Mesti korang pernah rasa keenakkan milo lori masa sekolah dulu kan, tapi peliknya rasa enak dia tu buat penulis dapat ingat sampai ke hari ni. Tapi bila buat sendiri kat rumah tak jadi pula rasa macam tu.Apa kata korang try buat sendiri resepi ni.
Resepi ni dikongsikan oleh saudara Syahrin Yen Zaini hasil dari pemerhatian beliau semasa pekerja lori milo sedang membancuh air. Cubalah.
RESEPI air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air. Anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri. Jangan tanya saya apa-apa sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo. Okaylah untuk memendekkan cerita.
Bahan-Bahan
8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan Ais
Cara Penyediaan
1. Masukkan Susu Pekat Cap Junjung
2. Masukkan Susu Cair Ideal
Ads
3. Masukkan Milo
4. Masukkan Air Panas Dan Kacau Rata
Ads
5. Masukkan Ke Dalam Bekas Air Dan Tambah Ketulan Ais
Ads
6. Sedia Untuk Di Minum
Nota Tambahan
Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo tersebut.
Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori, anda mendapat diabetes, kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo.
Selamat Mencuba.
Sumber: Syahrin Yen Zaini
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan semestinya menjadi perkara penting dan utama buat semua umat Islam. Pada tahun ini penganjuran Malaysia #QuranHour 2025 bakal berlangsung pada 30 Ogos. Kali ini ia membawa mesej amat relevan dengan semangat kemerdekaan di bawah tema ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, surah al-Saff menjadi surah pilihan untuk diangkat pada tahu ini sebagai rujukan utama.
Ini kerana kandungannya menekankan peri pentingnya kesatuan, keikhlasan, disiplin dan keberanian dalam memperjuangkan kebenaran.
“Ayat-ayat dalam surah ini menjadi panduan untuk membina kekuatan masyarakat yang bukan sahaja taat kepada ALLAH, malah mampu memainkan peranan penting dalam membangunkan negara.
“Dalam konteks Malaysia Madani, kita melihat empat golongan yang perlu disantuni dengan penuh tanggungjawab dan adab. Pertama, rakyat yang saling menyantuni antara satu sama lain. Kedua, pemimpin yang memikul amanah besar.
“Ketiga, ahli Parlimen sebagai pembuat dasar dan keempat, penjawat awam yang menjadi pelaksana dasar negara,” katanya ketika program Interviu yang dihoskan Haizir Othman di Studio F, Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.
Penganjuran Malaysia #QuranHour pada tahun ini bakal dari jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari di Masjid Negara Kuala Lumpur dan turut dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Sebagai penyiar utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan program itu secara langsung bersama sinergi media lain seperti Astro Awani, Astro Oasis, TV AlHijrah, TV9, Bernama, Sinar Harian, Media Prima, IKIM FM, Zayan FM, TV IKIM, Denaihati Network, Nu Ideaktiv dan Santai Travel.
Dalam pada itu Marhaini berkata, Malaysia #QuranHour 2025 membawa misi #ResetRasa iaitu satu seruan untuk semua golongan masyarakat agar kembali menyemak arah perjuangan dan meningkatkan sensitiviti terhadap penderitaan di sekeliling.
“Surah al-Saff khususnya ayat 14 memperlihatkan peranan empat golongan utama iaitu pemimpin, pembina dasar, penjawat awam dan rakyat untuk membentuk saf kukuh dengan rasa, sabar dan kasih sayang,” katanya.
Beliau berkata, tema ‘Merdeka dengan Rasa’ menyeru masyarakat membebaskan diri daripada keangkuhan dan ketidakadilan ke arah pembentukan masyarakat yang adil, berihsan dan saling menyantuni.
“Malaysia #QuranHour bukan sekadar kempen membaca al-Quran tetapi satu gerakan nilai yang menyeru rakyat merasai, menyahut dan bertindak berpaksikan ALLAH SWT sebagai pusat perjuangan,” tambahnya lagi.
Penyampai radio Zayan, Mohd Faizal Ismail juga turut menyifatkan penganjuran Malaysia #QuranHour sebagai ruang penting untuk umat Islam kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Kita memang perlu berusaha untuk menghidupkan al-Quran terutama dalam kalangan anak-anak muda dan masyarakat keseluruhannya.
“Mungkin dalam masa sekarang ini kita terlalu sibuk dengan kerja dan komitmen lain sehingga secara tidak sedar makin jauh daripada al-Quran, walaupun kita tahu al-Quran itu sangat penting dalam hidup kita sebagai umat Islam.
“Tetapi Alhamdulillah, dengan adanya Malaysia Quran Hour dan World Quran Hour, sedikit sebanyak ia akan beri peluang untuk kita reset momentum, semak kembali jadual harian sama ada kita benar-benar memperuntukkan masa untuk al-Quran,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian.
