Pertama sekali secara jujurnya bila anda mendengar perkataan ‘shopping’ kepada jantina manakah yang lebih dekat dengan aktiviti tersebut?
Sebagai lelaki anda tidak seharusnya berfikiran panjang untuk menemui jawapannya. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang sudah berkahwin atau punyai teman wanita.
Wahai lelaki sekalian ketahuilah bahawa ‘shopping’ itu adalah satu salah perkara yang membahagiakan wanita. Sila ingat perkara itu sampai bila-bila. Dan MASKULIN mengatakan perkara tersebut bukanlah dengan konotasi negatif tetapi merupakan satu bentuk pujian.
Wanita memang gemar membeli-belah dengan cara tersendiri,dengan lebih teliti dan mungkin lebih baik berbanding lelaki. Namun itu tidak bermakna seorang lelaki merupakan seorang yang ‘lousy’ dalam membeli-belah.
Secara konsensusnya masyarakat beranggapan perbelanjaan barangan keperluan di rumah kebiasaannya akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita. Kaum lelaki sebagai suami pula cukup sekadar mengeluarkan wang untuk perbelanjaan tersebut.
Terdapat satu kajian dari Warton School of Business hadir dengan kesimpulan mengatakan ‘men buy, women shop’. Apakah yang dimaksudkan oleh mereka?
Walaupun corak perbelanjaan lelaki dan wanita secara amnya tidaklah berbeza namun terdapat beberapa perbezaan dari segi sterotaip, perspektif dan juga motif perbelanjaan yang dilakukan.
Sebagai contoh tabiat membeli belah secara di atas talian atau e-dagang. Kajian mendapati di antara faktor yang memainkan peranan sangat penting bagi wanita dalam membeli-belah ialah kaitan emosional yang kuat, psikologikal dan peranan simbolik berbanding lelaki.
Manakala lelaki pula lebih kepada aspek rasional, membuat keputusan dengan cepat dan bersedia untuk mengambil risiko terutamanya produk atau peranti berteknologi tinggi dan baharu.
Ads
Di bawah MASKULIN kongsikan 7 perkara yang membezakan tabiat membeli-belah di antara lelaki dan wanita.
WANITA PENTINGKAN DISKAUN
Secara perbandingan wanita lebih gemar mencari barangan atau produk yang menawarkan diskaun. Malah, wanita juga lebih cenderung untuk membeli-belah lebih banyak ketika musim jualan murah berbanding lelaki.
Selain itu, penggunaan sebarang kupon atau kod diskaun juga lebih banyak digunakan oleh wanita. Disebabkan itulah rata-rata lelaki berbelanja lebih tinggi untuk satu-satu produk.
LELAKI BERBELANJA LEBIH TINGGI BILA SEMAKIN DEWASA
Berbeza dengan wanita yang lebih banyak ‘shopping’ ketika usia mudanya, lelaki lebih banyak menghabiskan wang berbelanja sakan ketika usia semakin dewasa. Lihat sahajalah lelaki yang usianya berusia 30-an hingga 40-an.
Ketika inilah mereka akan mula berbelanja kerana rata-rata kedudukan kewangan semakin stabil dan mula menemui hobi yang baru. Wanita pula lebih settle down dengan kewangan mereka terutamanya yang sudah berkeluarga.
Ads
LELAKI KURANG GEMAR KE LORONG KECANTIKAN & MASAKAN
Kajian juga mendapati kira-kira 74 hingga 90 peratus wanita akan menghabiskan masa membeli-belah mereka di bahagian kecantikan, bayi dan kategori makanan. Namun ia tidak bermakna lelaki tidak mengunjungi lorong tersebut di pasar raya. Cuma waktu mereka habiskan di lorong tersebut lebih pendek dan ringkas.
Perbelanjaan makanan seperti snek, minuman soda, susu dan pelbagai produk yang boleh didapati di kedai serbaneka biasanya akan dibeli oleh lelaki. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Nielsen kebanyakan jenama mengambil kesempatan ini dengan mencipta tema tawaran atau ‘bundle’ yang mudah menarik perhatian lelaki.
‘MEN BUY, WOMEN SHOP’
Seperti MASKULIN katakan di atas faktor perbezaan ini merupakan tabiat berbelanja yang cukup ketara di antara lelaki dan wanita. Wanita lebih cenderung dan mudah untuk memberikan reaksi terhadap interaksi personal bersama pembantu jualan.
Manakala lelaki pula lebih mementingkan aspek yang memudahkan mereka untuk membeli-belah seperti ruang letak kereta yang banyak, stok mencukupi dan juga kemudahan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan urusan beli-belah.
KHIDMAT PELANGGAN
Kajian Wharton juga mendapati sebanyak 29% wanita mengatakan kekurangan bantuan apabila diperlukan ketika membeli-belah merupakan masalah paling tidak digemari mereka. Dan kebanyakannya lebih cenderung untuk membeli-belah di tempat lain jika khidmat pelanggan yang ditawarkan tidak berapa baik.
Ads
Bagi lelaki pula masalah utama yang menggangu mereka ialah ruang tempat letak kereta yang tidak mencukupi atau terlalu jauh.
LEBIH LAMA TAPI LEBIH KERAP
Apa yang MASKULIN maksudkan ialah lelaki mengambil masa lebih pendek ketika membeli-belah namun rela berulang banyak kali ke pusat membeli-belah atau pasaraya. Disebabkan itulah setiap kali membeli-belah jumlah item yang dibeli lebih sedikit berbanding wanita.
Dalam memilih barangan yang berkualiti pula lelaki dan wanita sebenarnya tidak jauh bezanya. Masing-masing mahukan produk yang ada ‘value for money’.
Barangan berkualiti tidak bermaksud barangan import semata. Pada masa kini barangan keluaran tempatan juga mempunyai kualiti serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan dengan kempen yang dianjurkan mereka, ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.
Hadir dengan tanda pagar #BarangBaikBarangKita, KPDNHEP turut ingin membantu sektor industri tempatan bangkit dari impak pandemik COVID-19 sekali gus membangkitkan semula ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri berkata juga menyatakan bahawa kerajaan telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Jadi marilah sama-sana kita sokong barangan buatan Malaysia! #BarangBaikBarangKita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerjasama antara jenama kasut dan juga animasi bukan lagi satu perkara baru. Beberapa pengeluar kasut terkenal dilihat menjadikan trend ini sebagai satu perkara menarik untuk diterokai.
Terbaru, Reebok menjalinkan kerjasama bersama Warner Bros. Comsumer Products dengan menggunakan karakter animasi daripada siri legenda, ‘Tom & Jerry’.
Hasilnya sebuah koleksi sneakers dan juga pakaian yang mnggabungkan kedua-dua elemen daripada Reebok dan juga karakter animasi tersebut.
Menerusi kolaborasi ‘Reebok x Tom & Jeryy’ sebanyak empat pilihan sneakers dengan rekaan berbeza ditampilkan.
Koleksi tersebut merangkumi Reebok Instapump Fury x Tom, Reebok Club C Revenge x Jerry dan Reebok Club C x Tom & Jerry.
Lebih menarik lagi ia turut ditawrkan dalam saiz pelbagai iaitu untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga bayi. Menurut Reebok Malaysia, koleksi eksklusif ini boleh didapati di outlet terpilih di seluruh negara bermula pada 15 Februari 2020.
Buat anda yang ingin mengembalikan nostalgia kartun terkenal yang ditonton semasa kecil inilah kasut yang tepat. Dari segi rekaan dan juga material yang digunakan ia tidak kalah dengan gaya.
Bagi MASKULIN sendiri, Instapump Fury x Tom menjadi idaman hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkembangan jenama jam tangan Bell & Ross di Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa. Dari metropolis Kuala Lumpur yang sibuk hingga ke pelbagai kawasan kejiranan di Damansara, Bell & Ross telah meletakkan butiknya secara strategik untuk memenuhi pelbagai pelanggan, mencerminkan komitmen untuk menyediakan jam tangan berkualiti yang menggabungkan ketepatan dan gaya dengan lancar.
