Foto: FB Steven Sim Chee Keong

Tugas sebagai seorang ahli Parlimen ahli Dewan Undangan Negeri bukan sekadar terlibat dengan dasar-dasar kerajaan semata. Di negara kita, mereka yang dipilih mewakili rakyat bergelar Yang Berhormat atau YB sering menjadi tempat rakyat mengadu dan meminta pertolongan. Begitu juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Beliau merupakan di antara figura ahli politik yang cukup aktif di laman media social berkongsi dengan orang ramai apa yang beliau lakukan terutamanya di Bukit Mertajam sebagai wakil rakyat.

Walaupun sibuk dengan portfolionya sebagai Menteri Sumber Manusia, beliau tidak pernah culas menjaga hal ehwal rakyat dikawasan yang diwakilinya.

Terbaru, Steven berkongsi rasa terharu dan bangga dengan pencapaian seorang graduan Institut Pengajian Tinggi. Pelajar itu datang dari sebuah keluarga susah dan kini bakal bergelar sebagai seorang doktor.

Kisah YB Steven Sim Bantu Pelajar Susah Hingga Berjaya Bergelar Doktor
Foto: FB Steven Sim Chee Keong

Dalam satu hantarannya di laman media sosial Facebook, Steven berkongsi tentang seorang gadis bernama Saundarya yang menjemputnya mengahadiri ke majlis konvokesyen baru-baru ini.

BANTU BAYAR YURAN

Tambahnya, beliau masih ingat bagaimana sepucuk surat yang dihantar oleh Saundarya yang pada ketika itu cukup terdesar untuk membayar yuran pengajian tertunggak sebanyak RM18,000 bagi menduduki peperiksaan semester akhir.

“Tapi, hutang puluhan ribu ringgit itu memang amat berat sekali. Ayahnya (bapa Saundarya) pemandu lori. Umur dah 60 tahun. Dah tak larat, tapi, dia bertekad nak bantu anaknya itu mencapai cita-cita menjadi seorang doktor.

Ads

“Ketika saya melawat rumah mereka untuk membayar hutang yuran pengajian itu, si ayah berkata, dia pemandu lori manakala ibunya pula penoreh getah. Tapi, dia nak supaya anaknya berjaya dalam hidup.

Kisah YB Steven Sim Bantu Pelajar Susah Hingga Berjaya Bergelar Doktor
Foto: FB Steven Sim Chee Keong

“Lima tahun bekerja keras bermandi keringat dan air mata, hari ini, Saundarya akhirnya bergelar doktor. Dia (Saundarya) bukan sahaja lulus pengajian, malah, mendapat pingat pelajar cemerlang dan tiga kali mendapat Anugerah Dekan,” jelasnya lagi.

Apa yang membanggakan lagi, Steven turut berkongsi bahawa Saundarya akan mula bertugas di salah sebuah hospital di Pulau Pinang bermula minggu depan.

Kisah YB Steven Sim Bantu Pelajar Susah Hingga Berjaya Bergelar Doktor
Foto: FB Steven Sim Chee Keong

“Saya beritahu dia bahawa saya tak mengharapkan apa-apa balasan. Tapi, Dr. Saundarya kena ingat jasa ibu ayah sampai bila-bila dan apabila memakai kot putih (uniform doktor) nanti. Harus sentiasa cuba sedaya upaya untuk bantu orang yang memerlukan.

Ads

“Bila jumpa pesakit daripada golongan susah, ingat kembali bilik sewa kecil tempat awak belajar, roti dan ‘maggi’ yang jadi teman malam-malam. Rawat mereka bukan sekadar dengan ilmu, tapi dengan hati.

“Selamat bertugas, Dr. Saundarya. Dunia ini perlukan doktor yang bukan saja cerdik, tetapi juga berhati besar,” kata Steven.

BACA: Kombinasi Pakaian Lelaki Yang Sempurna Dengan Sneakers Putih

Ads

Meninju ruangan komen, MASKULIN melihat ramai yang terharu dan mengucapkan tahniah kepada Saundarya dan juga mengucapkan terima kasih kepada Steven Sim kerana membantunya merealisasikan impian.

Sumber:

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI