Foto : Thread Zariff

Dalam dunia yang semakin sibuk dan mementingkan hal keduniaan, kisah seorang pekerja warga Bangladesh ini menjadi satu tamparan lembut buat kita semua khususnya umat Islam yang kadang kala alpa dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh pengguna media sosial, Zariff Southpaw, melalui laman Threads miliknya.

Sanggup Gaji Dipotong Demi Solat Jumaat

Menurut perkongsian tersebut, pekerja asing berkenaan tetap istiqamah menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di surau, meskipun terpaksa berdepan pemotongan gaji oleh majikannya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu sanggup kehilangan RM70 setiap kali menunaikan solat Jumaat, namun tidak sedikit pun berganjak daripada pendiriannya.

“Dia kata boss potong gaji RM70 kalau dia pergi solat Jumaat. Tapi dia tak kisah, janji dapat solat. Katanya, dunia bukan matlamat, tapi akhirat yang lebih utama,” tulis Zariff.

Lelaki Bangladesh Sanggup Dipotong Gaji Demi Solat, Jadi Simbol Keimanan Buat Warganet
Foto : Beautifulnara

Konsisten Solat Sunat, Bercakap Hal Agama

Bukan sekadar solat wajib, lelaki ini juga dilaporkan tidak pernah meninggalkan solat sunat qobliyah dan ba’diyah setiap hari.

Ads

Istiqamahnya dalam menjaga hubungan dengan Tuhan sangat mengagumkan, lebih-lebih lagi dalam suasana kerja yang mencabar dan jadual yang padat.

Menurut Zariff lagi, setiap kali mereka bertemu, lelaki Bangladesh itu tidak pernah berbual kosong atau melalut sebaliknya lebih selesa berkongsi perkara baik, nasihat berunsurkan agama, serta mengingatkan tentang kehidupan akhirat.

Hidup Sederhana Demi Keluarga

Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki tersebut hanya menggunakan 20 peratus daripada gajinya untuk keperluan sendiri, manakala selebihnya kira-kira 80 peratus dihantar pulang ke kampung untuk menyara keluarga tercinta.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, dia tetap meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab dan ibadah.

Ads

BACA LAGI : Pakar ENT Dedah Kerap Pakai Earbud & Headphone Undang Risiko Hilang Pendengaran

“Bangla Green Flag”

Sikap dan prinsip hidup lelaki ini membuatkan Zariff menggelarnya sebagai “Bangla Green Flag”, merujuk kepada simbol keimanan dan keikhlasan luar biasa.

Dia bukan sahaja menjadi inspirasi kepada mereka yang mengenalinya, tetapi turut menyentuh hati ribuan warganet yang membaca kisah tersebut.

“Di dunia ini dia hanyalah orang biasa, tetapi di akhirat nanti, Insya-ALLAH darjatnya luar biasa,” tulis Zariff dengan penuh rasa hormat.

Ads

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif, dengan ramai yang mengakui tersentuh dan malu sendiri apabila membandingkan diri dengan lelaki tersebut.

Dalam dunia yang terlalu mementingkan kerjaya dan wang ringgit, kehadiran insan seperti ini memberi peringatan bahawa tujuan hidup sebenar bukanlah dunia, tetapi akhirat.

Sumber : Beautifulnara

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads