinsip yang sama juga diguna untuk coffee creamer walaupun secara teknikalnya ia bukan sos. Kerana ia kebanyakannya telah diproses dengan gula dan pemanis tiruan yang hanya menjadi toksik untuk kesihatan anda.
3. Pilih buah-buahan yang mempunyai jumlah gula paling rendah dan ketepikan kandungan gula yang lebih tinggi.
Perlu diingat bahawa apabila pelan 30 hari ini berakhir, anda akan dibenarkan untuk mengambil buah-buahan tinggi gula dalam kuantiti yang sedikit. Kami masih mahu anda untuk makan makanan yang kaya dengan pelbagai buah-buahan untuk mengoptimumkan pengambilan nutrien anda.
Dengan kata lain, amalkanlah buah-buahan yang rendah gula seperti:
Dan mengelakkan buah yang tinggi gula seperti:
Minggu 3: Pusingan Penyingkiran
Pada saat ini, perasaan anda hendaklah seperti berada di puncak.
Anda telah mendapat banyak tenaga yang boleh dikekalkan hasil dari pengambilan air lemon, sarapan rendah karbohidrat, dan peningkatan pengambilan lemak. Ditambah pula, minggu kedua membantu anda untuk perlahan-lahan mengurangkan penggunaan makanan yang manis dengan sekatan yang tegas.
Dan sekarang anda berada di sini pada minggu ketiga, ia adalah masa untuk menghentikan pengambilan gula sepenuhnya.
Berikut adalah tiga tugas untuk minggu ini:
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan hapuskan terus karbohidrat dalam makan malam anda.
Pengambilan karbohidrat pada lewat malam merupakan penyebab kita selalu mengidamkan untuk makan pencuci mulut selepas itu; dengan menghapuskannya, anda tidak mempunyai lagi alasan untuk ketagih gula selepas makan.
Anda perlu konsisten mengambil protein dan sayuran rendah kanji untuk makan malam anda. Anda juga boleh menikmati salad semangkuk besar sebelum makan malam jika ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang.
Seterusnya, kami mahu anda untuk mengawal minuman anda.
2. Ucapkan selamat tinggal kepada semua minuman manis.
Ini bermakna jika anda mahu menikmati kopi, amalkan ia pekat dan hitam. Elakkan minuman ringan yang manis dan sama juga bagi minuman buah-buahan yang tinggi gula.
Jika anda perlukan sesuatu yang lebih menarik daripada minum air putih, tambahkan lemon atau buah-buahan segar dalam air anda, atau dapatkan teh herba yang sihat dan bukan minuman berkafein yang sedap.
3. Hentikan semua jenis pemanis. Untuk langkah ini termasuk juga pemanis semulajadi seperti madu apatah lagi yang tiruan.
Pemanis ini mempunyai kecenderungan untuk menaikkan selera anda berganda dan meninggalkan keinginan untuk makan sesuatu yang lebih manis. Tetapi anda tidak akan pernah dapat memenuhinya kerana ia akan membuat anda berasa mahu dan mahu.
Minggu 4: Teruskan Melangkah
Minggu kedua dan ketiga mungkin yang paling mencabar untuk anda dan ia adalah mudah untuk kita tahu mengapa. Ini kerana berhenti menikmati beberapa makanan kegemaran anda bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Jadi fokus bagi minggu keempat adalah dengan hanya mengekalkan momentum positif ini berterusan. Untuk melakukan ini, kami kongsikan tiga tabiat yang kami mahu anda juga mengamalkannya:
1. Membeli dengan lebih bijak di kedai runcit.
Ini bermakna elakkan membeli makanan yang sudah diproses dan dibungkus siap contohnya makanan segera. Kawal diri anda untuk tuju ke tempat barang yang anda inginkan sahaja: untuk mencari makanan segar seperti daging dan tenusu.
Walau bagaimanapun, disebabkan anda sedang mengamalkan begitu banyak pantang larang dan banyak perkara perlu dihadkan, kami tidak mahu anda berasa seperti kehilangan. Kami mahu anda untuk memberi ganjaran kepada diri anda dengan cara yang positif.
Tetapi daripada memberi ganjaran kepada diri anda dengan perkara yang berkaitan makanan, seperti sekeping coklat, kami mahu anda untuk menukar cara tersebut.
2. Wujudkan 3 ganjaran yang bukan berkaitan makanan.
Ganjaran ini boleh jadi semudah bersiar-siar dan mandi di pantai atau menonton filem bersama-sama keluarga anda. Ganjaran seperti ini akan membuat anda berasa lebih baik daripada membuat anda selalu ingin makan sesuatu yang manis seperti memberi ganjaran kepada diri anda dengan coklat.
Secara mudahnya, mencari sesuatu yang tidak melibatkan makanan, namun masih memberikan anda perasaan seperti dihargai. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan urutan atau ke spa untuk mencapai keputusan yang sama.
3. Jika anda perlu untuk makan sesuatu yang manis, buatlah sendiri.
Memasak di rumah membolehkan anda untuk mengawal jumlah bahan-bahan yang tidak sihat dalam merawat dan juga memberikan anda peluang untuk mengurangkan gula sewajarnya.
Cari resipi yang mengandungi kurang daripada 5g gula untuk setiap hidangan. Resipi untuk hidangan individu adalah lebih baik kerana ia sudah disediakan sebegitu untuk anda.
Jika anda membakar biskut yang rendah gula tetapi akhirnya anda sendiri makan habis satu dulang, anda berada dalam keadaan yang sama iaitu mengambil satu hidangan gula yang tinggi. Tidak bijak. Jadi, jika anda ingin menikmatinya, kami mahu untuk mengambilnya secara bijak.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan berbanding wanita, kebanyakan lelaki tidak mempunyai koleksi produk penjagaan wajah banyak seperti mereka. Namun jika ditanya setiap lelaki apakah seleksi produk penjagaan wajah yang mereka ada, pastinya ramai menjawab pencuci atau skrub wajah.
Buat lelaki yang sentiasa bergerak aktif menggunakan pencuci wajah merupakan satu kemestian dan solusi untuk penjagaan wajah. Selain menghapuskan kotoran, ia juga berfungsi memberikan perlindungan daripada pelbagai elemen tidak baik untuk kulit.
Di pasaran terdapat kambakan produk pencuci wajah untuk lelaki merangkumi pelbagai jenis jenama juga peringkat harga.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis produk pencuci wajah yang bagus boleh didapati pada harga RM20 secara di atas talian (harga promosi ketika artikel ini ditulis). Ikuti senarai berikut;
Menggunakan khasiat dari wasabi yang mengandungi bahan anti-bakteria. Mampu menghapuskan 99% bakterua menyebabkan jerawat dan mengawal kadar minyak di wajah
Membersihkan wajah dengan efektif dengan membuang segala kotoran dan menghidratkan kulit. Ia turut menjaga tekstur wajah agar kekal segar.
Membersihkan kotoran dan minyak yang terdapat di liang pori-pori. Ia juga melembutkan kulit wajah dan melembabkan selepas digunakan.
Selain membersihkan wajah ia juga berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan wajah. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit wajah normal.
Mengurangkan kadar minyak di wajah serta membantu tekstur kulit menjadi lebih baik. Ia juga memerangkap kotoran dan mengurangkan kerosakan akibat pencemaran.
Diformulasikan dari teknologi million-scrub dari Jepun. Ia mengoptimasikan kemampuan pencucian detoks dengan Micro Scrubs yang menembusi liang pori.
Kesemua seleksi produk pencuci wajah di atas boleh anda dapatkan pada harga bawah RM20 di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.