Kalau kau jenis yang tak boleh hidup tanpa muzik atau memang kerja memerlukan pakai earphone berjam-jam, mungkin dah tiba masa untuk kau ambil serius tentang kesihatan telinga.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Hazmi mendedahkan bahawa penggunaan earbud dan headphone secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah ini bukan mitos semata-mata.
Menurut Dr Hazmi, secara asasnya earbud (jenis kecil yang masuk terus dalam saluran telinga) mempunyai risiko lebih tinggi berbanding headphone (yang menutup keseluruhan telinga) kerana ia berada lebih dekat dengan gegendang telinga.
“Bunyi yang dekat dengan gegendang akan menghantar tekanan gelombang lebih kuat. Maka, risiko untuk alami noise-induced hearing loss memang lebih tinggi dengan earbud,” jelasnya.
Tapi, jangan pula rasa selamat guna headphone. Risiko tetap ada, terutama jika volume sentiasa di tahap maksimum.
Data Kajian Tentang Masalah Pendengaran
Dalam satu kajian tempatan yang diterbitkan pada awal 2000-an di Jurnal Perubatan Malaysia, sekumpulan pekerja pusat khidmat pelanggan yang menggunakan headset selama lebih 7 jam sehari menunjukkan bahawa lebih 20% mengalami gangguan pendengaran.
Dan ini bukan kes terpencil. Banyak kajian antarabangsa pun menyokong hal yang sama penggunaan alat pendengaran yang berpanjangan, dengan volume tinggi, boleh menjejaskan kesihatan telinga secara serius.
Menurut Dr Hazmi, kelembapan yang ‘terperangkap’ akibat penggunaan earbud juga boleh menyumbang kepada pertumbuhan bakteria atau kulat, yang akhirnya mengakibatkan jangkitan.
Tanda-Tanda Awal Pendengaran Terganggu
Antara simptom awal yang biasa termasuk rasa berdengung di telinga atau tinnitus, di mana individu mendengar bunyi seperti desiran atau siulan walaupun tiada sumber bunyi sebenar.
Ads
Selain itu, seseorang mungkin bercakap dengan nada suara yang kuat tanpa disedari kerana mereka tidak dapat mendengar suara sendiri dengan jelas.
Ads
Sakit atau rasa tidak selesa dalam telinga juga boleh menjadi petanda awal, begitu juga dengan jangkitan telinga yang berulang seperti radang atau telinga berair.
Sekiranya simptom-simptom ini berterusan, adalah disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan awal bagi mengelakkan masalah pendengaran menjadi lebih serius.
Foto : Klipsch
Formula Selamat Ialah 60/60 Rule
“Gunakan earbud atau headphone pada maksimum 60% volume, dan tidak lebih dari 60 minit secara berterusan.”
Selain itu, had yang disarankan oleh pakar ialah tidak melebihi 85 desibel selama lapan jam sehari.
Tapi jujur cakap, ramai yang tak sedar bila mereka dah melepasi had tu.
Jangan ambil ringan pasal hal pendengaran ni. Mungkin sekarang kau tak rasa apa-apa, tapi bila umur makin meningkat, kesannya mula terasa.
Lagi-lagi kalau kau jenis kaki gym, gamer, content creator, atau kerja customer service ini memang kena ambil perhatian.
Dalam memilih pasangan hidup, ramai wanita sering menekankan soal harta dan rupa paras. Namun sebagai lelaki, ini sepatutnya jadi satu cerminan untuk kita bertanya pada diri: adakah cukup sekadar kaya dan kacak untuk menjadi suami yang benar-benar membahagiakan?
Usahawan Rita Sosilawati mengingatkan, rupa dan harta adalah perkara yang tidak kekal. Duit boleh habis sekelip mata jika tidak pandai diurus. Wajah pula akan dimamah usia. Sebaliknya, lelaki yang berilmu dan rajin akan tetap mencari jalan untuk memastikan keluarganya terus terjamin walau diuji cabaran. Inilah kualiti yang lebih dihargai seorang wanita.
