Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan. Yelah nasi kan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Pergilah mana-mana kedai makan pasti akan menjadikan nasi sebagai menu utama.
Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan. Kita semua tahu, nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan. Namun, jika diambil berlebihan ia akan menyumbang kepada masalah kegemukan.
Ads
Sudah tu, macam mana nak kurus kalau diri sendiri tidak boleh berpisah dengan nasi? Mujurlah ada orang yang baik hati hendak kongsikan tips. Lelaki ini kongsi 10 point penting, bagaimana dengan hanya makan nasi sesenduk tapi boleh kenyang macam makan sepinggan.
Menarik bukan? Jom baca apa 10 point tersebut.
Ads
Ads
Tips Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan
Makin ramai nak jaga badan, bagus. Tapi kita orang Malaysia, makan nasi dah jadi macam salah satu rukun negara. Susah betul nak kurangkan apatah lagi tinggalkan. Mungkin tips aku ni boleh bantu.
Minum air lebih kurang 10-20 minit sebelum makan. Minum paling tidak 500ml air. Supaya perut dah diisi sesuatu. Memang rasa mual dan muak tapi itu yang kita nak. Supaya perut tak meragam minta diisi banyak-banyak.
Ambil sesenduk nasi & lauk pula ambil yang berkuah. Lagi cantik kalau sayur sama portion atau gandakan dari nasi tadi. Bagi yang tak makan sayur, gandakan sekali ganda lauk daripada biasa.
Contohnya ayam jadi dua ketul. Pokoknya, ratio adalah 1 senduk nasi: 2 senduk sayur: 2 ketul lauk
Tujuan ganda lauk adalah bagi perut kenyang dengan lauk instead of nasi. Lauk berkuah pula ambillah sup, tomyam elak yang berlemak santan, nanti jadi masalah lain pula. Nak kurus kena berkorban sikit.
Makan dengan perlahan. Otak perlukan lebih kurang 20 minit untuk terima signal perut dah kenyang. Makan tergesa-gesa hanya buatkan kita makan lebih had. Kalau korang perasan, lepas setengah jam baru rasa perut penuh gila dan menyesal termakan banyak. Betul tak?
Minum air lebih kurang 5 minit selepas makan. Ini akan pastikan mana-mana nafsu dan kekosongan terisi dengan air. Yang bagusnya, 500ml air sebelum dan 500ml selepas makan dah buatkan korang minum 1L air sehari. Air bagus untuk pencernaan dan nyah toksin.
Lepas makan pun rasa lapar? Tahan dulu. Tunggu kejap sebab otak masih menerima signal perut dah ada isi atau tak. Ingat tujuan makan untuk kenyang. Bukan nak bina perut sentak macam busut.
Lebihkan air atau isi perut dengan snek kecil. Makan dengan kerap bermaksud bukan kerap makan nasi. Tapi kerap isi perut dengan sesuatu. Mungkim boleh kunyah buah, salad, kekacang atau apa-apa jajan rendah kalori dan gula. Ini bantu perut dan mulut tak boring.
Bayangkan sarapan sesenduk nasi, tengahari sesenduk dan malam sesenduk, secara purata, satu pinggan nasi adalah 3 senduk. Dengan teknik ni, korang macam makan sehari satu pinggan nasi sahaja. Wow!
Cara ni aku buat dulu sebelum aku masuk Fasa 1 Atkins. Macam yang kita tahu, Atkins amalkan disiplin very minimum carbs (20g carbs sahaja bagi Fasa 1). Tapi kalau tak mampu tahan Atkins, mulakan dengan kurangkan nasi je sebab nasi ni kita ambil melampau-lampau tanpa sedar.
Betul nasi tak menggemukkan tapi cara kita makan tu yang menggemukkan. Biar makan nasi sesenduk daripada konon tak nak makan nasi terus. Takut kecundang waktu lewat petang. End up kau melantak sebesen nasi dan ayat biasa kita “alamak, minggu depan jelah start diet”.
Penah dengar tak pepatah ‘tua-tua keladi, makin tua makin jadi’. Ha mesti masa kecil-kecil dulu kita selalu tengok lakonan mereka kan, tapi sekarang mungkin kita boleh beri gelaran tok kot dekat dorang. Kalau di Malaysia, aktor yang sudah berusia sukar mencari makan,namun tidak di Hollywood. Rata-rata actor pangkat tok ni masih di angkat dan menjadi pilihan pengarah dan menjadi ‘hero’ utama.
Mari kami senaraikan 6 bintang terkenal Hollywood yang masih bersinar sehingga kini.
Bekas ahli bina badan ini amat terkenal dengan menerusi filem The Terminator. Meskipun sudah berusia 65 tahun, dia tetap menjadi pilihan pengarah Hollywood sehingga ke hari ini. Muncul bersama filem terbarunya berjudul, The Last Stand baru-baru ini, Arnold Alois Schwarzenegger mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1969 lagi. Menarik mengenainya, dia pernah diberi nama timangan seperti Austrian Oak dan Styrian Oak kerana badannya yang sasa. Dalam pada itu, dia juga pernah dinobatkan sebagai ikon bagi filem aksi di Hollywood.
Seperti rakan seperjuangannya, Willis dan Schwarzenegger, Stallone juga baru sahaja muncul bersama filem terbarunya awal tahun ini iaitu, Bullet to the Head. Mula melibatkan diri dalam bidang seni sekitar tahun 1970, dia pernah mendapat jolokan Rambo kerana kehebatannya melakonkan watak tersebut menerusi filem itu. Selain muncul di layar perak, dia juga amat terkenal dalam drama bersiri Police Story dan Kojak.
Chan mempunyai latihan dalam kung fu dan Wing Chun. Dia mula berlakon sejak tahun 1960an dan telah berlakon lebih dari 150 buah filem dan terkenal dengan gaya berlawan akrobatik, penggunaan mengubah senjata dan lagak ngeri, yang mana dia biasa melakukannya sendiri. Beliau juga seorang bintang pop yang utama di Asia dan telah menerbitkan melebihi 100 judul lagu dalam 20 album sejak 1984. Beliau juga boleh bernyanyi dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, Jepun dan Melayu. Chan juga menyanyikan banyak daripada lagu tema dalam filem-filemnya. Dia juga adalah seorang dermawan.
Siapa yang tidak kenal dengan bintang filem Pirates of the Caribbean ini, meskipun usianya hampir separuh abad, namun dia masih menjadi pilihan pengarah Hollywood sehingga ke hari ini. Malah, dia sering muncul menerusi pelbagai peranan yang berbeza seperti dalam filem Edward Scissorhands, Sleepy Hollow, Alice in the Wonderland dan Dark Shadows. Menarik mengenai pemilik nama John Christopher ini, dia dinobatkan antara lelaki terseksi di dunia oleh People Magazine dan turut tersenarai antara aktor yang mendapat bayaran paling mahal di Hollywood.
Bukan sahaja dikenali kerana lakonan, malah wajah tampan aktor berusia 50 tahun ini membuatkan peminat seni sentiasa menantikan buah tangan terbaru daripadanya setiap masa. Diberi nama Thomas Cruise Mapother, pelakon kelahiran New York ini memulakan kariernya ketika berumur 19 tahun lagi. Amat terkenal menerusi filem, Mission: Impossible, The Last Samurai, dan Vanilla Sky, dia juga baru sahaja muncul bersama filem terbarunya, iaitu Jack Reacher. Menarik mengenai bekas suami Nicole Kidman ini, dia adalah pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood.
Sudah menjadi ‘trademark’ bagi aktor ini tampil berkepala botak dalam setiap filem lakonannya. Memiliki bakat dalam bidang lakonan, dia juga dikurniakan kebolehan sebagai penulis, pengarah dan penerbit. Apa pun, pemilik nama Mark Sinclair Vincent ini sangat terkenal menerusi lakonannya dalam filem Pitch Black, The Fast and the Furious, xXx dan The Chronicles of Riddick. Menarik mengenainya, meskipun berbadan sasa dan sinonim watak aksi, dia juga mampu menjadi seorang pengasuh kanak-kanak di dalam filem The The Pacifier.
Baru sahaja muncul bersama filem terbarunya, A Good Day to Die Hard, aktor tersohor ini mula melibatkan diri dalam dunia seni seawal tahun 1980. Berusia 57 tahun kini, pemilik nama Walter Bruce Willis ini bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, malah seorang penerbit dan pemuzik. Menarik mengenainya, dia mampu melakonkan pelbagai watak dengan baik bagi genre komedi, aksi dan romantis. Antara filem hebat lakonannya adalah 12 Monkeys, The Fifth Element, Armageddon, The Sixth Sense, Unbreakable dan terbaru, Looper.
Siapa kata untuk menjadi popular itu mudah? Siapa pula bilang untuk menempa kejayaan itu bagai menunggu rezeki datang bergolek? Tidak semudah itu! Barisan selebriti yang kami pilih ini punya perjalanan kisah yangdpat nenberikan inspirasi kepada mereka yang kurang motivasi dalam diri. Kita tahu, kadang-kala kita merasai dunia serba tak adil. Setiap perkara yag kita lakukan semuanya tidak menjadi. Ada masa kita kerugian. Menunggu waktu lama untuk mencapai sesuatu yang kita capai. Kisah mereka ini memberi pengajaran kepada kita semua tentang erti percaya pada diri. Usah cepat mengalah kalau belum memulakan pertemuran. Usah berhenti kalau belum bermula. Usah putus asa kalau belum tahu erti cabaran.
Siapa yang tidak mengenali J.K Rowling? Kejayaannya dalam menghasilkan karya novel Harry Potter menjadi fenomena dikala novel itu diangkat untuk dijadikan bahan filem, lalu menyenaraikan J.K Rowling antara orang terkaya di dunia. Namun kejayaan yang dicipta itu tidak mudah untuk dicapai.
Di saat umurnya 17 tahun, dia berhenti belajar dari kolejnya. Pada usianya 25 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Cabaran demi cabaran terus dihadapi olehnya. Dia mengalami keguguran di saat usianya 26 tahun. Namun tahun selepas itu, dia berkahwin bersama lelaki idamannya. Dari situ dia memulakan hidupnya dalam fasa yang baru dengan menjadi isteri. Walau bagaimanapun, perkahwinannya itu bertukar menjadi mimpi buruk apabila suaminya berubah menjadi ganas dan selalu memukul dan menyakitinya. Pun begitu, masih ada sinar kegembiraan di saat dia melahirkan anak perempuannya. Apabila usia menjangkau 28 tahun, J.K Rowling menghadapi krisis dalam hubungan bersama suaminya dan membawa arus percintaan mereka ke kancah retakan, akhirnya mereka berpisah, menyebabkan J.K Rowling mengalami masalah tekanan yang teruk. Dia juga pernah hampir membunuh diri kerana sudah berputus asa dalam hidupnya. Namun, dari kegagalan itu, memberi kesedaran dan semangat kepada dirinya untuk terus berjuang. Ia berlaku sekitar tahun 1994, 3 tahun sebelum terhasilnya buku Harry Potter, Harry Potter and The Philosopher’s Stone.
Walaupun karya penulisannya ditolak banyak kali, J.K Rowling masih belum penat berusaha untuk memberikan yang terbaik hinggalah pada umurnya 31 tahun, dia akhirnya berjaya melancarkan buku pertamanya. Bloomsbury, sebuah syarikat penerbitan yang kecil di London memberi dia peluang kedua selepas anak perempuan kepada CEO syarikat itu menyukai karya penulisannya.
Kisah figura ini juga memberi inspirasi kepada kita tentang sesusah manapun kita, cita-cita dan impian itu tidak munkin padam. Asalkan kita terus berusaha dan sentiasa fokus dalam apa yang dilakukan. Mengejar cita-cita itu bukan sesuatu yang mudah. Namun, azam dan semangat yang kuat, jika lautan api pun melanda, nescahya boleh dirintangi jua.
Penulis ini dikenali dengan karya fiksyen yang seram juga lebih memfokuskan kepada suspen dan fantasi. Dia memulakan kariernya sebagai penulis dalam keadaan dirinya yang serba miskin. Dia tinggal bersama isteri, juga seorang penulis, di dalam trak dan mereka melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.
Karya penulisan King banyak menerima penolakan dan kritikan. Dia menerima lebih 60 penolakan sebelum menjual karya cerita pendeknya yang pertama, “The Glass Floor” dengan harga $35. Kesengsaraannya mula lenyap apabila dia berjaya menjual hasil karnya kepada syarikat penerbitan Doubleday Publishing. Namun hasil jualannya tidak memadai dengan hanya terjual sebanyak 13,000 salinan. Selepas itu, Tidak lama kemudia, kejayaan mula diraih apabila dia berjaya meraih kutipan sebanyak $200,000 hasil tanda tangan bersama Signet Books.
Pada tahun 1992, dia menulis, menerbitkan serta berlakon dalam pembikinan teater nya yang pertama, I Know I’ve Been Changed yang mengisahkan tentang perjalanan hiduonya yang sukar. Perry melaburkan kesemua hasil simpanannya pada persembahan teater itu. Malangnya, ia adalah persembahan yang gagal. Hanya 30 orang sahaja yang datang menonton persembahannya. Pun begitu, dia tidak pernah berhenti, malah sentiasa bersemangat menerbitkan karyanya, membuat kerja sambilan dan kerap tidur di dalam kereta. 6 tahun kemudian,di mana masa itu Perry benar-benar miskin, buat kali ketujuhnya, persembahannya benar-benar berjaya. Dia selepas itu menjadi antara orang yang terkaya dan turut dilabelkan sebagai antara orang yang dibayar mahal dalam industri hiburan pada tahun 2011. Akhirnya, orang mengenali Perry sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon yang berjaya.
Parker dilahirkan di sebuah bandar perlombongan di luar bandar, di Ohio, anak terakhir dari empat adik beradik. Ibu bapanya bercerai ketika usianya masih 2 tahun. Ibunya berkahwin semula bersama bapa tirinya dan dikurniakan 4 orang anak. Bapa tirinya adalah pemandu trak, sering kali tiada di rumah kerana melakukan kerja luar. Jadi, bintang ini, saat masih muda, memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi dan penari untuk membantu ibunya menyara adik beradiknya yang lain.
Walaupun hidup serba kekurangan, namun ibunya tidak pernah henti memberi motivasi kepada anak-anaknya untuk mendalami seni. Selepas keluarganya berpindah ke Cincinnati, Parker mula melibatkan diri dalam balet, muzik dan teater di sekolah, hasil daripada biasiswa pelajarannya. Umur 11 tahun, dia bersama keluarganya membuat trip ke bandar New York membolehkan Parker untuk menyertai ujibakat watak dalam Broadway. Perjalan trip mereka itu membuahkan hasil!. Dia dan juga abangnya, dipilih dalam ujibakat itu. Parker bekerja kuat, dan tetap berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik. Akhirnya, dia menjadi salah seorang seleberiti terkemuka yang mendapat bayaran tertinggi dan sudah semestinya, watak di dalam Sex and The City melonjakkan lagi namanya dalam dunia hiburan.
Siapa yang tidak sukakan rasa sedap ayam KFC? Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun sentiasa menjadikan KFC antara salah satu restoran wajib untuk menjamu selera. Tidak kisahlah seorang ataupun berkeluarga. Ini semua adalah hasil usaha Colonel Sanders yang tidak pernah berputus asa untuk membuat pembaharuan dalam hidupnya, dan tidak meletakkan umur sebagai penghalang.
Colonel Sanders mungkin sudah lali dengan saat sukar dan bagaimana rasa dirinya tidak diterima. Seawal usianya 5 tahun, dia kehilangan bapanya. Saat dia berusia 16 tahun, dia berhenti sekolah dan mula mencari pekerjaan yang bisa menampung hidupnya. Kariernya bermula disaat umurnya 17 tahun. Pun begitu, dia dipecat. Dia mencuba pekerjaan lain, namun sudah 4 kali dia dipecat. Hidupnya kian tidak menentu, namun dia menemui sedikit cahaya harapan apabila bertemu cinta hatinya. Mereka berkahwin dan Colonel Sanders mula bekerja sebagai konduktor kereta api. Ketika umurnya 20 tahun, dia ditinggalkan oleh isterinya dan membawa pergi anak perempuannya yang masa itu berusia setahun. Satu demi satu cabaran dalam hidupnya terpaksa ditempuh. Tekanan emosi menganggu dirinya. Tidak berhenti di situ, dia juga dipecat dari menjadi penjual insuran dan akhirnya, dia memutuskan untuk menjadi tukang masak, dan dalam masa yang sama, membasuh pinggan mangkuk di sebuah kafe kecil.
Apabila umurnya mencecah 65 tahun, dia bersara. Hasil persaraannya, dia menerima cek sebanyak $105 dari kerajaan dan Colonel memutuskan untuk membunuh diri. Namun dia sedar bahawa tidak banyak perkara yang dia sudah kecapi hinggalah dia bersemangat untuk meneruskan apa yang diminatinya iaitu memasak. Dia mula menjual ayam goreng dari rumah ke rumah, dan sedapa upaya untuk mendapatkan lesen untuk resipinya. Hampir 1009 kali dia menerima penolakan dari pihak tertentu untuk mendapatkan lesen hinggalah pada kali ke 1010, dia menerima jawapan YES. Maka, lahirlah KFC. Pada usianya 88 tahun, Colonel Sanders menjadi antara jutawan terkaya dan KFC adalah empayar makanan terbesar di dunia. Hari ini KFC sudah mempunya cawangan sebanyak 20,000 di 123 negara.
Setahun selepas dia dilahirkan, ibubapanya terlibat dalam krisis rumah tangga menyebabkan mereka bercerai. Dia mula mendapat tekanan emosi yang membebankan dirinya. Dia menghidap penyakit insomnia yang kritikal dan juga menghadapi masalah pemakanan. Ini sekali gus memberi efek pada tubuh badannya. Beratnya turun mendadak dan acapkali berasa lemah dan tidak bermaya.
Bagi dirinya pada ketika itu, dia tidak ada harapan dalam hidup. Langsung berasa putus asa dalam hidup. Dia mengambil bahan dadah yang banyak ketika umurnya baru 20 tahun dan membawa dirinya kepada masalah kemurungan dan cubaan bunuh diri. Walaupun berkali-kali dia cuba untuk membunuh diri, namun ia tidak berhasil. Dia mengembara ke Kambodia untuk berlakon dan pada kali pertama, dia mula memberi penekanan terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia. Waktu demi waktu, Angelina mula berjumpa dan menghabiskan waktu bersama orang di negara perang dan sekali gus membuka matanya mengenai permasalahan rakyat terutamanya kepada kanak-kanak. Lantas, dia mengambil anak angkat yang pertama. Kini dia menjadi ibu kepada 6 orang anak.
Oleh kerana dia begitu aware terhadap sentimen kemanusiaan, dia sering kali membahayakan hidup dan nyawanya dengan menjelajah ke negara zon perang. Oleh kerana keberanian serta kesungguhannya dalam menegakkan asas kedamaian dan hak asasi manusia, dia dianugerahkan gelaran Profesor Kehormat oleh London School of Economics. Bukan itu sahaja, malah dia juga memberi kemudahan persekolahan serta khidmat perubatan kepada mereka yang memerlukan. Kisah perjuangan dirinya tidak bernokhtah di situ sahaja apabila dia berjuang berhabis-habisan melawan penyakit kanser yang dihadapinya menjadikan dia seorang yang menginspirasikan sikap kental, semangat dan kuat.
Angelina Jolie, seorang ibu, wanita, pelakon, pengajar, humanis dan wild child actress.
Oprah melalui banyak titik hitam dalam hidupnya. Kritikan mengenai beratnya,perkauman serta seksualiti sering menjadi dilema dalam hidupnya.
Sewaktu kecil, seawal usia 9 tahun, dia seringkali menjadi mangsa seksual dan seringkali diseksa oleh sepupunya, pakcik dan rakan keluarga. Ada ketikanya dia dipaksa oleh sepupunya untuk ke kedai ais krim bersamanya sambil darah masih mengalir dari kemaluannya hinggalah ke kaki. Ketika umurnya mencecah 10 tahun, dia menanggung penyeksaan dirinya daripada dua ahli keluarga terdekatnya. Pada umurnya 14 tahun, dia mengandung. Ia adalah rahsia yang disimpan selama dia mengandung hinggalah bayi itu lahir. Malangnya, bayi yang dilahirkan itu dalam keadaan pra-matang. Disebabkan oleh beberapa komplikasi, bayi itu akhirnya mati. Meninggalkan Oprah daalam keadaan sedih dan tekanan mula membebankan mentalnya. Ibunya menghanar adik bongsunya pada rumah kebajikan. Lama selepas itu, abangnya pula mati kerana AIDS.
Dari situ dia mula berusaha untuk mengubah hidupnya. Tidak diangka, sekali lagi cabaran datang menguji apabila dia kehilangan pekerjaannya di saat umurnya baru 23 tahun. Oprah memulakan kariernya di televisyen pada tahun 1984 sebagai pengacara program pagi. Saat itu di betul-betul ingin mengubah hidupnya. Dia bekerja siang dan malam. Sentiasa bersungguh dan sentiasa konsisten dalam memberikan yang terbaik. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha gigihnya, menjadikan dia ratu pengacara program bual bicara sebelum membina empayarnya sendiri.
Harini ini, kadar keuntungan yang diperoleh olehnya adalah sebayak $2.9 billion, lantas menjadikan dia The Richest African American dan meletakkan dirinya sebagai tempat ke 32 dermawan wanita berpengaruh di dunia. CNN melabelkan dia sebagai the most powerful woman.
Ed Sheeran mula menyanyi dan bermain gitar sejak dari usia 4 tahun. Ketika umurnya 15 tahun, dia sering kali dibuli dan menjadikan dia tidak bersemangat untuk belajar dan pergi ke sekolah. Lantas, dari situ, dia membuat keputusan yang bakal mengubah masa hadapannya.
Ketika usianya 16 tahun, dia membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah dan memfokuskan kepada kariernya sebagai ahli muzik, dan dia benar-benar lakukannya! Namun apa yang dirancang tidak menjadi. Dia terpaksa menjadi homeless di London. Ketika itu, dia tidak berduit dan begitu miskin sehinggakan terpaksa tidur di stesen kereta api bawah tanah. Oleh itu, dia banyak menghabiskan harinya dengan membuat persembahan siang dan malam selagi boleh tanpa jemu. Ia adalah momen yang paling sukar dalam hidupnya.
Namun, awan itu tidak selalu mendung. Tahun 2011 menyaksikan kehidupannya berubah apabila salah satu lagunya menjadi viral di iTunes, dan dalam satu malam, album EP nya mendapat tempat ke-2 dalam carta iTunes. Hujung tahun 2011, menyaksikan albumnya berjaya dijual sebanyak 801,000 salinan dan diletakkan sebagai no-8 best selling album of the year.
Pada tahun 2017 pula, lagu hasil ciptaannya, Shape on You menicpta fenomena dalam duniamuzik globlal. Shape on You juga dilabel sebagai salah satu lagu the all-time Most Successful Song Worldwide. Hari ini, dia diberi gelaran sebagai the greatest singers of all time.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang sudah menjadi trend dunia hari ini tentang kaum lelaki yang inginkan badan yang sado (muscular). Rata-rata kaum lelaki, khususnya di Malaysia, mula berjinak di gym saat usia masih muda. Sesuatu yang sangat bagus! Bukan hanya menjadikan rakyat kita menjurus ke arah hidup sihat, malah melahirkan ramai barisan lelaki yang segak dan tampan. Tetapi dilema yang selalu mereka hadapi adalah mengenai gaya fesyen mereka. Adapun baju yang bisa disarung oleh mereka yang berbadan sado itu muat dipakai, namun pasti kelihatan sendat dan padat. Ada juga yang terkeluar kulitnya bagai “nangka berbalut”. Kemeja pula terpaksa memakai hingga butang mahu tercabut. Ramai di antara mereka yang memberi komen tentang perasaan tidak selesa apabila dipandang netizen tentang gaya fesyen mereka. Tidak mengapa! Ini tip untuk kamu yang berbadan sado untuk tampil lebih menarik, stylo dan pastinya mengancam!
Ini sangat bagus untuk kamu yang inginkan helaian kemeja mahupun sut yang ‘sedap’ dipakai. Bina hubungan baik dengan tailor yang kamu ingin kerjasama kerana ia membantu kamu untuk terus mendapat rekaan yang sesuai dengan tubuh kamu, dan pastinya apabila kamu sudah menjadi regular costumer, harga yang diberikan pasti berpatutan.
Jika kamu masih tertanya-tanya mengenai harga yang mahal, bukankah akan lagi rugi jika kamu membeli helaian kemeja atapun sut dengan harga yang sedikit murah tapi tidak selesa dipakai?
