Rokok dan vaping telah lama dikenali sebagai tabiat yang berbahaya kepada kesihatan lelaki. Namun, impak buruk ini tidak terhad kepada penyakit paru-paru atau kanser sahaja.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
Ads
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Ads
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Protein merupakan nutrien penting bagi tubuh manusia, berfungsi dalam pembinaan otot, pemulihan tisu dan pelbagai proses biologi lain.
Walau bagaimanapun, pengambilan protein secara berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan, terutamanya jika tidak diimbangi dengan pemakanan yang seimbang.
Protein yang berlebihan boleh membebankan buah pinggang, organ yang bertanggungjawab untuk menapis sisa metabolisme protein seperti urea.
Apabila tubuh memproses protein dalam jumlah yang terlalu banyak, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menyingkirkan bahan buangan ini.
Hal ini boleh mempercepatkan kerosakan buah pinggang, terutamanya bagi individu yang sudah mempunyai masalah buah pinggang kronik.
Metabolisme protein menghasilkan urea, yang memerlukan air untuk dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing.
Jika pengambilan air tidak mencukupi, individu yang mengambil protein secara berlebihan berisiko mengalami dehidrasi.
Ini boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala dan masalah kesihatan lain.
Diet yang tinggi protein, terutamanya daripada sumber protein haiwan, boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.
Kehilangan kalsium ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan meningkatkan risiko osteoporosis, terutamanya jika pengambilan kalsium dan vitamin D tidak mencukupi.
Pengambilan protein yang tinggi dari sumber seperti daging merah dan produk tenusu berlemak boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (“kolesterol jahat”) dalam darah.
Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok jika tidak diimbangi dengan pengambilan lemak sihat serta serat daripada sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Diet tinggi protein tetapi rendah serat boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sembelit.
Sumber protein seperti daging merah tidak mengandungi serat, yang penting untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan.
Protein yang berlebihan tidak disimpan dalam bentuk protein tambahan tetapi diubah menjadi lemak jika tidak digunakan untuk tenaga atau pembinaan tisu.
Oleh itu, pengambilan protein yang terlalu tinggi boleh menyumbang kepada penambahan berat badan, terutamanya jika diiringi dengan kalori berlebihan dari makanan lain.
Walaupun protein adalah komponen penting dalam diet harian, pengambilan secara berlebihan boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan, termasuk risiko masalah buah pinggang, dehidrasi, osteoporosis dan penyakit jantung.
Oleh itu, penting untuk mengamalkan diet yang seimbang dan memastikan pengambilan protein berada pada tahap yang sesuai dengan keperluan tubuh.
Jika anda tidak pasti tentang keperluan protein anda, berundinglah dengan pakar pemakanan atau doktor untuk mendapatkan nasihat yang tepat.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap pasangan yang sudah berkahwin kebiasaannya pasti akan ada keninginan untuk menimang cahaya mata. Begitu juga dengan pelakon asal Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan.
Miller Khan atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan yang kini berusia 38 tahun berkongsi bahawa dia dan isterinya, Farina Rebecca sedang berusaha mendapatkan zuriat pertama mereka dengan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Jelasnya, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga ini masa yang sesuai untuk mereka mencuba mendapatkan anak.
“Kami sudah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, kami merancang untuk mencuba kaedah IVF.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya.
Malah jelasnya lagi, mengambil kira factor usianya sendiri, dia dan isteri berbincang an sama-sama bersetuju untuk melakukan rawatan IVF.
“Kami bukan lagi pasangan muda. Sebelum membuat keputusan ini, kami berbincang secara mendalam dan mencapai kata sepakat.
“Kami juga berkongsi serta mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga masing-masing.
“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama ini. Buat masa ini, proses masih di peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” tambahnya lagi yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL.
Mengantuk lepas sahur dan berbuka, ketahui punca, cara cegah ‘food coma.’ Pernah tak lepas berbuka puasa, badan tiba-tiba rasa lemah, mata jadi berat, dan kepala mula terlentuk-lentuk?
Rasa macam nak baring sekejap tapi bila dah baring, terus terlelap. Inilah yang dipanggil food coma atau dalam istilah saintifiknya, postprandial somnolence. Tapi, kenapa ini berlaku? Adakah sebab makan terlalu banyak, atau ada faktor lain yang menyebabkan rasa mengantuk ini?
Food coma merujuk kepada keadaan di mana badan terasa letih dan mengantuk selepas makan, terutamanya selepas menikmati hidangan yang besar atau kaya dengan karbohidrat. Keadaan ini sebenarnya adalah reaksi semula jadi badan terhadap makanan yang kita makan.
Makan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi ia juga memberi kesan kepada hormon, aliran darah, dan sistem saraf kita.
Apabila kita makan makanan yang tinggi karbohidrat atau gula, paras glukosa dalam darah akan meningkat dengan cepat. Ini menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk membantu menurunkan gula dalam darah.
Insulin ini juga merangsang pengeluaran hormon seperti serotonin dan melatonin, yang berperanan dalam mengawal rasa mengantuk. Sebab itu, selepas makan nasi berpinggan-pinggan atau makanan manis seperti kuih-muih, kita mudah rasa lesu.
Selepas makan, badan kita memberi keutamaan kepada sistem pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah akan dialirkan ke perut dan usus untuk membantu memproses makanan.
Akibatnya, aliran darah ke otak sedikit berkurang, menyebabkan rasa mengantuk dan kurang fokus. Sebab itulah selepas makan berat, kita rasa seperti “lemau” dan susah nak buat kerja.
Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ayam, dan ikan mengandungi asid amino tryptophan. Tryptophan digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang seterusnya membantu dalam penghasilan melatonin – hormon yang mengawal tidur.
Itulah sebabnya selepas makan makanan berprotein tinggi, badan kita cenderung untuk berasa lebih rileks dan mengantuk.
Badan kita mempunyai jam biologi tersendiri, dan secara semula jadi, kita memang lebih cenderung untuk berasa mengantuk pada waktu tengah hari dan petang.
Jadi, kalau kita makan dalam tempoh ini, terutamanya hidangan berat, kesan food coma akan menjadi lebih ketara.
Walaupun food coma adalah sesuatu yang normal, ia boleh mengganggu produktiviti, terutamanya jika kita ada kerja yang perlu diselesaikan selepas makan. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan kesannya:
✅ Makan dalam kuantiti sederhana – Elakkan makan secara berlebihan, terutama makanan tinggi karbohidrat dan gula.
✅ Seimbangkan hidangan – Pastikan makanan mengandungi protein, serat, dan lemak sihat untuk mengelakkan lonjakan gula dalam darah yang mendadak.
✅ Elakkan minuman manis berlebihan – Minuman manis boleh meningkatkan paras glukosa dengan cepat dan menyebabkan keletihan selepas itu.
✅ Bergerak selepas makan – Jangan terus baring atau duduk terlalu lama. Berjalan ringan selama 5-10 minit boleh membantu sistem pencernaan dan mengurangkan rasa mengantuk.
✅ Dapatkan tidur yang cukup – Jika badan memang kurang tidur, food coma akan jadi lebih teruk. Pastikan tidur yang mencukupi supaya badan lebih bertenaga sepanjang hari.
Food coma adalah fenomena biasa yang berlaku apabila badan bertindak balas terhadap makanan yang kita makan. Ia berpunca daripada peningkatan insulin, aliran darah ke perut, serta kesan hormon serotonin dan melatonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
Walaupun food coma tidak berbahaya, ia boleh menjejaskan tenaga dan fokus kita, terutamanya selepas berbuka puasa atau makan tengah hari. Jadi, kalau lepas makan rasa mengantuk sangat, cuba perhatikan apa yang dimakan dan amalkan tips di atas untuk kekal segar dan bertenaga!
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.