Bila sebut tentang asid folik, ramai lelaki terus terbayang ia hanya untuk wanita hamil. Hakikatnya, vitamin B9 ini bukan eksklusif untuk kaum Hawa. Lelaki juga sebenarnya memerlukan asid folik kerana ia memberi kesan besar terhadap kesuburan, kecergasan dan kesihatan jantung.

Menurut doktor perubatan dan usahawan, Dr Raihana Ismail, terdapat kajian yang menunjukkan asid folik mampu membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki. Bukan itu sahaja, ia turut menyokong kesihatan dalaman yang sering diabaikan oleh ramai lelaki moden.

 

View on Threads

 

Asid Folik & Kesuburan Lelaki

Kajian membuktikan pengambilan asid folik setiap hari boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan lelaki.

  • Meningkatkan kualiti sperma – sperma menjadi lebih sihat dan berkurang risiko abnormaliti.

  • Mengurangkan kecacatan kromosom – menurut Dr Ahmad Samhan, ia membantu mengurangkan kecacatan kromosom sperma, memekatkan air mani dan meningkatkan peluang untuk zuriat.

  • Team effort suami isteri – jika kedua-dua pasangan konsisten mengambil asid folik, peluang hamil lebih tinggi dengan usaha bersama.

Lelaki Pun Perlukan Asid Folik, Dari Kualiti Sperma Hingga Jantung Sihat

Ads

Manfaat Asid Folik Untuk Kesihatan Lelaki

Selain kesuburan, lelaki yang mengamalkan asid folik juga boleh menikmati manfaat kesihatan lain:

  • Jantung lebih sihat – menurunkan tahap homosisteine dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

  • Kesihatan otak – membantu mengekalkan fungsi kognitif agar kekal fokus dan tajam.

  • Cegah anemia – menyokong pembentukan sel darah merah untuk tenaga harian.

  • Sistem pencernaan lebih baik – membantu mengurangkan masalah cirit-birit serta gangguan usus.

Berapa Dos Yang Sesuai Untuk Lelaki?

Untuk wanita, dos standard ialah 400 mcg sehari. Bagi lelaki pula, ia tidak diwajibkan tetapi disarankan terutama bagi mereka yang mempunyai gaya hidup penuh stres, merokok, kurang makan sayur atau tidak menjaga diet.

Ads

Menurut Dr Samhan, lelaki boleh mengambil satu biji suplemen asid folik sehari (sekitar 400 mcg), bergantung pada nasihat doktor.

@dr.samhan Boleh ke lelaki makan asid folik? #JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok ♬ HELLO – TREASURE

Ads

Sumber Asid Folik Semula Jadi

Lelaki boleh mendapatkan asid folik daripada makanan harian, antaranya:

  • Sayuran hijau (bayam, brokoli, asparagus)

  • Buah-buahan (pisang, avokado, strawberi)

  • Daging, ayam, itik dan telur

  • Kekacang (kacang kuda, kacang merah)

  • Suplemen vitamin B9 yang diperakui pakar

Awas, Jangan Berlebihan

Meskipun baik untuk tubuh, pengambilan asid folik berlebihan boleh membawa risiko seperti masalah hati, rintangan insulin, peningkatan risiko kanser dan masalah neurologi. Sebaiknya, rujuk doktor sebelum mengambil suplemen tambahan.

Jangan anggap asid folik hanya untuk wanita. Lelaki juga perlukan vitamin ini untuk kesuburan, tenaga, kesihatan jantung dan fungsi otak. Dalam dunia moden penuh cabaran, lelaki Maskulin perlu menjaga dalaman sama hebat seperti luaran.

Mulakan dengan diet seimbang, tambah asid folik dalam pemakanan, dan jika perlu, lengkapkan dengan suplemen. Kesihatan adalah pelaburan terbaik untuk prestasi hidup jangka panjang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads