Ulang tahun ke-150 siluet ikonik Levi’s 501 diteruskan oleh jenama tersebut dengan satu lagi kempen yang tidak kurang hebatnya.
Lebih menarik, kempen terbaru ini menampilkan kerjasama bersama grup K-pop yang sedang meningkat naik, NewJeans.
Selaku duta global untuk Levi’s, NewJeans meneruskan sambutan legasi 501 dengan mempromosikan kegembiraan dalam menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar.
Dengan rangkaian baharu padanan 501 serta penampilan bermusim, NewJeans dan Levi’s® menggalakkan peminat untuk menyatakan gaya unik mereka dengan mempamerkan cara berbeza kala menyesuaikan jean Levi’s 501® lalu menjadikannya gaya milik tersendiri.
Dihasilkan bersama Haus Tailors dan rakan kongsi artis Levi’s yang lain, kempen ini menampilkan satu-satunya padanan 501 klasik untuk menunjukkan potensi kreatif jean sebagai kanvas bagi ekspresi diri yang autentik.
Di Kedai Jahitan Levi’s® atau lebih dikenali sebagai Levi’s®Tailor Shop, peminat boleh menambah reka bentuk sulaman, tampalan, lipatan dan hiasan mereka sendiri pada rangkaian 501 Shorts, 501 ’81 Jeans, 501 Cropped Jeans, jean 501 ’90s dan jean Original 501.
Ads
Dengan reka bentuk serta tampalan sulaman khas oleh tukang jahit Jepun dan Korea, termasuk Kedai Jahit Harajuku dan Kedai Jahit Garosugil, peminat boleh mengunjungi ke Kedai Jahit Levi’suntuk mencipta tafsiran 501 mereka yang sepenuhnya asli juga tersendiri.
Menerusi kesan koyakan dan pembaikan khas, jean Original 501® juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti sudah lama digunakan dan dalam padanan longgar. Sudah semestinya peminat daripada semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk mengandingkan serta memadankan helaian mereka untuk mencipta penampilan berbeza.
Ads
Intipati yang sama juga dirakam oleh mereka ketika menggayakan seluar Baggy Cargo, 501® Shorts dan Jean Baggy Dad dengan latar belakang rona sejuk untuk mewujudkan suasana musim panas.
“Ia adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan untuk bekerjasama dengan jenama yang bukan sahaja mempunyai sejarah masa lalu yang luar biasa malah melihat ke arah masa depan.
Ads
“Kempen ini menggalakkan orang ramai meneroka dan menyatakan gaya unik mereka dengan menampilkan cara berbeza ketika memakai seluar jean Levi’s® 501® sekali gus benar-benar menjadikannya milik anda tersendiri,” kata NewJeans.
“Kami teruja untuk melihat peminat kami meneroka bagaimana koleksi ini boleh disesuaikan dengan Levi’s® Tailor Shop. Kami tahu mereka boleh mengubahnya dalam arah penggayaan yang sangat unik dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang mereka tampilkan!”
Padanan 501® ini boleh didapati mulai 11 September menerusi www.levi.com.my, applikasi Levi’s® dan di butik-butik Levi’s® seluruh dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa yang berlaku di Universal Studios Japan di Osaka pada hari Selasa lalu melibatkan Roller Coaster Dinosaur Jurassic Park yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk menaiki Roller Coaster apabila anda pergi ke taman hiburan. Ini kerana Roller Coaster yang membawa kira-kira 60 penumpang, terhenti dengan sendirinya di pertengahan dan menggantung kesemuanya dalam keadaan terbalik selama 2 jam.
Dengan itu, Taman hiburan tarikan Jurassic Park ini akan menjadi sebahagian daripada pusat pelancongan yang paling menakutkan. Pengurus Taman Hiburan itu memohon maaf dan berkata masalah itu disebabkan oleh peranti mengawal motor di landasan gerabak.
Menurut Japan Times, kesemua 60 penumpang menaiki gerabak tersebut yang terdiri daripada dua gerabak. kedua-duanya tersangkut di pertengahan kira-kira jam 4.45 petang. Kejadian ini sebenarnya telah berlaku sekitar Ogos tahun lalu. Satu gerabak tersangkut di tengah-tengah dalam keadaan terbalik dengan ketinggian 20 ke 30 meter dari arah tanah, semetara satu gerabak lagi tersangkut berhampiran dengan terminal.
Memang menggerunkan, akhbar Jepun Asashi Shimbun telah merakam detik-detik mencemaskan dari sebuah helikopter. Sudah semestinya ini tidak menatahkan semangat peminat-peminat tegar aksi gayat dimana mereka masih beratur untuk menaiki permainan tersebut. Roller coaster ini kembali beroperasi seperti biasa selepas masalah berjaya diselesaikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seiring perkembangan trend terkini serta selera pengguna yang rata-rata lebih selesa membeli-belah di atas talian, jenama pakaian kasual terkenal Pull&Bear telah melancarkan gudang di atas talian rasminya di Malaysia.
Pelancaran ‘online store’ tersebut telah mula beroperasi sejak 31 Mei 2022 yang lalu. Menerusi satu kenyataan media daripada mereka, Pull&Bear kini menawarkan pelbagai koleksi eksklusif yang diinspirasikan oleh trend terkini bukan sahaja untuk lelaki malah untuk wanita.
Koleksi-koleksi istimewa dan edisi terhada juga bakal ditawarkan dari semasa ke semasa untuk peminat jenamanya. Malah bersempena pelancaran gudang di atas talian ini, Pull&Bear turut mengumumkan diskaun istimewa sebanyak 15% serta tawaran pos percuma untuk pesanan di atas talian kali pertama.
Anda hanya memasukan kod khas yang ditawarkan iaitu HELLOMALAYSIA15. Selain itu, Pull&Bear turut menampilkan pelbagai variasi dan koleksi menarik bersempena Spring/Summer 2022. Di antaranya koleksi pakaian yang bertemakan warna putih dan bersifat cukup ‘timeless’.
Selain itu gabungan pakaian dari material selesa dan lebih loose sesuai dan melengkapkan gaya dengan corak belang atau jalur. Bagi menyemarakkan lagi sensasi musim panas, corak flora bersama warna yang lebih terang memberikan kesegaran kepada pemakainya.
Tidak lupa juga dengan seleksi denim dari Pull&Bear yang sentiasa relevan dengan gaya semasa. Buat anda yang ingin dapatkan koleksi dengan tawaran menarik dari Pull&Bear boleh layari laman sesawang mereka di www.Pull&Bear.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa masih ingat lagi dengan buku hutang tiga lima atau 555? Anda pasti terbuasa dengan ibu dan ayah anda yang seringkali menggunakan buku ini untuk mencatit hutang atau sesiapa yang berhutang dengan mereka.
Untuk pengetahuan anda, buku tiga lima sekarang ni dah ada dalam bentuk aplikasi! Sama seperti bentuk buku terdahulu,, Buku 555 adalah aplikasi yang mudah dan tanpa had dengan ciri-ciri yang cukup untuk membantu anda menyimpan rekod hutang yang belum dibayar.
Terdapat juga pilihan untuk beralih dari BM ke Bahasa Inggeris. Rasa sernok pulak bila mengimbau zaman dulu-dulu kan? Untuk menambah entri, anda hanya perlu klik butang dan mengisinya.
“Halaman” direka untuk kelihatan persis sepertii Buku Tiga Lima. Jadi tak rasa lari sangat dari yang asal. Setiap hutang juga mempunyai tamat tempoh dengan tarikh kemasukan untuk memudahkan anda melihat kembali.
Jangan risau, tak ada sesiapa boleh tahu tentang hutang anda ataupun hutang orang terhadap anda. Anda boleh kunci aplikasi tersebut seperti aplikasi yang lain sebagai langkah keselamatan. Download Aplikasi ini di App store atau Google Store.
*Sumber: Says.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.