
Lewis Hamilton bukan sekadar ikon Formula 1, tetapi simbol disiplin, fokus dan ketahanan mental tahap tertinggi. Inilah imej yang diketengahkan lululemon menerusi pelancaran Koleksi Train Winter 2025 Lululemon, sebuah rangkaian pakaian latihan yang menekankan prestasi, keyakinan diri dan ketahanan fizikal.
Dilancarkan pada awal Januari 2026 di Singapura, koleksi ini dipacu oleh kempen bertemakan “Yet” mindset, satu falsafah yang menggalakkan individu untuk terus percaya bahawa potensi diri sentiasa boleh dikembangkan.

Lewis Hamilton, juara dunia Formula 1 tujuh kali, dipilih sebagai wajah utama kempen ini kerana perjalanan kerjayanya yang sarat dengan cabaran, tekanan dan konsistensi luar biasa.
Latihan Sebagai Proses Mental & Fizikal
Menurut lululemon, kempen Koleksi Train Winter 2025 Lululemon ini bukan sekadar mempromosikan pakaian latihan, sebaliknya menekankan latihan sebagai satu proses membina kekuatan mental dan fizikal.
Selain Hamilton, kempen ini turut menampilkan atlet kecergasan Amotti serta atlet kekuatan dan prestasi Kayla Jeter.


Fokus Koleksi Lelaki: License to Train Short
Bagi koleksi lelaki, tumpuan utama diberikan kepada License to Train Short yang direka khusus untuk menampung latihan intensif tanpa menjejaskan keselesaan.
Lewis Hamilton sendiri menekankan fleksibiliti seluar pendek ini, yang membolehkan pelbagai pergerakan dilakukan tanpa rasa terhad ketika bersenam.

Pendekatan ini selari dengan keperluan lelaki moden yang mengutamakan fungsi sebenar dalam pakaian latihan. License to Train Short ditawarkan dalam pilihan panjang lima dan tujuh inci, dengan opsyen berlapik atau tanpa lapik, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis latihan.
Rekaan & Ciri-Ciri Koleksi Train Winter 2025 Lululemon
Dari segi rekaan, Koleksi Train Winter 2025 Lululemon mengekalkan estetika minimal dengan penekanan kepada potongan kemas, fabrik tahan lasak serta kesesuaian untuk cuaca panas dan lembap.
Ciri ini amat relevan untuk pasaran Asia Tenggara yang memerlukan pakaian latihan berprestasi tinggi dalam keadaan suhu tinggi.

Acara Lululemon Training Ground di Singapura
Sebagai pelengkap kepada pelancaran koleksi ini, lululemon turut menganjurkan acara lululemon Training Ground, satu sesi latihan sehari yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Singapura.
Acara ini diketuai oleh Amotti bersama barisan jurulatih dan studio kecergasan terkemuka, dengan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Special Olympics Asia Pacific.

BACA: Apa Berlaku Pada Badan Anda Bila Buat Senaman Berjalan Kaki Selama 7 Hari Berturut-Turut
Falsafah Prestasi & Mindset Juara
Bagi jenama ini, penglibatan Lewis Hamilton dalam kempen Koleksi Train Winter 2025 Lululemon membawa mesej yang lebih besar daripada aspek prestasi semata-mata. Ia menekankan bahawa latihan bukan tentang mencapai kesempurnaan, tetapi tentang usaha berterusan untuk menolak batas diri.
Koleksi Train Winter 2025 Lululemon mencerminkan perubahan cara lelaki melihat kecergasan hari ini. Ia bukan lagi sekadar soal pencapaian fizikal, tetapi mengenai disiplin, mindset dan kesediaan untuk terus bergerak ke hadapan, walaupun kemajuan itu berlaku secara berperingkat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




