Seorang lelaki sejati, bukan hanya sekadar lelaki. Dia harus memahami bahawa hidup ini adalah rentetan kejayaan dan kegagalan.
Apabila berdepan dugaan, kebanyakan lelaki ada dua reaksi. Sama ada mengambil posisi mangsa dan membiarkan masalah menelan mereka atau mereka berundur seketika, mengkaji, dan menyerang balas dengan strategi baharu.
Dalam budaya kita, ada peribahasa yang tepat, “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
Maknanya, jika sudah mula, lakukan hingga selesai, walau betapa kotor dan sukarnya. Lelaki yang matang tidak mudah mengaku kalah dan tidak lari dari cabaran.
Dugaan Bukan Pengakhiran
Mari kita berterus-terang. Kadangkala dalam kehidupan, perkara yang tidak baik atau malang berlaku. Ia mungkin perpisahan yang menyakitkan, kegagalan dalam perniagaan atau kehilangan kerja. Emosi yang datang adalah pahit, gelap, dan menghentak.
Namun, anda perlu faham, dugaan itu tidak bermaksud membawa satu pengakhiran dalam kehidupan, terutamanya sebagai seorang lelaki. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. Jika anda membiarkan satu episod buruk merosakkan keseluruhan naratif hidup anda, anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri.
Lihat sahaja drama-drama kehidupan yang kompleks. Ambil contoh, plot seperti dalam drama ‘Mutiara Dalam Debuan Kabus’, yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Premis utamanya bermula dengan satu dugaan yang dahsyat: seorang wanita terselamat dari kemalangan hit-and-run yang kejam tetapi bangun tanpa memori, kini dikenali sebagai Aslin (Emma Maembong).
Ads
Manakala suaminya, Uzzam Zulkarnain (Zahiril Adzim) pula terpaksa berdepan dengan dugaan cukup berat terpaksa mencari semula kekuatan untuk meyakinkan isterinya, belajar bagaimana untuk mencintai satu sama lain semula.
Melihat seseorang yang disayangi tidak mengenali anda dalam sekelip mata merupakan satu ujian yang cukup hebat. Namun di sinilah terujinya karakter seorang lelaki, adakah memilih jalan penamat atau menganggapnya sebagai permulaan baharu?
Anda Bukan Definisi Kegagalan Anda
Hal yang buruk berlaku. Walau betapa pahit dan buruk ia sekalipun, ia tidak memberikan definisi kepada kehidupan anda sebagai seorang lelaki.
Sering kali, lelaki terperangkap dalam mentaliti bahawa nilai mereka diukur dari kejayaan luaran seperti kerjaya, wang atau status hubungan. Apabila salah satu tiang ini roboh, identiti mereka turut runtuh. Ini adalah kesilapan besar.
Ads
Nilai anda terletak pada karakter, daya tahan, dan keupayaan anda untuk bangkit. Anda bukan sekadar hasil daripada apa yang berlaku kepada anda, tetapi hasil daripada bagaimana anda bertindak balas terhadap apa yang berlaku.
Peluang Yang Terselindung dan Penemuan Jati Diri
Apabila kemalangan berlaku, ia selalunya datang dengan satu ‘hadiah’ yang tersembunyi. Kadangkala, mungkin itu adalah hikmah dan menjadi peluang terbaik untuk anda memulakan semula kehidupan baru. Ia adalah peluang untuk memecahkan kitaran lama yang mungkin sudah lama menghambat anda. Dugaan juga mungkin memaksa anda untuk melihat diri sendiri di cermin dan bertanya soalan sukar:
Apa yang saya silap?
Apa yang perlu saya ubah dalam diri saya?
Adakah ini benar-benar jalan yang saya mahu?
Gunakan rasa sakit itu sebagai pembakar semangat, bukan sebagai tali yang mengikat anda. Dugaan yang dahsyat sebenarnya boleh menjadi permulaan untuk anda menjadi lebih kuat, lebih fokus, dan lebih menghargai nyawa. Jangan biarkan ia menjadi penamat.
Sebaliknya, jadikan ia sebagai reset button untuk babak kehidupan yang lebih kukuh, matang, dan penuh pengajaran.
Dugaan hanya menjadi pengakhiran jika anda memilih untuk berhenti. Tetapi bagi lelaki sejati, ia adalah loceng permulaan untuk babak kehidupan yang lebih kuat dan matang.
Jangan lupa saksikan drama ‘Mutiara Dalam Debuan Kabus’ arahan Harris Fadzillah bermula 6 Oktober sehingga 13 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hidup ini adalah pilihan kita sendiri untuk merubah masa depan kita. Jika kita tersalah pilih jalan maka rosak lah masa depan kita. Apa yang berlaku di hadapan adalah pada kita hari ini. Setiap orang di beri pilihan dalam hidup tetapi kita sendiri harus menilai sama ada pilihan itu yang terbaik untuk kita masa hadapan.
Dalam penomena alam ini, terlalu banyak bnda yang dapat kita pelajari untuk mengajar kita tentang kehidupan seharian. Sebagai contoh seekor katak.
Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.
Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi “Boiling Frog syndrome”. Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.
Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah.
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepetahannya berbicara dalam pelbagai bahasa menjadikan hos dan selebriti serba berbakat, Baki Zainal dipilih oleh jenama isi rumah popular, Eco-Shop sebagai duta terbaru mereka.
Menerusi kenyataan media dari Baki Zainal Entertainment, kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd menyaksikan di mana dia akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Sebagai seseorang yang sentiasa komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif.
Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” jelasnya.
Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama.
Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.
Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia?Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.
ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL
Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara Asia (Jepun). Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsu selepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini.
AMERICAN APPAREL
Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.
DUNKIN’ DONUTS’
Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mencipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.