Angry couple photo created by yanalya - www.freepik.com

Sepanjang beberapa minggu lalu dunia heboh memperkatakan tentang perbicaraan di antara Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard. Sepanjang perbicaraan berlangsung Johnny Depp mendakwa dirinya turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dan dengan perbicaraan serta bukti yang meyakinkan pihak juri, Johnny Depp telah memenangi kes tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak telah banyak membuka mata banyak pihak tentang isu kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Walaupun masalah sering dikaitkan dengan golongan wanita dan juga kanak-kanak, namun ada sebilangan lelaki menderita setiap hari menjadi mangsa penderaan sama ada fizikal dan mental.

Lelaki Juga Dilindungi! Usah Takut Untuk Bersuara Jika Anda Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Couple arguing photo created by stefamerpik – www.freepik.com

Mengulas perkara tersebut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Dan mereka mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

IKLAN

Memetik laporan BERNAMA beliau berkata, “”Kalau kita lihat definisi mangsa dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), jelas menunjukkan akta ini tidak membezakan mangsa keganasan melalui jantina.

“Malah, kalau kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 pun, menjamin kesamarataan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

“Dalam Perkara 8 (2) juga menyatakan tidak boleh ada diskriminasi dalam undang-undang termasuk jantina. Ini sangat jelas, lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan rumah tangga,” katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk ‘Keganasan Rumah Tangga: Hak Kaum Lelaki’ hari ini.

IKLAN

BERANIKAN DIRI

Akan tetapi menurut beliau lagi jumlah lelaki yang tampil ke hadapan untuk membuat laporan mengenai keganasan rumah tangga sangatlah rendah berbanding mangsa lain.

Statistik dari Jabatan Masyarakat Selangor sebagai contohnya hanya melaporkan 30 orang mangsa lelaki dari jumlah 254 kes keseluruhannya di negeri tersebut. Beliau juga percaya jumlah mangsa lelaki sebenarnya lebih daripada apa yang dilaporkan.

IKLAN

Namun mungkin di atas beberapa sebab tertentu ramai yang mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Kepada lelaki di luar sana jika anda menjadi mangsa usah segan dan takut. Tampil ke hadapan dan dapatkan perlindungan kerana anda berhak!

Kredit: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI