Setiap tahun, Apple iaitu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar popular, iPhone mencabar pengguna mereka untuk mengambil atau merakamkan foto dengan menggunakan kamera telefon pintar mereka.
Cabaran tersebut ternyata mendapat sambutan yang sangat hebat daripada pengguna iPhone pelbagai model yang berkongsi foto mereka di laman media sosial dengan hashtag #shotOniPhone.
Untuk tahun ini, Apple telah mengumumkan 10 foto terbaik yang telah diambil oleh pengguna mereka dan besar kemungkinan ia akan terpampang di billboard seluruh dunia. Foto-foto yang terpilih mempunyai tema berbeza dan menampilkan objek tumpuan yang unik.
Ada yang menggunakan pemandangan alam semula jadi, titisan air di sebalik lampu neon, potret hitam putih dan imej yang terbias dari kawasan berair. Tapi yang paling menarik ialah foto ringkas memaparkan imej gelanggang tenis yang retak dan juga jaringnya.
Mungkin ada nilai artistik yang minda normal seperti kita tak dapat fahami tentang keistimewaan foto ini.
Apa-apa pun inila 10 foto yang telah dipilih oleh Apple.
Elizabeth Scarrott (U.S.), @liz.scarrott
iPhone 8 Plus
Ads
Andrew Griswold (U.S.), @andrewgriswold;
iPhone Xs
Bernard Antolin (U.S.), @bernardantolin
iPhone Xs Max
Alex Jiang (U.S.), @justphotons
iPhone Xs Max
Ads
Darren Soh (Singapore), @darrensohphoto
iPhone Xs Max
Dina Alfasi (Israel), @dinalf
iPhone X
Ads
Blake Marvin (U.S.), @blakemarvin
iPhone Xs Max
Robert Glaser (Jerman), @yungbrioche
iPhone 7
LieAdi Darmawan (U.S.), @adidarmawan
iPhone Xs
Nikita Yarosh (Belarus), @yarosh.nikita_
iPhone 7
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila baca tajuk di atas memang bunyinya akal sinikal dan mungkin sedikit melucukan. Namun anda tidak perlu bermimpi lagi. Atau anda boleh teruskan bermimpi di dalam tidur tetapi kali ini dengan dapat upah gaji yang lumayan!
Mengupah orang untuk tidur sebenarnya bukan perkara baharu terutamanya di luar negara. Namun di Malaysia ia amat jarang sekali kita dengar. Dan itulah yang telah menjadi tular di laman media sosial dalam beberapa hari ini selepas sebuah syarikat pengeluar tilam di atas talian Sonno mengiklankan pekerjaan ‘tukang tidur’ di laman seswang mereka.
Mereka mencari seseorang yang boleh memberikan komitmen untuk tidur selama lapan jam sehari untuk selama 100 malam.
Untuk berjaya menyelesaikan misi sebagai ‘tukang tidur’ atau diberi jawatan oleh mereka sebagai Eksekutif Tidur, pemohon perlu melakukan beberapa perkara.
Jika anda ada bakat tidur selama 8 jam sehari anda bolehlah meohon dengan syarat menyelesaikan beberapa misi. Di antara misinya ialah tidur dengan konsisten setiap hari dalam tempoh ditetapkan, menulis laporan tentang pengalaman tidur dengan tilam Sonno dan merakamkan video selama 30 saat dua kali sehari.
Permohonan bagi jawatan unik ini dibuka bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2020. Jika layak pemohon akan dihubungi sebelum 20 Julai 2020.
Pemohon yang terpilih akan mula melakukan misi tidur mereka bermula 1 September sehingga 10 Disember 2020. Kalau anda rasa anda ada bakat tidur luar biasa bolehlah memohon.
Sumber: Sonno
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermula pada minggu ini pengguna laman media sosial popular, Twitter sudah menyedari bahawa platform kegemaran mereka telah berubah logo kepada ‘X’.
Buat anda yang mungkin tidak tahu pemilik Twitter, Elon Musk mengambil keputusan menamakan semula atau menjenamakan semula platform ini kepada X.
Penjenamaan semula ini lantas menjadi topik tular yang rancak dibicarakan merentasi platform. Ada yang bersetuju malah ada juga tidak senang dengan langkah penjenamaan semula yang dilakukan Elon Musk.
“Penjenamaan ini merupakan satu lagi langkah transformasi berterusan Twitter, sebuah platform menyambungkan masyarakat dengan aspirasi aplikasi ini mampu melakukan segalanya,” jelas CEO Twitter, Linda Yaccarino.
Bagi Elon Musk pula berkata, “Twitter telah diperoleh oleh X Corp untuk memastikan kebebasan bersuara dan sebagai pemecut untuk X, aplikasi ‘everything’. Ini bukan sekadar syarikat yang menamakan semula dirinya, tetapi melakukan perkara yang sama”.
Namun langkah ini mungkin membawa masalah kepada Elon Musk dengan pelbagai tanda dagangan atau trademark yang menggunakan huruf ‘X’.
Memetik seorang peguam, Josh Gerben kepada Reuters, terdapat lebih 900 tanda dagangan aktif di Amerika Syarikat yang menggunakan huruf tersebut. Malah sesetengahnya adalah syarikat gergasi seperti Meta dan Microsoft.
Meta sahaja mendaftarkan tanda dagangan huruf tersebut denganw arna biru dan putih untuk perisian dan media sosial. Manakala Microsoft pula memilikinya untuk konsol ‘Xbox’ sejak tahun 2003.
“Berkemungkinan besar Twitter bakal akan disaman berkenaanperkara ini oleh seseorang,” tambah Gerben lagi.
Walau bagaimanapun tambahnya lagi Microsoft dan Meta tidak akan melakukan tindakan saman melainkan mereka merasakan penjenamaan semula Twitter melanggar hak milik tanda dagangannya.
Walaupun Musk berjaya menjenamakan semula Twitter kepada X, bagaimanapun, pihak lain masih boleh memfailkan tanda dagangan.
“Memandangkan kesukaran untuk melindungi satu huruf, terutamanya yang popular secara komersial seperti ‘X’, perlindungan Twitter mungkin terhad kepada grafik yang hampir serupa dengan logo X mereka,” jelas Douglas Masters, seorang peguam tanda dagangan di firma guaman Loeb & Loeb.
“Logo itu tidak mempunyai ciri tersendiri, jadi perlindungannya akan menjadi sangat sempit,” tambahnya lagi.
Apa pandangan anda tentang penjenamaan semula Twitter yang dilakukan oleh Elon Musk. Adakah ia langkah pemasaran atau perniagaan yang genius atau sebaliknya?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Kredit: Reuters
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Stamina dan kecergasan tidak datang dengan sendirinya. Kegigihan dan semangat untuk hidup secara sihat dan cergas perlu dipupuk seawal yang mungkin. Bagi pejuang MMA dan Muay Thai muda lagi berbakat ini, fokusnya dalam memperkasa kedua jenis seni mempertahankan diri ini mencipta revolusi buatnya untuk terus memberi kesedaran betapa penting menjaga kesihatan. Pada Maskulin, Rezza Azim berkongsi perihal dunia kecergasan yang tidak pernah pudar dalam dirinya sehingga kini.
Definisi lelaki maskulin. Lelaki maskulin adalah seorang yang boleh menunjukkan ciri-ciri seorang yang gentleman pada masa yang sama, tegas. Lelaki maskulin sentiasab tahu apa diidamkan.
Lelaki dan dunia kecergasan. Sebagai fitness professional saya sangat happy dan kagum dengan industri kecergasan di Malaysia yang dilihat sudah berkembang dan orang ramai mula menyedari hakikat kepentingan senaman dan kecergasan.
MMA dan Muay Thai. Selepas saya balik belajar dari Australia, saya bekerja di Fitness First di The Curve dan career saya kick off dari sana. Mulai tahun 2009, saya belajar boxing dan Muay Thai dari kawan saya yang berasal dari Australia. Dan pada tahun itu juga saya mula menonton UFC di TV. Saya sangat kagum dan berminat dengan skil dan stamina atlet-atlet UFC ni. Saya memiliki latar belakang bola sepak dan ada mencuba di beberapa tempat, sebaliknya saya kecewa dengan mainan politik dalam pasukan itu. Lalu, saya tercari-cari sukan solo yang tidak mengharapkan orang lain. Kawan saya mengajak saya menyertai kejohanan MIMMA yang dianjurkan Tunetalk. Demi minat saya mencuba. Syukur, saya beraksi dengan baik pada pusingan percubaan.
REZFITMALAYSIA. Saya mencipta Rezfit memfokuskan kepada program kecergasan berkumpulan dalam masa 12 minggu. Dalam program ini, saya menajar cara untuk bersenam dengan betul di samping permakanan yang sihat. Tujuan saya adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang senaman dan kesihatan. Antara program yang dianjurkan Rezfit adalah latihan peribadi, Muay Thai basics, 12 week Online Personal Training, personalized workout program dan personalized meal plan.
Rutin sihat. Pagi, saya akan makan muesli dan oats. Di pertengahan sarapan dan makan tengahari saya akan makan Isagenix meal shake. Saya makan nasi campur tetapi tidaklah terlalu clean, bersederhana. Jika dari segi senaman, pada hari ahad saya akan fokus pada kaki, isnin saya buat dada dan bicep, selasa saya melatih belakang dan tricep. Rabu saya berehat dan Khamis saya akan fokus pada shoulder dan abs.
Idola bidang kecergasan mahupun MMA / Muay Thai. Kecergasan adalah Lazar Angelov. MMA pula Georges St Pierre dan Muay Thai atau K-1 adalah Hari Badr
Kepentingan seni mempertahankan diri. Seni pertahanan diri sgt penting untuk seorang lelaki sebab baru boleh kita boleh jaga diri sendiri terutama sekali keluarga/isteri/kawan kita.
Matlamat. Matlamat saya dalam bidang kecergasan adalah untuk membuka satu fitness studio sebagai base untuk weight loss program saya. Dan studio kecergasan ini akan menjadi tempat untuk pelatih datang dan melatih klien. Plan gim saya adalah 50% gim, 25% freestyle area 25% Muay Thai/ MMA area.
Lelaki sudah berkahwin sukar menjaga tubuh badan. Bagi saya, saya fikir saya ingin menarik untuk isteri saya walaupun saya tau dia sangat mencintai saya. Oleh itu, kita kena sentiasa menjaga tubuh bagi mendapatkan healty relationship seperti ketika awal-awal perhubungan dulu.
Profil:
Nama penuh: Rezza Azim bin Zahari
Nama komersial: Rezza Azim
Tarikh lahir: 26 May 1989
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Instagram: @rezfitmalaysia
Pencapaian dalam bidang kecergasan / muay thai – MMA
1- Tunetalk Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Season 1 Welterweight Semi Finalist
2- Capital Football Australia State League Golden Boot
Gambar : @rezza_azimzahari
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang