Penah tak dengar pepatah ukur baju di badan sendiri. Mungkin tajuk ni sesuai dengan pepatah lama yang selalu kita dengar ni. Buat apa nak menyusahkan diri kalau kita boleh mengelakkannya. Yelah harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan pasti menelan belanja yang besar lagi-lagi jika majlis berlangsung di bandar.
Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri , mungkin 16 tip dari pasangan ini sangat membantu untuk kamu berjimat.
Ads
Hi assalamualaikum semua . Post ni agak panjang tapi berbaloi untuk bakal2 pengantin kalau baca untuk jimat kos kahwin uolss. Hehehe apa pun thanks yg sudi dtg majlis Kami hari tu. Sederhana tapi meriah � Rata2 yg datang cakap meriah meletup la apa la. Depa ingat Kami habis berbelas ribu . Sedangkan kos semua dalam RM6K ++ . Yes , untung nya suami aku kawin dgn aku sebab belanja tak banyak . Hahahaha . Hehe okay sebelum tu nak cakap dulu, jumlah hantaran belanja aku cuma RM8022 termasuk mas kahwin Dalam tu (RM522) . Ok la dgn harga aku sebagai budak kampung kan. Suami org selangor . Mula mcm demand sikit nak letak RM12K hahahahaha tp pikir2 kenapa nak menyusahkan dua pihak kan. Nk permudahkan kalau boleh. And Jenis aku , memang aku survey semua yg mana paling murah and ok. Murah pun takpa asalkan Ada benda tu. Mak Abah aku pun takda nk letak tinggi. Setakat mampu depa cakap. Lagi pun x expect pun nak nikah sanding bulan 3 tu sebab Kami baru tunang 8 bulan. Duit pun susah Cari. Tp masih percaya bila Kita nak buat benda balik nak halalkan hubungan Allah tolong. Percaya tu ! Memang miracle sbb 8 bulan ja Kami kumpul
Duit sama2. Mulanya rancang tunang 2 tahun sbb aku x Keja . Takut xda duit, alhamdulillah lepas tunang tu job makeup mencurah2 . Rezeki nak kawin org kata � Ok nak pendekkan post ni takut hampa meluat baca. Jom check it out berapa Wang yg aku belanja untuk menyempurnakan majlis kecik aku ni.
1) Doorgift
Rm200 ja aku habis untuk doorgift. Barang2 beli dekat FS wedding house Bukit mertajam. And Ada la sikit org kampung bagi2 kuih2 . Doorgift ni aku prepare untuk 500 tetamu
2) Katering
RM3500 untuk 500 tetamu makan . Menu nasi minyak, nasi putih,daging masak hitam,ayam masak merah,air asam,buah tembikai,air . Katering aku amik dekat Titi Serong,perak. Pakej sekali Kanopi 2 biji
4) Meja Makan Beradap
RM150 amik dekat hakita inawzi wedding rental mmg kelas cantik. Design sendiri nak mcm mana . Makanan pengantin semua masak sendiri and kutip2 lauk kenduri .
5) Mini Pelamin RM550 amik dekat kawan aku . Takyah la pelamin mewah. Simple2 manis2 asal Ada untuk bergambar
6) Baju Nikah RM150 dekat pasar kemboja ja beli. Yg laki aku dia pinjam kawan dia punya.
7) Baju Sanding (P) RM150 Sekarang uols boleh sewa dekat hakita inawzi wedding rental. Baju tunang Kami pun Kami Ada letak dekat Kedai kak tikah untuk sewa. Baju sanding lelaki beli sendiri RM60 duit dia sendiri and blazer pinjam kawan dia . Kalau nk jimat ,beli ja Baju kosong/plain dekat mana2 pemborong balik Tampal manik2 sendiri
8) Henna RM40
Pakej tangan crowded + Kaki sikit + inai celup
11) Photographer
RM600 pakej Nikah + Sanding + Outdoor . Kami amik shoot and burn ja. Takda album. Album tu kemudian sendiri buat. Gambar yg penting sebab moment kan
12) Cincin Nikah RM350 Kedai emas Idaman . Nasib Kami selalu baik dari beli Cincin masa tunang dulu . Cincin tu rm400 ++ tp kalau pandai sembang kedai tu mmg bg murah. Org parit buntar tau kedai ni mmg Pemes !
13) Mas Kahwin RM522 ni pihak lelaki yg wajib bg kan. So duit mas kawin duit lelaki lah untuk perempuan. Tak kan perempuan nk keluarkan duit mas kawin sendiri hehe. Ikut negeri jugak. Tp macam Adat Kami perempuan sendiri letak .
14) Kad Kawin + Banner
RM120 (Ni tak penting sgt,alternatif teknologi banyak .tapi aku ni suka designs teringin nak Kad kawin sendiri .kalau hampa xmau buat lg la save )
15) Makeup – FREE OF CHARGE makeup sendiri � Dari majlis nikah malam berinai sanding.
16) Hantaran – TIADA. Kami takda hantaran berbalas dulang tu semua. Masa nikah cuma Ada Cincin & Duit Mas Kahwin . Hehe jimat sbb takyah habis beribu.
