Liga Perdana Musim Baharu kembali dengan penuh keghairahan dan keterujaan. Buat peminat bola sepak inilah satu kerinduan yang harus ditebus segera dengan liputan menyeluruh!
LIGA PERDANA bukan sekadar sebuah liga; ia adalah fenomena global yang memikat hati jutaan penyokong dari seluruh dunia. Musim baru ini menjanjikan aksi yang lebih sengit, persaingan yang lebih hebat, dan saat-saat yang pasti akan dikenang sepanjang hayat.
Mengapa LIGA PERDANA dianggap sebagai liga terbaik di dunia? Jawapannya terletak pada kombinasi unik antara kualiti permainan, intensiti persaingan, dan daya tarikan global.
Pertama sekali, LIGA PERDANA terkenal dengan kepantasan permainan yang memacu adrenalin, di mana setiap perlawanan adalah pertempuran tanpa henti dari wisel mula hingga tamat.
Berbanding liga lain, LIGA PERDANA menawarkan kelajuan dan fizikaliti yang luar biasa, menjadikannya medan perang bagi pemain-pemain yang ingin membuktikan kehebatan mereka di pentas tertinggi.
Selain itu, LIGA PERDANA juga merupakan liga di mana beberapa kelab bola sepak paling ikonik di dunia. Nama-nama seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, dan Manchester City bukan sahaja terkenal kerana sejarah dan pencapaian mereka, tetapi juga kerana sokongan padu dari jutaan peminat setia.
Ads
PENUH KEJUTAN
Setiap musim, kelab-kelab ini tidak hanya bersaing untuk meraih kejuaraan, tetapi juga berjuang untuk mempertahankan maruah dan prestij yang telah mereka bina selama bertahun-tahun.
Tambahan pula, LIGA PERDANA adalah liga yang penuh dengan kejutan dan ketidakpastian. Di sini, tiada satu pun perlawanan yang boleh dijangka hasilnya. Kelab-kelab kecil sering kali menumbangkan gergasi-gergasi, dan ini menjadikan setiap hujung minggu di LIGA PERDANA penuh dengan ketegangan dan keterujaan.
Liga ini turut dibarisi pemain-pemain terhebat di dunia seperti Erling Haaland, Mohamed Salah, Bruno Fernandes dan Bukayo Saka.
Ads
NJOI SPORTS MEGA PACK
Akhirnya, LIGA PERDANA adalah cerminan sebenar semangat bola sepak. Ia menggabungkan tradisi dan inovasi, menghormati sejarah sambil meraikan evolusi permainan moden.
Musim 2024/25 ini pasti akan menjadi satu lagi perjalanan epik yang akan diingati oleh semua yang mengikuti perjalanan luar biasa ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya!
Bagi peminat bola sepak sejati, tiada liga lain yang menawarkan gabungan hebat antara keseronokan, drama, dan keghairahan seperti LIGA PERDANA.
Ads
Untuk merasai kehebatan LIGA PERDANA serta pelbagai liputan eksklusif sukan tempatan dan antarabangsa tanpa henti, dapatkan Sports Mega Pack yang lebih 20 saluran hanya dari RM15.
Selain LIGA PERDANA, anda juga dapat menyaksikan kejohanan sukan menarik seperti badminton dari kalendar BWF, aksi langsung yang mendebarkan dari Liga Malaysia, pertandingan sepak takraw terulung STL dan aksi sukan yang banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sensasi sukan lokal dan antarabangsa tanpa kontrak.
Dapatkan NJOI Sports Mega Pack menerusi aplikasi MY NJOI dan alami keseronokan sukan yang tiada tandingan!
Pedro Pascal bukan lagi nama asing dalam dunia perfileman. Dari peranannya sebagai Oberyn Martell dalam Game of Thrones, kepada wataknya sebagai Din Djarin/The Mandalorian dalam siri Star Wars.
Pedro Pascal telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa. Karismanya, kebolehannya membawa watak dengan penuh emosi, dan kehadiran yang kuat di layar menjadikannya antara pelakon paling berpengaruh hari ini.
Sebelum ini, Pascal memikat hati peminat dengan peranannya dalam Narcos sebagai agen DEA Javier Peña, mempersembahkan kecekapan serta ketegangan dalam kisah dunia kartel dadah.
Sementara itu, peranannya dalam The Last of Us sebagai Joel membawa dimensi emosi yang lebih mendalam, menjadikannya bintang yang boleh membawa naratif yang kompleks dan berat.
Kini, Pascal bersedia untuk menggalas satu lagi peranan epik – Reed Richards/Mister Fantastic dalam The Fantastic Four: First Steps.
Bersiap sedia untuk satu lagi letupan aksi dalam dunia sinematik Marvel! “The Fantastic Four: First Steps” akhirnya memperlihatkan teaser rasmi yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan sentuhan retro-futuristik.
Ini bukan sekadar kisah adiwira biasa, tetapi sebuah pengembaraan penuh epik yang bakal menggugah imaginasi generasi baharu peminat filem komik.
Selain Pascal sebagai Mister Fantastic, naskhah terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal membawakan watak-watak ikonik The Fantastic Four:
Bukan itu sahaja, ancaman besar turut diperkenalkan dengan kemunculan semula makhluk kosmik paling digeruni, Galactus yang dilakonkan oleh Ralph Ineson, bersama-sama Silver Surfer (Julia Garner) yang tampil dengan watak lebih kompleks dan menarik.
Berbeza dengan adaptasi sebelumnya, “The Fantastic Four: First Steps” menampilkan latar masa yang berinspirasikan era 1960-an, memberi penghormatan kepada zaman asal komik ini mula diperkenalkan.
Bayangkan suasana dunia yang dipenuhi elemen retro-futuristik dengan teknologi canggih yang masih mengekalkan estetika klasik.
Daripada babak awal teaser, kita dapat melihat bagaimana keluarga adiwira ini bersatu untuk melindungi dunia mereka daripada ancaman luar biasa. Interaksi mereka penuh dinamika, menampilkan hubungan keluarga yang rapat serta semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika anda peminat sejati komik Marvel, pasti tahu bahawa Galactus bukan ancaman biasa. Dalam teaser ini, sosoknya yang gergasi serta aura menggerunkan memberikan gambaran betapa besarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh The Fantastic Four.
Kehadiran Silver Surfer pula menambahkan elemen misteri – adakah dia sekadar hamba kepada Galactus atau akan beralih arah untuk membantu pasukan ini?
Marvel Studios telah belajar daripada kesilapan filem terdahulu dan kali ini mereka tampil dengan sesuatu yang segar dan lebih menepati citarasa peminat.
Dengan pengarahan oleh Matt Shakman, filem ini bukan sekadar reboot biasa, tetapi satu penghormatan kepada legasi The Fantastic Four dengan sentuhan sinematik yang lebih berani.
Bersiap sedia untuk menyaksikan The Fantastic Four dalam versi paling autentik dan epik yang pernah dihasilkan! “The Fantastic Four: First Steps” bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Julai 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
DARI MANA DATANGNYA SAYANG, DARI MATA TURUN KE HATI. NAMUN, BAGI INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI MATA YANG SEMPURNA SEPERTI JULING, IA AKAN MENJEJASKAN IMEJ DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA.
Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.
Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.
Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian.
Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.
Juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling.
Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.
Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.
Apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak. Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.
Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling.
MATA MALAS
Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.
Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.
Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.
Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.
PENYEBAB JULING
Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing.
Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama.
Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.
Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.
Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut.
GEJALA STRABISMUS
Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.
Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PSEUDOSTRABISMUS?
Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu.
Bayi baru lahir, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.
Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.
Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus.
JENIS-JENIS JULING YANG KERAP DITEMUI
* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya
* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya
* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh.
Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.
Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS JULING
Strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.
Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.
Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun.
Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh.
Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata.
Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak.
Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.
RAWATAN
Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.
* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus
* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif
* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya
* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.
BAGAIMANA PEMBEDAHAN JULING DILAKUKAN
Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata.
Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.
Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.
Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.
Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.
KESAN SAMPINGAN SURGERI
Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.
Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.
SUMBER : UTUSAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BONIA terus mengukuhkan posisinya sebagai jenama lifestyle mewah serantau apabila concept store BONIA Pavilion KL diraikan dalam sebuah acara eksklusif yang cukup meriah baru-baru ini.
Acara ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran pelakon dan model terkenal Thailand, Joong Archen, yang tampil sebagai Brand Muse BONIA.
Konsep stor baharu ini bukan sekadar ruang membeli-belah biasa, sebaliknya membawa pengalaman immersive yang menggabungkan budaya kontemporari dengan seni pertukangan kulit mewah, DNA yang telah menjadi teras jenama ini sejak sekian lama.
Menurut kenyataan rasmi, kehadiran Joong Archen mencerminkan semangat maskuliniti moden yang selari dengan falsafah rekaan BONIA. Keyakinan hadir secara effortless, gaya tampil intuitif, dan craftsmanship kekal menjadi nilai utama dalam setiap koleksi BONIA.
Joong turut meluangkan masa meninjau ruang konsep stor tersebut, berinteraksi mesra dengan para tetamu serta peminat, selain menyelami naratif rekaan di sebalik pembukaan bab baharu concept store BONIA Pavilion KL dalam dunia retail moden.
Acara pelancaran ini menarik perhatian ramai apabila ruang stor dipenuhi peminat, wakil media dan penggemar fesyen yang hadir untuk menyaksikan detik istimewa tersebut.
Suasana penuh energi dan keterujaan jelas mencerminkan kejayaan baharu buat jenama beprengaruh ini di dalam industri fesyen mewah serantau.
Menariknya, ia turut menyediakan beberapa aktiviti khas untuk pengunjung Pavilion KL concept store sehingga awal Februari.
Mereka turut menjelaskan bahawa pengalaman ini direka untuk menjadikan retail sebagai ruang penemuan, interaksi dan hubungan emosi, di mana craftsmanship bertemu budaya.
Semua aktiviti ini dibuka kepada orang ramai sehingga 1 Februari, manakala aktiviti Find the JONO akan diteruskan sehingga 10 Februari.
Ditubuhkan pada tahun 1974 di Singapura dengan inspirasi elegan Eropah, BONIA dikenali sebagai jenama yang menekankan pertukangan kulit mewah serta gaya kontemporari. Hari ini, BONIA mempunyai butik di pasaran utama termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Jepun.
Pembukaan concept store BONIA Pavilion KL menjadi simbol evolusi BONIA dalam membawa pengalaman luxury lifestyle yang lebih moden dan inklusif, sekaligus menghubungkan jenama dengan generasi peminat baharu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang