Lelaki macho selalunya rajin tolong isteri memasak di dapur. Dalam masyarakat kita, imej lelaki seksi sering dikaitkan dengan rupa paras, badan yang tegap, atau gaya yang bergaya.
Lelaki Macho Selalunya Rajin Tolong Isteri Memasak Di Dapur
Hakikatnya, lelaki yang benar-benar seksi bukan hanya tentang fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada sikap dan tindakan mereka—terutamanya dalam membantu isteri di dapur.
Keseksian Seorang Lelaki Bukan Sekadar Fizikal
Mari kita buang jauh-jauh stereotaip bahawa tugas dapur hanya untuk wanita. Dalam dunia moden ini, lelaki yang memahami erti perkongsian tanggungjawab rumah tangga jauh lebih menarik daripada lelaki yang hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen.
Lelaki yang turun ke dapur bukan sahaja menunjukkan bahawa dia seorang yang prihatin, tetapi juga membuktikan bahawa dia menghargai isterinya.
Apabila seorang suami sanggup membantu isteri memasak, mencuci pinggan, atau sekadar memotong bawang, ia memberikan isyarat jelas bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak takut untuk berganding bahu dalam menguruskan rumah tangga.
Kenapa Lelaki Yang Rajin Di Dapur Itu Seksi?
Tanda Kasih Sayang Dan Penghargaan
Seorang suami yang membantu di dapur menunjukkan bahawa dia menghormati isterinya dan tidak menganggap kerja rumah sebagai beban isteri semata-mata. Ia adalah satu bentuk penghargaan yang nyata, lebih bermakna daripada sekadar kata-kata manis.
Menunjukkan Kemahiran Dan Keyakinan
Lelaki yang tahu cara memasak atau sekurang-kurangnya berani mencuba akan kelihatan lebih menarik. Tidak perlu menjadi chef profesional, cukup sekadar tahu cara menggoreng telur, memasak nasi, atau menyediakan hidangan ringkas.
Dapur boleh menjadi tempat romantik apabila suami dan isteri bekerjasama. Bayangkan memasak bersama sambil berbual dan bergurau. Momen sebegini boleh mengeratkan hubungan dan menjadikan rumah tangga lebih bahagia.
Memberikan Contoh Yang Baik Kepada Anak-anak
Seorang lelaki yang rajin membantu isteri akan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Mereka akan membesar dengan pemikiran bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas ibu sahaja.
Bagaimana Untuk Menjadi ‘Lelaki Seksi’ Di Dapur?
Mulakan Dengan Perkara Kecil
Ads
Jika anda belum biasa membantu di dapur, mulakan dengan tugas ringan seperti mencuci sayur, mengacau lauk, atau menghidangkan makanan.
Belajar Resipi Mudah
Cubalah pelajari beberapa resipi ringkas seperti nasi goreng, sup ayam, atau lempeng. Ini bukan sahaja membantu isteri tetapi juga berguna jika isteri tidak sihat atau sibuk.
Anggap Ia Sebagai Masa Berkualiti
Jangan melihat kerja dapur sebagai beban. Anggap ia sebagai masa untuk berinteraksi dengan isteri dan menikmati kebersamaan.
Ads
Jangan Takut Buat Silap
Tak ada sesiapa yang lahir-lahir terus pandai memasak. Kalau terlebih garam atau hangus sedikit, anggap sahaja sebagai pengalaman belajar!
Keseksian seorang lelaki bukan hanya pada rupa, tetapi pada hatinya yang penyayang dan sikapnya yang bertanggungjawab. Lelaki yang rajin membantu isteri di dapur bukan sahaja mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga, malah menjadi idaman setiap wanita.
Jadi, jika anda mahu dilihat lebih seksi di mata isteri, ambil apron dan masuk ke dapur! Lelaki yang menolong di dapur bukan takut bini, tetapi lelaki sejati yang tahu menghargai.
RAMAI yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir wanita, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi lelaki apabila sering ditanya soal perkahwinan.
Ingatlah bahawa ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Adakala ditemukan dengan pantas dan adakala ianya lambat. Semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.
Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum ini banyak kali terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.
Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toxin yang keluar daripada badan pelanggan.
Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?
Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.
Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia
Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toxin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.
Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah
1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua2 rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dgn lebih senang.
Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hubungan unik antara manusia dan burung sememangnya sudah dapat disaksikan sejak ratusan tahun lamanya. Boleh dikatakan setiap negara pasti mempunyai budaya membela burung yang cukup unik. Ada yang membelanya sebagai hobi, membantu mencari nafkah dan tidak kurang juga sebagai simbol status.
Di Malaysia sendiri masyarakat Melayu dan Cina khususnya memang gemar membela burung. Tapi ramai tak tahu membela burung ini bukanlah satu hobi yang murah.
Penjagaannya memang memakan kos yang cukup tinggi. Namun bila bercakap tentang kos, kita memantg tidak akan dapat lawan peminat burung di negara Teluk.
Masyarakat Arab khususnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai budaya membela sejenis burung helang falcon atau lebih tepat Falco rusticulous. Ia merupakan sejenis burung pemangsa yang terkenal sebagai burung terpantas di dunia.
Percaya atau tidak burung falcon mampu menjunam dari udara ke bawah pada kelajuan 320 km/j!
Melatihnya juga memerlukan skil serta pengetahuan luar biasa. Jadi tidak hairanlah harganya mampu mencatatkan jutaan ringgit.
Terbaru, sekor burung helang falcon diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon telah dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah USD$464,400 (RM1.9 juta).
Acara lelongan burung spesies jarang ditemui iaitu Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.
Penjualan burung diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon tersebut telah secara tidak langsung menjadi rekod terbaharu untuk burung helang paling mahal pernah dijual di dunia. Lelongan tersebut disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.
Menurut laporan Saudi Press Agency, burung berkenaan dikatakan berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Jualan burung berkenaan rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga USD$93,347 (RM386,129).
Ada duit semua jalan. Bela burung pun sampai berjuta harganya. Hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.