Aleeya Zailan, usahawan yang juga seorang ibu, menambah perspektif sama. Beliau menasihatkan anak perempuannya supaya jangan terpesona dengan lelaki yang sudah hidup senang sejak kecil. Katanya, lelaki yang benar-benar berharga ialah lelaki yang tahu berusaha. Kesungguhan inilah yang membuatkan pasangan mampu membina kejayaan bersama, bukan bergantung pada status semata-mata.
Dari sudut lelaki, mesej ini cukup jelas: menjadi suami bukan tentang berapa banyak kita ada, tapi bagaimana kita gunakan akal, ilmu dan kerja keras untuk menjaga keluarga. Lelaki rajin akan sentiasa mencari solusi walaupun dalam keadaan sukar. Lelaki berilmu pula tahu bagaimana mengurus kewangan, emosi, dan hala tuju hidup.
Jadi, jika mahu dihormati dan dicintai, jadilah lelaki yang berilmu dan rajin. Kaya dan kacak hanyalah bonus, tapi rajin dan berilmu adalah warisan nilai maskulin yang kekal.
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin tidak gusar dengan catatan masa ke 15 terpantas yang diraihnyanya pada seisi kelayakan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Bakal memulakan perlumbaan dipetak ke 15, Adam mencatatkan masa 2 minit 13.847 saat namun pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat Johor ini tekad melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok.
“Saya masih dalam perlumbaan dan hari ini adalah penentu untuk Moto3 ini, jarak dengan pelumba didepan tidaklah jauh sangat, saya yakin masih ada ruang untuk terus ke hadapan.
“Keadaan motosikal juga berada dalam keadaan terbaik jadi tidak mustahil untuk saya memberikan saingan kepada pelumba dihadapan,” katanya yang bersedia untuk perlumbaan penting esok.
Mengulas sasaran dan tekanan yang bakal dirasai beraksi dilaman sendiri, pelumba Petronas Sprinta ini mengakui akan tekanan namun mengambil pendekatan positif dengan menganggap ia motivasi.
“Bagi pelumba, apabila beraksi dilaman sendiri pasti ada tekanan, ia normal. Melihat sokongan padu dari ahli keluarga dan rakan akan menaikkan motivasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik.
“Sudah pasti saya ingin menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik dan doakan kejayaan saya,” ujarnya yang menghargai sokongan peminat Malaysia terhadapnya.
Musim lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Adam gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dengan perlanggaran ketika perlumbaan dipusingan pertama.
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’12.078 saat)
2- Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3 / 2’12.457 saat)
3- John Mcphee (British Talent Team / 2’12.816 saat)
Sepanjang tempoh minggu lalu negara kita khususnya di Semenanjung Malaysia mengalami musim hujan. Lantaran itu ia telah menyebabkan suhu menjadi lebih sejuk daripada biasa.
Seperti biasa, warganet terutamanya cukup teruja dengan cuaca yang lebih sejuk berbanding hari kebiasaan. Namun ada yang mungkin tidak sedar bahawa cukup ramai rakyat Malaysia terjejas akibat banjir.
Malah, ada yang mengatakan negara kita bakal sejuk seperti kota London!
Perkara tersebut tersebari di pelbagai platform laman media sosial. Hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) tampil menafian perkara tersebut.
Menerusi kenyataan medianya yang boleh di dapati di laman Twitter kendalian mereka, MET menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan musim sejuk seperti kota London bakal landa Malaysia pada Februari nanti.
Dan mereka dengan tegas mengatakan bahawa maklumat tersebut adalah palsu.
Jelas MET lagi, keadaan cuaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan terutamanya di Pantai Timur dan Pantai Barat pada ketika ini disebabkan cuaca lembap dan mendung yang berterusan akibat luruan angin sejuk melanda negara.
Kondisi rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara berterusan selama beberapa hari juga menjadi penyumbang utamaberlakunya cuaca lebih sejuk daripada biasa.
MET turut menasihati rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amara cuaca menerusi laman sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi MET atau menerusi panggilan hotline 1-300-22-1638 dan aplikasinya, myCuaca.
Nampaknya hasrat ramai orang untuk bergaya dengan pakaian musim sejuk terkuburlah ya.
Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk gaya hidup lelaki terkini.
Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara atlet paling konsisten dimiliki Malaysia apabila menjuarai acara lompat jauh...