Sejak beberapa dekad lalu, Levi’s dan Nike sering dikaitkan dengan kekuatan budaya yang membentuk identiti gaya hidup global. Ini terutamanya industri fesyen streetwear dan juga sukan.

Kedua-dua jenama ini bukan sahaja berakar dalam sejarah di AS tetapi turut membina pengaruh yang melangkaui sempadan negara dan generasi.

Kolaborasi terdahulu antara Levi’s dan Nike sering dianggap sebagai pencetus evolusi dalam fesyen urban, menyatukan estetika denim klasik dengan inovasi teknologi dan rekaan kasut sukan.

Pada tahun ini, kolaborasi ini sekali lagi menyaksikan penyatuan semula dua jenama besar ini menerusi koleksi Levi’s x Nike yang meraikan ulang tahun ke-30 Air Max 95.

Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

Ia sekali gus memperkukuhkan warisan ikonik jenama mereka dalam satu himpunan yang penuh dengan simbolisme dan perincian.

Reka Bentuk Warisan Denim

Koleksi Levi’s x Nike kali ini memperkenalkan dua elemen utama dalam rangkaian pakaian iaitu jaket Trucker dan seluar jean Baggy.

Jaket Trucker direka berasaskan struktur Type II yang menjadi lambang gaya klasik Levi’s.  Namun menarinya ia ditambah dengan suntikan kontemporari melalui penggunaan denim selvedge asli dan jahitan rantai berwarna putih pudar.

Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

Bahagian belakang jaket diserlahkan dengan logo jahitan Nike yang menggabungkan elemen identiti kedua-dua jenama secara harmoni.

Ads

Jean Baggy pula hadir dengan potongan besar dan longgar. Ia menampilkan tampalan kulit perang bersama logo Nike sebagai menggantikan label tradisional Levi’s.

Gabungan rona denim daripada warna sederhana hingga cerah memberikan karakter versatil kepada rekaan. Sekali gus menyerlahkan keserasian antara gaya rugged dan elegan.

Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

Setiap helaian pakaian ini dihasilkan dengan ketelitian tinggi, menjadikan ia bukan sahaja simbol gaya tetapi juga penghormatan terhadap seni pembuatan denim tulen.

Tiga Versi Air Max 95 Denim Premium

Manakala untuk kasut pula koleksi ini menampilkan tiga colorway atau versi istimewa Nike Air Max 95 yang diolah menggunakan denim premium daripada Levi’s.

Reka bentuk pertama, White Ecru, membawakan gabungan rona putih matte dan denim ecru lembut menawarkan penampilan neutral dan minimalis.

Versi kedua, Black. Menggunakan denim hitam 14-auns untuk mencipta gaya monokromatik yang tegas dan moden.

Ads

Manakala versi ketiga Denim Indigo. Memperlihatkan denim biru dengan corak basuhan cerah yang selari dengan rangkaian pakaian.

Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

Setiap pasang kasut ini dilengkapi dengan perincian unik seperti tab merah Levi’s pada kasut kanan. Cetakan wang kertas Levi’s pula di pelapik stokin, serta kotak edisi khas dalam rona merah dengan logo “batwing”.

Melalui pendekatan ini, kedua-dua jenama menzahirkan semangat kolaboratif yang bukan sahaja menghormati akar umbi mereka tetapi turut meraikan kreativiti tanpa sempadan.

Meraikan Legasi

Menurut Naib Presiden Bahagian Kolaborasi Levi’s, Leo Gamboa, “Menerusi kolaborasi bersama Nike, kami mahu mencipta satu pengalaman yang imersif bagi meraikan legasi bersama serta semangat pandang ke depan di antara kedua-dua jenama.

“Peluang untuk memberikan nafas baharu kepada Air Max 95 Nike yang ikonik sempena ulang tahun ke-30 rekaan itu nyata satu pencapaian yang sangat bermakna.

Ads

“Dengan menggabungkan denim ikonik kami ke dalam salah satu siluet paling ikonik Nike, kami berjaya menghasilkan satu gabungan sempurna antara sukan dan gaya hidup. Menghormati masa lalu sambil meneroka sempadan baharu dalam dunia reka bentuk,” jelasnya lagi.

Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

BACA: Dunia Bola Sepak Berduka, Diogo Jota Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya

Koleksi Levi’s x Nike ini akan mula dijual pada 10 Julai 2025, bermula dengan rangkaian pakaian, di butik Levi’s® Suria KLCC, The Exchange TRX dan di  Levi.com.my.

Koleksi ini hanya eksklusif untuk ahli Levi’s® Red Tab sahaja, di mana pendaftaran keahlian diperlukan untuk membuat pembelian. Tarikh jualan untuk koleksi kasut akan diumumkan tidak lama lagi di laman web rasmi Levi’s.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads