Di tengah-tengah lautan pelari yang di Maraton London dalam baru-baru ini, satu sosok tubuh menarik perhatian. Ceri Menai-Davis, seorang ayah yang tabah, tidak hanya berlari untuk dirinya sendiri.
Di belakangnya, dia memikul beban seberat 20 kilogram. Ia satu simbol pilu bagi mendiang anak lelakinya, Hugh yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Berat itu, menurut laporan Ladbible, adalah berat badan Hugh ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Satu kisa peringatan yang menyayat hati tentang kehilangan yang tidak terperi.
Foto: X @ItsNeverYou22
Lebih dari sekadar beban fizikal, Ceri turut membawa bersamanya sebuah rucksack yang mengandungi 450 nama anak-anak lain yang turut bergelut dengan penyakit yang sama.
Tindakan ini bukan sekadar larian amal biasa, ia merupakan satu manifestasi mendalam tentang solidariti dan harapan. Setiap langkah yang diambil oleh Ceri adalah langkah bagi mengenang Hugh dan juga bagi memberikan suara kepada mereka yang sedang berjuang.
Foto: X @ItsNeverYou22
MENYOKONG MEREKA SENASIB
Kehilangan seorang anak adalah pengalaman yang paling menyakitkan bagi setiap ibu bapa. Namun, Ceri dan isterinya memilih untuk menyalurkan kesedihan mereka menjadi tindakan nyata.
Mereka menubuhkan sebuah badan amal yang diberi nama “It’s Never You,” sebuah nama yang sarat dengan emosi dan empati, yang bertujuan untuk menyokong keluarga-keluarga yang menghadapi realiti pahit kanser pada anak-anak mereka.
Ads
Tidak berhenti di situ, Ceri juga menjadi jurubicara vokal bagi “Hugh’s Law,” sebuah inisiatif yang mendesak agar bantuan kewangan yang lebih baik diberikan kepada keluarga-keluarga yang terjejas.
Foto: X @ItsNeverYou22
Dia memahami betul beban kewangan yang seringkali menyertai beban emosi dan fizikal dalam merawat anak yang sakit kritikal.
TIDAK BERSENDIRIAN
Usahanya merupakan bukti nyata bahawa cinta seorang ayah tidak mengenal batas, bahkan melampaui kehilangan itu sendiri.
“Beban di belakang saya mewakili berat badan Hugh dan juga berat kesedihan. Setiap langkah ini adalah untuk Hugh dan untuk semua anak-anak yang berjuang melawan kanser,” ujar Ceri, seperti yang dipetik dari artikel tersebut.
Ads
“Kami ingin memastikan keluarga lain yang melalui situasi seperti kami tidak merasa sendirian dan mendapat sokongan yang mereka perlukan.”
Foto: X @ItsNeverYou22
Kata-kata ini merangkum dengan sempurna pengorbanan dan dedikasi beliau. Ini bukanlah maraton pertamanya. Bahkan ia adalah maraton keempat bagi Ceri.
Namun, larian kali ini membawa makna yang jauh lebih mendalam, didorong oleh kenangan seorang anak dan harapan untuk masa depan yang lebih baik bagi keluarga lain yang senasib.
Kisah Ceri Menai-Davis ini bukan hanya tentang ketahanan fizikal seorang pelari maraton. Ia adalah narasi yang kuat tentang cinta, kehilangan dan tekad untuk membuat perubahan.
Lelaki bekas banduan terima Ijazah PhD OUM, dari tirai besi ke pentas konvokesyen. Walaupun telah menghabiskan 23 tahun hidupnya di sebalik jeriji besi, Murad (bukan nama sebenar), 38, tidak pernah memadamkan impian untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.
Usaha gigih dan ketabahannya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan sempena Majlis Konvokesyen ke-29 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Murad, yang ditahan di Penjara Kajang sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) sejak tahun 2001 ketika baru berusia 14 tahun, mula melibatkan diri dalam pendidikan formal pada tahun 2006 dengan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setahun kemudian.
Berpindah dari Kota Marudu, Sabah ke Semenanjung Malaysia sejak kecil, Murad memberanikan diri memohon untuk menyambung pengajian di OUM melalui kerjasama dengan Jabatan Penjara. Menyedari cabaran yang bakal dihadapi termasuk pandangan skeptikal masyarakat, beliau tetap tekad untuk meneruskan perjalanan akademiknya.
Selepas 16 tahun menimba ilmu bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian, hari ini beliau menerima Ijazah PhD daripada Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim — satu penutup gemilang buat perjuangan ilmunya.
“Sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh OUM amat saya hargai. Tidak lupa, saya amat berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas keampunan dan kepercayaan yang diberi,” kata Murad yang kini merupakan seorang mualaf.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan kecil bagi membantu bekas banduan lain membina masa depan yang lebih baik melalui peluang keusahawanan.
Murad menerima pengampunan diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-79 yang lalu, membuka laluan baru dalam hidupnya selepas sekian lama dalam tahanan.
Kerjaya sebagai jurutera sangat penting dan besar untuk kemajuan negara. Tanpa bidang kejuruteraan, tiada siapa boleh merancang dan mereka bentuk projek melibatkan pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang. Tugas-tugas jurutera sangat kompleks, tidak semudah yang dilihat. Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
KEJURUTERAAN DAN JURUTERA SECARA UMUM
Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Melalui pengetahuan itu, ia digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi termasuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses.
Manakala Jurutera ialah orang yang terlatih dalam mereka, membuat, dan menggunakan jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan. Terdapat pelbagai bidang pengkhususan Jurutera iaitu kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
TUGAS-TUGAS JURUTERA
-Jika memilih untuk menjadi jurutera elektrik, anda harus melakukan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan sistem elektrik besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor.
-Memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif
-Mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Sistem-sistem yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti pekerja.
-Menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja, menerangkan tentang kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran, kos masukan, dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif dan sebagainya.
-Menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat
-Jurutera juga dikehendaki menyiapkan tugas seperti membincangkan cadangan dengan klien, menyediakan belanjawan dan menentukan jadual projek
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
1-Ilmu pengetahuan yang mendalam
Skop Jurutera banyak dan meluas iaitu daripada sektor automotif, elektrik, mekanikal, design consultancy dan pelbagai lagi. Sebagai Jurutera, memiliki pengetahuan dalam bidang yang diceburi adalah amat penting kerana ia akan mempercepatkan lagi kerja-kerja dan keputusan yang akan dibuat.
Ini dapat menjana melalui pembacaan, pengalaman dan ujian. Untuk itu, amat penting jika seseorang itu mempunyai kemahiran dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa. Paling penting, mempunyai kemahiran komputer.
2-Interaksi
Walaupun kebanyakan jurutera banyak beraksi dengan mesin, interaksi dengan manusia pun sangat diperlukan. Jika ada masalah berlaku, kita perlukan juga pendapat daripada jurutera-jurutera lain untuk menyelesaikan masalah. Tidak semestinya pendapat kita sudah memadai, kadang-kadang pendapat rakan sekerja yang lain terutamanya yang lebih berpengalaman juga di perlukan.
Untuk menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan ini, kita perlu fikir dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan, ekonomi serta penyelesaian kerja yang mudah, tetapi harus ada kualiti.
3-Berusaha tanpa mengenal putus asa
Membuat kesilapan sekali bukanlah bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Cubalah belajar daripada kesilapan dengan bertanya atau cari jalan penyelesaian dengan apa cara sekali pun. Bersikaplah dinamik untuk belajar dan mengajar. Inilah sikap yang harus ada bagi seorang jurutera.
4-Kreatif dan Inovatif
Kreativiti ini biasanya datang bersama-sama pengalaman dan ilmu yang dipelajari daripada masa ke semasa. Seharusnya kita tidak harus melakukan satu-satu kerja yang sama saja sepanjang masa. Ini akan menimbulkan rasa bosan. Lakukan kerja-kerja tersebut dengan cara yang berbeza.
Biasanya dalam organisasi, perlu mematuhi kehendak tugasan dan jarang atau sukar untuk diubah. Adakan satu sistem cubaan atau ujian iaitu kita boleh menguji cara baru. Sekiranya kita rasa ia lebih baik cara yang dilakukan sekarang, maka beritahu dan buktikan pihak atasan supaya cara baru dapat diguna pakai. Ini akan menaikkan semangat untuk belajar perkara yang baru, di samping keseronokan untuk bekerja.
5- Keupayaan menyelesaikan masalah dengan cepat
Jangan mengharapkan orang lain membantu anda menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Biarpun kerja anda melibatkan peralatan seperti mesin, jangan tunggu hingga orang datang membantu, kerana biasanya jika anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cekap dan cepat, kerja yang ditugaskan tertangguh menyebabkan sasaran yang dirancang sukar dicapai dalam masa singkat. Jangan sesekali lari daripada masalah.
7-Bijak menghadapi tekanan
Tekanan ada di mana-mana. Bidang Jurutera sangat memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Bekerja tidak tentu masa menjadikan seseorang itu tercabar. Ada kalanya anda terpaksa berulang alik ke dari tempat kerja ke tapak pembinaan tidak mengira masa untuk memantau keadaan atau projek yang telah dimulakan sehinggalah semunya selesai. Bekerja di bawah panas terik menguji kesabaran seseorang itu sentiasa bersabar dan bijak berurusan dengan klien.
