Cuba semak, berapa kali tekan tubi yang anda boleh buat? Kalau tidak berjaya menghabiskan melebihi 10 kali, anda harus bimbang.
Mengikut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, lelaki pertengahan umur yang tidak melepasi 10 kali tekan tubi berisiko untuk diserang sakit jantung.
Kalau sebelum ini sukar untuk anda melakukan senaman ini melebihi 10 kali, ayuh mulakannya sekarang demi mengelakkan anda daripada terkena sakit jantung.
Satu kajian terkini dari pengkaji dari Universiti Harvard mendapati, kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan “push up” atau tekan tubi boleh dijadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.
Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan umur yang TIDAK mampu untuk melakukan “push up” melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.
Ads
Selain itu, lelaki yang mampu melakukan “push up” melebihi 40 kali, didapati 96% kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.
Berapa “push up” yang boleh anda lakukan? ???
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetariandengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH A
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
CIRI KHAS GOLONGAN DARAH B:
Dianjurkan untuk diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stress, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, kelapa, santan, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.
SUMBER : lovingcarehealthylife
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan senang nak kurus dan dapatkan saiz badan S bila usia semakin meningkat. Namun semuanya tidak mustahil jika anda ada usaha untuk kurus dan menurunkan berat badan.
Caranya cukup mudah! Amalkan minuman mengenyangkan menggunakan Chia Seed dan kurma seperti yang dikongsikan Zamira Mohammad Ali menerusi laman Facebooknya.
Selain untuk kurus dan dapatkan baju saiz S, minuman ini mempunyai banyak khasiatnya untuk melawaskan pencernaan, menjadikan kulit wajah glowing, awet muda dan banyak lagi.
1. Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat Tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat Yusof Taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha Kurma Ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
2. Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.
3. Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.
4. Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
5. Kacau bagi rata Chia Seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Okeh jom tido.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru mendaftar jadi ahli gym? Jangan lakukan kesilapan-kesilapan ini.
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut. Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia hiburan yang semakin berkembang, pilihan terlalu banyak kadangkala membuatkan kita keliru. Platform berbeza, bil berbeza dan kandungan yang berselerak boleh membuat pengalaman...