Sejujurnya apakah yang akan terlintas di minda apabila perkataan ‘Zumba’ singgah di telonga anda?
MASKULIN yakin anda akan terus terbayang sekumpulan wanita pertengahan umur yang sedang asyik menari dalam gaya sekata, bukan?
Tapi tahukah anda sebenarnya zuma bukanlah hanya untuk golongan wanita sahaja. Di luar negara bentuk aktiviti senaman zumba ini dilakukan oleh pelbagai peringkat usia dan tak mengira jantina.
Lelaki pada zaman sekarang perlu lebih berani dan terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan zumba adalah trend yang harus anda cuba kerana ia banyak memberikan manfaat kesihatan kepada anda.
Selain faedah senaman, anda juga boleh bergembira mengikuti alunan lagu rancak! Ikuti 6 kelebihan zumba yang boleh anda dapat bila melakukannya.
Ads
Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori.
Badan Lebih Tegap
Jika anda terus berzumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
Ads
Lebih Bertenaga & Seronok
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
Mampu Lepas Tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
Sesuai Semua Usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini anda pastinya sudah maklum bahawa cukup ramai orang yang mudah dijangkiti demam. Bukan sahaja bahaya COVID-19 malah beberapa jenis demam seperti influenza juga mencatatkan kes yang agak tinggi.
Tambahan pula dengan keadaan cuaca panas berpanjangan dan tidak menentu turut menjadi salah satu punca mengapa ramai orang mudah jatuh sakit.
Di antara kondisi yang cukup dirisaukan ialah bila berdepan demam panas. Secara asasanya, demam boleh berlaku apabila sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan. Demam biasa tidak terlalu bahaya melainkan ia ia mencapai suhu sehingga 39.4°C atau lebih tinggi.
Di antara golongan yang paling terdedah risiko bahaya bila demam ialah bayi dan kanak-kanak. Peningkatan suhu badan juga boleh menjadi petanda bahawa berlaku jangkitan yang serius.
Tapi kita juga perlu ingat demam biasa atau ringan juga boleh berlaku bila suatu penyakit ringan muncul dalam badan. Disebabkan itulah jika demam anda perlu merawat dan cuba merendahkan suhu dengan secepat mungkin.
PUNCA BERLAKUNYA DEMAM
Terdapat beberapa punca utama mengapa kita boleh demam. Berikut merupakan beberapa punca utama;
Virus
Jangkitan bakteria
Strok haba
Selaran matahari yang melampau
Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
Tumor malignan
Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal
KLASIFIKASI DEMAM
1. Suhu badan mempunyai julat yang besar.
Demam biasanya diakui sekiranya:
Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5 – 38.3 °C (100–101 °F)
Suhu pada mulut (“oral”) adalah pada melebihi 37.2°C
Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)
Bagi orang dewasa yang sihat, julat bagi suhu mulut adalah 33.2 – 38.2 °C (92 – 101 °F), bagi dubur adalah 34.4 – 37.8 °C (94 – 100 °F), bagi selaput tympanik adalah 35.4 – 37.8 °C (96 – 100 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5 – 37.0 °C (96 – 99 °F).5
Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga menunjukkanpenyakit umum yang serius.
2. Hiperpyrexia
Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama ada atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecemasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.
Punca biasa adalah pendarahan otak (intracranial hemorrhage). Punca lain mungkin akibat sepsis, sindrom Kawasaki , sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan jangkitan tiroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam panas yang suhunya tinggi. Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termasuk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral.
Penyejukan agresif segera dengan suhu < 38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia daripada segi bagaimana suhu panas itu terjadi.
3. Hiperthermia
Hiperthermia berpunca daripada beberapa sebab termasuk heatstroke, sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.
Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya.
1. Mandi
Jika anda ingin merawat demam anda, rendamkan diri dalam tab mandi yang penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.
2. Lapkan badan
Jika anda tidak berkeinginan untuk mandi, anda boleh menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.
3. Menurunkan suhu bilik
Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda.
4. Keluarkan lapisan pakaian
Gabungan lapisan pakaian dan selimut memerangkap haba, menjadikan demam bertahan lebih lama daripada biasa. Pakai hanya beberapa lapisan pakaian dan hanya menggunakan selimut untuk tempoh seram sejuk.
Dapatkan banyak rehat. Badan anda adalah memerangi penyakit dan memerlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. menghadkan aktiviti dan berehat sebanyak mungkin.
5. Kekal terhidrat
Badan anda memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan kesihatan yang baik untuk anda.
Sumber: myhealth.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda sedang bersama dengan pasangan anda, tapi anda diganggu oleh perkara-perkara yang aneh? Setiap pasangan pasti akan mengalami masalah ini, namun ini antara yang yang paling kerap berlaku. Bak kata orang “Potong Steam betullah!”
Ibu anda telefon
Jika anda dan pasangan tinggal berasingan dengan ibu bapa, adakalanya, ibu anda akan telefon anda seolah-olah anda masih lagi single. Bertanya khabar bahkan ada sesuatu yang ingi disampaikan. Ini akan menyebabkan mood anda dan pasangan hilang serta merta. Jika anda tinggal bersama keluarga, pada waktu 10.30 malam dan keatas biasanya ibu atau ahli keluarga yang lain akan mula berkumpul untuk berbincang perihal keluarga. Allahuakhbar…
Bunyi pelik-pelik sepanjang malam
Bayangkan anda dan pasangan sedang menikmati malam yang indah, sekali tiba anda terdengar bunyi orang bertukang, bahkan anda terdengar pasangan lain bergaduh di luar rumah. Apa perasaan anda? Mungkin anda boleh abaikan bunyi-bunyi tersebut, namun adakah pasangan anda mampu? Anda pun tahu bahawa jika salah seorang dari anda tidak fokus, nikmat malam anda tidak sehebat kebiasaan! Itu baru bunyi yang dapat dikesan, jika bunyi tersebut tidak tahu mana asal usulnya? Rasanya lebih baik anda berdua terus tidur.
Pasangan anda ketawakan anda yang jatuh dari katil
Tidak kira apa jua posisi yang anda lakukan, pastinya jika tersilap langkah ia akan mengundang nangka busuk jatuh ke tanah. Mungkin anda malu atau berasa sakit, tapi pasti anda akan sakit hati jika pasangan anda ketawakan anda bukan?
Bertengkar
Ini seringkali berlaku pada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dalam tempoh yang lama. 5 ke 10 tahun mungkin? Mungkin masa-masa ini, satu topik akan terlintas di fikiran pasangan, dan ketika itu juga dia mengutarakan masalah tersebut, menjadikan anda hilang mood untuk bersama. Pernah jadi kan?
Cedera semasa bersama
Salah langkah, kaki anda bahkan pinggang anda atau pasangan akan cramp. Kerana itu ramai pakar menasihatkan agar anda stretching terlebih dahulu sebelum anda memulakan malam anda. Nanti tak pasal-pasal kepala terkehel dan ada yang dikejarkan ke hospital pula.
Sedawa
Mungkin anda atau pasangan telah menikmati makan malam yang enak sehinggakan kekenyangan masih terasa sehingga tengah malam. Tahukah anda, jika anda sedawa ketika bersama, ia akan membuatkan pasangan anda hilang mood dan jika ia masih lagi diteruskan, mungkin anda akan tidak mencapai kepuasan yang lumayan. Jadi, hati-hati ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hajat di hati nak kurus tapi tak sedar rupanya anda masih tak boleh tinggalkan tabiat buruk. Patutlah berat susah nak turun.
Sebenarnya nak buang lemak dalam badan impaknya macam anda pergi berperang. Punyalah susah tapi kalau ada kesungguhan, akan ada hasilnya nanti.
Ternyata lemak antara kandungan dalam badan yang sukar untuk dihapuskan. Ditambah lagi dengan rutin dan tabiat buruk yang anda lakukan setiap hari, makin bertimbunlah lemak menempel di badan.
Macam-macam cara anda sudah cuba namun masih tak berjaya kurus. Cuma semak perkara ini, mungkin enam tabiat buruk ini menjadi punca berat anda susah nak turun.
Hormon kortisol yang keluar ketika stres boleh merangsang nafsu anda makan lebih banyak. Bila stres, hormon ni akan melambatkan lagi metabolisme dan membuatkan lemak dalam perut makin terkumpul. Pastikan anda jangan stres!
2. Selalu berjaga malam
Ramai lelaki suka berjaga malam. Kajian mendapati, kurang tidur boleh meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon kenyang. Malah kajian juga membuktikan, tidur kurang daripada empat jam sehari akan menyebabkan obesiti. Mana tak berat susah nak turun kalau lewat malam pun anda masih makan. Betul tak?
Makanan berlemak yang terkumpul dalam badan akhirnya boleh menjadi lemak degil. Garam yang diambil berlebihan pula boleh mengakibatkan hipertensi dan cecair akan terkumpul dalam badan. Kalau nak ikutkan selera tekak makan makanan yang sedap-sedap, alamatnya memang susahlah berat badan anda nak turun.
4. Makan tak kira tempat
Tabiat yang ini pun susah lelaki nak tinggalkan. Sambil tengok tv atau sambil mengadap komputer, sambil itulah anda sumbat makanan dalam mulut. Akhirnya tak sedar berapa banyak yang dah anda makan, selain tak dapat menikmati makanan dengan sebaiknya. Akhirnya membuatkan anda rasa lapar lagi walaupun sudah makan.
Bila perut sudah kenyang, mulalah anda malas nak bergerak. Apa salahnya sambil bekerja, anda lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Bukan lama pun, hanya ambil masa lima minit setiap satu jam. Kalau tak pun, selepas satu jam bangun dan berjalan sekitar pejabat. Sekurang-kurangnya anda boleh membakar kalori daripada duduk diam tak buat apa-apa.
6. Jarang ambil produk tenusu
Yogurt bebas lemak, keju atau susu jarang-jarang lelaki makan jika nak dibanding dengan wanita. Anda perlu tahu, produk tenusu seperti ini mempunyai lemak yang rendah dan mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Khasiat kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak di tubuh. Jadi amalkanlah minum susu selepas ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.