Ramai yang menyangka pesakit kencing manis tak boleh makan buah kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Tapi, tahukah anda tidak semua buah dilarang? Ada juga buah yang bukan sahaja selamat dimakan, malah boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.
Fahami Gula Semula Jadi Dalam Buah
Buah-buahan mengandungi fruktosa sejenis gula semula jadi.
Walaupun lebih sihat berbanding gula biasa, fruktosa tetap boleh menaikkan paras gula darah jika diambil berlebihan.
Oleh itu, pemilihan buah yang rendah indeks glisemik (GI) sangat penting.
Indeks glisemik menunjukkan seberapa cepat makanan menaikkan paras gula dalam darah.
Buah Yang Boleh Dimakan Oleh Pesakit Kencing Manis
1. Epal
Epal kaya dengan serat dan rendah indeks glisemik. Ia membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah. Makan bersama kulit untuk manfaat maksimum.
2. Berberi (blueberry, strawberry, raspberry)
Foto : mStar
Buah beri penuh dengan antioksidan dan serat. Selain rendah kalori, ia juga memberi rasa manis semula jadi tanpa menaikkan gula secara mendadak.
Ads
3. Buah Pear
Pear mengandungi serat yang membantu dalam kawalan gula darah. Pastikan dimakan segar, bukan dalam tin atau sirap.
4. Kiwi
Kiwi bukan sahaja sedap, malah rendah kalori dan tinggi vitamin C. Ia sesuai sebagai pencuci mulut bagi pesakit diabetes.
5. Jambu Batu
Buah ini sangat popular di kalangan pesakit diabetes kerana kaya serat dan rendah gula. Bonus: ia juga bagus untuk sistem pencernaan.
Buah Yang Perlu Dielakkan Atau Diambil Dengan Berhati-Hati
1. Durian
Durian mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi. Walaupun sedap, ia boleh melonjakkan paras gula darah dengan cepat. Elakkan jika boleh.
2. Anggur
Anggur walaupun kecil, mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jika ingin makan, hadkan kuantitinya dengan ketat.
Ads
3. Mangga
Mangga matang sangat manis dan mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ambil dalam jumlah kecil sahaja, dan sebaiknya elakkan jika gula dalam darah tidak stabil.
Foto : Sirap Limau
4. Pisang Masak
Pisang yang terlalu masak mengandungi gula yang tinggi. Pilih pisang muda atau ambil dalam kuantiti sangat sedikit.
5. Nangka & Cempedak
Kedua-dua buah ini sangat manis dan boleh meningkatkan paras gula secara mendadak. Tidak sesuai untuk pesakit diabetes.
Tip Kawalan Pengambilan Buah
Bagi pesakit diabetes, cara pengambilan buah juga memainkan peranan penting.
Elakkan buah dalam bentuk jus kerana kandungan seratnya telah hilang dan gula mudah diserap ke dalam darah.
Sebaiknya ambil buah secara segar dan dalam bentuk asal. Hadkan pengambilan buah kepada satu atau dua hidangan sehari dan elakkan buah yang telah diproses, seperti buah dalam tin atau buah kering yang biasanya mengandungi gula tambahan.
Selain itu, cuba gabungkan buah dengan makanan berprotein seperti yogurt atau kekacang, agar penyerapan gula menjadi lebih perlahan.
Pesakit kencing manis tidak perlu mengelak buah sepenuhnya. Yang penting ialah pemilihan buah yang betul, dalam kuantiti yang sesuai.
Dengan kawalan yang baik, buah boleh menjadi sebahagian daripada diet sihat pesakit diabetes. Jadi, jangan takut pada buah pilih dengan bijak, makan dengan sedar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda pernah mengalami situasi di mana anda sudah minum air banyak-banyak ketika sahur, tetapi seawal jam 9 atau 10 pagi sudah terasa haus?
Jangan risau, anda tidak keseorangan! Menurut Coach Oci, terdapat enam sebab utama mengapa rasa dahaga cepat menyerang walaupun sudah minum air yang mencukupi.
Foto : Media Lampung
Terlalu Banyak Minum Air Manis
Minuman manis seperti teh ais, sirap atau jus buah memang sedap, tetapi kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan badan lebih cepat kering.
Sebaiknya, kurangkan pengambilan air manis dan lebihkan air putih semasa sahur. Pilih air kosong atau infused water yang lebih menyegarkan.
Bersenam Berlebihan Selepas Sahur
Bersenam memang bagus untuk kesihatan, tetapi jika melakukan senaman berintensiti tinggi selepas sahur, badan akan kehilangan banyak air melalui peluh.
Ini menyebabkan anda mudah haus walaupun sudah minum air dengan banyak.
Jika ingin bersenam, pilih senaman ringan seperti stretching atau berjalan kaki supaya badan tidak kehilangan terlalu banyak cecair.
Pengambilan Makanan Tinggi Garam
Makanan berkuah seperti sup, mi segera atau makanan proses yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan dehidrasi.
Garam berlebihan membuatkan badan menahan air dan memberi isyarat kepada otak untuk minum lebih banyak.
