Tidak ada orang yang ingin berdepan dengan masalah kesihatan seperti mempunyai masalah berat badan. Selain boleh menjadi pembuka jalan kepada penyakit kronik mempunyai berat badan berlebihan juga boleh menjejaskan pelbagai perkara dalam aspek kehidupan harian.
Sama ada dari segi pergerakam fizikal mahupun keyakinan diri ia boleh membuatkan individu yang menghadapi masalah ini berasa tidak selesa.
Berat badan dahulu
Baru-baru ini MASKULIN sempat menemubual seorang ahli perniagaan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tracol Capital, Muhammad Shukri Hj Muhammad tentang pengalamannya berdepan masalah berat badan serta apakah solusi yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.
Pada suatu ketika, berat badan Shukri pernah mencecah tiga angka iaitu 138kg. Di antara tabiat pemakanannya dahulu ialah sentiasa makan dengan banyak terutamanya bila menghadiri program di hotel dengan makan bufet.
Ads
Ketika berdepan masalah berat badan dahulu, Shukri telah didiagnos menghidapi diabetes peringkat awal serta masalah darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini telah banyak menimbulkan kerisauannya.
Ads
Selain itu, terdetik di hatinya bila membicarakan tentang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai terutamanya rakan niaga dan orang sekeliling.
Ads
Penampilan sekarang
Tidak lama kemudian dia mendapat tahu tentang prosedur pembedahan bariatrik. Ia merupakan sejenis pembedahan untuk mengecilkan saiz perut dengan selamat.
Baginya, ia merupakan salah satu kaedah alternatif yang selamat dan boleh dilakukan. Nasihatnya untuk mereka yang ingin melakukan prosedur ini dapatkan nasihat dan rujuk dengan doktor terlebih dahulu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut FIT JOURNEY yang dilaluinya, ikuti temu bual penuh bersama MASKULIN menerusi video di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengalaman berdepan alopesia atau keguguran rambut kritikal hingga menyebabkan botak menjadi igauan ngeri buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu. Dia mengakui perkara itu memberi tekanan untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mengganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
“Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah kritikal. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi kronik.
“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.
“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”
Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikan steroid, suntikan dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laser excimer.
Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.
“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan tertipu dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.
“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.
KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA
Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.
Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar keguguran rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.
“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek.
“Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.
“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut gugur, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia gugur 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah keguguran rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.
Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran melampaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang gugur.
JENIS KEGUGURAN RAMBUT
Alopesia androgenetik (kebotakan luar)
Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.
Alopesia cicatricial (parut)
Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.
Alopesia areata
Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.
Telogen effluvium
Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.
Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.
Alopesia traction
Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.
Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.
Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kesihatan batin lelaki atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai disfungsi ereksi (ED) bukan lagi isu terpencil. Malah, kajian menunjukkan lebih 50% lelaki Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dalam pelbagai tahap daripada ringan hingga serius.
Walaupun ia dianggap sebagai isu yang “malu untuk dibincangkan”, hakikatnya kesedaran awal sangat penting untuk kesihatan fizikal, mental dan hubungan suami isteri.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dalam laporan Berita RTM, statistik terkini yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan sebanyak 31.6 peratus lelaki dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami gejala ED pada tahap sederhana hingga teruk.
Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan risiko selepas usia 40 tahun:
Penurunan paras hormon testosteron Testosteron adalah hormon penting yang mempengaruhi fungsi seksual, tenaga dan kekuatan otot lelaki. Paras hormon ini akan mula menurun secara semula jadi apabila umur meningkat.
Gaya hidup tidak sihat Merokok, pengambilan alkohol berlebihan, kurang bersenam dan pemakanan tinggi kolesterol menyumbang kepada masalah salur darah tersumbat — yang memberi kesan langsung kepada aliran darah ke alat sulit.
Penyakit kronik Kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti juga meningkatkan risiko ED kerana ia mengganggu sistem saraf dan peredaran darah.
Tekanan dan kesihatan mental Tekanan kerja, kewangan, dan masalah rumah tangga turut mempengaruhi prestasi seksual. Masalah batin bukan hanya fizikal — ia juga psikologi.
Sukar mencapai atau mengekalkan ereksi
Kurang nafsu atau rasa minat terhadap hubungan intim
Mudah penat walaupun tanpa aktiviti berat
Perubahan emosi seperti mudah marah atau murung
Jika anda mengalami satu atau lebih tanda di atas secara berterusan, segeralah dapatkan nasihat perubatan.
1. Amalkan gaya hidup sihat Mulakan dengan pemakanan seimbang, berhenti merokok, kawal berat badan dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
2. Kawal tekanan dan emosi Luangkan masa untuk berehat, dapatkan tidur cukup dan jangan malu untuk dapatkan sokongan jika tertekan.
3. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala Pantau paras gula, kolesterol dan tekanan darah. Rawatan awal dapat mencegah masalah menjadi lebih serius.
4. Rujuk pakar jika perlu Jangan sembunyikan masalah. Doktor boleh bantu mengenal pasti punca sebenar dan mencadangkan rawatan yang sesuai, termasuk ubat, terapi hormon atau kaunseling.
Masalah batin lelaki bukan tanda kelemahan, tetapi isyarat bahawa badan anda perlukan perhatian. Lebih cepat anda bertindak, lebih besar peluang untuk pulih dan mengekalkan kualiti hidup yang sihat. Ingatlah, kesihatan seksual adalah sebahagian daripada kesihatan keseluruhan — dan tiada apa yang perlu dimalukan untuk menjaganya.
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.