Lelaki boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
TIP HADAPI PUTUS CINTA
1-Berdamailah dengan diri sendiri
Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa
Jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaat yang boleh melegakan anda.
Ads
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan
Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama
Ads
Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan.
Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
Ads
6-Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap.
Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa. Mungkin anda boleh anjurkan ekspedisi memancing ke Tasik Kenyir.
7-Bersukan
Bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pastinya seorang lelaki itu menginginkan pasangan wanita yang cukup sempurna dimatanya. Wanita yang mempunyai perwatakan lemah-lembut dan pandai berdikari antara ciri yang sentiasa diburu oleh lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.Namun begitu, ada segelintir ciri-ciri dan perkara tentang wanita yang boleh menjengkelkan lelaki itu. Entri kali ini berkongsikan 5 perkara tentang wanita yang tidak disukai oleh kaum lelaki.
1. TIDAK HORMAT ORANG TUA
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua.Kalau anda bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika anda bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.
2. GEDIK
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.
3. QUEEN CONTROL
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.
4. PISAU CUKUR
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.
5. MAIN KAYU TIGA
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga?Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga.Tapi bukan untuk lelakiya.Sekali kamu di tangka pcurang, maka tiada maaf bagimu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu. Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Tambahan pula ramai perokok tegar ini mula merokok sejak peringkat sekolah dan remaja.Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor.
Perkongsian dari lelaki muda yang terpaksa mengharungi perjalanan sukar gara-gara tabiatnya itu. Moga perkongsian Alyim ini dapat membuka mata perokok-prokok tegar di luar sana sebelum terlambat.
Mula merokok seawal usia usia 17, 5 batang satu hari
Mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya. Kini dia berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kbanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.
Mula Hanya Ulser Merokok
Namun, dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.
Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.
Terpaksa potong sebahagian lidah
Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. Doktor telah membina semula lidahnya dengan kelebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.
Sungguhpun sudah boleh bercakap, Faid masih lagi tidak boleh makan. Dia difahamkan menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di bahagian trakea bagi membantunya untuk bernafas. Sangat menyedihkan!
Bagi yang seronok merokok itu, moga cepat sedar. Jangan tunggu dah jadi baru nak menyesal.
Side mirror, atau cermin sisi, merupakan salah satu bahagian penting dalam rekabentuk kereta dan memainkan peranan yang penting dalam keselamatan pemandu dan penumpang.
Tapi sebenarnya fungsi cermin sisi ini lebih dari itu, dikongsi oleh @thisisbeng_ pempengaruh yang selalu berkongsi tip kereta, banyak lagi fungsinya yang kita belum tahu.
Menerusi perkongsiannya, dia menerangkan tip setting cermin sisi dan cara menggunakannya dengan lebih baik sama ketika memarkir kereta atau memotong di jalan raya. Inilah yang ramai belum tahu!
Menurut beliau selain untuk melihat kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi seperti satu ‘pembaris’ atau penentu ukur ketika menukar lorong dan juga memarkir kereta? Jika tahu tip ini memang senang nak parking.
1. Cara adjust cermin sisi kurangkan risiko blind spot
Pada bahagian pemandu adjust sehingga nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.
Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.
2. Cara guna cermin sisi untuk lihat jarak selamat tukar lorong
Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh (lihat garisan merah). Jika kereta di belakang masih berada di kedudukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.
Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!
3. Jarak untuk side parking
Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar untuk menjangka jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang.
Tapi boleh guna tip side mirror ini untuk lebih mudah parking cara ini. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi. Selarikan dengan bahagian atas side mirror dengan penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.
4. Cara menjangka jarak hadapan
Ketika ingin memarkir kereta kadang-kadang susah untuk menjangka jarak di antara kereta dan divider depan kereta. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.
Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian bawah side mirror selari dengan curb, divider atau penghadang.
Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat seperti gambar di atas.
Kesemua ini adalah aspek penting yang menunjukkan betapa kegunaan side mirror dalam meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang semasa di atas jalan raya.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Lelaki bekas banduan terima Ijazah PhD OUM, dari tirai besi ke pentas konvokesyen. Walaupun telah menghabiskan 23 tahun hidupnya di sebalik jeriji besi, Murad (bukan nama sebenar), 38, tidak pernah memadamkan impian untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.