Foto : Berita Harian
Minuman Berkafein
Kopi dan teh adalah minuman kegemaran ramai, tetapi kandungan kafein yang tinggi boleh merangsang badan untuk membuang air kecil lebih kerap.
Ini menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air dalam tempoh yang singkat.
Makanan pedas semasa sahur mungkin boleh meningkatkan selera makan, tetapi ia juga boleh menyebabkan badan cepat kehilangan air melalui peluh dan mempercepatkan rasa haus.
Jika suka makan pedas, pastikan anda menyeimbangkan dengan banyak minum air kosong.
@coach_oci Replying to @Coach Milah Anda dah minum air pada waktu sahur, tapi pukul 8 ke 9 pagi dah mula rasa haus? Anda pernah tak ada pengalaman yang macam tu? Tekan ☝🏼 GET OFFER atau LINK DI PROFILE sekarang untuk anda mula turunkan 3-7kg dalam bulan ini 😄 Coach Oci 12 tahun pengalaman Coach Kurus Online Since 2012 #coachoci#coachkurus#ramadan#puasa#tipspuasa♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Minum Air Terlalu Banyak Dalam Tempoh Singkat
Ramai yang beranggapan minum air banyak dalam satu masa ketika sahur dapat mengelakkan dahaga, tetapi sebenarnya ia boleh menyebabkan badan cepat membuang air melalui kencing.
Sebaiknya, minum air secara berperingkat sepanjang malam sebelum tidur dan ketika sahur.
Minum segelas air setiap jam bermula dari berbuka sehingga sahur untuk memastikan badan terhidrat dengan baik.
Dengan mengenal pasti punca-punca ini, anda boleh merancang sahur dengan lebih bijak untuk kekal bertenaga dan kurang rasa haus sepanjang hari.
Jangan lupa, amalkan pemakanan seimbang dan minum air secukupnya agar puasa anda berjalan lancar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketumbit di mata memang menyakitkan dan yang pasti akan membuatkan anda tidak selesa di bahagaian mata. Ketumbit (Stye) adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda.
Bukan kerana perbuatan mengintai, berikut adalah cara rawatannya yang boleh kita lakukan di rumah. Ia dikongsi oleh Dr Azlindarita Aisyah, yang juga Pakar Oftamologi.
Punca ketumbit bukan sebab mengintai
Sebelum itu kenalah tahu juga penyebabnya yang pasti ia bukan dari perbuatan mengintai ya.
Ketumbit terjadi dari bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat:
1. Kelemumur pada bulu mata (blephritis) 2. Eyeliner yang tidak dibersihkan 3. Habuk dan kotoran (contoh penunggang motorsikar, pekerja tapak binaan dan sebagainya.
Nama saintifik
Chalazion – jika tidak sakit
Stye – jika sakit, merah dan dijangkiti kuman
Cara rawatan
Peralatan yang diperlukan adalah putik kapas, aiir suam, syampu bayi yang tak pedihkan mata.
2. Letak beberapa titis syampu dalam air suam. Kacau supaya jadi macam air sabun. kemudian celup putik kapas dalam air. Bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata. Langkah ini dinamakan Lid Hygiene.
3. Selepas mata bersih, sediakan air suam yang bersih (bukan air sabun tadi) dalam mangkuk kaca dan sebatang sudu besi. Celupkan sudu besi dalam mangkuk supaya sudu jadi suam.
4. Uji atau cuba rasa kepanasan sudu. Agak-agak boleh tahan panas, tidak melecur maka boleh lakukan langkah seterusnya.
5. Tuam sudu tadi pada kelopak mata yang ada ketumbit dalam tempoh 3 minit. Guna stop watch. Tujuannya supaya saluran kelenjar yang tersumbat kembang dan beri laluan untuk kotoran keluar.
6. Selepas tiga minit, ambil antibiotik (jangan beli sendiri, dapatkan dari doktor) letakkan ke dalam mata. Caranya tarik kelopak mata dan masukkan antibiotik.
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk. Jika terus tutup nanti ubat terkeluar.
Jika selepas dua minggu ketumbit belum sembuh, mungkin perlu operation sedikit untuk keluarkan nanah.
Lepas ni kalau kena ketumbit, inilah rawatannya ya. Moga tip dan perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Pelawak veteran, Sathiya, 60, mengalami serangan angin ahmar ringan dan kini dilaporkan stabil serta dijangka pulang ke rumah hari ini, menurut anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar.
Sathiya mengadu kebas kaki dan tangan kanan pagi semalam serta kesukaran mengimbangi badan ketika sarapan di rumah.
Sathiya dibawa ke klinik kesihatan di Sri Rampai, Setapak, dan didapati mengalami tekanan darah rendah. Beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke Zon Merah. Keadaan Sathiya kini stabil selepas diberi antibiotik dan dijangka pulang petang ini.
Sathiya juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang terkawal. Beliau mula menceburi bidang seni sekitar tahun 1985 dan terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Fakta Tentang Angin Ahmar
Angin Ahmar via Facebook KKM
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia.
Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
Jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.
Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.