Di antara jenama sukan yang cukup sinonim dengan sukan bola sepak di peringkat global ialah PUMA. Jenama asal Jerman ini telah berdekad lamanya memperkenalkan pelbagai inovasi dalam kelengkapan peralatan bola sepak seperti jersi dan juga but bola.

Bersempena demam bola sepak yang kini semakin hangat, PUMA mengorak langkah dengan kempen PUMA House of Football di Malaysia.

Berlangsung selama selama seminggu, PUMA menampilkan legasi dan sejarah mereka melalui beberapa aktiviti interaktif yang menggamit memori sejarah bola sepak global dan pelbagai lagi.

Legasi Bola Sepak Global Dipertontonkan PUMA House of Football

Bertempat IOI City Mall, bermula 1 November sehingga 8 November bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, pameran PUMA House of Football adalah sebahagian daripada komitmen jenama ini untuk sentiasa memajukan dan memacu perubahan positif dalam sukan bola sepak baik di peringkat tempatan mahupun global.

Menurut Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan, “Bola sepak adalah sebahagian daripada DNA PUMA, sama juga seperti rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia membesar mempunyai kenangan indah bersama sukan ini, yang mengajar kita erti nilai daya saing, kerja berpasukan, nasionalisme, persahabatan dan bersatu padu.

“Justeru itu, inisiatif yang dilaksanakan pada hari ini bermatlamat meraikan keindahan sukan bola sepak, mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus mengukuhkan sokongan berterusan PUMA terhadap komuniti bola sepak yang sedang berkembang daripada peringkat akar umbi sehingga ke persada antarabangsa”.

IKLAN

KEMUNCAK UTAMA

Antara kemuncak acara House of Football ini adalah aktiviti menelusuri sejarah bola sepak, yang menyaksikan PUMA mempamerkan koleksi barangan pilihan yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak, yang diperoleh dari seluruh dunia.

Legasi Bola Sepak Global Dipertontonkan PUMA House of Football

Menampilkan sembilan but bola sepak legenda, peminat berpeluang menghayati perjalanan sejarah PUMA yang panjang dan hebat dalam bola sepak. Kebanyakan but ini dipakai oleh beberapa ikon bola sepak terkemuka dalam sejarah seperti Pelé, Diego Maradona, Lothar Matthäus, Antoine Griezmann, Neymar Jr dan ramai lagi.

Pengalaman menelusuri pameran ini menggambarkan evolusi dan inovasi kepakaran PUMA dalam bola sepak dari tahun 1952 hingga hari ini.

IKLAN

Legasi Bola Sepak Global Dipertontonkan PUMA House of Football

Peminat pasti teruja apabila PUMA House of Football menampilkan 27 jersi paling popular daripada 22 pasukan bola sepak di seluruh dunia. Jersi pasukan kebangsaan dari Itali dan Ivory Coast, jersi kelab bola sepak bertaraf dunia seperti Manchester City dan AC Milan, malah kelab tempatan tercinta seperti PJ City dan Penang FC turut dipamerkan, memperlihatkan peranan penting PUMA dalam dunia bola sepak hari ini.

Tumpuan utama acara ini, PUMA meraikan arena bola sepak tempatan dengan memberikan penghormatan kepada barisan jaguh bola sepak Malaysia, dari zaman dahulu hingga kini.

IKLAN

PENAMPILAN ISTIMEWA

Saksikan penampilan pemain negara yang kian meningkat naik, Danish Haziq, Nabil Hakim, dan Adam Nadzmi serta pemain senior yang cukup berpengalaman, Zaquan Adha, Razman Roslan, dan Mahali Jasuli; dalam paparan video eksklusif yang dirakamkan sebagai sebahagian daripada acara untuk menyemarakkan lagi inspirasi untuk pencinta bola sepak di seluruh negara.

Legasi Bola Sepak Global Dipertontonkan PUMA House of Football
Pemain legenda kebangsaan; Datuk James Wong; Datuk Wira “Tauke” Soh Chin Ann bersama Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan dan Datuk Santokh Singh

Peminat juga boleh melawat ke ruang khas di PUMA House of Football, didedikasikan buat legenda bola sepak Malaysia iaitu Datuk Wira “Tauke” Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh dan Datuk James Wong yang mempamerkan kehebatan pencapaian mereka, terutamanya sebagai ahli pasukan yang membawa Malaysia layak ke acara sukan global yang dikenali sebagai acara sukan paling unggul iaitu Sukan Olimpik Musim Panas 1980.

Legasi Bola Sepak Global Dipertontonkan PUMA House of Football

Bukan itu sahaja, sepanjang acara selama seminggu ini, peminat boleh menyertai beberapa aktiviti interaktif seperti “Footie Pong” untuk memenangi hadiah eksklusif!

Selain itu, dengan setiap pembelian PUMA, perkhidmatan pencetakan haba untuk jersi disediakan secara percuma. Ini membolehkan peminat bola sepak untuk membawa pulang ke rumah jersi bola sepak PUMA mereka sendiri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI