Lelaki kulit gelap lebih macho dan romantik? Ini faktanya! Kalau kita perhatikan, dalam dunia fesyen, filem, dan sukan, ramai lelaki berkulit gelap yang dilihat sebagai simbol maskulin dan menawan.
Lelaki Kulit Gelap Lebih Macho & Romantik? Ini Faktanya!
Dari aktor Hollywood seperti Idris Elba hingga pemain bola sepak terkenal seperti Kylian Mbappé, mereka sering dilabel sebagai ‘macho’ dan memikat hati ramai wanita. Tapi, benarkah lelaki berkulit gelap lebih macho dan romantik?
Jom kita kupas beberapa sebab kenapa lelaki berkulit gelap sering dikaitkan dengan sifat maskulin dan romantik.
Gambar sekadar hiasan.
1. Aura Maskulin Yang Kuat
Lelaki berkulit gelap sering dikaitkan dengan imej lasak, gagah, dan penuh karisma. Warna kulit yang lebih gelap cenderung memberikan efek ‘bold’ dan menambah ciri ketegasan dalam penampilan mereka.
Kajian psikologi juga menunjukkan bahawa lelaki dengan tona kulit lebih gelap sering dipersepsikan sebagai lebih dominan dan berwibawa. Sebab itulah dalam dunia peragaan atau filem aksi, ramai lelaki berkulit gelap dipilih untuk watak-watak hero yang berani dan kuat.
2. Senyuman Mereka Lebih Menawan
Kulit gelap biasanya memberi kontras yang lebih jelas dengan gigi putih, membuatkan senyuman mereka lebih terserlah dan menawan. Ini memberi daya tarikan semula jadi yang membuatkan mereka nampak lebih charming dan memikat hati sesiapa yang melihat.
Senyuman yang ikhlas dan penuh keyakinan juga memainkan peranan besar dalam daya tarikan seseorang. Bila lelaki berkulit gelap senyum, ada aura misteri dan kehangatan yang buat orang rasa selesa dan tertarik.
Ada sesuatu tentang lelaki berkulit gelap yang buat mereka nampak lebih misteri dan menarik. Mungkin kerana imej mereka yang lebih matang dan maskulin, atau mungkin kerana cara mereka membawa diri yang lebih cool dan berkarisma.
Wanita biasanya tertarik dengan lelaki yang ada elemen kejutan, yang sukar dijangka, tetapi dalam masa yang sama penuh dengan kelembutan. Ramai yang menganggap lelaki berkulit gelap nampak garang di luar tetapi sebenarnya romantik dan penyayang di dalam.
Gambar sekadar hiasan.
4. Daya Tarikan Romantik Yang Semula Jadi
Percaya atau tidak, ramai wanita menganggap lelaki berkulit gelap lebih romantik kerana mereka nampak lebih matang, stabil, dan penyayang. Mereka ada gaya tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang, bukan sekadar dengan kata-kata manis, tetapi melalui perbuatan.
Lelaki yang tidak terlalu ‘over’ dalam menunjukkan rasa cinta, tetapi tetap konsisten dalam perhatian dan usaha, sering dianggap lebih romantik. Wanita menghargai lelaki yang tahu menjaga hati dan tidak hanya bergantung pada ayat-ayat cinta klise semata-mata.
Ads
5. Warna Kulit Yang Menyerlahkan Gaya
Fakta yang tak boleh disangkal, lelaki berkulit gelap selalunya nampak lebih bergaya dalam apa sahaja pakaian yang mereka pakai. Warna kulit mereka memberi efek kontras yang membuatkan warna pakaian nampak lebih menonjol dan elegan.
Tak kira sama ada memakai sut hitam yang eksklusif atau sekadar t-shirt putih yang simple, lelaki berkulit gelap selalu nampak segak dan berketerampilan. Ini menambahkan lagi daya tarikan mereka di mata wanita.
Gambar sekadar hiasan.