Buat anda di sekitar Lembah Klang ayuh turun sama-sama mengimarahkan Masjid Negara dengan program cukup istimewa Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2025!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RAMAI MENGADU RASA MENGANTUK KETIKA MELAKSANAKAN SOLAT TARAWIH. SEHINGGA, DALAM PELAKSANAAN SOLATNYA TIDAK BOLEH KHUSYUK. HASILNYA, BUKANNYA MENDAPAT BERKAT, MALAH MERASA LELAH. PADAHAL, SOLAT TARAWIH INI HANYA ADA SATU TAHUN SEKALI.
1.JAUHI PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT DI SIANG HARI
Walaupun bulan Ramadhan syaitan dibelenggu, namun kita tetap harus menjauhi perbuatan dosa. Ketika syaitan dibelenggu bukan bererti manusia terbebas dari godaan syaitan. Hal tersebut kerana yang dibelenggu adalah para ahli utama syaitan bukan seluruh syaitan. Adapun anak buahnya tetap saja berkeliaran menggoda manusia. Namun malangnya kita masih kalah dengan syaitan yang kecil-kecil tersebut.
Menjaga diri dari perbuatan dosa di siang hari bulan Ramadhan akan membantu kita terjaga di waktu malam. Banyak ungkapan para salafus soleh yang mengatakan bahawa perbuatan dosa di siang hari merupakan penghalang utama solat malam.
2.SEMPATKANLAH UNTUK QOILULAH SEJENAK (REHAT ATAU TIDUR SIANG)
Memang qoilulah adalah sunah tapi harus ingat jangan disalahgunakan sebagai alasan memperbanyak tidur siang di bulan Ramadhan. Qoilulah ada kadar dan batasannya. Jangan sampai seorang beralasan dengan qoilulah menjadi malas bekerja dan beramal. Amalkan sunah pada kadar, masa dan tempatnya.
3.ATUR HIDANGAN MAKAN DAN MINUM KETIKA BERBUKA
Hidangan makan yang tidak terkawal saat berbuka menyebabkan perut kita bekerja terlalu payah. Kesan dari hal tersebut tubuh kita letih, otak sukar menumpukan perhatian dan mata mengantuk. Akhirnya solat tarawih sambil mengantuk. Tepat sekali sabda Nabi bermaksud, “Tidak ada wadah yang lebih buruk untuk dipenuhi oleh manusia kecuali perutnya. Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika dia harus makan lebih daripada beberapa suap untuk menegakkan sulbinya tersebut, maka satu pertiga hendaknya untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk nafas/udara,” (HR. Ahmad)
4.JANGAN LUPA BERSIWAK
Siwak merupakan sunnah Nabi SAW yang banyak ditinggalkan kaum muslimin , bahkan mereka yang mengaku sebagai aktivis Islam . Jika kita telaah kehidupan Nabi SAW maka kita dapati siwak adalah sunnah yang senantiasa baginda SAW lazimi baik di rumah, masjid atau bahkan ketika musfair.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan dari Rabb.” (HR Ahmad)
Dengan bersiwak mulut menjadi bersih dan tidak bau. Oleh kerana itu , siwak membantu kekhusyukan solat anda. Ketika kita khusyuk insya Allah Ta’ala kita tidak akan mudah letih.
HUKUM SOLAT SUNAT TARAWIH HUKUMNYA SUNAT MUAKKAD
(yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Waktu Solat Sunat Tarawih lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat. Rakaat Solat Sunat Tarawih Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.
Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang me riwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
SOLAT SUNAT WITIR
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perbuatan menjemput seseorang yang jelas berzina sebagai tetamu bual bicara adalah bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW yang mencela pendosa, demikian pendapat Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
“Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman Instagramnya hari ini.
Beliau turut menyifatkan yang dunia sudah terbalik apabila golongan penzina diraikan manakala golongan yang bernikah secara halal pula menjadi bahan kecaman orang ramai.
Selain itu, Dr Ahmad Sanusi berkata yang seorang mukmin juga tidak sepatutnya merasa selesa dengan dosa yang dilakukan.
“Lebih malang lagi andai sekiranya masyarakat pula membiarkan sahaja kerosakan ini. Kejijikan yang diterima secara berleluasa berupaya membinasakan kita semua.
“Ingatlah bahawa Rasulullah mendidik sahabat supaya menjauhi segala perlakuan yang boleh membawa kepada zina. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan,” tambahnya.
Dr Ahmad Sanusi membuat hantaran itu sebagai maklum balas apabila terdapat pempengaruh yang menjemput Hot Daddy sebagai tetamu rancangan bual bicara podcast.
Hot Daddy, atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, didakwa di mahkamah atas tuduhan mempromosi persundalan dengan ramai wanita yang lain.
Dia telah merakam dan menjual video aksi seks untuk dilanggan orang ramai menerusi laman media sosial X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan, demikian hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang dilaporkan Berita Harian.
Bagaimanapun, dia serta dua wanita yang ditahan bersamanya kini bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk serahan dokumen.
Namun hal itu tidak membataskan Hot Daddy dari terus muncul di mata umum apabila dilihat semakin aktif membuat siaran langsung di laman Tiktok, malah turut diundang sebagai tetamu bual bicara, demikian lapor Sumber Kini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.