Siapa yang tak risau jika muka penuh dengan jerawat. Dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat etap tak hilang.
Jangan putus asa sebab ada cara lain yang anda boleh lakukan tanpa guna produk. Yang bestnya, boleh bebas jerawat.
Pernah ketika sekolah dahulu mukanya berjerawat teruk, Shazmie Nadziri berkongsi di laman Twitterya pengalaman dia ‘setelkan’ jerawat tanpa produk.
Bagi yang dah putus ada guna pelbagai produk tapi hasilnya tak seberapa, apa kata cuba cara lelaki ini pula. Mana tahu boleh kembalikan wajah licin anda.
Ramai lelaki menganggap rutin membersihkan telinga dengan cotton bud selepas mandi sebagai tanda kebersihan diri. Tapi tahukah anda, tabiat ini sebenarnya antara punca utama masalah pendengaran dan kecederaan telinga termasuk risiko menjadi pekak walaupun di usia muda.
Menurut pakar kesihatan Dr Ahmad Samhan, laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendedahkan lebih 1.1 bilion individu berumur 12 hingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran. Salah satu puncanya ialah gaya hidup moden yang terlalu bergantung pada earbuds, headphones dan tabiat mengorek telinga menggunakan cotton bud.
Pakar perubatan estetik, Dr Kenneth Wong, menegaskan bahawa cotton bud merupakan antara alat paling tidak sesuai digunakan untuk membersihkan telinga. Tekanan ketika memasukkan putik kapas boleh menolak tahi telinga (serumen) lebih dalam hingga menyebabkan saluran telinga tersumbat dan akhirnya pendengaran berkurang.
Lebih membimbangkan, ramai individu melakukannya sambil tidak fokus — misalnya ketika menonton TV atau bercakap di telefon. Jika cotton bud ditolak terlalu dalam, gegendang telinga boleh pecah, menyebabkan kesakitan melampau dan dalam kes tertentu, pekak kekal.
Apabila saluran telinga luka atau dijangkiti, anda mungkin alami gejala seperti:
Rasa pedih dan sakit dalam telinga
Cecair jernih, kuning atau berdarah keluar dari telinga
Hilang imbangan badan, pening dan muntah
Sukar tidur serta kehilangan selera makan
Rasa tersumbat atau berdengung
Jangkitan seperti ini bukan sekadar menyakitkan, tetapi boleh memerlukan rawatan antibiotik atau prosedur ENT khas.
Menurut Dr Kenneth, cotton bud hanya boleh digunakan di bahagian luar telinga sahaja, bukan hingga ke dalam saluran. Bahagian dalam telinga tidak perlu dikorek kerana tubuh manusia mempunyai mekanisme semula jadi untuk menolak keluar serumen melalui pergerakan rahang semasa bercakap atau mengunyah.
Alternatif yang lebih selamat:
Gunakan titisan telinga (ear drops) untuk melembutkan serumen keras.
Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya telinga rasa tersumbat atau kurang dengar.
Elakkan guna minyak atau air untuk “membersihkan” telinga — ia boleh menyebabkan jangkitan kulat.
Menurut pakar ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam, tahi telinga bukan musuh kebersihan. Ia mempunyai fungsi penting, antaranya:
Kalis air – mencegah air daripada meresap ke dalam saluran telinga.
Asid semula jadi – melembapkan kulit halus dalam telinga.
Pelindung semula jadi – menghalang serangga kecil daripada masuk.
Menyingkir habuk & kotoran – membersihkan telinga secara semula jadi.
Lelaki sejati bukan sekadar jaga penampilan, tapi juga tahu cara jaga tubuh dengan ilmu. Telinga adalah antara organ paling sensitif — jadi berhenti tabiat mengorek tanpa panduan. Kalau rasa tersumbat, jangan “seluk”, jumpa doktor dulu. Ingat, sedikit cuai boleh buat anda kehilangan satu nikmat besar dalam hidup — pendengaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Parut jerawat adalah masalah yang sering menghantui orang berjerawat. Sudahlah muka diserang jerawat, bila jerawat kecut lain pula masalah yang timbul iaitu parut jerawat.
Parut jerawat ini jika tidak dirawat memang boleh meninggalkan kesan teruk lagi-lagi parut jerawat jenis yang hitam kerana ia nampak seakan-akan kesan chicken pox.
Sekiranya anda ingin menggunakan cara semula jadi yang selamat dan menjimatkan wang, apa kata cuba 10 trik ini. Semoga trik ini dapat membantu anda menghilangkan parut jerawat anda itu. Selamat mencuba!
Lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Lendir pada lidah buaya bersifat lembut dna mempunyai banyak khasiat untuk kulit.
Caranya: Patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semula jadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka seperti biasa.
Juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, baking soda ini memang ada dalam kebanyakan rumah kerana ia mempunyai banyak kegunaannya termasuk untuk menghilangkan parut jerawat. Baking soda ini dapat menyerap masuk ke dalam liang kulit dan membersihkannya sekali gus mengelakkan jerawat baru muncul.
Caranya: Campurkan dua sudu teh baking soda dengan sedikit air. Jangan terlalu cair, biarkan ia pekat seperti pes. Lumurkan campuran ini pada parut jerawat, biarkan seketika hingga kering. Kemudian bersihkan baking soda itu sebelum mencuci muka dengan pelembap. Amalkan dua hari sekali.
Minyak kelapa dara sememangnya lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.
Caranya: Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan minyak tersebut pada muka. Biarkan sahaja dan tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Sekiranya anda rimas, biarkan setengah jam sebelum mencucinya dengan pencuci muka.
Timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi, begitu juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium yang baik untuk kulit.
Caranya: Hiris timun segar dan tempekkan pada parut jerawat. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut jerawat hilang.
Semua sedia maklum madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu yang ada di pasaran adalah madu yang diproses dan telah hilang khasiat perubatannya. Oleh itu untuk menghilangkan parit jerawat, pastikan anda mencari madu lebah asli.
Caranya: Ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk anda urutkan kulit wajah. Jangan guna banyak sangat kerana madu liar ini bersifat panas. Selepas urut, biarkan sahaja dan tak perlu bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ini melaksanakan tugasnya!
Lemon adalah asid alfa hidroksil semula jadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk membantu kulit baharu tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.
Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Sekiranya kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
Tahukah anda, jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji yang ada dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan parut jerawat.
Caranya: Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan pada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian parut jerawat. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda bilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit wajah. Ia membantu menyerap minyak dan mengosongkan liang pori antara punca utama jerawat.
Caranya: Tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka. Biarkan semalaman. Basuh keesokan harinya dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon. Ia membantu menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baharu.
Caranya: Campurkan dua bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum mencucinya dengan pelembap. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.
Cara ini adalah yang paling mudah. Semua sedia maklum bahawa vitamin E merupakan vitamin penjaga kulit.
Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang anda beli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada parut jerawat. Biarkan 15 minit dan cuci dengan pelembap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu kita dengar masalah kutu berlaku kepada golongan wanita serta kanak-kanak. Namun, orang lelaki pun tak terkecuali boleh dijangkiti kutu.
Kutu boleh menjangkiti kepala anda jika anda sering berkongsi aksesori kepala, misalnya topi atau topi keledar dengan orang yang sudah mempunyai kutu.
Selain itu, kutu juga boleh berpindah melalui satu kepala ke kepala lain yang berdekatan dengannya. Ini merujuk kepada lelaki yang tinggal di rumah sewa.
Misalnya orang yang asalnya mempunyai kutu akan memindahkan kutu di kepalanya pada rakan-rakan lain tanpa sedari.
MASKULIN gariskan beberapa panduan untuk merawat masalah kutu sebelum ia memusnahkan penampilan anda.
Waktu mandi, ambil sebiji lemon segar, potong dua dan ekstrak jusnya. Gunakan jus tersebut untuk buat syampu dan lumur di kepala anda serta biarkan selama 30 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Sifat lemon yang berasid boleh membunuh kutu yang hidup di akar dan helaian rambut anda.
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ia berguna untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
Ini juga antara ramuan semula jadi yang mampu untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya adalah dengan melumurkan minyak di seluruh bahagian kepala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas seperti biasa dengan air bersih serta syampu.
Terdapat kandungan sulfur putih di dalam bawang merah untuk membunuh kutu rambut. Ambil 3-5 biji bawang merah, tumbuk halus hingga menjadi pes dan lumurkan pada rambut selama 10 minit. Selepas itu, sisir rambut menggunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu yang mendiami rambut anda.
Lumurkan minyak kelapa ke seluruh rambut dan tutup dengan topi mandi. Biarkan ia meresap hingga ke akar rambut dan cuci menggunakan syampu serta air bersih.
Anda boleh dapatkan sikat ini di mana-mana kedai runcit. Ia amat efektif untuk menyapu bersih segala kutu yang ada di helaian rambut serta kulit kepala. Untuk kesan yang lebih efektif, selepas dilumurkan dengan minyak perapi rambut, sisirkan rambut anda dengan sikat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.