Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan langkah-langkah ini, anda dapat menghilangkan lemak di perut walaupun ketika berbaring:
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
Ads
2. Crisscross
Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.
3. Cross Crunch
Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.
Ads
4. Legs Lower
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.
Ads
5. Flutter Kicks
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya kita melihat kecantikan selebriti tempatan seperti Fasha Sandha, Fathia Latiff, Anzalna Nasir, Uqasha Senrose dan Neelofa masing-masing memang hebat dan berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Tahukah anda selebriti ini mempunyai adik yang sama cantik seperti mereka? Maskulin senaraikan 5 adik selebriti yang memang lawa dan setanding dengan kecantikan kakak mereka.
1.Ameera IG : Littemisskhan
Adik kepada pelakon Neelofa ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi sebelum ini, adakah dia akan menjadi seperti kakaknya dan turut serta ke dalam industri hiburan?
2. Fanna Latiff IG :Fannalatiff
Adik pelakon Fathia Latiff ini memang bukan sahaja cantik, malah bijak seperti kakaknya. Baru sahaja menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini
3.
3. Elisya Sandha IG : Elisyasandha
Adik kepada pelakon hebat Fasha Sandha ini sudah mula melangkah ke ruang seni. Tidak sabar untuk melihat kehebatan lakonannya, adakah setanding kakaknya ya?
4.Afifah Nasir IG : Afifahnasir93
Adik kepada pelakon Anzalna Nasir, siapa tak kenal minah ni sekarang kan!
5.Raysha Rizrose
Adik kepada pelakon Uqasha ini juga merupakan pelakon dan juara Dewi Remaja.
Ketika dunia kini sedang ‘berperang’melawan penularan Covid-19, Amerika Syarikat yang juga negara paling tinggi mencatatkan kes positif serta kematian kini berdepan krisis perkauman yang cukup tegang.
Demonstrasi jalan telah berlangsung selama beberapa hari di kota-kota utama Amerika Syarikat lantaran kes kematian kejam seorang lelaki berketurunan African American, George Floyd akibat kegananasan polis.
Video kekejaman yang berlaku telah tular di laman media sosial sekaligus mencetuskan protes besar-besaran. Gerakan ‘Black Lives Matter’bukan bermula baru-baru ini malah ia telah lama dilaungkan oleh mereka yang acap kali menjadi mangsa penindasan.
Selebriti di Malaysia juga tidak kurang memberi respon terhadap apa yang berlaku. Kebanyakannya memberikan respons positif dan menyeru agar penindasan seperti apa yang berlaku dihentikan serta-merta.
Namun kenyataan kontroversi yang keluar dari Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James telah menjadi bahan bualan warganet tempatan. Rata-rata melahirkan kemarahan dengan apa yang diperkatakan oleh Samantha.
Ramai mengangap apa yang diperkatakan oleh Samantha sebagai tidak masuk akal dan berbaur perkauman. Antaranya menyuruh komuniti African American untuk ‘mengambil ini sebagao cabaran’dan mendakwa mereka telah ‘memilih untuk dilahirkan sebagai orang berkulit hitam di Amerika’.
Beberapa selebriti berpengaruh turut menyuarakan kekesalan dan kemarahan mereka dengan kenyataan Smantaha. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari pelakon kelahiran Sarawak yang kini mencipta nama di Hollywood, Henry Golding.
Menerusi perkongsian di IG Stories, Henry secara terbuka mengkritik apa yang diperkatakan oleh Samantaha.
“Biasanya saya akan cuba tenang bila berdepan perkara seperti ini. Namun membaca komen anda membuatkan saya rasa marah.
“Anda tidak tahu apa yang mereka lalui setiap hari. Untuk anda bercakap dengan berbaur perkauman di platform seperti ini, anda perlu ditegur.”
Tambah Henry lagi, majoriti daripada kita semua tidak akan dapat faham dan rasa apa yang dilalui komuniti African American setiap hari. Apa yang boleh kita lakukan adalah meminjamkan suara untuk keadilan kepada mereka.
“Saya tidak akan berdiam diri melihat sesetengah selebriti Malaysia mengeluarkan kenyatan mengarut seperti ini. Dan saya tidak akan benarkan orang mempunyai tanggapan salah dengan apa sebenarnya yang berlaku.
“Sayangi antara satu sama lain. Satu Malaysia, satu dunia.”
Sumber: Instagram Henry Golding
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja dikaitkan dengan wajah yang sihat, tetapi juga sebaliknya. Sistem yang lemah boleh menyebabkan penyakit kulit seperti jerawat dan noda/kecacatan kulit. Seperti kulit anda, dinding sistem penghadaman mempunyai liang-liang mikroskopik. Apabila sistem anda kekurangan bakteria baik dan dipenuhi dengan bakteria tidak baik, saiz liang-liang ini membesar bagi membolehkan kandungannya bocor keluar. Apabila sistem imun badan anda mengesan “penceroboh” ini, ia akan bertindak balas dan menyebabkan keradangan, sekali gus mengakibatkan noda-noda atau kecacatan pada kulit dan jerawat.
TABIAT MEMBUANG AIR BESAR YANG SIHAT
Walaupun tabiat membuang air besar mungkin cara yang paling ketara untuk memberitahu sama ada atau tidak anda mempunyai sistem penghadaman yang sihat, adakah anda tahu cara untuk membezakannya jika najis dan pergerakan usus anda betul-betul menunjukkan sistem penghadaman yang sihat? Najis dan tabiat membuang air besar adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu lain, jadi tidak ada gunanya membandingkan tabiat membuang air besar anda dengan orang lain. Cara yang paling mudah adalah untuk menanda aras pelawasan terdahulu. Jika anda mendapati tahap pelawasan diri anda berkurangan daripada sebelum, mula mengalami kesakitan atau ketidakselesaan, atau melihat sebarang perbezaan yang ketara pada najis walaupun anda tidak mengubah diet, anda mungkin memerlukan bakteria baik dalam diet anda.
NAFAS TIDAK BERBAU
Adakah anda mempunyai nafas berbau walaupun anda memberus gigi dengan kerap? Masalah ini mungkin tidak terletak pada ubat gigi, tetapi pada sistem penghadaman anda! Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik dalam sistem penghadaman anda boleh membuatkan orang lain memalingkan muka mereka ke arah lain apabila anda bercakap. Salah satu cara untuk mengenal pasti diri anda tergolong dalam kumpulan ini adalah anda mungkin perasan nafas anda menjadi lebih teruk selepas menikmati sesuatu yang manis. Tanpa menyedari, anda sering memberikan makanan yang membantu pembiakan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman anda. Tinggalkan tabiat makan mint untuk menghapus bau nafas dan sebaliknya mulalah mengambil minuman probiotik seperti VITAGEN Kurang Gula .
SISTEM IMUN YANG LEBIH KUAT
Tahukah anda bahawa sistem penghadaman merupakan sebahagian besar daripada sistem imun badan anda, mengatasi sel-sel darah putih anda? Bayangkan sistem penghadaman seperti span yang menyerap nutrien daripada makanan yang anda makan. Sistem penghadaman akan lebih haus jika anda kerap mengunyah makanan ringan dan tidak mendapat cukup bakteria baik dalam diet anda. Ia juga mengurangkan keupayaan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien daripada makanan anda. Pada masa yang sama, sel-sel imun dalam sistem penghadaman bertindak seperti pengawal keselamatan, yang mengiringi patogen penceroboh daripada tubuh anda. Dengan mendapatkan probiotik yang mencukupi dalam diet, anda boleh memelihara ‘span’ anda di tahap yang optimum dan memastikan pengawal keselamatan kuat dan sentiasa berjaga-jaga!
MEMORI DAN MINDA YANG AKTIF
Kebiasaannya semangat anda terjejas disebabkan oleh penyakit. Tahukah anda bahawa ia membawa kesan kepada sistem penghadaman anda kerana sistem penghadaman berhubung terus ke minda anda. Sistem penghadaman mengandungi banyak neuron, atau sel-sel otak, di mana ia sering dirujuk sebagai otak kedua. Neuron ini dihubungkan kepada sistem saraf pusat, yang pada asasnya adalah otak dan saraf tunjang, melalui satu saraf tertentu yang dinamakan vagus. Di sinilah terletaknya hubungan antara sistem penghadaman dan otak. Neuron di dalam sistem penghadaman anda menghasilkan kira-kira 90% daripada serotonin tubuh yang dikaitkan dengan mood, memori, tidur dan tingkah laku sosial.
SUMBER : BERITA HARIAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.