Seorang lelaki sejati, bukan hanya sekadar lelaki. Dia harus memahami bahawa hidup ini adalah rentetan kejayaan dan kegagalan.

Apabila berdepan dugaan, kebanyakan lelaki ada dua reaksi. Sama ada mengambil posisi mangsa dan membiarkan masalah menelan mereka atau mereka berundur seketika, mengkaji, dan menyerang balas dengan strategi baharu.

Dalam budaya kita, ada peribahasa yang tepat, “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”

Maknanya, jika sudah mula, lakukan hingga selesai, walau betapa kotor dan sukarnya. Lelaki yang matang tidak mudah mengaku kalah dan tidak lari dari cabaran.

Dugaan Bukan Pengakhiran

Mari kita berterus-terang. Kadangkala dalam kehidupan, perkara yang tidak baik atau malang berlaku. Ia mungkin perpisahan yang menyakitkan, kegagalan dalam perniagaan atau kehilangan kerja. Emosi yang datang adalah pahit, gelap, dan menghentak.

Namun, anda perlu faham, dugaan itu tidak bermaksud membawa satu pengakhiran dalam kehidupan, terutamanya sebagai seorang lelaki. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. Jika anda membiarkan satu episod buruk merosakkan keseluruhan naratif hidup anda, anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri.

Bila Lelaki Sejati Diuji, Adakah Ia Penamat Atau Permulaan Baru? Bila Lelaki Sejati Diuji, Adakah Ia Penamat Atau Permulaan Baru?

Lihat sahaja drama-drama kehidupan yang kompleks. Ambil contoh, plot seperti dalam drama ‘Mutiara Dalam Debuan Kabus’, yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.

Premis utamanya bermula dengan satu dugaan yang dahsyat: seorang wanita terselamat dari kemalangan hit-and-run yang kejam tetapi bangun tanpa memori, kini dikenali sebagai Aslin (Emma Maembong).

Ads

Manakala suaminya, Uzzam Zulkarnain (Zahiril Adzim) pula terpaksa berdepan dengan dugaan cukup berat terpaksa mencari semula kekuatan untuk meyakinkan isterinya, belajar bagaimana untuk mencintai satu sama lain semula.

Bila Lelaki Sejati Diuji, Adakah Ia Penamat Atau Permulaan Baru?

Melihat seseorang yang disayangi tidak mengenali anda dalam sekelip mata merupakan satu ujian yang cukup hebat. Namun di sinilah terujinya karakter seorang lelaki, adakah memilih jalan penamat atau menganggapnya sebagai permulaan baharu?

Anda Bukan Definisi Kegagalan Anda

Hal yang buruk berlaku. Walau betapa pahit dan buruk ia sekalipun, ia tidak memberikan definisi kepada kehidupan anda sebagai seorang lelaki.

Sering kali, lelaki terperangkap dalam mentaliti bahawa nilai mereka diukur dari kejayaan luaran seperti kerjaya, wang atau status hubungan. Apabila salah satu tiang ini roboh, identiti mereka turut runtuh. Ini adalah kesilapan besar.

Ads

Bila Lelaki Sejati Diuji, Adakah Ia Penamat Atau Permulaan Baru?

Nilai anda terletak pada karakter, daya tahan, dan keupayaan anda untuk bangkit. Anda bukan sekadar hasil daripada apa yang berlaku kepada anda, tetapi hasil daripada bagaimana anda bertindak balas terhadap apa yang berlaku.

Peluang Yang Terselindung dan Penemuan Jati Diri

Apabila kemalangan berlaku, ia selalunya datang dengan satu ‘hadiah’ yang tersembunyi. Kadangkala, mungkin itu adalah hikmah dan menjadi peluang terbaik untuk anda memulakan semula kehidupan baru. Ia adalah peluang untuk memecahkan kitaran lama yang mungkin sudah lama menghambat anda. Dugaan juga mungkin memaksa anda untuk melihat diri sendiri di cermin dan bertanya soalan sukar:

  • Apa yang saya silap?
  • Apa yang perlu saya ubah dalam diri saya?
  • Adakah ini benar-benar jalan yang saya mahu?

Gunakan rasa sakit itu sebagai pembakar semangat, bukan sebagai tali yang mengikat anda. Dugaan yang dahsyat sebenarnya boleh menjadi permulaan untuk anda menjadi lebih kuat, lebih fokus, dan lebih menghargai nyawa. Jangan biarkan ia menjadi penamat.

BACA: Tip & Teknik Dapatkan Larian 10km Dalam Masa Sebulan

Ads

Sebaliknya, jadikan ia sebagai reset button untuk babak kehidupan yang lebih kukuh, matang, dan penuh pengajaran.

Dugaan hanya menjadi pengakhiran jika anda memilih untuk berhenti. Tetapi bagi lelaki sejati, ia adalah loceng permulaan untuk babak kehidupan yang lebih kuat dan matang.

Bila Lelaki Sejati Diuji, Adakah Ia Penamat Atau Permulaan Baru?

Jangan lupa saksikan drama ‘Mutiara Dalam Debuan Kabus’ arahan Harris Fadzillah bermula 6 Oktober sehingga 13 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads