Ulang tahun ke-150 siluet ikonik Levi’s 501 diteruskan oleh jenama tersebut dengan satu lagi kempen yang tidak kurang hebatnya.
Lebih menarik, kempen terbaru ini menampilkan kerjasama bersama grup K-pop yang sedang meningkat naik, NewJeans.
Selaku duta global untuk Levi’s, NewJeans meneruskan sambutan legasi 501 dengan mempromosikan kegembiraan dalam menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar.
Dengan rangkaian baharu padanan 501 serta penampilan bermusim, NewJeans dan Levi’s® menggalakkan peminat untuk menyatakan gaya unik mereka dengan mempamerkan cara berbeza kala menyesuaikan jean Levi’s 501® lalu menjadikannya gaya milik tersendiri.
Dihasilkan bersama Haus Tailors dan rakan kongsi artis Levi’s yang lain, kempen ini menampilkan satu-satunya padanan 501 klasik untuk menunjukkan potensi kreatif jean sebagai kanvas bagi ekspresi diri yang autentik.
Di Kedai Jahitan Levi’s® atau lebih dikenali sebagai Levi’s®Tailor Shop, peminat boleh menambah reka bentuk sulaman, tampalan, lipatan dan hiasan mereka sendiri pada rangkaian 501 Shorts, 501 ’81 Jeans, 501 Cropped Jeans, jean 501 ’90s dan jean Original 501.
Ads
Dengan reka bentuk serta tampalan sulaman khas oleh tukang jahit Jepun dan Korea, termasuk Kedai Jahit Harajuku dan Kedai Jahit Garosugil, peminat boleh mengunjungi ke Kedai Jahit Levi’suntuk mencipta tafsiran 501 mereka yang sepenuhnya asli juga tersendiri.
Menerusi kesan koyakan dan pembaikan khas, jean Original 501® juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti sudah lama digunakan dan dalam padanan longgar. Sudah semestinya peminat daripada semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk mengandingkan serta memadankan helaian mereka untuk mencipta penampilan berbeza.
Ads
Intipati yang sama juga dirakam oleh mereka ketika menggayakan seluar Baggy Cargo, 501® Shorts dan Jean Baggy Dad dengan latar belakang rona sejuk untuk mewujudkan suasana musim panas.
“Ia adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan untuk bekerjasama dengan jenama yang bukan sahaja mempunyai sejarah masa lalu yang luar biasa malah melihat ke arah masa depan.
Ads
“Kempen ini menggalakkan orang ramai meneroka dan menyatakan gaya unik mereka dengan menampilkan cara berbeza ketika memakai seluar jean Levi’s® 501® sekali gus benar-benar menjadikannya milik anda tersendiri,” kata NewJeans.
“Kami teruja untuk melihat peminat kami meneroka bagaimana koleksi ini boleh disesuaikan dengan Levi’s® Tailor Shop. Kami tahu mereka boleh mengubahnya dalam arah penggayaan yang sangat unik dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang mereka tampilkan!”
Padanan 501® ini boleh didapati mulai 11 September menerusi www.levi.com.my, applikasi Levi’s® dan di butik-butik Levi’s® seluruh dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama Tyakasha dalam dunia fesyen Asia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah kali ini TYAKASHA yang sering tampil dengan rekaan versatil, eksperimental dan lebih ‘raw’ bakal membawa jenama asal Shanghai ini ke peringkat lebih tinggi.
Kali ini TYAKASHA melakukan kolaborasi eksklusif bersama PUMA dengan menghasilkan koleksi unik diinpirasikan daripada tema space pirate.
Dengan mengambil rekaan sebuah bot space pirate diberi nama Tyakasha, label ini menghasilkan 5 karakter angkasawan hebat yang bekerjasama untuk menumpaskan raksasa dan juga lanun angkasa.
Karakter rekaan itu ialah Aka selaku kapten, Mr. Green, Handsome Boy, Oring dan Rabbit-Dragon.
Antara yang menarik dalam koleksi PUMA X TYAKASHA serba eksperimental ini ialah barisan sneakers yang ditawarkan. Ia meliputi sneakers edisi terhad daripada model RS-X, Basket, Roma dan Cali.
Setiap pasang sneakers PUMA X TYAKASHA juga menampilkan ciri-ciri unik yang berkait dengan setiap satu daripada lima karakter dicipta Tyakasha.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan pelbagai pakaian dengan tema sama dengan corak abstrak raksasa, lanun dan kapal selam yang digabungkan dengan logo PUMA.
Aksesori yang ditawarkan pula merangkumi daripada beg sandang, beg silang, topi dan beanie. Koleksi ini boleh didapati di pasaran sekarang di oulet PUMA terpilih di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya ada waktu-waktu yang sesuai untuk anda membeli kasut. Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
1. Hujung minggu atau cuti umum
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
2. Musim perayaan
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
3. Beli kasut pada waktu petang atau malam
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
4. Beli semasa cukup duit
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Tahukah budaya mewarisi jam tangan seperti ini merupakan satu ikutan yang cukup unik diamalkan di sesetengah negara.
Ia juga menjadi simbol kepada kejuruteraan dan juga rekaan yang teliti dengan hasil kerja tangan halus yang cukup luar biasa.
Jadi tidak hairanlah mengapa harganya juga cukup mahal. Manakala dalam dunia fesyen, aksesori seperti jam tangan sering digunakan untuk melengkapkan penampilan.
Dan perlu kita akui sebagai lelaki jam tangan mewah adalah salah satu aksesori yang paling berkuasa untuk menaikkan imej dan gaya seseorang.
Berikut MASKULIN kongsikan senarai 10 jam tangan mewah terbaik pada tahun 2023 setakat ini:
Patek Philippe 6300GR
Jam tangan Patek Philippe’s Grandmaster Chime adalah salah satu yang paling kompleks dengan 20 komplikasi termasuk bunyi. Ia kini hadir dalam warna coklat dengan pilihan emas merah jambu atau emas putih untuk kes berukuran 47.7 mm.
Rolex Oyster Perpetual
Dial Celebration yang berwarna-warni pada barisan jam tangan klasik Oyster Perpetual dari Rolex adalah satu pesta di pergelangan tangan anda.
Vacheron Constantin Traditionnelle Tourbillon Retrograde
Jam tangan ini mempamerkan tarikh dengan cara yang kontemporari dan moden. Jam tangan emas merah jambu berukuran 41 mm ini adalah pilihan utama bagi pengumpul jam tangan.
Hermès H08 Chronograph
Jam tangan ini mempamerkan fungsi monopoussoir yang jarang dilihat pada kronograf.
Chanel J12 Cybernetic
Jam tangan seramik hitam berukuran 38 mm ini membawa J12 klasik ke era baru.
Cartier Privé Tank Normale
Tank Normale yang telah diperbaharui untuk tahun ini adalah salah satu daripada banyak iterasi jam tangan Tank sejak diperkenalkan pada tahun 1917.
Parmigiani Fleurier Tonda GMT Rattrapante
Jam tangan ini menampilkan bezel yang bergerigi dan dial Grain d’Orge guilloché.
A. Lange & Söhne Odysseus Chronograph
Koleksi Odysseus telah menjadi subjek perbincangan sejak model pertama diperkenalkan pada tahun 2019.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.