CABARAN YANG PERLU DIHADAPI
-Jika ciri-ciri keselamatan tidak dipatuhi, kita boleh diberhentikan untuk membuat kerja, tetapi tidaklah sampai dibuang kerja.
-Sebelum melakukan sesuatu tugas, perkara paling asas harus ada adalah pakai topi keselamatan, coverall, kasut safety,glove dan juga penutup telinga bagi kerja di tempat bising atau di bilik mesin yang mengeluarkan bunyi bising. Jika tidak, seseorang akan hilang kepercayaan untuk memberi kerja kepada kita.
-Harus mencapai sasaran yang ditetapkan. Jika tidak, harus memikirkan cara atau kaedah terbaik untuk memastikan ia harus siap sama ada menambah bilangan pekerja, menukar alat bekerja yang lebih produktif atau sebagainya.
-Jangan teragak-agak dan harus memberi kata putus dan keputusan yang tepat di lokasi kerja. Jika keputusan yang dibuat itu salah, ia akan memberi impak yang besar kepada diri dan syarikat.
-Biarpun anda seorang jurutera lama atau baru, jangan sesekali leka dengan etika di tempat kerja. Biarpun anda dimarahi atau ditegur kerana melakukan kesalahan, jadilah lebih agresif dengan mencari kemahiran dan peluang di luar sana.
PELUANG KERJAYA
-Ketua Bahagian, Pakar Perunding di syarikat kejuruteraan swasta
-Membuka Firma perundingan kejuruteraan pelbagai pengkhususan
-Jurutera Projek ( Project Engineer)
-Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
petroleum, jurutera awam dan sebagainya
-Research and Development (RnD) di syarikat-syarikat besar
-Juruteknik Elektrik
-Pensyarah di universiti awam ataupun swasta dalam mana-mana bidang seperti mekanikal, kimia, elektrik dan elektronik, petroleum, jurutera awam dan sebagainya
-Kejuruteraan awam – buat bangunan, pembinaan jambatan, rumah dan lain-lain
-Kejuruteraan elektrik dan elektronik – pekerjaan melibatkan barangan elektrik, komputer, laptop dan lain-lain
-Kejuruteraan mekanikal – pembuatan enjin, kereta dan kapal terbang
MESTI TAHU!
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang berkaitan sebelum layak ditemu duga bagi mendapatkan tauliah jurutera profesional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula pada 28 Ogos dan akan berakhir pada 8 September 2024. Ia bukan hanya menjadi medan pertarungan bagi atlet-atlet paralimpik terbaik dunia tetapi juga simbol ketabahan, keazaman, dan inspirasi. Salah seorangnya ialah atlet olahraga negara, Eddy Bernard.
Dalam suasana yang penuh semangat dan persaingan sengit, kontinjen Malaysia telah berjaya memperoleh pengiktirafan di pentas global dengan pingat pertama. Eddy Bernard, atlet olahraga menjadi atlet paralimpik pertama pada edisi kali ini menyumbang pingat gangsa.
Eddy yang bertanding dalam acara 100 meter lelaki kategori T44 untuk atlet dengan kecacatan fizikal, telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa.
Bermula dengan kelebihan di awal perlumbaan, atlet berusia 23 tahun asal Sabah ini kehilangan momentum di pertengahan tetapi berjaya mengatasi rintangan untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11.58 saat.
Kejayaan ini tidak hanya membawa pulang pingat untuk Malaysia tetapi juga memecahkan rekod Asia yang sebelumnya dipegang oleh Indika Gamage dari Sri Lanka dengan catatan 11.75 saat, yang dicatatkan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Lebih mengagumkan, kejayaan ini juga menandai pemecahan rekod peribadi Eddy sendiri, memperbaiki masa terbaiknya yang sebelumnya ialah 11.77 saat.
Ini menunjukkan peningkatan dan komitmen Eddy dalam sukan olahraga, terutamanya di pentas yang sehebat Sukan Paralimpik.
Sementara itu, pingat emas dan perak telah menjadi milik Mpumello Mhlongo dari Afrika Selatan dan Yamel Luis Vives Suarez dari Cuba dengan catatan masa 11.12 saat dan 11.20 saat, masing-masing.
Pencapaian Eddy di Paris bukan sekadar kemenangan peribadi tetapi juga simbol harapan dan semangat tidak kenal menyerah yang menjadi intipati Sukan Paralimpik terutamanya buat kontinjen negara.
Kejayaannya ini pasti akan menjadi inspirasi bukan sahaja bagi para atlet lain tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan setiap langkah, larian, dan kemenangan, Sukan Paralimpik Paris 2024 tetap menjadi saksi kepada kisah-kisah heroik yang akan dikenang untuk generasi akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang