Kalau namanya sudah ‘lejen’ memang akan dikenang sepanjang zaman oleh pelbagai generasi. Walaupun mungkin agak ramai anak muda yang tidak sempat menyaksikan aksinya di atas gelanggang namun nama Datuk Rashid Sidek masih segar di bibir setiap peminat sukan bulu tangkis tersebut.

Apa tidaknya, dia menjadi salah seorang pemain perseorangan negara paling berbisa dalam sejarah! Jadi tidak hairanlah kemunculannya sentiasa dinantikan ramai. Terbaru, Datuk Rashid Sidek telah bekerjasama dengan jenama minuman yang cukup dekat di hati kita semua, MILO.i

‘Lejen’ Badminton Negara, Datuk Rashid Sidek Tampil Bersama MILO HI-FIBRE Terbaru

Kerjasama tersebut menyaksikan mereka tampil dengan misi menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah dengan produk terbarunya, MILO HI-FIBRE. Setelah berdekad lamanya mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian yang membanggakan sebagai pemain badminton legenda negara, Datuk Rashid Sidek kini mengambil langkah berani untuk terus menerajui gaya hidup aktif dengan nutrisi serta tenaga MILO HI-FIBRE baharu sebagai MILO pilihannya untuk memacu peringkat kehidupan seterusnya.

VARIASI BAHARU

Satu lagi variasi baharu dalam rangkaian produk MILO yang semakin berkembang, MILO HI-FIBRE mengandungi kebaikan kandungan serat yang lebih tinggi namun mengekalkan campuran barli malt, susu dan koko dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting kegemaran rakyat Malaysia. Setiap hidangan (30g) MILO HI-FIBRE mengandungi 3.7g serat yang memenuhi 12% keperluan serat harian.

IKLAN

‘Lejen’ Badminton Negara, Datuk Rashid Sidek Tampil Bersama MILO HI-FIBRE Terbaru

Serat pemakanan adalah komponen penting dalam pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan. Selain itu, produk baharu ini mengandungi hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) dalam setiap hidangan, sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula dalam diet. Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO kegemaran mereka.

“Membesar dengan MILO di sisi, saya teruja kerana MILO turut berkembang bersama saya untuk memenuhi keperluan saya sebagai orang dewasa hari ini. MILO HI-FIBRE membekalkan tenaga untuk saya menjalankan aktiviti harian,” jelas Datuk Rashid Sidek.

IKLAN

MELANGKAH BERSAMA

Berkongsi kegembiraan atas pelantikan Datuk Rashid Sidek sebagai duta MILO HI-FIBRE, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Sebagai seorang legenda badminton dan juga wira rakyat, Datuk Rashid Sidek menonjolkan nilai-nilai seorang juara MILO, dengan semangat takkan gentar untuk terus melangkah jauh walau apa jua rintangan, serta keberanian yang mendorong pencapaian tertinggi.

‘Lejen’ Badminton Negara, Datuk Rashid Sidek Tampil Bersama MILO HI-FIBRE Terbaru

“Kami berbangga mengalu-alukan Datuk Rashid Sidek ke pasukan MILO dan bersama-sama beliau, kami ingin memberi seluruh rakyat Malaysia inspirasi untuk berani terus melangkah dengan tenaga MILO HI-FIBRE serta mengatasi cabaran dengan penuh keyakinan.”

IKLAN

Tambah Ng lagi, “MILO HI-FIBRE selari dengan komitmen berterusan kami untuk menjana inovasi produk yang berkhasiat bagi memenuhi keperluan, cita rasa dan pilihan pengguna yang sentiasa berubah.

“Gaya hidup aktif dengan amalan pemakanan yang baik adalah penting, terutamanya bagi orang dewasa. Dengan MILO HI-FIBRE, kami ingin membantu memenuhi keperluan pemakanan harian mereka dengan rasa MILO hebat kegemaran mereka supaya dapat menghadapi kesibukan hari dan gaya hidup aktif dengan lebih bertenaga.”

MILO HI-FIBRE juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah, manakala kandungan seratnya lebih tinggi berbanding dengan produk tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat yang lain dalam kategori minuman malt serbuk yang sama.

Didatangkan dalam dalam dua format – pek lembut 900g dan stik pek 30g (12 stik pek setiap bungkusan) – MILO HI-FIBRE boleh didapati di kedai-keadi berhampiran atau secara atas talian melalui laman e-dagang pilihan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan MILO HI-FIBRE, layari https://www.milo.com.my/milo-hi-fibre.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI