Bagi lelaki yang meminati dunia automotif dan kelajuan, Formula 1 bukan sekadar sukan, tetapi satu gaya hidup. Kombinasi kejuruteraan canggih, strategi perlumbaan, dan adrenalin yang mengalir di setiap selekoh menjadikan F1 sebagai satu fenomena global. Kini, peminat F1 boleh membawa keseronokan lumba ke dalam rumah dengan koleksi baharu LEGO F1 yang bakal dilancarkan pada 1 Mac 2025.
Buat pertama kali dalam sejarah LEGO, semua sepuluh pasukan F1 akan diabadikan dalam bentuk set LEGO Speed Champions, LEGO City, dan LEGO DUPLO.
Ini bukan sekadar permainan kanak-kanak – ia adalah satu pengalaman nostalgia dan kepuasan bagi lelaki yang gemar mengumpul dan membina sesuatu yang bernilai.
Hobi Menarik Lelaki Moden
Mengumpul LEGO F1 bukanlah sekadar aktiviti kanak-kanak, malah menjadi trend dalam kalangan lelaki dewasa yang menghargai seni kejuruteraan dan kreativiti.
Dengan model seperti McLaren F1 Team MCL38 Race Car, Mercedes-AMG F1 W15 Race Car, dan Williams Racing FW46 F1 Race Car, koleksi LEGO Speed Champions menawarkan replika berkualiti tinggi yang boleh dijadikan hiasan meja kerja atau ruang tamu.
Bagi mereka yang menggemari suasana perlumbaan sebenar, set LEGO City F1® seperti F1 Pit Stop & Pit Crew dengan Ferrari Car dan F1 Garage & Mercedes-AMG & Alpine Cars membolehkan peminat mencipta suasana pit stop yang realistik.
Ads
Set ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu mengasah daya kreativiti dalam mereka bentuk strategi perlumbaan sendiri.
Koleksi Premium Collector Sejati
Bagi lelaki yang menggemari cabaran dan kehalusan seni bina, LEGO Technic dan LEGO Icons menyediakan pengalaman membina yang lebih kompleks dan memuaskan.
Ads
Model Oracle Red Bull Racing RB20 F1 Car dan Ferrari SF-24 F1 Car direka dengan perincian seperti stereng berfungsi, kotak gear 2 kelajuan, serta spoiler boleh laras untuk aktivasi DRS – seakan membina model sebenar dalam skala lebih kecil!
Peminat LEGO F1 juga boleh menambah koleksi mereka dengan set Williams Racing FW14B & Nigel Mansell, sebuah model ikonik yang membawa pulang kejayaan Nigel Mansell dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 pada tahun 1992. Ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang menghargai sejarah sukan permotoran.
Untuk peminat yang ingin melengkapkan koleksi F1 mereka dengan harga lebih berpatutan, LEGO juga menawarkan mystery box F1 Collectible Race Cars dengan harga RM19.90 bermula 1 Jun 2025.
Dengan elemen kejutan dan variasi model, ini adalah satu cara unik untuk menambah keseronokan dalam dunia pengumpulan LEGO.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular ura-ura penyanyi Ben Ladin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.
Hal ini selepas tular foto dan video Ben Ladin di aplikasi TikTok dalam persalinan sut berona biru gelap bersama wanita yang memakai gaun serba putih seakan mengesahkannya telahpun mendirikan rumah tangga.
Ben Ladin, 23 turut dilihat memakai inai merah dan memeluk wanita tersebut pada penghujung video berkenaan.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Muhammad Benladin Munshi Shaihan telah memilih wanita yang dikenali sebagai Shida itu biarpun tidak jelas tarikh sebenar mereka melangsungkan majlis.
Ben juga belum membuat sebarang kenyataan ataupun hantaran di media sosial mengenai perkahwinannya dan status dirinya sama ada masih bujang ataupun sudah bergelar suami.
***
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Hamidah yang dipercayai merupakan ibu saudara kepada pengantin perempuan juga berkongsi khabar gembira itu tiga hari lalu dan mengesahkan ura-ura tersebut.
“Persandingan anak buah dengan pasangannya, Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” catatnya.
Berdasarkan pemerhatian, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut dan memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadang terhimpit dengan soal kerja yang mempunyai deadline pasti memberi anda dilema untuk menyiapkannya. Mungkin juga bermasalah dengan pasangan juga mendorong anda untuk makan, makan, dan terus makan apa pun yang ada di depan mata. Kecenderungan nafsu makan berlebihan yang didorong oleh stres dan emosi negatif disebut dengan emotional eating.
APA ITU EMOTIONAL EATING?
Makan berlebihan di bawah pengaruh stres merupakan salah satu gejala dari apa yang disebut dengan depresi oleh profesional kesihatan mental. Namun, ramai orang yang tidak memiliki diagnosis depresi atau isu kesihatan mental ketika menghadapi stres.
Emotional eating ialah kecenderungan yang dirasakan seseorang untuk merespon stres dengan makan bahkan ketika tidak lapar. Aktiviti makan lebih dianggap sebagai pelarian pada ketenangan, cara penghilang stres atau sebagai ‘hadiah’ untuk diri sendiri dan bukan untuk memuaskan rasa lapar.
Makan berlebihan ketika sedang emosi juga berfungsi sebagai pengalih perhatian. Jika anda dalam keadaan susah hati tentang sesuatu atau konflik, anda cenderung akan memusatkan perhatian hanya mengunyah makanan kesukaan anda sebagai cara memenangkan mood daripada harus berurusan dengan situasi menyesakkan itu. Sama keadaan di mana anda sedang bosan dan akhirnya memilih untuk memilih rangkaian televisyen hingga cerita kesukaan anda ke udara kembali.
Segera alihkan perhatian daripada makanan pada hal-hal lain yang dapat anda lakukan hingga dorongan makan berlebihan berlalu. Misalnya,berbual dengan teman, membaca buku atau majalah, mendengarkan muzik, joging, meditasi atau latih pernafasan, bersenam atau menulis jurnal. Memiliki jurnal makanan membantu anda untuk merancang pemakanan serta pemikiran atau emosi apa yang anda rasakan setiap kali makan.
Cuba lakukan beberapa tip berikut:
1.Makan jeruk
Jika anda mengidam gula, cuba makan jeruk mandarin. Jeruk mandarin hanya memiliki 50 kcal. Mengupas dan mencium bau jeruk menciptakan sebuah momen meditasi untuk membantu menenangkan anda. Buah ini juga kaya vitamin C. Anda perlu vitamin C untuk menguatkan kekebalan tubuh terutama ketika berhadapan dengan stres.
2.Kacang
Kacang pistachio sebagai alternatif makanan sihat daripada sebungkus kerepek kentang. Pistachio ialah salah satu jenis kacang yang rendah kalori, namun diperkaya dengan lemak baik dan serat, serta membantu mengatur gula darah. Dengan cara ini, anda tidak akan mengalami lonjakan gula yang membuat anda semakin hiperaktif dan gelisah.
3.Pandang rona merah
Warna merah membawa maksud “berhenti” atau larangan, memandang sesuatu yang berwarna merah menyala akan mengirimkan isyarat yang kuat ke otak kita, iaitu berhenti. Cuba sajikan makanan di atas piring berwarna merah atau pasang saja papan peringatan berwarna merah. Bahkan jika tip ini tidak mampu untuk menghentikan anda, hal ini akan membuat anda lebih menyedari kebiasaan buruk anda.
4.Senaman
Satu langkah penting dalam mengelola stres ialah dengan senaman kerana aktiviti fizikal secara teratur cenderung mengurangi pengeluaran hormon, bahkan membantu menurunkan risiko depresi, kecemasan dan insomnia di samping mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam emotional eating.
5.Cari bantuan
Bagi mereka yang mungkin memerlukan bantuan mengatasi stres, kaunseling pengurusan stres dalam bentuk terapi individu atau kelompok sangat berguna. Kaunseling stres dan terapi kelompok telah terbukti mengurangkan gejala stres dan meningkatkan kesihatan diri secara keseluruhan. Pendekatan ini membantu untuk meringankan stres dengan membantu rekonstruksi ulang cara pandang atau berfikir seseorang terhadap isu-isu tertentu.
Suplemen protein adalah antara produk pemakanan yang paling biasa dan paling popular di pasaran hari ini. Tetapi dengan limpahan produk-produk dipasaran anda mungkin keliru tentang jenis yang hendak dibeli, bila menggunakannya dan berapa banyak yang perlu diambil.