Sebelum kamu berjumpa dengan tailor, pastikan kamu tahu bahagian mana yang harus diberi penekanan. Selalunya, jika kamu berbadan agak besar dan sasa, bahagian bahu, dada, dan kaki adalah bahagian yang paling menimbulkan masalah untuk mencari rekaan yang tepat dengan tubuh badan kamu. Apa yang harus kamu lakukan adalah dengan berbincang dengan tailor kamu mengenainya. Dia pasti dapat menyelesaikannya!
Mungkin ini kedengaran sedikit pelik. Menakutkan. Mungkin kamu berfikir jika kamu mengurangkan saiz baju kamu ia akan tampak ketat bila kamu memakainya, tetapi percayalah, kamu akan menyakiti diri kamu sendiri apabila baju kamu terlebih besar.
Ini adalah kerana, jika kamu mengurangkan sedikit saiz baju yang kamu pilih, secara tidak langsung ia akan fit di bahagian-bahagian tertentu, dan sedikit ketat di bahagian yang lain (pain points). Tidak mengapa, inilah gunanya jika kamu ada tailor yang bagus. Bawa baju baru kamu dan bincang dengannya untuk membuka dan besarkan sedikit bahagian yang ketat itu. Walaupun dengan pemilihan saiz yang kurang, bahagian yang harus di buka hanya sedikit. Memudahkan kerja kamu daripada kamu membeli baju yang besar, tubuh badan kamu akan kelihatan 2x lebih besar. Kamu mahu?
Tahukah kamu? Setiap jenama fesyen yang ada tidak mempunyai saiz yang sama. Jadi kamu harus melakukan sedikit survey untuk mendapatkan jenama fesyen yang sesuai dengan saiz kamu. Sedikit tip, cari jenama yang mempunyai kemudahan alteration di butik. Lebih senang. Kemungkinan mereka ada menyediakan koleksi baju yang sesuai dengan jenis tubuh seperti kamu.
Sudah pasti kamu mempunyai banyak pilihan untuk memilih. Semua jenama baju mempunyai saiz yang berbeza dan keputusan yang pastinya berlainan. Perubahan saiz ini berlaku kerana ia mengikut kepada kelainan demografi, lokasi dan stail. Kami mencadangkan supaya kamu pergi ke shopping mall yang besar supaya kamu boleh membuat pilihan dengan senang. Hidup kamu akan jadi senang apabila sudah jumpa jenama fesyen yang sesuai dengan kamu!
Salah satu peraturan dalam berfesyen adalah keseimbangan. Itu adalah kuncinya. Sudah pasti ia tertumpu kepada kaum lelaki yang bertubuh sasa. Muscular man!
Memakai helaian yang memfokuskan kepada area dada ataupun kaki seolah-olah kamu mahu menunjuk-nunjuk kerana kamu meletakkan terlalu banyak penekanan pada area itu. Untuk mendapatkan keseimbangan yang bagus dalam gaya fesyen anda, ikut taktik ini:
Anda yang miliki dada yang luas: Pakai trousers yang sedikit longgar. Usah sarungkan skinny jeans. Sarungkan jaket yang tidak terlalu tebal dan fabriknya jenis ringan. Jangan memakai fabrik yang tebal dan mudah berlipat.
Anda yang miliki kaki yang besar: Kemeja yang kurang fit bisa mengimbangi gaya fesyen kamu. Jaket yang berstruktur dan neckwear juga membantu untuk menghasilkan keseluruhan gaya yang sempurna. Untuk hasil yang terbaik, sarungkan kemeja bercorak yang bisa menjadi tarikan untuk bahagian upper torso kamu.
Tidak salah untuk kamu try and error. Jika kamu tidak mahu bereksperimentasi mengenai gaya fesyen kamu, jadi gaya kamu akan tampak boring dan ketinggalan zaman! Boleh jadi, ia mengurangkan tahap keyakinan kamu sendiri. Jadi usah risau untuk mencuba sesuatu yang baru! Cuba kamu sarungkan sesuatu yang kamu tidak pernah fikir untuk menyarungkannya.
Selalu memakain jeans? Apa kata kamu cuba sesuatu yang lain? Mungkin dress pants?
Dan, adakah kamu selalu menggayakan ribbed t-shirts? Kali ini cuba pula kemeja kasual untuk gaya yang gempak!
Lebih banyak kamu mencuba, lebih mudah kamu memahami tubuh kamu! Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.