Lelaki yang berambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat :
Ads
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
Ads
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Ads
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tip penjagaan wajah ala pelakon Korea, patutlah kulit glowing. Setiap selebriti pasti mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kulit mereka, termasuk para pelakon lelaki Korea.
Mereka juga mengamalkan rutin penjagaan kulit menggunakan produk skincare. Tidak hairanlah jika para pelakon ini sentiasa kelihatan menawan dengan kulit yang bersih dan berseri.
Berikut adalah lima tip penjagaan kulit wajah ala pelakon Korea. Nak tahu siapa mereka? Jom, baca hingga habis!
Hyun Bin menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi hyaluronic acid atau asid hialuronik untuk mengekalkan kesihatan kulitnya. Asid hialuronik berupaya menegangkan kulit serta mencegah pelbagai tanda penuaan seperti kedutan pada wajah. Kandungan asid hialuronik mampu menjadikan kulit lebih anjal dan terhidrat dengan baik. Inilah rahsia penjagaan wajah Hyun Bin yang membuatkan dia kelihatan awet muda.
Pelakon Korea ini masih kelihatan awet muda walaupun sudah berusia 38 tahun. Song Joong Ki rajin menggunakan produk skincare yang mampu menghidrat kulit dan sentiasa memakai pelembap. Selain itu, dia juga memberi perhatian khusus kepada kawasan sekitar mata dengan menggunakan eye cream dan masker mata. Ini bertujuan untuk mencegah kemunculan kedutan serta garis-garis halus di bahagian tersebut.
Masker wajah adalah rahsia kulit sihat Kim Soo Hyun. Pelakon berusia 34 tahun ini menganggap masker wajah sebagai produk yang praktikal dan mampu menutrisi kulitnya dengan cepat. Sebagai contoh, sebelum menghadiri acara penting, dia akan menggunakan masker pelembap yang mengandungi vitamin C bagi menjadikan wajahnya kelihatan lebih berseri dan glowing.
Park Seo Joon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah. Dia kerap menggunakan sheet mask sekali sehari bagi memastikan kulitnya sentiasa lembap. Selain itu, dia juga mengamalkan tiga langkah asas penjagaan kulit, iaitu mencuci wajah, menggunakan toner, dan akhirnya memakai pelembap. Rutin inilah yang membuatkan kulitnya sentiasa kelihatan flawless dalam setiap penampilan.
Tidak ketinggalan, Park Bo Gum juga rajin menggunakan skincare bagi memastikan kulitnya kekal sihat dan awet muda. Dia lebih gemar menggunakan produk asas seperti pelembap yang mengandungi SPF bagi melindungi kulitnya daripada sinaran matahari.
Itulah lima tip penjagaan kulit wajah yang diamalkan oleh pelakon Korea. Anda juga boleh mencuba rutin ini untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri!
Masih ramai lelaki yang beranggapan mencuci muka dengan air sahaja sudah mencukupi. Ada juga yang menggunakan sabun mandi atau sabun badan untuk membersihkan muka atau wajah kerana menganggap semua sabun mempunyai fungsi yang sama.
Hakikatnya, kulit wajah mempunyai struktur yang berbeza berbanding kulit pada bahagian badan lain. Sebab itulah penggunaan pencuci muka bukan sekadar soal kosmetik atau penampilan semata-mata, tetapi turut berkait rapat dengan aspek kesihatan kulit.
Jadi, adakah lelaki benar-benar memerlukan pencuci muka?
Jawapannya, ya.
Malah pelbagai kajian dermatologi menunjukkan rutin pembersihan wajah yang betul mampu membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, pori tersumbat, iritasi serta penuaan pramatang.
Ramai tidak sedar bahawa kulit lelaki secara biologinya berbeza daripada wanita.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science, kulit lelaki mempunyai ketebalan sekitar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi kerana dipengaruhi hormon testosteron.
Selain itu, lelaki juga menghasilkan lebih banyak sebum atau minyak semula jadi kulit.
Minyak ini sebenarnya penting untuk melindungi kulit, namun penghasilan berlebihan boleh menyebabkan pori tersumbat dan meningkatkan risiko jerawat.
Sebab itulah ramai lelaki terutamanya yang aktif bersukan atau bekerja di luar rumah sering mengalami masalah kulit berminyak.
Sepanjang hari, wajah kita terdedah kepada pelbagai bahan pencemar.
Habuk, asap kenderaan, peluh, minyak berlebihan, bakteria dan sisa sunscreen boleh terkumpul di permukaan kulit.
Menurut American Academy of Dermatology (AAD), campuran bahan-bahan ini boleh menyumbat pori dan mencetuskan pelbagai masalah kulit jika tidak dibersihkan dengan sempurna.
Membasuh muka menggunakan air sahaja tidak cukup untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada permukaan kulit.
Di sinilah fungsi pencuci muka memainkan peranan.
Formula pencuci muka direka khusus untuk memecahkan minyak, menanggalkan kekotoran dan membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Mengabaikan penjagaan wajah bukan sekadar menyebabkan muka kelihatan kusam.
Dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada beberapa masalah lain.
Antaranya ialah pori tersumbat yang menjadi punca utama pembentukan jerawat dan blackhead.
Apabila minyak dan sel kulit mati terkumpul terlalu lama, bakteria mudah membiak lalu menyebabkan keradangan pada kulit.
Selain itu, pencemaran udara juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology mendapati pendedahan berterusan kepada pencemaran boleh meningkatkan pembentukan pigmentasi, kedutan halus dan kerosakan kolagen.
Ini bermakna lelaki yang tidak menjaga kebersihan wajah mungkin akan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih awal berbanding mereka yang mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik.
Ini antara kesilapan paling biasa dilakukan lelaki.
Sabun badan biasanya mempunyai tahap pH yang lebih tinggi dan kandungan bahan pencuci yang lebih kuat.
Kulit wajah pula lebih sensitif dan memerlukan produk yang lebih lembut.
Penggunaan sabun badan secara berterusan boleh menyebabkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terganggu.
Akibatnya, kulit menjadi kering, mudah iritasi dan menghasilkan lebih banyak minyak bagi mengimbangi kehilangan kelembapan.
Keadaan ini akhirnya boleh menyebabkan masalah kulit bertambah teruk.
Pakar dermatologi biasanya mengesyorkan mencuci muka sebanyak dua kali sehari.
Sekali pada waktu pagi untuk menyingkirkan minyak yang terkumpul ketika tidur dan sekali lagi pada waktu malam untuk membersihkan segala kotoran sepanjang hari.
Bagi lelaki yang aktif bersenam atau melakukan aktiviti luar yang menyebabkan peluh berlebihan, mencuci muka selepas bersenam juga sangat digalakkan.
Namun perlu diingat, mencuci muka terlalu kerap juga tidak baik kerana ia boleh mengganggu keseimbangan semula jadi kulit.
Tidak semua pencuci muka sesuai untuk semua orang.
Lelaki yang mempunyai kulit berminyak boleh memilih pencuci muka yang mengandungi salicylic acid bagi membantu mengawal minyak dan mencegah jerawat.
Bagi kulit kering pula, pilih formula yang mengandungi bahan pelembap seperti glycerin atau hyaluronic acid.
Jika mempunyai kulit sensitif, elakkan produk yang mengandungi alkohol atau pewangi berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan.
Memahami jenis kulit sendiri adalah langkah pertama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Zaman di mana penjagaan kulit dianggap hanya untuk wanita sudah lama berlalu.
Hari ini, semakin ramai lelaki mula memahami bahawa menjaga wajah adalah sebahagian daripada penjagaan diri secara keseluruhan.
Sama seperti menjaga rambut, bersenam atau menjaga pemakanan, membersihkan wajah juga memainkan peranan penting dalam memastikan penampilan dan kesihatan berada pada tahap terbaik.
Hakikatnya, penggunaan pencuci muka bukanlah satu kemewahan atau trend semata-mata.
Ia adalah satu keperluan asas yang membantu memastikan kulit kekal bersih, sihat dan terlindung daripada pelbagai masalah yang boleh berlaku akibat pengumpulan minyak, kotoran dan pencemaran harian.
Jadi jika anda masih mencuci muka menggunakan sabun badan atau sekadar air paip semata-mata, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan semula rutin penjagaan kulit anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebut sahaja namanya, pasti ramai orang tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita terus terbayang akan wajahnya yang kacak. Malah pada suatu ketika rupa paras Brad Pitt dianggap sebagai penanda aras ketampanan seorang lelaki moden. Jadi apa rahsia Brad Pitt yang kini masih lagi maintain nampak macam orang muda walaupun sudah berusia 57 tahun?
Lihat sahajalah rata-rata lelaki yang sebaya dengan usianya sekarang. Kebanyakannya pasti nampak jauh lebih tua brbanding Brad Pitt.
Pemenang dua anugerah Oscar ini dilahirkan pada 1963. Mungkin bagi anda, dia sebaya dengan datuk anda sekarang. Walaupun kedut sudah mula kelihatan namun Brad Pitt tetap nampak kacak dalam apa jua gaya yang diserlahkannya.
Selain itu, gaya rambut Brad Pitt juga sering menjadi rujukan dan trend lelaki di luar sana.
Jadi apakah rahsianya dia sentiasa nampak lebih muda dan bergaya?
Adakah ia disebabkan faktor genetik? Mungkin. Atau adakah ia disebabkan penggunaan produk tertentu? Iya, mungkin juga.
Namun MASKULIN tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh pakar kulit yang juga Pengarah Perubatan New York Dermatology Group di Harrods Wellness Clinic, Dr Costas Papageorgiou. Menerusi temu bual bersama majalagh GQ, beliau menkelaskan Brad Pitt merupakan seorang yang sangat teliti menjaga diri dan penampilannya.
“Dia bukannya ingin kelihatan muda tapi ingin menjadi versi dirinya yang paling sihat. Selain itu, menerusi penampilannya Brad juga pandai menlindungi wajah dan juga lehernya dari sinaran matahari bagi memastikan kulit sentiasa baik. Ia juga dapat mengelakkan kedut bertambah cepat, radang dan juga kemerahan daripada berlaku,” jelasnya.
Satu kajian pernah dilakukan oleh American Society of Plactic Surgeons mendapati, pada tahun 2018 lebih sejuta lelaki memilih untuk melakukan prosedur minimal seperti botox, fillers dan juga rawatan laser. Penambahan sebanyak lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.
Namun Brad Pitt didapati tidak menggunakan botox atau melakukan sebarang pembedahan plastik. Jelas Dr Costas agi, lelaki tidak harus terburu-buru untuk melakukan rawatan kosmetik. Cabarannya adalah lebih tertumpu kepada penjagaan harian.
Perkara itulah yang akan memberikan kesan dalam jangka masa panjang seperti dapat kita lihat pada Brad Pitt. Selain itu, gaya hidup yang sihat dengan senaman secara rutin dan juga pemakanan seimbang boleh memberikan kesan positif bukan sahaja pada badan malah raut wajah. Itulah rahsia awet muda Brad Pitt!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.