Kehadiran meluas jenama itu mencerminkan perjalanannya yang luar biasa dan menekankan keupayaannya untuk memikat peminat jam tangan dan profesional dalam pasaran yang berkembang maju ini.
Butik baharu di The Exchange TRX ini turut mengekalkan reka bentuk yang teguh dan identiti jenama Bell & Ross.
Mempunyai gabungan bentuk dan fungsi yang lancar, bahagian dalam butik akan menyerlahkan falsafah jenama, menarik inspirasi daripada struktur fiuslaj pesawat sambil menyepadukan sentuhan kecanggihan semula jadi dengan perabot kayu.
Reka Bentuk Dalaman Yang Teliti
Daripada bahan yang dipilih dengan teliti kepada susun atur dan unit paparan, setiap sudut butik ini direka dengan teliti untuk menyuarakan komitmen jenama terhadap ketepatan, gaya dan ketahanan.
Hasilnya ialah persekitaran yang mengasyikkan yang merangkumi semangat Bell & Ross dengan sempurna, di mana pengunjung boleh meneroka dunia horologi jenama sambil mengalami bahasa reka bentuk yang tidak berbelah bahagi yang mentakrifkan jenama.
Memandangkan Malaysia telah membuktikan dirinya sebagai pusat yang berkembang maju untuk Bell & Ross, penambahan The Exchange, TRX pada portfolio itu menekankan lagi hubungan antara jenama itu dan pelanggan tempatan.
Setiap butik membawa reka bentuk dan identiti Bell & Ross, menyediakan persekitaran yang menawan untuk peminat meneroka jam tangan, dan butik baharu di The Exchange TRX tidak berbeza.
Pembukaan butik Bell & Ross di The Exchange TRX juga membuktikan dedikasi jenama itu untuk memberi impak berkekalan dalam bidang pembuatan jam tangan mewah sambil mengesahkan kedudukannya sebagai tunjang kecemerlangan horologi di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Karier profesional dalam dunia digital sekarang membawa sifat yang sangat mobil. Segalanya perlu dilakukan degan cepat, pantas dan boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja. Malah, ia menjadi satu trend yang cukup popular pada era ini.
Dengan wujudnya rangkaian Internet yang lebih pantas, perbincangan, pengurusan dan pelaksanaan tugasan spesifik dapat dilakukan secara digital. Waktu kerja yang lebih fleksibel dan mampu menyusun aliran kerja secara lebih personal juga menjadi tarikan mengapa ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah.
Walaupun bekerja dari rumah memberikan cabaran yang cukup berbeza kerana tanggungjawabnya yang lebih tinggi dan memerlukan disiplin, kita sebenarnya masih boleh kekal produktif jika kena dengan caranya.
Mujur ada komputer riba Fujitsu UH-X kerana segala tugasan kerja yang perlu dilakukan di rumah dapat dilaksanakan dengan mudah. Bukan semata-mata untuk menaip, Fujitsu UH-X juga menjadi peranti yang lengkap dengan pelbagai kelebihan yang boleh melancarkan kerja pejabat anda agar jadi lebih sempurna.
Berikut merupakan 7 kelebihan mengapa Fujitsu UH-X menjadi peranti luar biasa yang sangat membantu:
1. ULTRA-RINGAN DAN MUDAH DIBAWA
Walaupun bekerja di rumah, anda pasti memerlukan sebuah komputer riba yang mudah untuk dibawa. Sama ada diletakkan di dalam bilik kerja sementara, ruang tamu mahupun di dalam bilik, sebuah komputer riba perlu mempunyai karakteristik ‘mobility’. Menariknya tentang komputer riba ini, ia hadir dengan teknologi Ultra-Light Design yang mempunyai berat hanya 778 gram. Lebih ringan berbanding sebotol air mineral satu liter!
2. SAMBUNGAN PELBAGAI FUNGSI
Memang banyak komputer riba yang ringan dan nipis terdapat di pasaran namun tidak banyak yang menyediakan kelebihan sambungan pelbagai fungsi. Berbanding Fujitsu UH-X, peranti ini menyediakan teknologi pelbagai sokongan sambungan atau port yang banyak antaranya SD Card, USB3.2, LAN port, Security lock, 2 x USB Type-C, HDMI dan juga earphone.
Paling menarik sekali, Fujitsu UH-X turut dilengkapi dengan port LAN yang boleh dilipat atau foldable LAN. Dengan kelebihan sambungan pelbagai fungsi ini, anda juga boleh menyambungkan terus HDMI ke TV bagi paparan yang lebih besar.
3. PANGGILAN VIDEO HD YANG TERANG
Selain menyiapkan kerja pejabat, anda juga boleh meneruskan perbincangan dan mesyuarat seperti biasa bersama ketua atau rakan sepasukan walaupun bekerja dari rumah. Ini kerana Fujitsu UH-X tampil dengan teknologi kamera FHD yang membolehkan panggilan video dilakukan dengan cukup terang dan lancar.
Dari segi audio, Fujitsu UH-X tampil lengkap dengan teknologi Waves MaxxAudio yang mana teknologi audio ini pernah memenangi anugerah Technical GRAMMYR Award. Built-in speaker pula menghasilkan audio yang lebih jelas dan mudah untuk didengari oleh penerima panggilan video.
4. PAPAN KEKUNCI YANG ‘MESRA JARI’
Apabila ingin membeli sebuah komputer riba, papan kekunci yang ‘mesra jari’ pasti menjadi keutamaan. Selain memberikan keselesaan untuk menekan papan kekunci, fungsi ‘mesra jari’ yang ada pada Fujitsu UH-X ini penting agar ia tidak menyakitkan jari-jemari anda apabila menggunakannya dalam tempoh masa yang panjang. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan papan kekunci ‘keystroke 1.5mm’ dan bentuk istimewa ‘spherical-cylindrical keytop’.
5. FUNGSI SEKURITI – PENGECAMAN WAJAH
Jika selama ini anda perlu memasukkan kata laluan setiap kali ingin membuka komputer riba tapi dengan Fujitsu UH-X, anda tidak perlu lagi menyimpan sebarang kata laluan. Ini kerana Fujitsu UH-X ini hadir dengan teknologi pengecaman wajah bersama sensor binaan dalaman yang disokong oleh Windows Hello.
Selain fungsi sekuriti yang lebih selamat kerana peranti ini hanya mengecam wajah pemilik asal, anda juga tidak lagi terbeban untuk mengingati sebarang kata laluan. Tunjuk sahaja wajah, anda boleh terus menggunakannya tanpa sebarang masalah.
6. BERKELAJUAN TINGGI
Pantas dan cepat! Itulah karakteristik penting untuk memiliki sebuah komputer riba. Apabila memerlukan anda untuk menyiapkan tugasan dengan segera, pasti anda inginkan sebuah komputer yang boleh digunakan ‘on-the-spot’ dengan pantas. Fujitsu UH-X sememangnya tidak mengecewakan kerana komputer riba ini dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 10th GEN yang merupakan antara pemproses terpantas pada masa kini.
Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan SSD high-speed yang mana komputer riba ini boleh ‘boots up’ dengan pantas apabila butang power ditekan. Secara tidak langsung, anda boleh menggunakan browsers dan program Office dengan lebih cepat dan mudah.
7. PENGECASAN YANG PANTAS
Fungsi pengecasan pantas juga tidak kurang pentingnya untuk kegunaan harian melaksanakan tugasan kerja di rumah. Menariknya, Fujitsu UH-X juga didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas pada capaian 50 peratus dalam masa 30 minit sahaja. Malah, AC adapter komputer riba ini juga sangat ringan dengan berat hanya 210 gram. Jadi, anda tidak perlu lagi merungut dan menunggu lama untuk mengecas komputer sehingga penuh!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.