Sokongan orang sekeliling sememangnya penting dalam menurunkan berat badan agar anda lebih bersemangat. Selain bersenam, menu pemakanan yang sihat dan lengkap juga membantu agar misi menurunkan berat badan anda tercapai.
Lihat sahaja pada kesungguhan Farihah Zulkifle sebagaimana yang dikongsikan di laman Facebooknya. Peranan dia sebagai seorang isteri dalam memberi sokongan dan menyediakan menu sihat, berjaya membantu suaminya buang 28kg selama tiga bulan hanya dengan empat cara mudah.
Jom kita ikuti perkongsiannya.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh.
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
Ads
Ads
(2) Buat senaman yang kita suka.
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
Ads
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari.
Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal.
Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal. ??
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan nama dan jenama Rizalman. Buat penggemar fesyen tempatan dan juga nusantara, nama tersebut cukup mekar di bibir. Apatah lagi setiap rekaannya sentiasa mencuri perhatian apabila digayakan selebriti terkenal mahupun kerabat di-Raja.
Selama 30 tahun beliau mencurahkan keringat, idea dan memartabatkan industri fesyen tanah air. Dan semalam kita dikejutkan dengan berita pengumuman beliau untuk bersara sebagai pereka fesyen serta-merta.
Figura berusia 49 tahun ini dilihat membuat keputusan tersebut menerusi satu posting video di laman Instagram kendaliannya. Ia merupakan rakaman ucapan beliau di sebuah majlis Kesuma Jiwa 2020.
Menerusi video berdurasi itu beliau meminta keizinan untuk bersuara dengan cukup sebak. Menurut laporan Astro Awani, Dato’ Rizalman membuat keputusan tersebut kerana bimbang dirinya tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa.
Jelasnya, ketika masih mempunyai kudrat dan tenaga dia mahu melakukan persiapan sebaiknya sebagai bekalan untuk hari esok. Pemergian beberapa rakan-rakan industri pada usia muda turut melahirkan rasa keinsafan dalam dirinya.
“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.”
“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.
Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” jelasnya di sidang media selepas berakhirnya pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya.
Warhaget dan pengikutnya di laman Instagram juga tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya. Walau bagaimanapun legasi jenama Rizalman tidak akan terhenti. Ia akan diteruskan oleh pembantunya yang setia bersama selama 15 tahun iaitu Faizal Surani.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan senarai kabibet baru di bawah pimpinannya.
Rata-rata menteri yang dilantik merupakan muka-muka yang sudah biasa kita lihat dalam arena politik tanah air. Namun terdapat dua lantikan menteri yang bukan merupakan ahli Parlimen dan bakal dilantik menjadi senator mencuri perhatian ramai.
Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan, YB Dato’s Seri Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan negara yang baharu, Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz .
Lantikan dua insan yang cukup hebat dalam bidang masing-masing ini mendapat pujian daripada ramai pihak terutamanya warganet yang melihat ini merupakan satu langkah bijak daripada Perdana Menteri.
Kali ini MASKULIN ingin bawa anda mengenali Menteri Kewangan kita yang baru. Jom lihat 10 fakta tentang pemimpin baru yang bakal mengemudi Kementerian Kewangan.
1.
Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang perbankan dan kewangan iaitu lebih 23 tahun.
2.
Beliau bolehlah dikatakan sebagai seorang menteri yang muda dengan usianya mencecah 47 tahun.
3.
Merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Ibunya, Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri manakala bapanya Tengku Abdul Aziz adalah ahli perniagaan.
4.
Mendapat pendidikan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan pendidikan tinggi di University of Bristol.
5.
Seorang yang sangat suka berlari dan aktif dalam larian marathon sama ada di peringkat tempatan dan luar negara.
6.
Memulakan karier dalam bidang korporat sebagai Eksekutif Kewangan Korporat di AmInvenstment Bank pada tahun 1996.
7.
Mempunyai keluarga bersama seorang isteri dan empat orang cahayamata.
8.
Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan beliau merupakan CEO dan Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad.
9.
Pernah diangkat memenangi pelbagai anugerah profesional seperti Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN, Most Promising Entrepreneurship dan Masterclass CEO of the Year.
10.
Pendukung dan penyokong kuat kepada Juara Kelab Dunia, Liga Juara-Juara Eropah dan bakal Juara Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada kejayaan yang datang bergolek, lagi-lagi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Phd. Semuanya perlukan usaha yang gigih.
Bagi Muhammad Syahmeer How bin Mohd Firdaus How, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini bertuah kerana dapat menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usianya 27 tahun.
Guru yang pernah mendidik beliau, Dr. Zulkifli Hussain berbangga dengan anak muridnya ini dan dia sendiri membuat perkongsian tentang Syahmeer di laman Facebooknya.
Menurut Dr. Zulkifli, Syahmeer menuntut di MRSM Transkrian, Pulau Pinang sewaktu Tingkatan 1 hingga 3 dan memperoleh keputusan 8A dalam PMR 2008. Tingkatan 4 dan 5 pula, Syahmeer berpindah ke MRSM Tun Ghadar Baba, Melaka dan meraouh keputusan 6A+ 3A bagi SPM 2010.
Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB, dia berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Kimia) di UniKL MICET untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di Massey University, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA.
Selepas menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Syahmeer diberi tawaran oleh Professor di Massey University untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan geran penyelidikannya sendiri. kajian PhD tersebut adalah tentang menggunakan konsep dan teori asas dalam kejuruteraan kimia untuk memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.
Syahmeer telah berjaya menghabiskan pengajian PhD dan bakal pulang ke tanah air untuk bekerja sebagai pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia.
Tip perkongsian berkaitan pengajian PhD
Setiap kejayaan yang dikecapi, sudah tentu ada tip dan amalan yang dilakukan bagi memudahkan setiap urusan. Dr. Zulkifli juga turut berkongsi antara tip yang dilakukan oleh Syahmeer bagi menamatkan pengajian PhD sewaktu usia muda.
1. Kerap berjumpa dengan penyelia (supervisor).
Syahmeer akan bertemu dengan keempat-empat supervisor seminggu sekali untuk membincangkan tentang struktur dan hasil kajian. Penting untuk memastikan kajian kita ada kemajuan setiap minggu walaupun sedikit.
Sering berinteraksi dengan pelajar yang lain disebabkan pengajian PhD adalah perjalanan yang sunyi, mudah untuk hilang motivasi terutamanya apabila hasil kajian kita ‘gagal’ atau tidak seperti yang dirancangkan. Tip beliau adalah untuk sentiasa kongsikan masalah kajian bersama rakan-rakan PhD yang lain kerana lebih senang untuk menghadapi masalah itu bila kita tahu orang lain pun sudah melalui masalah yang sama.
Semasa di tahun kedua PhD, kerja penyelidikannya tergendala untuk seketika apabila dia diujia dengan dugaan besar di mana ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Disebabkan itu, walaupun sudah berada di tahun ketiga, Syahmeer tidak lagi mempunyai hasil yang cukup, ditambahkan pula dengan peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti.
Kebetulan juga pada masa itu, dia diberi peluang untuk membentang sebahagian dari penyelidikannya di konferens antarabangsa di Nottingham, United Kingdom. Melalui konferens tersebut, dia sempat berjumpa dengan beberapa penyelidik terkemuka di dalam bidang kajiannya yang kebetulan juga mempunyai peralatan tersebut di makmal mereka.
Hasil daripada perjumpaan itu, dia ditawarkan untuk menjalani kajian di Paris, Perancis selama tiga bulan di mana hasil kajian tersebut memberi impak yang besar dalam kejayaan PhDnya itu.
4. Kehidupan yang seimbang
Amalkan kehidupan yang seimbang PhD memerlukan penjanaan dan perkembangan idea yang berterusan, terutamanya apabila sudah sampai tahap penulisan tesis. Bagi Syahmeer, idea lebih mudah untuk keluar dengan fikiran tenang dan segar. Cara paling mudah ialah dengan bersukan dan sering mengambil percutian yang jauh dari tempat belajar.
Semasa menjalani pengajian, Syahmeer akan mengambil masa untuk bersukan (skuasy) sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan sering bercuti di luar negeri pada hari minggu.
Tip terakhir yang dikongsi adalah untuk menganggap PhD ini seperti suatu pekerjaan kerana ia tidak sama seperti Ijazah Sarjana Muda di mana jadual harian kelas sudah diberi oleh universiti.
Semasa menjalankan pengajian, Syahmeer selalunya berada di kampus jam 8 pagi dan hanya akan pulang selepas jam 5 petang, Isnin sampai Jumaat. Baginya suasana pekerjaan itu penting untuk memastikan kita serius semasa menjalani kajian.
Begitulah antara kisah dan tip yang dikongsikan tentang kejayaan Syahmeer How yang memperoleh PhD pada usia 27 tahun. Ya, bukan mudah untuk kita mengecap sebuah kejayaan, semuanya perlu diiringi dengan doa dan usaha.
Semoga kisah perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat korang semua untuk terus berjaya dalam bidang akademik.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.