Masuk akal tak kalau sesorang tu hanya mandi sekali dalam setahun? Satu kejadian pelik yang terjadi pada pasangan suami isteri di Taiwan dimana si suami terpaksa berdepan dengan perangai buruk isterinya yang hanya mandi 1 tahun sekali.
Dipetik dari portal Nextshark, lelaki tersebut nekad ingin bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat buruk isteri. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan diri, wanita tersebut turut melarang suaminya untuk bekerja.
Berbalik kepada punca utama penceraian, wanita yang dikenali sebagai Lin hanyan memberus gigi dan membasuh rambut ketika dia merasa perlu sahaja. Perkahwinan mereka sudah 13 tahun bersama dan lelaki itu mengatakan isterinya juga menghalang untuk mendapatkan zuriat dan mereka hanya melakukan hubungan kelamin sekali 1 tahun.
Ads
Tambah suaminya lagi, Lin akan sentiasa kunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya. Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru dan masa yang diambila untuk mandi adalah selama 3 jam.
Ads
Pergh, tak mandi setahun?? Uish… pelik betul manusia sekarang ni.
Mungkin ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.
Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.
Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.
Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Kandungan Buah Epal
Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan.
Sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.
Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.
Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.
Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)
Epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus mengurangkan kolesterol darah.
Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon.
Bagaimanapun, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.
Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.
Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut tentang kerjaya bergaji paling tinggi dunia 2025, ramai terus bayangkan CEO berjaya, pakar bedah otak yang fokus dalam bilik pembedahan, atau genius teknologi dari Silicon Valley. Namun realitinya, gaji jutaan ringgit setahun bukan datang secara kebetulan. Ia hasil gabungan risiko tinggi, kepakaran ekstrem, dan leverage besar — sama ada leverage kewangan, teknologi, atau keputusan hidup manusia.
Tahun 2025 menyaksikan jurang pendapatan global semakin melebar, dan mereka yang berada di puncak piramid kerjaya ini bermain di liga yang sangat berbeza.
Berikut ialah 10 kerjaya bergaji paling tinggi dunia 2025 dengan anggaran pendapatan tahunan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Pendapatan: RM4.7 juta – RM7 juta setahun
Hedge fund manager bukan sekadar ‘main saham’. Mereka mengurus dana bernilai berbilion ringgit, dan pendapatan bergantung sepenuhnya kepada prestasi. Untung besar, ganjaran besar. Salah langkah, reputasi boleh musnah.
Pendapatan: RM4.2 juta – RM7 juta+ setahun
Seorang CEO memikul tanggungjawab besar terhadap hala tuju syarikat, ribuan pekerja, dan nilai saham. Gaji asas mungkin sederhana, tetapi bonus dan stock options sering menjadikan mereka antara individu dengan pendapatan tertinggi di dunia.
Pendapatan: RM2.3 juta – RM4.2 juta setahun
Profesion ini memerlukan hampir 15 tahun latihan. Setiap keputusan boleh mempengaruhi hidup pesakit, menjadikan gaji tinggi ini setimpal dengan risiko dan kepakaran luar biasa yang dimiliki.
Pendapatan: RM2.8 juta – RM5.6 juta setahun
Pakar dalam membeli dan menjual syarikat dengan keuntungan besar. Pendapatan sebenar datang daripada “carry” apabila pelaburan berjaya, menjadikan bidang private equity antara kerjaya bergaji paling tinggi dunia 2025.
Pendapatan: RM1.8 juta – RM4.7 juta setahun
Bekerja 70 hingga 90 jam seminggu sudah menjadi norma. Walaupun tekanan tinggi, satu transaksi besar mampu menghasilkan bonus bernilai jutaan ringgit.
Pendapatan: RM2.1 juta – RM2.8 juta setahun
Pakar bius memainkan peranan penting dalam setiap pembedahan. Walaupun tidak selalu di hadapan pesakit, tanggungjawab mereka kritikal dan berisiko tinggi, justeru gaji mereka kekal antara yang tertinggi.
Pendapatan: RM1.4 juta – RM3.2 juta setahun
Mengendalikan kes penggabungan syarikat dan litigasi antarabangsa. Bayaran tinggi datang daripada keupayaan mereka mengawal risiko klien bernilai berbilion ringgit.
Pendapatan: RM1.1 juta – RM2.3 juta setahun
Dengan ledakan kecerdasan buatan, pakar AI kini menjadi rebutan global. Mereka membina sistem yang mengubah cara dunia bekerja — menjadikan bidang ini antara kerjaya paling lumayan pada 2025.
Pendapatan: RM1.4 juta – RM4.7 juta+ (tidak tetap)
Keuntungan besar datang daripada hasil jualan saham syarikat selepas kejayaan startup. Walaupun risiko tinggi, pulangannya mampu mengubah hidup sepenuhnya apabila berjaya.
Pendapatan: RM940,000 – RM1.6 juta setahun
Kapten pesawat wide-body seperti Airbus A350 atau Boeing 787 menerima gaji tinggi hasil pengalaman panjang serta tanggungjawab membawa ratusan nyawa setiap penerbangan.
Melihat kepada trend global, beberapa bidang dijangka akan lebih menonjol dalam dekad mendatang.
Antaranya ialah bidang AI dan teknologi mendalam (deep tech) seperti AI Architect, data scientist, dan pakar keselamatan siber. Permintaan tinggi dan bekalan bakat yang terhad menjadikan sektor ini sangat stabil serta lumayan.
Selain itu, bidang private capital seperti private equity, venture capital, dan asset management juga dijangka terus berkembang di Asia dan Timur Tengah. Dalam masa sama, bidang perubatan kekal relevan terutama pakar yang sukar diganti oleh automasi.
Kesimpulannya, kerjaya bergaji paling tinggi dunia 2025 bukan sekadar tentang populariti tetapi sejauh mana seseorang melabur masa, kemahiran, dan keberanian untuk berada dalam kelompok bernilai tinggi di pasaran global.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki berusia 27 tahun maut akibat lehernya dihempap barbel dengan pemberat lebih 100kg ketika sedang melakukan senaman bench press.
Memetik laporan The Straits Times, kejadian berlaku di sebuah gim di daerah Henan, China dan mangsa dikenal pasti sebagai Xiao Hou.
Dalam sebuah klip video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial baru-baru ini, kelihatan Xiao sedang melakukan senaman tersebut tanpa diawasi sesiapa (spotter).
Xiao yang sedang dalam posisi baring di bangku itu baru sahaja menurunkan barbel ke dadanya untuk kiraan pertama namun gagal untuk menolaknya semula.
Barbel itu langsung berguling dari dada dan menghimpit lehernya, dan dia kemudian dilihat bergelut untuk melepaskan diri selama kira-kira 25 saat.
Dia juga dilihat cuba menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya namun mula mengalami kekejangan yang kuat dan menjadi lemas.
Laporan terkini memberitahu yang kejadian berkenaan berlaku pada 3 Julai lalu, demikian dimaklumkan pemilik gim terbabit yang dikenali sebagai Encik Zhao.
Menurut Zhao, Xiao merupakan bekas jurulatih kecergasan di gim terbabit selama empat tahun.
Meskipun sudah bekerja di tempat lain, Xiao sering singgah ke gim tersebut pada waktu makan tengahari untuk bersenam memandangkan dia masih menyimpan satu salinan kunci pendua untuk memasukinya sebelum waktu gim beroperasi.
Tambahnya, Xiao sedang bersenam berseorangan tanpa kehadiran sesiapa di gim tersebut pada hari kejadian dan langsung digegaskan ke hospital.
Bagaimanapun, Xiao gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Zhao yang juga bersahabat dengannya menyifatkan yang Xiao memang seorang yang obses bersenam sehinggakan tidak pernah terfikir untuk mencari kekasih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.