Kesuburan seseorang lelaki itu bergantung sepenuhnya kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan olehnya. Jika salah satu faktor ini terganggu, adalah sukar untuk seorang lelaki itu mencapai kehamilan.

Kemandulan di pihak lelaki boleh di kenal pasti apabila, setelah kedua-dua belah pihak diuji, masalah dikenal pasti berada di pihak suami. Diagnosis ini dicapai apabila analisa sperma menunjukkan kekurangan kuantiti atau kualiti sperma.

Terdapat pelbagai faktor yang membolehkan kuantiti dan kualiti sperma itu terganggu dan menyebabkan kemandulan seseorang lelaki.

Kemandulan lelaki adalah penyebab di dalam 50 peratus dari seluruh masalah fertiliti yang di hadapi oleh setiap pasangan.

Punca kuantiti sperma berkurangan

Saranan Doktor Pakar, Lelaki Kena Amalkan 8 Tip Sihat Ini Kalau Nak Subur!

IKLAN

1. Masalah pembentukan sperma di dalam testis

Ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, infeksi, pengembangan salur darah, ubat, trauma dan rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.

2. Masalah saluran pengaliran sperma dari testis ke air mani

Ini disebabkan oleh infeksi, pembengkakkan kelenjar prostat, vasektomi (proses pemandulan elektif) atau dilahirkan tanpa saluran untuk pengaliran sperma ke dalam air mani.

3. Masalah hormon menyebabkan kuantiti sperma berkurangan

Masalah seksual seperti masalah ereksi, tidak boleh mencapai klimaks, kecederaan saraf atau ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan masalah kesuburan di pihak lelaki.

IKLAN

Tip elak mandul atau ketidaksuburan sperma

Saranan Doktor Pakar, Lelaki Kena Amalkan 8 Tip Sihat Ini Kalau Nak Subur!

Yang paling penting ialah untuk berjumpa pakar fertiliti segera seperti yang disarankan di atas untuk mengesan masalah kesuburan dan puncanya supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.

Jika sesuatu masalah yang memerlukan rawatan IVF untuk mencapai kehamilan, adalah lebih baik jika dilakukan di peringkat awal kerana kejayaan IVF itu sangat bergantung kepada umur pasangan wanita.

IKLAN

Ubah cara hidup ini untuk lelaki tambahkan kesuburan

Saranan Doktor Pakar, Lelaki Kena Amalkan 8 Tip Sihat Ini Kalau Nak Subur!

  1. Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting.
  2. Pengambilan vitamin dan mineral tambahan terutamanya, zink, selenium, Coenzyme Q10 amat penting untuk memastikan kuantiti dan kualiti sperma bagus.
  3. Senaman juga memastikan pengaliran darah yang bagus ke seluruh badan terutamanya ke organ reproduktif.
  4. Pengawalan berat badan juga penting kerana obesiti adalah salah satu faktor yang menjejaskan kesuburan seseorang lelaki itu.
  5. Merokok harus dielakkan kerana tabiat ini adalah salah satu punca pengurangan kuantiti dan kualiti sperma. Ia juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti masalah ereksi kerana rokok boleh mengganggu pengaliran darah ke alat kelamin.
  6. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh mengganggu kesuburan seseorang lelaki
  7. Suhu yang panas boleh mengganggu pembentukan sperma. Oleh itu adalah dinasihatkan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mencapai kehamilan bersama pasangannya untuk mengelakkan berendam di dalam air panas (bath/sauna). Pakaian yang tidak ketat, terutama pakaian dalam penting untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas.
  8. Tekanan juga boleh mengganggu kesuburan. Oleh itu, langkah-langkah untuk menangani “stres” adalah amat penting untuk membantu untuk meningkatkan kesuburan seseorang lelaki.

Masalah ketidaksuburan tidak perlu dijadikan stigma untuk menghalang seseorang itu, lelaki atau perempuan untuk tampil mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Masalah kesuburan perlu dilihat seperti penyakit-penyakit lain yang perlu dirawat.

Di kala ini, terdapat pelbagai teknik-teknik yang boleh membantu pasangan untuk mencapai kehamilan. Yang penting pasangan itu berjumpa pakar dengan segera tanpa berlengah-lengah kerana tindak balas kepada rawatan lebih baik jika pasangan perempuan belum meningkat umurnya.

Sumber: Dr. Sumithra Devi Valiapan (Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Fertiliti, Sunfert International Fertility Centre)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI