Setiap orang ada perasaan yang tersendiri. Perasaan yang paling utama adalah rasa mencinta serta dicintai. Namun, hati manusia juga goyah bila kita cuba untuk mencinta tetapi tiada balasan dari pihak yang sepatutnya meraikan cintanya.
Kecewa pasti ada dan sebagai manusia, kita tidak boleh menipu. Untuk melupakan kekecewaan, terdapat banyak cara yang lelaki boleh buat. Antara perkara yang boleh dibuat untuk move on adalah dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai perkara.
Untuk itu, ia dibuktikan oleh seorang pengguna twitter, Mierul. Dia Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 34Kg dalam masa 4 bulan. Dia juga turut berkongsi 4 fasa kurusnya.
Ikuti kisahnya melalui twitter thread yang kini sudah mempunyai ulang kicau sebanyak 2.1K serta 3.7K tanda suka.
Perjalanan kurus bermula daripada sebab Gagal Dalam Bercinta
Fasa pertama makan sebanyak mungkin
Ads
Fasa kedua bermula dengan diet atkins
Diikuti dengan membuat slow jog dan ukur pencapaian guna apps yang sesuai untuk running serta boleh kira jarak larian
Ia juga turut disusuli dengan memakan roti wholemeal bersama telur rebus yang dibuang kuningnya. Selain itu, dia turut memakan dada ayam yang dibakar menggunakan minyak zaitun yang dipercayai ramai boleh membakar lemak dengan cepat.
Ads
Serta banyak minum air kosong dan tinggalkan segala air manis. Selepas itu terus masuk ke fasa 3
Ketika berpuasa di bulan ramadhan, berbuka dia memakan kebab serta ayam golek serta seminggu sekali minum air manis sebagai pembekal tenaga. Bila ramadan habis, dia kembali jogging
Slow jog mengikut kemampuan dan tidak perlu mengejar kelajuan larian orang lain
Ketika ini dia sudah mula bersenam di gym serta mengambil protein dan berkongsi tip lain agar kuat semangat menangani dugaan serta godaan untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lulur atau scrub wajah adalah penting bagi lelaki, sama seperti wanita. Lulur muka adalah penting untuk menjaga kulit bersih dan masalah kulit. Kesannya anda akan mendapat kulit yang sihat dah kelihatan muda. Jadi kenapa lelaki patut menggunakannya?
Baki membersih
Walaupun mencuci wajah adalah hebat, ia tidak berkesan untuk menggali kotoran yang lebih dalam kulit anda. Kerana formula uniknya, lulur muka benar-benar boleh menggali dan menghilangkan apa-apa kotoran yang tersisa dan boleh merawat kulit anda yang sempurna.
Cukuran yang lebih baik
Lulur muka yang direka untuk lelaki boleh membantu mempersiapkan kulit anda untuk bercukur. Sebaliknya, anda akan mendapat mencukur lebih rapat ke kulit tanpa kesan sampingan yang menjengkelkan seperti yang sering dialami. Rambut yang semakin matang dan pedih luka cukur akan menjadi perkara masa lalu apabila anda mula menggunakan scrub wajah secara berkala.
Bahan melawan jerawat
Pilih lulur wajah dengan Salicylic Acid yang merupakan Beta Hydroxy Acid (BHA) yang berasal dari kulit pokok willow. Adalah dikenalpasti bahawa 0.5% -2% kepekatan asid salisilik membantu dalam membersihkan jerawat ringan dan sederhana dengan berjaya tanpa mengeringkan kulit. Ramuan ini dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat dan kulit anda tidak akan menjadi nipis.
Ciri-ciri anti-penuaan
Penggunaan kerap lulur muka secara rutin akan membantu anda kelihatan lebih muda dengan mengurangkan sembap di bawah mata dan garis halus kerana sifat pembersihannya yang mendalam. Penggunaannya dua kali seminggu sangat disyorkan.
Manik pengelupasan
Lulur wajah halus mikro mempunyai sesuatu yang membezakannya daripada manik-manik pembersihan lain-lain. Manik-manik ini membantu membersihkan yang dalam, anda tidak akan dapat mencari tempat lain. Rasa yang anda alami ketika manik-manik ini memukul kulit anda, rasa tidak ada yang menyukainya.
Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh MASKULIN atas keizinan
Skuad bola sepak Thailand merencatkan suasana gemilang Malaysia yang baru sahaja menepati sasaran 111 pingat emas dan dinobatkan juara keseluruhan pada temasya Sukan Sea ke 29 (KL2017) apabila meraih ibu segala emas dengan menewaskan Malaysia 1-0 pada aksi final bolasepak Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Bermain di atas permukaan padang basah akibat hujan, corak permainan anak didik Datuk Ong Kim Swee yang dipamerkan ternyata berbeza berbanding ketika menentang Indonesia pada saingan separuh akhir sebelum ini.
Gerakan kurang kemas dan keampuhan benteng pada 25 minit babak pertama nyata mengusarkan ribuan peminat Malaysia yang hadir ke stadium seawal jam 5 petang untuk memberikan sokongan.
Tekanan bertali arus dari Thailand yang merupakan penyandang juara akhirnya membuahkan hasil apabila penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli gagal menumbuk kemas sepakan sudut yang diambil Sasalak Haiprakhon sebaliknya menerjah masuk ke pintu gol sendiri pada minit ke 39 untuk Thailand mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Meskipun Malaysia berjaya memperkemas permainan dalam separuh masa kedua, namun kekebalan benteng skuad kendalian Worrawoot Srimaka itu mudah mengekang asakan jentera serangan Malaysia yang akhirnya menyaksikan skuad negara terus kempunan untuk membalas kekalahan pada 2001.
Perebutan pingat gangsa pula menjadi milik Indonesia yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1 mengatasi Myanmar. Myanmar terlebih dahulu didepan pada minit ke-21 menerusi rembatan jarak dekat Than Paing, namun tiga gol dalam babak kedua daripada Evan Dimas, Osvaldo Haay dan Rezaldi Hehanussa membolehkan Indonesia meraih kemenangan 3-1 untuk membawa pulang gangsa.
Pernah terfikir tak, ada beza ke kalau kita bersenam pagi, petang, atau malam? Sebenarnya, pilihan waktu bersenam ini ada kesan tersendiri pada badan kita.
Ia juga banyak bergantung pada gaya hidup dan jadual harian masing-masing.
Tapi, kalau korang jenis susah nak tidur malam, elok sangatlah kalau bersenam waktu pagi. Kenapa pagi? Ada beberapa sebab kukuh di sebaliknya.
Yang pasti, bersenam itu memang aktiviti yang menyihatkan tubuh dan minda.
Bagi anda yang ada masalah tidur di waktu malam, senaman pagi adalah cara terbaik. Bila kita bersenam, badan akan hasilkan hormon yang bantu kita mudah tidur dan rasa lebih sihat secara keseluruhan.
Senaman pagi yang dilakukan secara konsisten bukan saja dapat perbaiki kitaran tidur kita, malah ia merangsang tubuh untuk lepaskan hormon melatonin pada sebelah petang. Hormon ini penting sangat sebab ia akan mudahkan anda untuk tidur lena bila malam tiba.
Menurut Dr. Sofie Laage-Christiansen dari Aarhus University, Denmark, yang melakukan kajian tidur dalam Ph.D. beliau, senaman pagi memang sangat baik untuk mendapatkan tidur yang lena.
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, yang kemudiannya merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam),” jelas beliau. Hormon melatonin ini penting untuk membantu anda tidur.
Jadi, eloklah bangun lebih awal untuk melakukan senaman ringan. Selain membantu tidur, ia juga merangsang tubuh mengeluarkan hormon adrenalin, yang akan membuatkan badan anda berasa lebih segar sepanjang hari.
Adrenalin adalah hormon yang badan kita lepaskan masa stres. Ia buat jantung kita berdegup lebih laju dan naikkan tekanan darah. Hormon ni juga akan keluar masa kita bersenam.
Memang bahaya kalau kita asyik stres dalam tempoh yang lama, apatah lagi kalau bersenam pada waktu yang tak sesuai macam waktu malam. Sepatutnya, lewat petang dan malam, paras hormon adrenalin dalam badan kita patut rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Dr. Laage-Christiansen menjelaskan yang adrenalin ni sebenarnya ada kesan positif pada badan kalau ia keluar waktu siang. Otak kita akan rasa segar, dan ini memang tak sesuai kalau paras adrenalin kita tinggi waktu malam sebab kesannya boleh berlarutan beberapa jam.
Selain adrenalin, hormon lain macam noradrenalin, kortisol, dan endorfin pun bertindak sama macam adrenalin masa kita stres.
Selain hormon-hormon yang disebutkan tadi, ada juga hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’.
Hormon ini penting sebab ia bantu saraf dan otak kita berfungsi dengan baik. Kemudian, ada dopamin, sebatian semula jadi dalam badan yang dikeluarkan bila kita alami pengalaman yang menarik atau indah. Kedua-dua hormon ini memang bagus untuk membantu kita mula tidur.
Namun begitu, serotonin dan dopamin tak akan keluar masa kita tengah stres, atau bila paras hormon adrenalin dalam badan tinggi.
Ini bermaksud, untuk beberapa jam selepas noradrenalin dikeluarkan, kita tak akan dapat paras serotonin dan dopamin yang diperlukan untuk permulaan tidur yang baik.
Jika anda menamatkan senaman anda sekitar pukul 11-12 malam, bermakna anda mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi, cara paling elok adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon kortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam.
Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon kortisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stres dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pada waktu malam.
Selain bersenam pada waktu pagi, lokasi senaman juga memainkan peranan. Cara terbaik ialah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari. Pendedahan ini akhirnya akan merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang, yang sangat penting untuk tidur. Berbeza pula jika bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari, terutamanya pada waktu malam, ia tidak akan merangsang pengeluaran melatonin yang mencukupi.
Inilah cara untuk mengubah seseorang yang sukar tidur malam (kita panggil ‘a night owl’) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird’). Kuncinya adalah bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira apa jenis senaman yang anda lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal, ia sudah memadai. Berjalan kaki pun sudah cukup, terutamanya bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga bagi individu yang berusia 45 tahun ke atas, kecuali jika mereka benar-benar cergas.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan. Namun, jika seorang individu yang mengalami masalah ini tidak sempat bersenam pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr. Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.