TOTAL : RM6,332
BAKI : RM1700 (Hantaran RM8022-RM6332)
Baki tu Kami save untuk lepas kawin nk honeymoon nnt .tambah2 sikit dgn duit salam tangan yg mak Abah dapat. Kami simpan .kot sesak2 lepas kawin.
Majlis bertandang,family suami cuma buat makan2 untuk family and jiran tepi2 rumah saja untuk perkenal menantu. And Kami pakai semula Baju masa nikah tu masa majlis bertandang . �
Totally ni kos bagi aku yg dekat Penang . Rasanya semua tempat boleh asalkan kena rajin survey and Cari ja .
Yang penting. Saling tolong menolong, jangan la harapkan 100% duit lelaki. Lambat lah kawin ! Hahah hang nak kawin dgn dia nk hidup dgn dia jadi kalau boleh tolong Cari duit kawin sama2 . Tak Salah kan sharing duit ,tak hina pun . Sebab nak hidup sama2 ,nak buat benda baik . Kalau setakat berangan nk kawin dgn org Kita syg tp Kita letak beban semua dekat dia ,mesti lambat kawin (ni pada aku punya pandangan sbb aku bukan org kaya ,dia pun bukan org kaya) � melainkan mmg ada harta . And alhamdulillah semua benda tu aku bayar on the spot masa majlis. Takda satu hutang pun lepas majlis . Legaaaaa !!! ���� And jangan risau nnt mesti ada sedara2 yg tokak tambah sama untuk majlis tu. Contohnya telur bunga telur kuih2 , Ada yg bg sponsor . So jangan risau � takda benda tu pun takpa aih. Yg penting majlis nikah tu. Semoga yg nak kawin lepas ni jangan boros2 nak grand mewah2 � nnt hampa menyesal sbb duit habis banyak. Buat ikut kemampuan. Biar sikit tapi meriah.
Kalau rasa bermanfaat bole la share � semoga di permudahkan urusan bakal pengantin semua !
Ads
Ads
Sumber : Viral Media Johor
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Jangan terkejut apabila ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang memeriksa rumah anda sewaktu sambutan perayaan nanti.
Ini kerana Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi.
Hal ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa yang antara lain dilaksanakan dalam usaha pihak berkuasa mengawal penularan COVID-19 di samping pematuhan masyarakat terhadap SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan yang akan dirai dalam masa terdekat ini hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman.
Tidak cukup dengan itu, polis juga akan bertindak tegas termasuk mengenakan kompaun terhadap individu yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, ini kerana tindakan segelintir individu yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan munasabah hanya mengganggu pergerakan petugas barisan hadapan yang kini berusaha mengekang penularan COVID-19.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan perkhidmatan perlu untuk sampai ke destinasi tertentu.
Selain kunjung mengunjung dan balik kampung, pastinya aktiviti menziarah kubur juga antara topik hangat ketika ini, namun menurut kerajaan, SOP bagi aktiviti itu semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian
Ismail Sabri berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai supaya tidak menziarahi kubur seperti kelaziman yang dibuat setiap kali hari raya bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dalam komuniti.
Jika kesemua ini dipatuhi, besar kemungkinan, Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID-19 berada pada jumlah kurang dari 10, tidak lama lagi.
Ini dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa yang antara lain menyifatkan, pihaknya masih terus memburu sasaran itu dan melihat kepada tempoh dua minggu sejak awal bulan ini, kes-kes baharu COVID-19 memang tidak menampakkan kenaikan ketara, namun ia juga tidak berkurangan sepantas yang diharapkan.
Pelaksanaan PKP membolehkan angka jangkitan baharu kes postif penyakit itu berada pada dua digit, dan yang lebih penting ialah tiada lonjakan secara tiba-tiba dalam jumlah kes positif baharu yang dikesan.
Untuk menjaga kecantikan diri bukan sahaja tertumpu kepada wajah mahupun rambut, malah kuku juga harus diambil penekanan kerana kebersihan kuku juga melambangkan keperibadian kita sebagai seorang lelaki. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kuku supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!
Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.
Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.
Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.
Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.
Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.
Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.
Bila kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan naik.
Jika tubuh kekurangan air, maka darah akan mengental. Hal ini berlaku kerana cairan dalam darah akan disedut untuk keperluan tubuh, Proses itu akan memberikan implikasi yang tidak baik untuk otak dan jantung.
Keperluan air yang cukup membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Air membersihkan racun dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan.
Air sangat penting untuk mengatur struktur dan fungsi kulit. Fungsi air dalam tubuh berguna untuk menjaga kelembapan, kelembutan dan keanjalan kulit akibat pengaruh suhu udara dari luar tubuh.
Peranan air dalam proses pencernaan untuk mengangkut nutrisi dan oksiden melalui darah untuk segera dialirkan ke sel-sel tubuh, Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga najis boleh keluar dengan lancar tanpa risiko.
Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen ke dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. Ujikaji yang jelas untuk melihat fungsi ini ialah apabila kita menghembuskan nafs ke kaca, maka akan terlihat cairan berupa embun dari nafas yang dihembuskan pada kaca.
Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup untuk keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meminimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.
Air yang cukup di dalam tubuh juga membantu proses pemulihan ketika sakit kerana pengambilan air yang mencukupi ini berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang terbuang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang