Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Rasanya setiap hari pasti ada senarai tip grooming atau rutin penjagaan diri yang anda amalkan. Bermula sebelum mandi hinggalah selesai berpakaian ingin melangkah keluar dari rumah.
Evolusi tip penjagaan diri lelaki sentiasa berubah-ubah. Namun tujuannya tetap sama. Ia bertujuan untuk nampak lebih menarik, berbau lebih harum dan nampak kemas. Dan kemas ini tidak bermaksud dengan hanya berpakaian ala-korporat atau berambut pendek.
Anda boleh saja berpakaian kasual atau berambut panjang. Apa yang penting penjagaan diri dilakukan dengan sebaik mungkin.
Untuk produk penjagaan diri ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Produk yang mahal tanpa penggunaan yang betul atau konsisten pun tiada gunanya juga.
Menjadi lelaki kacak dan berpenampilan menarik sebenarnya tidaklah susah namun untuk melakukannya anda perlu sentiasa konsisten dan berdisiplin.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip grooming yang wajib anda tahu dan lakukan untuk menjadi seorang lelaki yang sentiasa kemas, tampan dan berbau harum.
1. Jangan pernah keluar rumah tanpa menggunakan deodoran
2. Sentiasa trim segala bulu-bulu di badan termasuklah di kawasan ‘kejantanan’ anda
3. Bulu jambang di bahagian leher hanyalah untuk rockstar dan artis, bukannya anda.
4. Ingat menggunakan perfume – less is more!
5. Pastikan telinga bebas dari sebarang bulu panjang yang meliar
6. Trim bulu hidung sekurang-kurangnya seminggu sekali
7. Potong kuku sekali setiap minggu dan elakkan ia kotor
8. Sentiasa cuci muka di waktu pagi
9. Cuci muka sebelum tidur
10. Gunakan pelembab selepas melakukan rutin nombor 8 dan 9
11. Jika berambut pendek pastikan belakang leher anda tidak berserabut dengan anak rambut yang meliar
12. Pastikan kening tidak bercantum
13. Laburkan sedikit duit untuk beli mesin pencukur
14. Ketahuilah jika mulut rasa tak best itu bermakna mulut anda berbau
15. Gunakan syampu untuk singkirkan kelemumur
16. Walau apapun gaya rambut anda, pastikan anda kunjungi kedai gunting sekurang-kurangnya sebulan sekali
17. Buat anda yang menyimpan jambang atau janggut pastikan anda trim setiap hari
Semoga perkongsian ini mampu memantapkan lagi penampilan anda sebagai seorang lelaki yang kacak dan berpenampilan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak dapatkan kulit bersih dan flawless sebenarnya tak susah kalau lelaki rajin jaga kulit. Anda kena tahu, wanita suka bila melihat lelaki ada kulit bersih dan flawless kerana ia melambangkan penampilan dan kebersihan.
Kalau biarkan kulit anda berserabai tanpa sebarang langkah penjagaan. Sebabnya, jangan kata wanita nak pandang, silap-silap kawan lelaki pun akan menjauhi anda.
Pastikan anda jaga 10 tip ini agar kulit bersih dan flawless. Bukan semata-mata nak wanita pandang, anda pun akan rasa yakin bila miliki kulit bersih dan flawless.
Untuk dapatkan kulit bersih dan flawless, jangan culas nak basuh muka dengan pembersih muka. Elakkan mencuci muka dengan sabun kerana kandungannya tidak sesuai untuk kulit wajah. Gunakan pembersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk yang melekat pada kulit wajah. Ini akan membantu anda mendapatkan wajah yang bersih dan flawless.
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit bersih dan flawless. Ia berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Lelaki mempunyai struktur kulit wajah yang agak kasar berbanding wanita. Banyak produk skrub kulit khusus untuk lelaki. Jadilah ia sebagai amalan dalam penjagaan kulit anda.
Penting untuk anda melembapkan kulit tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah lain disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba gunakan pelembap yang ringan selepas bercukur dan sebelum tidur. Ini dapat membantu mengelakkan kerengsaan, kulit kering dan mengelupas. Kalau anda tidak mahu memakai pelembap yang biasa wanita pakai, carilah pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat. Selain itu ikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, kunyah makanan dengan betul dan elakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Jangan lupa banyakkan minum air putih.
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minumlah air putih dan gunakan pelembap sebagai langkah asas untuk melawan berlakunya kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh anda beli di farmasi.
Perubahan hormon, tekanan, pemakanan, alam sekitar dan genetik boleh menyebabkan kulit berminyak. Basuhlah muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makan terlalu banyak makanan berminyak, elakkan menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan jangan lupa minum air yang banyak. Cara-cara ini boleh mengatasi masalah kulit berminyak anda.
Blackhead adalah pemula kepada berlakunya masalah jerawat kerana ia mengumpulkan bakteria, sel-sel mati dan minyak. Blackhead dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Nak elakkan blackhead, bersihkan kulit secara kerap dan elakkan terlalu banyak berjemur di bawah sinaran matahari. Menggunakan nose strip untuk juga bagus untuk menghilangkan backhead.
Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan oleh liang pori yang terbuka. Penting untuk anda mengekalkan kebersihan pada kulit agar anda boleh mencegah berlakunya jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air putih dan jika anda rajin, gunakan penyegar kerana ia sangat bagus untuk mengecilkan liang pori pada wajah.
Lelaki juga takut dengan kedutan. Ia boleh muncul dan paling jelas dilihat pada dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari boleh menyebabkan kedutan tetapi jika anda cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, mengamalkan diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh membantu anda mengurangkan masalah kedutan.
Bercukurlah mengikut arah pertumbuhan rambut kerana ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan keradangan kulit selepas bercukur. Penting untuk anda memilih alat pencukur yang terbaik bagi mengelakkan kulit luka dan rengsa. Elak pakai pencukur yang boleh memberi tekanan pada kulit. Satu lagi sangat penting untuk anda menukar pencukur secara kerap bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang menggunakan cermin mata berdepan masalah calar merupakan satu perkara sangat leceh. Selain kerosakan, ia memberikan rasa tidak selesa dan menggangu penglihatan.
Kepada yang memakai cermin mata hampir setiap masa, masalah ini bagaikan satu gangguan yang sangat besar. Tidak kena cara, boleh hilang mood dan jadi baran juga kalau cermin mata ada kesan bercalar.
Sebaik mungkin pasti anda terutamanya yang menghadapi masalah rabun ini ingin memastikan agar cermin mata sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi dengan penularan COVID-19 ini, seboleh mungkin kita ingin mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan kekerapan untuk keluar rumah.
Namun ada ketikanya walaupun sudah menjaga cermin mata dengan baik, secara tidak sengaja anda telah merosakkannya hingga cerminnya bercalar.
Sebelum anda ingin mengambil keputusan untuk menukar ke cermin mata yang baharu, apa kata anda buat tiga cara mudah ini untuk settlekan kesan calar masalah ini.
Dengan kebenaran sumber asal bernama Rosie Zam, cara beliau ini boleh juga anda gunakan pada cermin jam tangan yang bercalar.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.