Jika dulu kita selalu tengok channel National Geographic untuk melihat binantang memakan pemangsanya. Namun kini kita dapat melihat manusia meratah manusia , Di Afrika Selatan seorang lelaki ditembak oleh polis sehingga mati kerana enggan berhenti daripada makan mayat seorang wanita yang telah dipenggal kepala.
Lelaki itu, Aphiwe Mapekula, 23, telah ditembak di bahagian lengan, kaki dan perut di rumahnya selepas dia cuba menyerang polis dengan pisau. Mapekula dikatakan menculik mangsa, Thembisa Masumpa di jalan raya lalu membawanya ke gunung Frere. Di situ, dia mengelar leher dan memotong kepala wanita berkenaan.
Kejadian itu disaksikan oleh ibu suspek, yang kemudiannya menghubungi polis.
“Saya tidak pernah membesarkan anak seperti ini. Saya tidak dapat bayangkannya,’’ kata ibunya.
Ads
Polis percaya Mapekula berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah kejam berkenaan. Perkara sebegini bukan pertama kali berlaku di sana, Ini adalah kes kedua melibatkan kejadian makan orang yang berlaku di Afrika Selatan dalam masa tiga minggu.
Ads
Macam-macam orang sekarang ni, hati-hati k guys.
Ads
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Walaupun kita ni jarang pakai baju yang tak berlengan, tapi malu jugalah kalau ketiak hitam… Bukannya tak jaga kebersihan, puas dah pakai macam-macam. Apa nak buat ni?”
Siapa tak malu kalau bawah lengan atau ketiak hitam. Meskipun rata-rata rakyat Malaysia tidak berpakaian seksi sehingga menampakkan bawah lengan, rasa segan itu mesti ada punya.
Nak tahu petua untuk hilangkan ketiak hitam? Cubalah cara semulajadi ini. Tiada kesan sampingan dan terbukti berkesan!
Kentang adalah penyelanat nombor satu anda. Ianya bersifat mencerahkan, tetapi tidak menimbulkan kesan ruam atau kemerahan.
Caranya mudah. Hiris, parut, atau masukkan potongan kecil kentang ke dalam pengisar. Kemudian, lumurkan pada ketiak. Percaya tak, anda akan nampak kesan pencerahan dan kelembutan serta-merta.
SELAIN ITU, KETIAK BIASANYA AKAN BERASA GATAL ATAU BERPELUH DISEBABKAN KESAN PIGMENTASI. DENGAN KENTANG LUMUR INI, SEMUA RASA GATAL AKAN DAPAT DIHILANGKAN.
Gunakan soda penaik atau ‘baking soda’ seperti anda memakai bedak pada ketiak. Selain memutihkan kulit, ia adalah cara semulajadi yang dapat menghilangkan bau, mengurangkan peluh berlebihan, dan menghalau rasa gatal.
Murah pun murah!
Kayu cendana mungkin orang kita tak biasa dengar. Tapi, istilah ‘sandalwood’ mungkin lebih familiar bagi peminat bedak atau wangian.
INILAH SALAH SATU RESIPI DALAM PRODUK KECANTIKAN. IANYA SANGAT SINONIM DENGAN KULIT YANG LEMBUT, CANTIK, WANGI, DAN LICIN. JADI, DARIPADA MENGGUNAKANNYA DALAM PRODUK, KENAPA KITA TAK CUBA TERUS DARI SUMBER ASALNYA?
Caranya, jadikan kayu cendana sebagai pes dengan mencampurkannya dengan air mawar. Biarkan selama 10-15 minit sebelum melumurkannya pada bahagian bawah lengan yang gelap.
Kalau susah nak dapatkan ‘sandalwood’ atau kayu cendana, anda juga boleh gunakan kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan di Malaysia.
Eh, ingatkan muka saja boleh gunakan masker? Kalau nak hilangkan ketiak hitam pun boleh tau!
Seperti membuat masker, gunakan yogurt, secubit kunyit, dan sedikit jus lemon.
BILASKANNYA APABILA MASKER INI KERING SEPENUHNYA. KALAU MALAS NAK BERSUSAH PAYAH, BELI SAJA YANG DAH SIAP DI FARMASI ATAU KEDAI AKSESORI KECANTIKAN.
Yang semulajadi atau organik, lebih baik!
Biasa kita dengar vitamin E digunakan dalam produk menghilangkan kesan cela atau luka berparut.
INI KERANA IA DAPAT MERANGSANG PERTUMBUHAN SEL-SEL KULIT AGAR KULIT BARU YANG TUMBUH LEBIH BAIK DAN SIHAT KERANA MEMBANTU MEREMAJAKAN KULIT.
Vitamin E boleh didapati dalam bentuk minyak ataupun losyen. Jadi, manfaatkanlah kebaikan ini agar dapat hilangkan ketiak hitam.
Madu bertindak sebagai ‘toner’ semulajadi dan juga agen pencerah semulajadi. Campurkan madu, jus lemon, dan sedikit gula untuk hilangkan ketiak hitam. Ia juga membantu menyahkan bau badan.
Buah-buahan sitrus ini mempunyai kandungan asid sitrik yang memaksimakan proses pembaharuan sel-sel kulit dan memutihkan bahagian yang gelap.
Gunakan kulit oren atau lemon untuk membuat pes yang wangi dan segar! Pes ini boleeh digunakan sebagai ‘scrub’ untuk membuang semua kesan hitam pada bawah lengan dengan berkesan.
UNTUK KESAN YANG LEBIH BAIK, CAMPURKAN PARUTAN KULIT LEMON ATAU OREN TADI DENGAN AIR MAWAR.
Tahukah anda, batu yang biasa kita gunakan untuk melicinkan kulit kaki ini boleh digunakan untuk bahagian ketiak. Sebenarnya, batuan ini telah digunakan sejak berzaman untuk mencantikkan kulit. Ia adalah sejenis batuan lava yang dikenali dengan istilah ‘pumice’dalam Bahasa Inggeris.
Cuba gosokkan batuan ini pada bawah ketiak anda dengan perlahan-lahan. Ia membantu membuang lapisan gelap pada kulit tersebut.
BATU INI BOLEH DIDAPATI DI FARMASI ATAU KEDAI AKSESORI KECANTIKAN. BACA LABEL SEBELUM MENGGUNAKANNYA SUPAYA ANDA DAPAT MEMBELI YANG ASLI.
Sebenarnya, salah satu punca utama bawah lengan yang gelap ialah cara mencukur atau mencabut bulu ketiak yang tidak berkesan.
Dengan menggunakan kedua-dua alat ini, ia mencegah dan hilangkan ketiak hitam dengan 2 cara ini:
KALAU TAK BERKESAN JUGA, ANDA BOLEHLAH CUBA MENJALANI RAWATAN LASER UNTUK MENDAPATKAN KESAN YANG SAMA.
Jom tampil lebih yakin dengan tips-tips di atas. Kebanyakan bahan dah ada pun di rumah. Rugi kalau tak cuba tau!
sumber: lelaksihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya telur separuh masak perlu direbus berapa minit? Memang bunyi mudah tapi ramai juga yang ‘fail’ membuat telur rebus ni, terkadang terkeras, terkadang tak basah. Nah kami kongsikan teknik dan rahsia buat telur rebus yang sempurna.
Ini langkah-langkahnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:
1. Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa.
2. Basahkan tisu tadi dengan air dan letak di dalam periuk
3. Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi.
4. Tekan suis dan tunggu sehingga masak.
Mudah kan? Selamat mencuba dan diharap korang lebih sihat dan kurus selepas ini.
Sumber resipi & foto: Su Ha
Via : Giler Kentang
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Overthinking atau terlalu banyak berfikir boleh menjadi penghalang besar dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja mengakibatkan tekanan mental, tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup. Berikut adalah lima konsep yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.
Morning Pages adalah kaedah yang diperkenalkan oleh Julia Cameron dalam bukunya “The Artist’s Way“. Ia melibatkan menulis tiga muka surat setiap pagi tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Tujuannya adalah untuk membersihkan fikiran daripada segala kebimbangan, tekanan, atau idea yang mengganggu. Dengan menulis tanpa penapisan, anda membebaskan diri daripada beban mental yang sering menyebabkan overthinking. Kaedah ini bukan sahaja membantu menenangkan fikiran, tetapi juga membuka ruang untuk kreativiti dan idea-idea baru.
Peraturan 5 Saat diperkenalkan oleh Mel Robbins dalam bukunya “The 5 Second Rule“. Konsep ini mudah sahaja. Apabila anda mempunyai dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik atau produktif, kira dari 5 hingga 1 dan terus bertindak sebelum fikiran anda mula mencari alasan untuk tidak melakukannya. Dengan bertindak pantas, anda mengelakkan diri daripada overthinking dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Peraturan ini membantu membina keberanian dan keyakinan diri dalam membuat keputusan.
Peraturan ini melibatkan membahagikan masa berfikir anda kepada tiga bahagian: 70 saat untuk mengenal pasti masalah, 20 saat untuk mencari penyelesaian, dan 10 saat untuk membuat keputusan. Dengan memberi tumpuan kepada setiap fasa secara berasingan, anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kitaran berfikir yang tidak berkesudahan. Peraturan ini membantu anda menjadi lebih teratur dan fokus, serta mengurangkan kebimbangan yang berkaitan dengan keputusan.
Salah satu cara untuk mengatasi overthinking adalah dengan menghentikan kitaran pemikiran yang tidak produktif dan mula bertanya soalan yang berguna. Contohnya, daripada bertanya “Kenapa ini terjadi kepada saya?”, cuba tanya “Apa yang boleh saya pelajari daripada situasi ini?” atau “Apa langkah seterusnya yang boleh saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini?”. Dengan menukar fokus kepada soalan yang lebih konstruktif, anda boleh mengurangkan tekanan dan mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.
Spotlight Effect adalah konsep psikologi di mana kita cenderung untuk berfikir bahawa orang lain memberi perhatian lebih kepada kita daripada yang sebenarnya. Ini sering menjadi punca utama overthinking, terutama apabila kita merasa malu atau risau tentang apa yang orang lain fikirkan. Dengan menyedari bahawa orang lain mungkin tidak memberi perhatian sebanyak yang kita sangkakan, kita boleh mengurangkan kebimbangan dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup.
Mengatasi masalah overthinking memerlukan kesedaran dan usaha yang konsisten. Dengan mengamalkan konsep-konsep ini, anda boleh mengurangkan kebiasaan overthinking dan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan produktif.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.