Telefon pintar 5G paling berharga mampu milik hanya seribu lebih ini, kini sudah tiba. HUAWEI nova 7 SE merupakan telefon pintar terbaharu HUAWEI yang bukan sahaja sarat dengan pelbagai ciri-ciri teknologi canggih terkini tetapi lengkap dengan rekaan yang cukup bergaya.

Bagi generasi baharu, selain mengekspresikan diri pada pakaian dan aksesori, mereka juga mementingkan spesifikasi pada telefon pintar. Jika dahulu hanya cermin mata, beg tangan dan jam menjadi pelengkap fesyen, namun kini telefon pintar yang digenggam erat di tangan juga mampu memberikan estetika yang sama.

Setiap gaya pakaian boleh diserlahkan dengan lebih trendy bersama rekaan telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri rekaan terkini. Jadi, jika anda mahu memiliki sebuah telefon pintar yang mampu memenuhi karakteristik yang MASKULIN sebutkan tadi, HUAWEI nova 7 SE ada jawapannya.

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SE

REKAAN TRENDY PELENGKAP GAYA

Kebiasaannya, telefon pintar 5G akan hadir dengan rekaan yang lebih tebal kerana ia memerlukan ruang besar untuk chipset 5G.

Namun berbeza dengan model-model yang lain, HUAWEI nova 7 SE tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan. Ketebalannya yang hanya 8.58 mm dan berat 189 gram menjadikan ia sebagai aksesori fesyen yang tidak sarat untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Lebih menarik, HUAWEI nova 7 SE juga menggunakan rekaan kemasan kaca (glass) di bahagian belakang menjadikan bentuknya lebih melengkung untuk genggaman lebih selesa dan kuat. Di bawah sinaran cahaya, ia tidak ubah seperti sebotol minyak wangi premium yang mahal.

Manakala di bahagian hadapannya pula, HUAWEI nova 7 SE dilengkapi dengan skrin sesentuh 6.5 inci FullView Display bersama resolusi 1080p. Ini memberikan visual yang lebih elegan dan moden.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga mempunyai kadar ration-to-body yang baik dengan 90.3 peratus yang mampu memberikan pengalaman menggunakan skrin yang lebih besar dan memuaskan hati.

IKLAN

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SE

Bagi anda yang gemar berswafoto pula pasti akan puas hati dengan barisan kamera yang melengkapi telefon pintar ini. Tampil dengan AI Quad Camera, ia meliputi kamera utama 64MP, kamera wide angle 8MP, 2MP macro lens dan 2MP bokeh lens. Setiap kamera mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan sokongan AI bagi pengalaman fotografi yang lebih meluas.

WARNA YANG LEBIH VIBRANT & MENYERLAH

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SE

Untuk kelihatan trendy, peranan warna juga memainkan faktor yang sangat penting. Huawei nova 7 SE tampil dengan tiga warna berbeza yang cukup menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.

Warna Space Silver menggunakan tona warna silver yang saturasi di tahap rendah bersama warna gradian biru, perak dan merah jambu. Bagi yang meminati warna Midsummer Purple, ia menampilkan tona ungu yang memberikan reflesi warna biru seperti garisan matahari pada pertengahan musim panas. Manakala untuk warna Crush Green pula menampilkan tona kehijauan dengan refleksi warna hitam yang memukau pandangan.

IKLAN

CAPAIAN 5G KELAJUAN TINGGI

Rupa di bahagian luaran memang sangat penting buat pengguna trendy. Namun, sesebuah telefon pintar itu akan mempunyai tambahan nilai hebat jika ia muncul dengan kemampuan yang hebat. Huawei nova 7 SE dikuasakan dengan Kirin 820 5G dan menyokong rangkaian 4G dan 5G.

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SE

Sokongan rangkaian 5G juga memberikan pengalaman hebat melayari Internet dengan lebih lancar dan laju. Terbukti, ia bukan sahaja memberikan ekspresi fesyen hebat namun spesifikasinya juga tidak kalah dengan telefon pintar lain yang ada di pasaran.

Spesifikasi hebat yang ditawarkan pastinya membuatkan anda teruja untuk menantikan kemunculan HUAWEI nova 7 SE yang melengkapi gaya dan memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar berkelajuan tinggi.

Lain daripada reka bentuk dan teknologi 5G Siri HUAWEI nova 7 ini, banyak faktor lagi yang membuktikan kita patut miliki telefon pintar ini bermula 19 Jun 2020!

IKLAN

HUAWEI APPGALLERY

Huawei AppGallery berkembang pesat di MalaysiaTonton video untuk mengetahui lebih lanjut!Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://bit.ly/2Y1Gvek#AWANInews

Posted by Astro AWANI on Sunday, June 7, 2020

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SESatu tempat semua ada! Menerusi HUAWEI AppGallery, anda boleh mendapatkan semua aplikasi kegemaran merangkumi pelbagai genre. Ia kini menjadi platform kegemaran rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai aplikasi hebat terkini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

MERAIKAN HUAWEI APPGALLERY CARNIVAL

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SEBermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, pengguna AppGallery boleh menikmati pelbagai super deals menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2 juta!

Ia boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stors dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti anda seperti Proton X70s dan 500 buah skuter elektrik.

Jika anda sudah tidak mahu bersabar sehingga 16 Jun, segeralah ke HUAWEI Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160.

Serlahkan Sisi Fashionista Anda Dengan Telefon Pintar Trendy Siri HUAWEI nova 7 SE

Info lanjut mengenai segala tawaran hebat HUAWEI nova 7 SE boleh melayari di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI