Coklat merupakan makanan yang paling popular dan disukai oleh masyarakat kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Dan pada hari ini kita boleh lihat banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran.maka wajar, jika saat ini coklat menjadi produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, masih ramai masyarakat kita beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.
Coklat boleh menggemukkan
fakta: Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!. ?
Coklat ialah makanan tidak berkhasiat
fakta: Coklat dengan kandungan lebih 70% mempunyai manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Fenol berfungsi sebagai antioksidan yang mampu mengurangi kolestrol dalam darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dapat mencegah daripada serangan kanser,stroke dan darah tinggi. dengan Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiat cokelat akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.
Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi
Ads
fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
selain memberi manfaat untuk kesihatan coklat juga memberi manfaat untuk kecantikan.
Ads
Anti penuaan
Ads
Coklat boleh dijadikan rawatan untuk kawasan kulit luar dimana kandungan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan berperanan untuk menegangkan kulit badan sehingga anda akan kelihatan selalu muda dan segar. Lakukan ramuan coklat ini secara rutinn sebanyak 2-3 kali seminggu.
Detoksifikasi kulit.
Detoksifikasi ialah proses pembuangan racun pada kulit. Coklat juga boleh diaplikasikan menjadi satu produk kecantikan iaitu dengan campuran coklat bubuk (cocoa powder) dan kafein ia sangat bermanfaat bagi detoksifikasi kulit. Bukan itu sahaja campuran coklat dan kafein mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan kusam
Scrub Alami
coklat juga boleh dijadikan scrub alami untuk perawatan kulit. dengan menggunakan scrub coklat, maka dapat mencerahkan kulit tubuh serta menghilangkan sel-sel kulit mati dalam tubuh. Caranya iaitu dengan melelehkan bubuk coklat, lalu campurkan dengan susu sehingga berbentuk krim. Lalu, aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher anda.
Sumber : DiariKurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengelakkan kelam kabut di pagi hari boleh membantu meningkatkan keberkesanan dan kesejahteraan anda sepanjang hari. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu jejaka mengelakkan kelam kabut di pagi hari:
Persediaan Malam Sebelumnya
Persiapkan barang-barang yang diperlukan untuk keesokan hari pada malam sebelumnya. Ini termasuk pakaian, alat tulis, dan makanan sarapan. Persediaan awal ini dapat mengurangkan tekanan dan memudahkan pagi anda.
Tetapkan Jadual Tidur Tetap
Tetapkan jadual tidur yang tetap dan pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Penyelarasan waktu tidur akan membantu mengurangkan rasa lelah dan meningkatkan kecerdasan mental di pagi hari.
Letakkan Penggera di Tempat Jauh
Letakkan penggera di tempat yang jauh dari katil agar anda perlu bangun dan berjalan untuk mematikannya. Ini dapat membantu menghindari kecenderungan untuk menyentuh butang “snooze” dan meninggalkan tempat tidur lebih cepat.
Bangun Awal untuk Keselesaan
Beri diri anda waktu yang mencukupi untuk bersiap-siap tanpa perlu tergesa-gesa. Bangun awal memberi ruang untuk menikmati sarapan dan bersiap-siap tanpa tekanan.
Rancang Menu Sarapan Mudah
Persiapkan menu sarapan yang mudah dan cepat disediakan. Ini dapat termasuk oat, yogurt, atau smoothie yang boleh dimakan dengan cepat tetapi memberikan tenaga yang mencukupi.
Senaman Ringan di Pagi Hari
Selitkan rutin senaman ringan di pagi hari untuk meningkatkan denyut jantung dan memberikan dorongan tenaga. Ini dapat membantu mengatasi keletihan dan membina kecergasan sepanjang hari.
Jangan Terlalu Bergantung pada Butang “Snooze”
Hindari mengandalkan butang “snooze” pada penggera. Penggunaan butang ini boleh menggangu pola tidur dan membuatkan lebih sukar untuk bangun.
Tetapkan Matlamat Sederhana
Tetapkan matlamat kecil yang boleh dicapai di pagi hari. Ini dapat memberikan motivasi dan memberi anda rasa pencapaian untuk memulakan hari.
Berikan Ruang Untuk Santai
Berikan diri anda beberapa minit untuk santai sejenak di pagi hari sebelum memulakan rutin harian. Ini boleh termasuk membaca berita, meditasi, atau menikmati minuman hangat.
Dengan merancang dan melaksanakan rutin pagi yang teratur, anda dapat mencipta suasana yang lebih tenang dan teratur untuk memulakan hari dengan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
“Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
“Dan terakhir ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-NYA.
Bayangkan sebuah kanvas kosong yang dihidupkan dengan lukisan sarat makna, sama ada dalam lingkup fantasi, kisah benar, mahu pun realiti masyarakat. Kanvas inilah yang pada awalnya menjadi sebuah platform yang menyediakan ruang untuk para pengkarya mencoretkan hasil tangan unggul mereka.
Buat julung kalinya, MASKULIN mengangkat layar tempatan ke tahap baharu dengan menghimpunkan barisan pelakon drama Astro yang menjadi nadi kepada karya-karya penuh emosi. Inilah wajah-wajah yang bukan sekadar menghidupkan watak, tetapi menzahirkan sebutir idea menjadi sebuah naratif yang mampu menggugat jiwa penonton.
Di sebalik lensa kamera, bukan sekadar aksi yang dirakam, tetapi denyut rasa dan kejujuran seni yang memerangkap emosi. Sebuah naskhah drama yang baik adalah cerminan hakikat kehidupan rakaman jujur tentang apa ertinya menjadi manusia. Itulah kekuatan karya tempatan di Astro; berjiwa besar, berakar budaya dan sentiasa mendefinisi semula makna hiburan.
Misi Mengangkat Karya Tempatan
Astro terus mengukuhkan reputasinya sebagai “Home of Drama” dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk membawa setiap naskhah dekat di hati peminat. Bukan sekadar hiburan, setiap karya yang dilahirkan sarat dengan jalan cerita yang memancarkan jutaan warna emosi menghiburkan, menginspirasi, dan mengisi ruang tamu keluarga Malaysia.
Lihat sahaja seleksi yang mencetus fenomena sebelum ini, Thariq Ridzuwan: His Treasure, Mandul Bukan Pilihan, Project EXIT, dan Generasi Perfect 10, semuanya menjadi buah mulut peminat drama tempatan. Lebih daripada itu, Astro mengangkat wajah Malaysia dalam kepelbagaian bahasa, bukan sahaja Bahasa Melayu, tetapi juga Mandarin, Kantonis dan Tamil.
Pendekatan ini menjadikan Astro bukan sekadar saluran TV, tetapi sebuah platform penstriman unggul, destinasi drama yang meraikan kepelbagaian dan menjulang karya pelbagai budaya.
Dalam masa yang sama, Astro kekal tegas dan lantang menentang cetak rompak digital serta tontonan haram, yang terus mengancam kelangsungan industri hiburan secara keseluruhan.
Inilah keistimewaan Astro karya tempatan yang berjiwa besar, mendefinisi semula makna hiburan dan terus memimpin naratif drama di Malaysia.
Suara Pelakon, Sebuah Realiti & Harapan
Di sebalik jadual mereka yang padat. MASKULIN berpeluang bertemu lapan bintang yang menjadi wajah baharu Home of Drama: Kamal Adli, Nad Zainal, Sweet Qismina, Nazri Nazrief, Jay Iskandar, Lorenzo Irmann, Henley Hii, dan Nitya Shree.
Mereka menghidupkan seleksi drama bersiri terbaharu yang sarat emosi dan berimpak besar seperti Bahagia Yang Tertangguh, Setiaku Berdiri, The Exiled, Impiana, dan Idhayam Thotta Kathigal.
Padat dengan emosi dan lakonan penuh warna daripada barisan pelakon terbaik. Astro sekali lagi menghadirkan hiburan istimewa untuk seisi keluarga! Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya hanya dengan RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton melalui aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
“Bila saya bawa watak Armin, saya fikirkan bagaimana nak tunjuk sisi ‘green flag’ dia. Bukan sekadar baik, tapi boleh buat orang rasa selamat. Armin umpama ‘hero’ yang datang ketika masa Hanna dalam masalah. Itu yang boleh buat penonton ‘lega’ setiap kali dia muncul.”
KAMAL ADLI sebagai Armin BAHAGIA YANG TERTANGGUH Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
“Watak kali ni memang berat. Bila isteri jadi provider, lepas tu berdepan pula dengan ipar-duai yang toksik, penonton pasti akan rasa sakitnya. Sebab tu, saya rasa cabaran saya kena sentiasa ‘all out’ macam berlakon filem. Kalau pengarah nak hasil yang power, kita bagi yang terbaik.”
NAD ZAINAL sebagai Hana BAHAGIA YANG TERTANGGUH Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
“Sukar sebenarnya nak sentiasa pastikan kontinuiti emosi watak ni sepanjang 40 episod, terutamanya bila dia seorang lelaki yang ‘terluka parah’ akibat konflik keluarga. Saya tak nak penonton rasa emosi dia ‘hilang’, dia perlu sentiasa jadi mangsa yang tersakiti.”
NAZRI NAZRIEF sebagai Kamal SETIA KU BERDIRI Setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang
“Apa yang buat watak Marissa ni menarik, dia bukan saja belajar berkorban, tapi diuji dengan penyakit yang buat dia sukar dapat zuriat. Personally, ia sangat menguji emosi saya! Saya rasa penonton akan betul-betul dapat rasa kesakitan dan pengorbanan Marissa.”
SWEET QISMINA sebagai Marissa SETIAKU BERDIRI Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang
“Organisasi ‘Impiana’ yang klaim boleh tunaikan impian ni memang plot yang menarik untuk diterokai. Sebagai pendatang baru, drama ini betul-betul buka mata saya dengan storyline tentang sisi gelap manusia, obsesi, dendam dan pengaruh media sosial dalam mengejar kesempurnaan.”
JAY ISKANDAR sebagai Qamil IMPIANA KARMA Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
“Watak Fahrin ni ada dualiti yang menarik. Dia suami penyayang, tapi pada masa sama struggle dengan ketagihan rokok. Dia nak kejar impian berhenti merokok, tapi terjumpa orang yang salah. Konflik dalaman macam ni, saya rasa ramai lelaki kat luar sana boleh relate.”
LORENZO sebagai Fahrin IMPIANA KARMA Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
“Ah Keong ni terperangkap dalam dua dunia gelap, gangsterism dan ketagihan dadah. Saya kena buat kajian mendalam untuk sampaikan kesengsaraan dia. Kita nak audiens nampak realiti perit watak seorang Keong dalam THE EXILED.”
HENLEY HII sebagai Ah Keong THE EXILED Setiap Ahad, jam 9.30 malam
“Penonton boleh jangkakan satu benda dari Sheila, dia adalah karakter yang akan menceriakan dalam apa situasi. Dan saya yakin mampu vibe positif karakter ini pasti melimpah hingga ke luar skrin terus kepada penonton.”
NITYA SHREE sebagai Sheila IDHAYAM THOTTA KATHIGAL Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam
KREDIT:
Head of Men & Hobbies: Fiezreen Ahmad Ass. Manager Men & Hobbies dan Penata Gaya: Farizul Izwany Idea dan konsep: Farizul Izwany & Azniza Aziz Dengan kerjasama: Content Marketing, Group Marketing, Astro Malaysia Penulis: Farizul Izwany Penerbit video Maskulin: Faez Akhmal Arahan Seni & Peletakan Grafik: Azniza Aziz Mekap: Airin, Fifi, LVLi Mua Fotografer: Jazlan Nangar Pembantu fotografer: Nurul Niza Suhami Eksekutif Pengiklanan: Siti Suria Suntingan Foto: Hezry Rokman Persalinan dan aksesori: Koleksi Zalora dan Buttonscarve
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.