Hidup kita bukan sahaja bangun pagi solat subuh dan pergi kerja. Terdapat banyak perkara kita akan lalui tidak kira ia susah atau senang. Cabaran yang kita hadapi sebenarnya kalau kita tidak perasan adalah ujian yang Allah berikan kepada hambanya.

Ujian ini walau sesukar manapun ia, sebenarnya berada dalam kemampuan kita. Hanya Allah sahaja yang tahu tahap kemampuan kita. Sebagai umat islam, terdapat pelbagai cara untuk kita memohon rezeki dan keredhaan Allah SWT. Cara yang paling mudah adalah berdoa kepadaNya.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin Muhammad membuat perkongsian melalui laman peribadinya tentang lima perkara boleh dibuat untuk menjemput rezeki dan ia datang tanpa henti.

BACA: Lelaki Yang Jalan Kaki Ke Masjid Dapat Bakar Kalori Dengan Mudah, Ini 4 Kelebihan Yang Lain

Ikuti perkongsiannya di bawah ini: 

Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.

Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:

IKLAN

1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.

2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.

3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.

IKLAN

4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.

5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.

Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.

IKLAN

Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.

Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.

Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI