Masalah jerawat badan sering menghantui orang lelaki sampai ingin membuka baju pun rasa malu dan tidak selesa kerana jerawat badan bersepah.
Jerawat badan ini jika tidak diatasi segera boleh menghilangkan keyakinan diri kerana orang akan beranggapan yang anda kurang menitikberatkan kebersihan diri.
Sekiranya anda berdepan dengan jerawat badan dan ingin mengatasinya, ada produk terbaik dan tip yang anda boleh cuba seperti dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama EvarosAquaGel.
Malah beliau turut berkongsikan punca-punca menyebabkan masalah jerawat badan ini berlaku dan bagaimana anda ingin mengenali jenis-jenis jerawat.
Punca-punca jerawat badan
Ads
Kenali jenis-jenis jerawat
1. Pemilihan body wash
3. Produk exfoliate
Ads
4. Epsom salt
5. Guna Tea Tree Oil / Aloe Vera selepas mandi
6. Tukar cadar dan bantal
7. Amalkan pemakanan seimbang
Ads
8. Tukar baju dengan kerap
9. Mandi 2 kali sehari
10. Jumpa pakar kulit / dermatologist
11. Minum air secukupnya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain wanita, lelaki juga ingin kelihatan kacak dan tampan terutamanya apabila ingin memikat pasangan mahu pun tampil di khalayak umum.
Pemilihan pakaian yang sesuai juga mencerminkan siapa karakter diri anda dan bolehkah orang lain mendekati anda dengan mudah.
Jadi selepas ini kalau anda nak mencari pakaian baharu, pastikan ia sesuai dengan bentuk tubuh anda dan ini adalah tip yang boleh anda ikuti :
1. Tubuh gempal dan tinggi
Jika anda bertubuh gempal dan tinggi, anda sesuai menggayakan pakaian berona gelap seperti navy blue, coklat gelap dan hijau gelap. Ini kerana rona-rona ini mampu memberikan imej seperti tinggi dan kurus. Seandainya mahu membeli pakaian yang bercorak, pastikan anda memilih pakaian yang coraknya bermotif kecil.
2. Tubuh gempal dan rendah
Jika mahu kelihatan ceria, anda harus bijak bermain dengan pemilihan warna. Elak membeli pakaian yang berwarna cerah dan memiliki corak yang besar-besar kerana ia menampakkan tubuh anda menjadi lebih gempal. Dalam erti kata lain, boleh juga memilih pakaian yang berona gelap untuk keselesaan anda.
3. Tubuh kurus dan tinggi
Bagi anda yang bertubuh kurus dan tinggi, anda sesuai memakai pakaian yang berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru dan coklat serta boleh memakai pakaian yang coraknya melintang dan motif yang lebih besar untuk menampakkan anda sedikit berisi.
4. Tubuh kurus dan rendah
Anda disarankan untuk memilih pakaian yang berwarna cerah serta memiliki corak yang besar. Dalam masa sama, pilih yang corak motifnya secara menegak kerana ia bertujuan menampakkan anda lebih tinggi.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.
Tak dinafikan cuaca di negara kita kalau dah datang bahang panas memang sangat terasa. Bagi lelaki aktif memilih satu dai antara 10 perfume lelaki bau paling sedap dalam cuaca panas semestinya menjadi satu keutamaan.
Ia bukan faktor tahan lama sahaja malah pemilihan wangian yang tepat dapat memperkuat identiti dan keyakinan diri seorang lelaki. Berikut MASKULIN senaraikan 10 perfume lelaki bau paling sedap dalam kondisi cuaca panas seperti sekarang.
Perfume ini melambangkan keberanian dan kematangan, dengan kombinasi nota oriental dan woody yang memancarkan aura misteri. Cobalt Elixir adalah pilihan yang sempurna untuk lelaki yang ingin menonjol dalam kerumunan. Menjadikannya sebagai pilihan nombor satu MASKULIN untuk 10 perfume lelaki paling sedap dalam cuaca panas.
Vetiver Musc menampilkan vetiver sebagai nota utama, diperkaya dengan musk yang memberikan kesan hangat dan menggoda. Wangian ini sesuai untuk lelaki yang mengutamakan kesederhanaan tetapi dengan sentuhan kelas yang tinggi.
Dikenali dengan keharumannya yang segar dan bersih, Issey Miyake Pour Homme adalah ideal untuk penggunaan harian. Nota sitrus dan rempah-rempah memberikan kesegaran yang tahan lama dan menyenangkan.
Ini adalah wangian klasik yang menggabungkan kesegaran laut dengan kelembutan flora. Acqua di Gio adalah simbol kesegaran yang abadi, sangat sesuai untuk lelaki yang cinta alam.
Chanel selalu identik dengan keanggunan, dan Bleu de Chanel tidak terkecuali. Dengan nota dasar yang kaya akan kayu dan rempah, ini adalah wangian yang mewah dan penuh gaya.
Noir Extreme menawarkan kombinasi manis dan hangat dari kayu oriental dan rempah India, yang menjadikannya pilihan yang berani dan menarik bagi lelaki modern.
Dengan nota atas yang tajam dari bergamot dan piper Sichuan, Sauvage adalah penggambaran kebebasan. Wangian ini cocok untuk lelaki yang berjiwa petualang dan suka kepada tantangan.
Terinspirasi oleh drama sejarah heroik, Aventus menggunakan campuran buah-buahan seperti nanas dan epal bersama-sama dengan musk dan oak moss. Ini adalah simbol kekuatan dan kejayaan.
The Scent oleh Hugo Boss menggabungkan kekuatan afrodisiak manjaku dan rempah-rempah eksotis, memberikan wangian yang mendalam dan memikat, sesuai untuk malam yang romantis.
Klasik dan tanpa waktu, Eternity for Men menawarkan segar yang halus dengan campuran lavender, sage, dan brasika, cocok untuk lelaki yang menghargai nilai-nilai tradisional dengan sentuhan modern.
Setiap perfume ini membawa keunikan tersendiri dan dapat mendukung aspek berbeda dari personaliti seorang lelaki.
Pemilihan wangian yang tepat bukan hanya meningkatkan daya tarik fisik tetapi juga memberikan pengaruh positif kepada mood dan keyakinan diri. Semoga perkongsian 10 perfume lelaki bau paling sedap dalam cuaca panas kali ini mampu membantu anda mendapatkan wangian terbaik!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KLIMS Run 2026 bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Mei 2026 sebagai acara larian unik yang menggabungkan gaya hidup aktif, komuniti dan masa depan mobiliti menjelang KLIMS 2026.