Lelaki berkulit gelap sememangnya ada aura tersendiri yang buat mereka nampak lebih macho dan romantik. Dari sudut ketegasan, gaya, hingga cara mereka menzahirkan cinta, semuanya ada keunikan yang tersendiri.
Ads
Namun, hakikatnya, daya tarikan seseorang bukan terletak pada warna kulit semata-mata. Yang paling penting ialah bagaimana seseorang membawa diri, menunjukkan keyakinan, dan memperlakukan pasangannya dengan hormat dan kasih sayang.
Jadi, sama ada anda berkulit gelap, cerah, atau apa sahaja tona sekalipun, kunci utama untuk menjadi lelaki yang macho dan romantik tetap terletak pada sikap, keyakinan, dan keikhlasan dalam mencintai.
Minyak wangi bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan seseorang lelaki.
Haruman yang sesuai bukan sahaja meningkatkan daya tarikan tetapi juga memberi kesan psikologi terhadap cara seseorang membawa diri.
Namun, sejauh mana minyak wangi benar-benar mempengaruhi keyakinan lelaki?
Foto : Asmaraku
Haruman dan Kesan Psikologi
Bau boleh memberi kesan kepada emosi dan keyakinan seseorang.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang memakai minyak wangi yang disukai cenderung berasa lebih yakin dan positif.
Bau yang menyenangkan juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood sepanjang hari.
Simbol Gaya dan Personaliti
Minyak wangi mencerminkan keperibadian seseorang. Haruman yang dipilih boleh menggambarkan karakter seseorang lelaki sama ada dia seorang yang berkarisma, berani, santai atau sofistikated.
Oleh itu, memilih minyak wangi yang sesuai dengan keperibadian boleh membantu meningkatkan daya tarikan dan kesan pertama terhadap orang lain.
Foto : Maskulin
Daya Tarikan Sosial
Haruman yang menyenangkan bukan sahaja meningkatkan keyakinan tetapi juga memberi kesan kepada hubungan sosial.
Kajian mendapati bahawa bau yang baik boleh mencetuskan kesan positif dalam interaksi, menjadikan seseorang lebih mudah didekati dan dihormati.
Minyak Wangi Sebagai Pelengkap, Bukan Pengganti
Walaupun minyak wangi boleh meningkatkan keyakinan, ia bukanlah pengganti kepada kebersihan diri yang baik.
Kebersihan yang terjaga adalah asas kepada keyakinan sejati, dan minyak wangi hanyalah pelengkap yang memperkukuhkan imej seseorang.
Rutin harian dalam dunia kecergasan menjadikan saya sudah tidak kekok untuk bersenam dan menjaga bentuk badan. Ia sebahagian daripada gaya hidup saya kini. Minat yang mendalam untuk punya bentuk badan ideal serta menjalani pelbagai latihan dan senaman khusus menjadikan saya memiliki tubuh badan yang fit dan sihat. Sedari dari sekolah lagi, saya cukup aktif di dalam bidang sukan dan bermain beberapa sukan utama seperti bola sepak, ragbi, badminton dan olahraga. Oleh sebab yang demikian, tahap stamina dan tenaga saya mudah untuk terhasil bagi mendapatkan latihan yang lebih efektif dan konsisten. Semasa aktif bersukan juga, saya sering kali menjalani latihan kardio dan berkunjung ke gimnasium untuk memastikan fizikal bersedia untuk menjalani aktiviti sukan.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK TERUS BERGIAT AKTIF DALAM DUNIA KECERGASAN?
Kerjaya sebagai jurulatih kecergasan memerlukan saya untuk sentiasa kekal lean dan fit setiap masa. Jika tidak, masakan saya harus dicontohi sebagai jurulatih dan role model kepada setiap pelajar saya. Hal ini yang membuatkan saya sentiasa bangkit untuk kekal cergas sepanjang masa. Bukan sahaja melalui latihan malah turut harus menjaga tentang soal pemakanan dan diet agar rutin kecergasan ini seimbang. Bagi saya, jika sehari saya meninggalkan rutin senaman, bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Motivasi itu hadir dari dalam diri saya sendiri. Keinginan dan kepuasan yang saya dapati melalui latihan kecergasan, diet dan hasil bentuk badan idaman menjadikan saya sentiasa punya motivasi setiap hari untuk melangkah aktif. Saya sendiri ingin tampil dengan penampilan yang positif dan sentiasa yakin dalam setiap langkah untuk kemajuan kerjaya.
MASKULIN : IDOLA ANDA?
Saya memilih Rob Riches sebagai idola dan sumber inspirasi saya dalam dunia kecergasan kerana melihat rutin yang dilalui olehnya cukup dinamik dan konsisten sehingga melahirkan hasil yang cukup mengagumkan. Kejayaannya sebagai jurulatih yang berjaya serta inspirasinya melalui teknik senaman dan perkongsian ilmu menjadikan saya kagum dan ingin menjadi sepertinya.
MASKULIN : DEFINISI MASKULIN?
Maskulin itu bagi saya bergantung kepada figura individu itu sendiri iaitu bagaimana dia menampilkan dirinya. Lelaki maskulin harus bijak dalam memperlihatkan auranya dan ‘true vibes’ yang ada dalam diri mereka. Lelaki maskulin itu seorang yang gentlemens dan bijak mengatur langkah serta komunikasi yang baik dalam setiap keadaan. Namun apa yang paling penting, lelaki maskulin harus menghormati setiap apa yang berada di sekelilingnya.
MASKULIN : RUTIN SENAMAN YANG DILAKUKAN?
Saya tidak mengamalkan rutin yang terlalu ketat kerana bagi saya latihan senaman tidak seharusnya membebankan. Saya akan menjalani latihan di gimnasium lima kali dalam seminggu untuk menyempurnakan weight training, freestyle training dan mobility training. Dari aspek pemakanan, saya mengamalkan diet yang seimbang dengan pengambilan makanan berzat tinggi. 60% pengambilan protein, 35% pengambilan karbohidrat dan 5% lemak.
MASKULIN : TIP CERGAS?
Kecergasan adalah bermula dari dalam. Buat kamu yang ingin memulakan rutin senaman dan diet, jangan terlalu melihat pada hasil, kerana ia memerlukan masa. Jadikan budaya senaman dan diet sebagai gaya hidup sihat kamu agar ia menjadi sebahagian dari diri kamu. Selepas itu, hasilkan nilai melalui usaha yang telah dilakukan kerana setiap usaha pasti akan membuahkan hasil, mustahil gagal kerana fizikal adalah cukup fleksibel dan boleh diubah mengikut apa yang kamu hajatkan. Cipta matlamat untuk berjaya serta lakukan pelan pemakanan dan rutin senaman agar kamu punya hala tuju setiap masa. Be smarter training, superior result.
Foto : Instagram tmfaiznor
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan 5 trik bagaimana untuk kelihatan lebih kemas apabila menggenakan baju kemeja.
1 – Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna putih.
Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah dalam. Ini kerana warga grey akan lebih ‘matching’ dengan tona kulit.
Singlet putih di dalam
Singlet grey di dalam
2 – Lipat separuh sebelum lipat penuh.
Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas.
3 – Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum ‘tuck ini’.
Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.
tarik lebihan baju ke sisi belakang.
sebelum
Selepas
4 – Kemeja yang panjang untuk ‘tuck in’, kemeja yang pendek untuk ‘tuck out’.
Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di luar. Jadi jangan tersilap ya :-).
Kemeja panjang seperti ini direka untuk dimasukkan ke dalam seluar
Kemeja pendek seperti ini direka untuk dibiarkan di luar.
5 – Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak.
Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk “collar stays” (plastik yang diletakkan di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan tidak royok.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.