Artikel ini juga bertujuan menjelaskan keperluan protein dari sumber haiwan, tumbuhan dan juga sebagai makanan tambahan berdasarkan bukti saintifik semasa. Jika anda memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi lanjut, sila berjumpa dengan Dietitian atau professional kesihatan yang bertauliah- bukannya terus mengesyorkan atau menetapkan suplemen tertentu.
Protein manusia mengandungi 20 asid amino semulajadi yang dibahagikan kepada dua jenis:
1. 9 asid amino penting ‘’essential” yang mesti berasal dari makanan (Kerana tubuh tidak boleh membuatnya)
2. 11 asid amino “non-essential” (dihasilkan oleh badan)
Asid amino membentuk banyak blok-blok dan komponen dalam badan, termasuk protein otot, yang dibuat melalui proses sintesis protein otot (Muscle Protein Synthesis – MPS). Untuk membina atau mengekalkan jisim otot, kita mesti mendapatkan protein dan asid amino yang mencukupi untuk menyokong proses MPS.
Protein dari sumber makanan boleh dikategorikan sebagai “lengkap” atau “tidak lengkap.” Protein lengkap mempunyai semua asid amino penting yang diperlukan untuk MPS, jadi tidak mengapa jika anda mengambil protein jenis ini begitu sahaja. Protein lengkap boleh didapati dari sumber haiwan dan tenusu.
Namun begitu, beberapa protein dari sumber tumbuhan diklasifikasikan sebagai tidak lengkap, bermakna ia kekurangan beberapa asid amino penting dan mesti dilengkapi dengan sumber protein kedua untuk melengkapkan yang hilang. Ia dipanggil “mutual supplementation” (Onoja & Obizoba 2009).
Baiklah, sekarang, anda sudah tahu asas protein dan mengapa ia penting, mari kita beralih fokus kepada suplemen protein.
Suplemen protein berasal protein tenusu, seperti whey dan casein, dan juga protein berasaskan sayuran, seperti soya dan quinoa. Protein whey adalah suplemen yang popular terutama dikalangan atlet bina badan dan juga mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Susu mempunyai dua protein utama: whey (~ 20%) dan casein (~ 80%). Whey adalah sejenis protein lengkap yang biasanya diklasifikasikan sebagai sama ada Isolate atau Concentrate (Pekat). Whey Protein Concentrate lebih mirip dengan bentuk protein susu asli. Oleh kerana ia mempunyai beberapa laktosa dalam bentuk serbuk, ia boleh menyebabkan masalah gastrik pada mereka yang mempunyai masalah ‘lactose intolerance’
Orang yang mempunyai masalah ‘lactose intolerance’ disarankan untuk mengambil Whey Protein Isolate (WPI) kerana dalam bentuk ini protein telah dipisahkan dari lemak, kolesterol dan laktosa, dan produk akhir adalah protein yang lebih halus dan jernih. Anda mungkin pernah melihat istilah “terhidrolisis” pada label tambahan protein. Ini bermakna protein itu telah dipecah menjadi komponen asid amino. Walaubagaimanapun tiada kajian dilakukan setakat ini untuk menentukan adakah protein whey terhidrolisis adalah lebih berkesan berbanding dari yang tidak dihidrolisis.
Casein dicernakan dengan lebih perlahan daripada protein lain, oleh itu ia sering disyorkan sebagai untuk diambil sebelum waktu tidur atau jika anda dalam keadaan akan berpuasa. Casein meningkatkan kepekatan asid amino leucine didalam darah. Ia dikesan sekitar 40 minit selepas pengambilan dan berlangsung selama 7 jam. Sebaliknya jika protein whey, kadar leucine naik selepas kira-kira 20 minit dan ia hanya bertahan 3-4 jam. Ini menjadikan casein kelihatan seperti suplemen protein yang sesuai untuk seseorang yang hendak berpuasa atau perut kosong dalam jangka waktu yang lama, tetapi Bohe dan rakan-rakan (2001) mencabar idea ini. Penemuan mereka menunjukkan bahawa mempunyai protein yang dicernakan secara perlahan tidak bermanfaat untuk orang yang berpuasa dan berlapar secara berpanjangan (prolonged starvation).
Casein mengandungi laktosa, jadi mereka yang mempunyai ‘lactose intolerance’ tidak sesuai dan perlu dimaklumkan.
Pilihan protein yang popular dikalangan pengamal vegetarian adalah terdiri kacang soya, quinoa, kacang, amaranth dan beras. Tetapi soya, quinoa dan amaranth adalah satu-satunya sumber protein lengkap dari sumber tumbuhan.
Oleh kerana sumber protein lengkap dari tumbuhan amatlah sedikit, para vegetarian perlulah mencampur protein tumbuhan dari pelbagai sumber.
Sebagai contoh, serbuk protein yang menggabungkan protein kacang dan beras akan memenuhi semua keperluan asid amino dan membuat protein tersebut menjadi lengkap. Pertimbangan kedua adalah dengan menilai tahap asid amino protein tersebut serta dos yang betul diperlukan bagi setiap hidangan. Ia selalunya dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah.
Leucine sering dipanggil “raja asid amino” kerana ia adalah “enjin” penting yang memacu pertumbuhan otot didalam MPS, manakala 19 asid amino yang lain adalah “bahan bakar”. Badan kita memerlukan minimum sejumlah leucine untuk menghasilkan MPS.
Di sinilah pilihan protein memainkan peranan. Sebagai contoh, pengambilan protein whey biasanya mempunyai kira-kira 10.8% leucine, manakala protein soya adalah lebih rendah berbanding whey, biasanya sekitar 6.2% (Phillips, Tang & Moore 2009). Ia memberi impak besar kepada kuantiti protein yang perlu anda makan.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan MPS daripada 30 gram WPI, anda perlu makan 55 g protein soya. Kuantiti minimum yang diperlukan untuk merangsang MPS dikenali sebagai ‘leucine threshold’ (takat leucine), dan ia akan meningkat seiring usia. Memandangkan pengambilan kalori yang adalah agak tinggi untuk tindak balas MPS (protein juga mempunyai kalori ya..) protein berasaskan tumbuhan mungkin bukan pilihan yang optimum bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Juga, pengambilan protein meningkat seiring dengan usia kerana orang yang berumur memerlukan dos leucine yang lebih tinggi.
Salah satu perkara yangs sering menjadi persoalan ialah adakah diet tinggi protein selamat. Kajian menunjukkan bahawa diet protein tinggi tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang yang sihat jika diambil pada kadar yang selamat (Layman et al 2015).
Walaubagaimanapun, kajian jangka masa panjang perlu diperbanyakkan untuk melihat risiko, dan hingga kini tiada kadar tetapan yang seragam menetapkan istilah ‘diet yang tinggi protein’. Mereka yang berisiko untuk menghidap penyakit kronik, dan juga pesakit kronik sendiri (terutama penyakit buah pinggang) anda perlu mendapatkan nasihat dari pakar dietetik untuk menentukan gram protein yang selamat.
Faktor seterusnya dan mungkin yang perlu dipertimbangkan ialah berapa gram protein yang perlu diambil setiap hari. Walaupun jumlah ini berbeza mengikut tahap umur dan tahap aktiviti, satu meta-analisis baru-baru ini yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine mengesyorkan dos protein yang disasarkan sehingga 1.6 g sekilogram berat badan setiap hari untuk wanita dan lelaki yang menjalani latihan bebanan – weight training (Morton et al 2017). Ia dua kali ganda kadar protein yang disyorkan semasa (0.8 sekilogram berat badan). Satu lagi penemuan yang menarik oleh Morton dan rakan-rakan adalah bahawa tidak ada perbezaan dalam keperluan protein antara jantina, dan para penyelidik mengakui bahawa lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan kepada peminat latihan bebanan wanita.
Bagi waktu pengambilan protein yang optimum, ia memainkan peranan kecil dalam peningkatan otot selepas latihan bebanan. Apa yang dapat disimpukan dari kebanyakan kajian, hanya latihan bebanan sahaja adalah rangsangan yang paling penting dan kuat untuk membangunkan kekuatan dan jisim otot. Oleh itu, untuk meningkatkan jisim dan saiz otot, anda sebenarnya tidak memerlukan supplemen protein tambahan jika anda makan cukup protein dari sumber makanan.. dan juga, latihan bebanan yang optimum serta… disiplin!
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.